Saturday, May 10, 2014

.. Celebration ..

Assalamualaikumm..

Tongkat dagu gigit kuku dari atas katil. Tak tahu lah apa nak jadi dengan badan ni. Semakin meloya..semakin penat dan semakin semput. Pagi tadi konon g Alamanda nak jalan2..baru sengah jam aku dah terduduk melepak dpn MC D keletihan, kesemputan and rasa nak menangis sebab penat and dada semput sangat2! Terpaksa la biarkan Mr. Abe membeli barang dapur sendirian. Lama la pulak dia membeli..nak nangis rasanya menanti.


Bulan ni bulan May dan orang reramai sambut Hari Ibu. Memang la hari-hari pun hari ibu..tapi pada aku, dengan adanya date ni...ada la juga peluang anak2 at least setahun sekali cuba lapangkan diri buat something utk ibu kan. Anak2 tak wish pun..bila di tanya...katanya 'sok la Ibu..bukan hari ni'.. hahaha. Aku pun tak sure..and tak kisah pun. Saja mengtest.

Untuk mak yang dah balik Ipoh..aku anto sms. Aku belanja mak abah jalan2 ke Kuching sebab tix aku dan anak2, Mr.Abe belanja. Tak mahal pun setakat naik AA g Kuching. Pastu bilik hotel yang besar..kami bagi kat mak abah..kita org dok bilik biasa jek. Bukan aku suh and paksa Mr.Abe ya..dia yang willing nak bagi. Alhamdulillah. Tapi aku tak declare la percutian tu sebagai hadiah kat mak abah..bawak jek. Aku memamg jenis tak pandai mengungkap..hanya perbuatan je lah dan doa utk orang2 yang aku sayang.


Ni aku on birthday a.k.a 36 tahun. Tak byk yang berubah dari segi paras rupa..hanya perut je ke depan sebab hamil 25 weeks. Lupa nak selfie utk usia 36 tahun. Sarawak sangat panas..nak amik pix pun malas. Banyak pix dalam dslr jek. Dari segi kewarasan...sampai satu tahap..aku bersyukur dengan semua yang dah terjadi. Memang betul..semua yang terjadi..ada dugaan dan hikmah. Cuma aku sangat2 berharaapp..aku terus di beri kekuatan dan kematangan akal fikiran utk tidak mengulangi atau melakukan kesilapan demi kesilapan. AMIN.


Sambutan birthday aku tahun ni kat Sarawak. Di taja oleh suami aku laa. Dah beberapa tahun..aku lebih suka travel utk hadiah birthday drpd minta barang2. Dah tak tahu nak minta apa pun. Tahun ni agak lucky sebab dapat sambut dengan mak abah yang bawak aku ke dunia ni..alhamdulillah

Erkk semput lah..ok la ek.

PAPAI!
posted from Bloggeroid

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!