Sunday, November 10, 2013

.. Suka duka M.I.N.G.G.U ini..

Assalamualaikumm..

Cak! Woot woot... kabare? Minggu ini ada minggu Konvokesyen UNITEN 2013. Hetic? Penat? Entah laa...sebab dah terbiasa kerja luar and jaga event, so konvo ni dah tak boleh di gelar minggu hetic buat aku..cuma bertugas di lokasi berasingan, otak terbahagi dua la..dan berturut2 event berjalan..kadang2 buat aku 'arghhh..bila boleh resign ni?!!!' .. Hahahaha..over kan? Tak kisah la..aku dah bosan la..Sesungguhnya, aku adalah seorang manusia yang tak boleh berada and membuat satu benda yang sama dalam tempoh masa yang lama...aku cepat BOSAN! 



Ha! Amacam? Ada rupa graduan tak? Ahaks..biasa la, dah jaga Konvo, maka men'try' dan memposing la dengan jubah budak2 degree ni. Ya..aku takde degree..aku ada Diploma Komputer Sains (Aplikasi Engineering) dari UNITEN jek. Dari seorang budak Sastera yang Maths nya So-so..course ini adalah sangat 'tuff' bagi aku..jadinyaa..walaupun dah 13 tahun bekerja dalam bidang ni dan 10 tahun jadi Programmer..aku tak pernah yakin untuk sambung degree dalam jurusan yang sama. Bukan minat aku..Cuma dulu aku takde pilihan dan tak terbuka untuk fikir course2 lain sebab terlalu kecewa dengan result SPM aku. Bila abah suh amik course ni..Apa ni? Arghh..amik je laahh..dan kerana course ini juga, aku bertemu jodoh di awal usia..Alhamdulillah..Nak apa lagi kan? SYukKur Alhamdulillah..

Hari pertama bertugas sempena Konvo UNITEN pada 9/11/2013 dan berada di dalam team Bravo as a Reader. Takde masalah bekerja dengan team ni terutama dgn mate aku - my bOz..who alwiz cool and tenang..Cuma sebab aku bertugas di dua tempat, aku lag sikit masa time testing. Tapi kadang2 kena panggil jugak g testing. Walaupun aku tak bagi 100% komitment on testing ni..tapi aku faham tugas aku as reader : Amik kad, tanya nama, scan, pastikan masuk, angguk pada stopper..and lepaskan student. Aku tak pernah lupa task ni..TAPI ...Allah tu lagi maha kuasa kan? Walapun aku dah buat semua dan aku sangat yakin apa yang aku buat betul..TERJADI juga kejadian yang tak di ingini..Emm...


PostMortem on the spot! Big Boss turun..bertalu-talu aku di soal...sangat sesak kan nafas aku. Ya...tak tipu..masa kejadian, memang hilang separuh darah aku..tapi aku cuba tenang..tapi bila event abis, kena kerumun mcm ni..betul2 buat aku down. Ya , aku tak secool orang lain..memang aku stress wpun aku sangat yakin dengan apa yang aku buat... dan sehingga ke akhirnya..mengalir juga air mata ini. Memang aku tak di tuduh directly..but the way aku di soal..mmg 1st attempt, aku la sebab aku pembuka jalan kepada graduasi register nama mereka ke atas pentas. Apapun..alhamdulillah..aku punya teman untuk meluah rasa...cukup sekadar meluah rasa..aku lega..tido dan bangun semula dan anggap takde apa2 yang jadi...tunggu je la big postmortem nanti


Dah dah..lupakan kisah sedey. Apa ni sedey ni? Tak rock laah! Hahahaha. Dan hari ini, hari Ahad bersamaan 10/11/2013...hari gembira buat aku. Alhamdulillah..di beri peluang oleh Pejabat untuk menghadiri hari Ihtifal ABIM 2013. Dan sangat bersyukur...anak-anak dapat habuan masing2 selepas penat dan berusaha belajar. Aku sebagai Ibu, off course la nak hadirkan diri ke upacara penyampaian Hadiah mereka kan? Dania paling berharap aku datang.. Danish pun mula mengungkit sebab aku pernah tak hadir Ihtifal dia sekali. 



Dania baru darjah satu dan alhamdulillah dia dapat no 3 dalam kelas Ali dan dapat juga anugerah matapelajaran terbaik Matematik. Aku tak teruja sangat untuk Dania ni..sebab dulu, Danish pun pernah dapat No 1 selama 2 tahun berturut-turut..tapi bila masuk tahap 2, subject semakin susah..itu cabaran sebenar. Aku just anggap, Dania adalah kanak2 ribena yang gembira nak naik pentas amik hadiah. Hehehe. Memang dia sangat teruja nak amik hadiah ...siap berazam nak rampas no 1 dari kawan dia tahun depan..hahaha. InsyaAllah adik..ada usaha..ibu doa kan yang baik2 untuk adik ya.

Danish pula,terpaksa aku dan berpuas hati dengan hanya mendapat tempat ke 7 dalam kelas. Alhamdulillah..subject teras dia OK..cuma subject agama macam dia agak ketinggalan. Entah lah, aku frust juga sebab kalau aku punya masa untuk tengok dia belajar ..insyaAllah dia boleh catch up. Last time subject tajwid dia sangat teruk...aku sangat frust..so aku nekad..study balik and ajar dia..and amazing! dia dapat up kan markah..alhamdulillah.. Makanya, next year..aku pun kena study baliklah..Apapun..tahniah untuk Danish untuk matapelajaran terbaik BM. Aku tau dia frust..tapi tak pe la..periksa je pun.. kan?


And last sekali..apa ni? Hahaha..takde apa..mahkluk tak bernyawa ni comel kan? Comel dan Happy adalah mode aku hari ni..alhamdulillah for a beautiful Sunday after a stress Saturday...dan esok ...bermula lagi hari baru..kembali bertugas untuk Konvo sidang ke 3...emmm..bertabah! 

Papai! 

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!