Wednesday, August 14, 2013

.. Belayar ke tanah penjajah ..

Assalamualaikum..

Now ni dalam train menuju ke Liverpool street. Alhamdulillah..di beri Allah peluang meluaskan lagi pemandangan mata ni ke bumi UK. Ni 1st time aku sampai UK. Akan berada di sini sampai Sabtu and balik semula ke Holland. Kenapa patah balik? Sebab flight ke Malaysia via London adalah sangat mahal.

Semalam kami naik cruise ke sini. Actually kapal barang sebenarnya. Tapi alhamdulillah..kabin and kemudahan utk penumpang OK sgt..dah macam star cruise Virgo lak. Ada wayang..ada casino..eh! Haha. Tapi tak sempat nak pusing kapal sbb lepas dinner smlm...terus masuk kabin. Dah kul 9pm pun masa tu.



Kenapa naik cruise instead flight? Tix flight from Holland to London is rm500 seorang. Naik cruise ni dlm RM1K utk 2 orang termasuk bilik, dinner and breakfast. Jimat kan? Kalau naik flight..kena booking hotel lagi. Kan? And flight balik Malaysia from Amsterdam is cheaper.


Dinner is ala carte style. Maka nya boleh order. Aku amik vegetarian foods and Mr.Abe amik fish based food and minta jgn letak cooking wine.


Meal aku ...


Meal Mr. Abe..




Jam 6.30am tadi kami dah turun dr kapal and now dlm train. Gambar sarapan tak yab letak lah kan..telur..telur and telur and roti..and fruits jek..hahaha..


Ni pix pertama bumi UK dr camera aku. Matahari cerah..tp sejuk.


Nampak tak cahaya keimanan? Hahhaa..

Ok la..babai! ♥
posted from Bloggeroid

Tuesday, August 13, 2013

.. Berbasikal di Venlo Town ..

Cak! Mesti orang Malaysia tengah tidur kam time ni? Aku ngn Mr.Abe baru balik dari berbasikal. Sewa basikal Hotel - 9euro utk separuh hari. Basikal biasa tapi ada gear 1 sampai 3.



Dari hotel..kami cycle ke dalam hutan. Mendaki bukit rupanya dan bertanah lembut. Baru 500meter...decide patah balik sebab mcm tak sehsuai je basikal ni nak panjat bukit. Lantas berkayuh la ke Venlon Town. Town ni kecik je and rasa macam best la berbasikal. Kedai dah banyak tutup by 6pm. So just pusing2 tengok apa2 yang ada.

Tak susah nak berbasikal kat Holland ni coz pejalan kaki dan bikers ada hak2 sendiri. Ada track for cycling dan mcm pejalan kaki..kereta akan beri keutamaan juga pada bikers. Since cuaca tak panas..12km tak jadi apa2 la sangt. Jangan kan berpeluh..penat pun tak sempat. Just last sekali kami masuk balik dalam hutan..masa ni baru la jantung laju.



Tercabar gak tengok uncle2 and auntie2 kat sini releks je cycling. And setakat ni..bertembung ngn orang asing masa jalan or cycle..mesti dia org say Hello or at least senyum. Tapi asal kalau aku jumpa orang Malaysia kat oversea ni...susah sangat nak balas senyuman aku..emm. Maybe dia orang penat berjalan..hehehe.

Ok la..sok aku ikut Mr.Abe kerja separuh hari dan lepas tu ke destinasi seterusnya. Destinasi yang aku belum pernah sampai..yay!

Papai! ♥



posted from Bloggeroid

Monday, August 12, 2013

.. Menaip dari bumi Holland ..

Hello! Now is 11:33am time Holland and 5:33pm time KL. Since aku tengah melepak sorang2 kat hotel ni..update blog la kejap. Wifi provided and data usage is 250mb for 2 days. So..apa lagi..blogging la.. hiks.


Now ni aku tengah layan sports channel live. Cantiknya alahai body2 athlete perempuan ni. Muka pun cunz..pakej betul. Aku dah lama tak exercise..perut dah naik sket..uhuk.


Semalam, hari ini dan esok, kami lepak di hotel ni - Bilderberg Hotel De Bovenste Molen. Macam aku mention, Mr.Abe ada kerja 2 hari .. so hotel ni dalam rate claim dia. Nanti lusa..kita duduk hotel biasa jek. Hotel kat Europe jarang ada aircond. Now europe sedang summer..tp masih sejuk. Suhu bawah 20 ° c. Next Thursday baru suhu cecah 26°C. Tak tahu la sejuk ke panas. 


Kepala aku agak weng sebenarnya. Semalam, sampai ke airport around 5:34am. Letak bag kat Amsterdam Central..terus berjalan. So tak terasa sangat. Tapi bila dah check in..mula lah terasa jetlag. Maghrib is 9pm ++ and subuh is 3.40am. Macam biasa..aku sure flat..tidoz! 12:00 pagi time Malaysia..sini masih terang benderang..aku dah terlena lps mandi. Mr.Abe terpaksa lah iron baju sendiri sebab dia dah biasa travel..tak jetlag sangat. Dia sediakan dinner..kejut aku makan. Aku pun mamai2..bangun makan. Pas tertidur balik wpun berkali Mr.Abe kejut solat maghrib. At last, aku terjaga 2:30 am..dlm 6am time Malaysia..terus solat. Pastu tido lagi..ohoi..weng sangat! Kul 4am..Abe kejut subuh..kena bangun lagi..sakit kepala! Orang kata, lepas subuh tak elok tidur balik kan? Hahaha..wpun subuh awal..tp kul 6am baru terang. Dah tu.. tidur balik lah kan? Ngee.. Kul 8am..turun sarapan. Padahal perut dah nangis2 minta lunch..and sarapan hotel..apakah harapan nak makan kenyang2. Roti, salad and fruit jek..kenyang la juga dengan membaham lebih telur. 

8:30 am, Mr.Abe g kerja ngn member dia. Aku round kawasan hotel. Katanya ada jogging track..tp menuju ke dalam hutan. Erk..tak berani la pulak. Nak layan gym? Lom cukup rajin. 


Semalam..kami berjalan (naik train) ke Zaance Schans. Actually ni 2nd time aku jejak bumi Holland ni. Last time was in 2010. Bumi Holland memang cantik and tenang. Kat Zaance Schans, scenery memang cantik. Kami tengok windmill, keju Holland yang bulat2 tu and cara2 buat terempoh Holland. Encem ok mamat yang ajar buat terempoh tu..hahaha..gambar2 ni semua dari Note2 aku..yang lain dlm Dslr..malas nak upload. Cukup la kot pix ni kan? 


Amsterdam city sesak dengan tourist, tram and basikal. Aku memang suka dengan town ni since 1st time sampai dulu. Kali ni, just jalan2...tak masuk dah tempat2 yang dah masuk dulu. Sama je kot. And tempat wajib lalu is Red Light District. Hahahaa. Since masih siang...'perempuan2 dlm cermin kaca' belum keluar 'beraksi'. Kalau lalu di lorong2..'mereka' start bargain ngn customer. Ada 1 geng pak arab kot..aku tengok..dia org tak berani pun nak lintas lorong tu..and ada yang lalu..masing2 urut dada...hahaaha. Aku? Lalu jek..free show kot. Kata nak tengok tempat orang. Cuma aku takleh snap pix je..hahahaha. Lagipun memang Amsterdam ni zon bebas pelacuran and ganja..semua pun open. Aku ajak gak Mr.Abe masuk 'live teater'.. dia kata..'g tanggal tudung dulu'. Hahahahhaa..


And macam biasa..ini style kami travel. Walaupun bukan travel ala2 backpackers..tapi kami suka travel guna backpack. Senang nak jalan..nak lari..nak bersesak2. Setakat ni..kat europe..travel dengan train paling senang. Mr.Abe mcm biasa..akan handle semua. Aku? Follow jek. 

Ok la..kalau rajin...akan update lagi utk cite arini and esok ... 

Papai! ♥
posted from Bloggeroid

Saturday, August 10, 2013

.. MH 0016 bawa ku terbang ..

Okek..ada lagi sejam. Badan sangat2 penat ni. Semoga boleh tidur dalam flight nanti. Percutian sambil menyelam sambil minum air. Ikut Mr.Abe kerja. Dia kerja 2 hari..selebihnya kita jalan2 tgk isi alam..alhamdulillah..rezeki nak berjalan lagi. Perjalanan tak plan sebab kerja kan? Down grade tix bisness class dia..dpt la tix aku...hehe.. tq.

Mr.Abe pun tak jadi sambung Master tahun ni sebab bos suh hold sebab dia baru naik gred lagi. Next year baru sambung Master. Alhamdulillah rezeki dia. Rezeki anak2 dan kami sekeluarga..kan?



Doakan semoga perjalanan ni selamat sampai ke destinasi. 1st time cuti during summer. Bag pun ringan sket sebab tak yah bawak baju tebal2. Tapi masa kat Aussy dulu..dah late summer..sejuk gak. Nasib lah kot. Cuaca...takde sapa boleh ramal secara tepat.

Ok la.. papai! ♥
posted from Bloggeroid

Friday, August 09, 2013

.. Aidilfitri kali ini ..

Alhamdulillah..2 hari yang di berikanNya, di gunakan sebaik mungkin untuk meraikan hari kemenangan tahun ini. Now semua dah tidur kepenatan dan aku? Emm.. rama2 dah mula masuk perut dan rasa best tak best sebab esok akan pulang ke Uniten berdua je dengan Mr.Abe. uhuk!

Okla..tak tahu kenapa..lately aku dah kureng feel nak update blog. Macam dah tak nak sangat share cerita ngn orang..tsk tsk tsk..

Tengok pix je la jom..


My famili di pagi Raya.


My big famili..tapi adik kat Putrajaya takde.


Mak and me.


Famili Mr.Abe and my biras!


From Penang with luv.


Kemhohohoho!


Nyenyaknnya mereka tidur kan? Nanti seminggu lebih tak jumpa. Uhuk.

Ok la..nantuk sudah.

Papai! ♥
posted from Bloggeroid






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!