Wednesday, April 09, 2014

.. Hujan setiap petang ..

Hello!

Alhamdulillah, hampir setiap petang hujan. Semoga kemarau berlalu pergi dan air rahmat ini memenuhi kolam takungan air kawasan-kawasan yang airnya di catu. Kesian tempat yang kena catu ari tu kan? Semoga kita semua bersabar dengan dugaan Allah kali ni.

Lukisan Hati dan Task Kerja dan wishlist

Maaf, saya mengantuk dan semput. Jadinya saya pilih untuk mengupdate blog. Eh, Apakah SAYA? Heeee.. Em. Dah hampir 4pm. Agak pelik, tiada email masuk arini. Maka aku pun tidak berada di dalam keadaan stress mengejar task walaupun aku ada banyak task terutama untuk KPI 2014 ni. Agak membebankan KPI kali ni kerana melibatkan banyak dokumentation. Hampir 40 laporan atau dokumen yang kena buat at least to get ME. Haiyoooo..apakah? Dah la bulan 8, insyaAllah aku akan bersalin and now dah bulan 4. Erk! Tapi macam biasa, berfikiran la secara positif. Setakat ni, aku dah berjaya..berjaya apa? Berjaya buat list jek apa yang nak di buat dokumen..hahhahaa. Idea ada..bahan ada, tapi nak menaip, ADO! Aku perlu beberapa feedback dari bos sebelum mulakan semua ni, kang dah buat elok-elok, tak mememehuhi kehendak lak - masak! 

Kondisi aku now adalah 'SEMPUT'. Hampir setiap hari aku berlayan dengan diri sendiri - KUAT! Bertahan..and jangan fikir sangat! Hampir setiap pagi aku nak amik EL or MC. Hampir setiap hari, bila kat opis, aku nak g dispen nak minta MC. TAPI..come on Liza! Baru 5 bulan ni..kuat lah! Aku sangat risau utk bersalin kali ni sebab kondisi aku tak sama mcm yang lepas2. Aku terlalu cepat letih dan sukar nak bernafas. Petang ke malam, tempat aku masih di atas katil. Kadang-kadang aku cakap kat anak-anak :
"Kalau Ibu meninggal lepas bersalin nanti, mati ibu bersalin sampai 40 hari adalah mati syahid. Ibu teringin nak mati syahid..tapi ibu tak belum sedia nak tinggalkan anak-anak ibu".

Jawab Danish :

"Tak pe la ibu. Bukan semua orang dapat mati syahid. Nanti kita boleh jumpa kat syurga kan?"

HUhuhuu..betul ke sampai macam tu tahap redha seorang anak? Walaupun dia cakap macam tu, aku dapat tengok mata dia berkaca...terisi air mata. Itu Danish. Dania pulak? "tak nak..adik tak nak ibu mati..adik nak ibu..Ibu tak boleh mati. Adik takut lah ibu". Aku hanya mampu tersenyum. Dah ready sangat ke mati wahai LIZA? Dah cukup amalan? Huhuhuhu...

Ini harta, Ahmad Albab yang punya.
Hari ahad lepas, dengan hati yang berat, acecece..Poyoss! Ni harta karun aku. Karun tak karun lah sangat. 13 ketul jam aku dah meninggal dunia. Nekad je lah g bagi nyawa. Aku tau bateri now dah tak murah..dah tu, tak kan nak biarkan jam2 ni berkubur lak kan? Mr.Abe lak g tambah 3 ketul jam dia..hamboi! Harga bateri tak sama...ikut jenis jam. Gedebub gedebab...hamek kau! RM300 aku kena termasuk service beberapa jam. Guna bateri Sony katanya. Tahan dekat 2 tahun. Kalau tak tahan - siap kau tokey! Wa cari lu. Ahaks! Aku dah malas nak fikir...kalau tangguh2..lagi rugi nanti. So pejam mata je lah bayar. Macam biasa wasiat - Jam kena pakai selalu..nanti dia mati. Ye la ye la...tapi tangan ada 2 jek..1 jek yang boleh pakai jam..tak kan nak pakai semua kan? Sebab tu la aku terpaksa menahan nafsu dari membeli jam lagi.

Ada kawan-kawan yang minta aku let go jam2 ni dengan harga murah. Bukan letgo, bagi free pun aku leh kasi..TAPI, tangan korang semua tak muat jam2 ni..HEEEE. Aku kalau beli jam, memang potong sampai habis and lepas tu, tak tahu la mana aku letak extension jam itu. Ngeee....

Hadiah AriJadi Mr.Abe
Aku hampir terlupa yang aku tak beri apa-apa hadiah untuk birthday Mr.Abe tahun ni. Jenuh aku fikir..nak bagi apa? Semua benda dah ada. So aku just sms and hint tanya bape space external HD dia. Dia cakap, now ada 300GB tapi nak beli yang baru 1 Trillion HD sebab nak pindah semua kerja dia dari lappy sebelum cuti belajar. Yeah! senang je dapat jawapan nak beli adiahkan? So aku pun mengoffer la untuk belikan as hadiah birthday. TAPI kan...eh eh eh..bila sampai kedai, tgk harga 2 Trillion HD mahal sket jek dari 1T, di mintaknya yang 2T. hahahahaa.. Pandai ya! Aku tau cara dia berfikir dan cari dia berjimat..so, ok lah! Hahahaa..tipu jek! Aku just bayarkan harga 1T sebab tu je budget aku..dan Mr.Abe add lagi RM100 to get 2T. Ngeeee.... Semoga suka la dengan hadiah terpaksa kongsi ni ya. Ahaks!


Dannnnnnnnnnnnnn....ini adalah wajah terbaru Danish. Nak sangat pakai spec. Layankan jek! Aku lagi suka spec petak tu..tapi tuan badan nak yang tak petak dan warna biru. Okek..dah pandai nak bergaya. Mula-mula tu, check mata Danish jek..tapi sebab Mr.Abe nak sahkan betulkan anak dia ni rabun, dia pun check mata dia to compare. Still result Danish yang tinggi. Lepas tu check Dania..sama gak-result Dania OK dan last aku check lak. Oh! Mata kiri aku perfect! Ahaaa..horey! Danish memang selalu komplen tak nampak bila jauh..so, Mr.Abe pun okek kan la untuk buat spec.

Erk...terpanjang lak taip...

OK la..papai!


posted from Bloggeroid

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!