Tuesday, October 07, 2014

.. Rindu yang bertalu-talu ..

Holla!

Yeah!, menaip laju-laju menggunakan PC. Uishh..dah makan bulan tak sentuh keyboard PC. Nasib baik masih ada skill menaip. Dah pukul 4 petang ni, masih terkial-kial membaca email yang dah tertinggal tapi kena baca gak. Pagi-pagi lagi dah mengadap puan bincang tentang task dan sign result KPI. Turun nampaknya result kali ni, tapi takpe, aku redha dan bersyukur je. Result KPI tu walaupun turun, tapi agak OK untuk aku yang macam ikan sardin dalam tin buat kerja tahun ni dan juga selepas berbulan-bulan MC. Alhamdulillah..lagipun, aku ada rezeki lagi besar tahun ni - Dalisha Hannah dari Illahi. Syukurrrrr amat.




Mungkin masih lom terlambat nak wish Salam Aidiladha. Raya korban kan sebulan? Handphone aku ada problem dengan SD card slot rasanya. Habis semua gambar2 dalam tu. So, aku korban semua benda dalam handphone tu dan buat master reset...habis cerita. Memang habis la..sampai lupa nak save contact number dan aku memang tak sync conctact dengan gmail. Dalam SIM pun aku tak simpan..jadinya, contact dan enpon aku sekarang tiada lah bernumber seperti dulu. Nasib laaaa kannn...

Apps dalam handphone pun dah tinggal yang aku selalu guna jek. Camera360 pun dah takdak. Lagipun dah lama tak pakai apps tu. Zaman dah berlalu kot nak perasan lawa mulus pulus dengan apps tu..ngeee. Terima je la hakikat usia makin meningkat - pori2 makin luas dan jeragat makin bermaharajalela. Ahaks!

Realiti - berat aku naik lepas pantang ni. Mak mentua siap tegur 'Mak tengok pipi Liza dah sama tinggi ngn hidung'. Gagagagaa. Ye la ye laa. Sib baik nampak pipi jek, tak nampak yang dalam baju. Dania siap cakap, 'ibu mengandung lagi? harap-harap Mimi dapat adik laki pulak kali ni'. Hahahaahahahadoii! Sejajar dengan kenaikan ni, maka, hari pertama aku kerja hari ni, aku pakai lah baju kurung. Scary kot nak try seluar. Mr.Abe siap cakap 'Dah lama tak tengok ibu pakai baju kurungkan? Nampak comel hari ni'. Cessss!!! hahahahampeh........



Wajah yang sering dan sentiasa di rindui - Dalisha Hannah. Ya Allah..memang tak sampai hati langsung nak hantar dia p nursery. Untunglah pengasuh Dalisha. Baby yang langsung tak buat perangai setakat ni. Adoiii rindunyaa. Kenapalah bukan tahun ni aku resign. Aku pun dah byk bersabar dengan baby compare zaman muda2 dulu. Bila terfikir balik, kesian Danish masa dulu. Isk, tak mau la taip byk2 pasai budak tecik ni..rindu lakkk. 


Ni pix snap masa hari raya korban 2014. Tak sempat nak amik pix famili sebab Mr.Abe sibuk dengan kereta dia tiba2 bateri kong di pagi raya. Betullah kan..muka kami sama kecuali idung. Isk..takde idea lah..ok laa eh..


Papai!

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!