Sunday, February 13, 2011

..Lompat Katak!!..

Yay! Hip hip horrey...horrey horrey..15276 akan terbang ke dalam tangan..Happynyaa..Alhamdulillah. Mood travel semakin berkobar...Thanks Yus (wpun Yus tak baca blog ni)..terima kasih banyak-banyak..Mucha muchaa muahhh lah!!!! I am ready to fly........Yay!!!


Cantik kan ? kan ..kan...


Jom Lompat katak...yay!!

And nanti lepas kenduri kawin kat rumah OZ..nak p Alamanda mengambil barang yang di tempah..CANTIKKK SGT! Pun suka..boleh triple lompat..Thanks to Mr.Abe..tq so much!! ;)

..1 Bulan Lagi..

Daisypath Vacation tickers

Tgk kalender..cepat tgk! Hari ni 13hb Feb 2011..maknanya..lagi 1 month to go and kalau ikut2 kan..tak sampai sebulan pun sebab Febuari ada 28 hari saja. Ho Ho Ho. Semua dah ready? Emm..tiket and penginapan semua dah selesai..cuba ada few things tak settle lagi. Bagpack 2+1 Mr. Abe tak dapat lagi and I wish my 15276 akan di jumpai dalam masa terdekat. Rasanya perlu buat sedikit exercise for stamina sebab nanti kat sana...banyak sangat nak berjalan kaki..

Nak p mana? Tungggggguuuuuuuuu...InsyaAllah, semoga Allah permudahkan semua..Amin.


Saturday, February 12, 2011

..JaTuh HuKuM..

I love them so much..so I have to do this..
Hah! Sakit dada aku. Dah lama tak kena budak-budak ni..akhirnyaa..kena balik rotan seliang dua tadi. Stress ibu..sangat-sangat stress. Marah yang terkumpul akhirnya terlepas jugak hari ni.

Racket Yonex Danish hilang!

Hambboiiiiiiiiiiii..sesenang dapat..sesenang tu nak kasi hilang? Ingat beli guna daun ? Sebenarnya bukan nak marah sangat pun pasai racket tu..tapi nak bagi rasa ada tanggungjawab. Hari tu Nintendoo DsLite entah kemana..benda yang RM800 tu suka-suka hati je letak merata. Masa tu sabar lagi..suruh cari. Lepas tu PSP pun dia org letak suka-suka. Ingat RM singgit lima puluh sen ke? Sabar lagii...ni dah tahap hilang ingatan dah. Baru sangat racket tu..tak sampai seminggu. Hamek..2-2 sekali aku tibai. Abang kata adik..adik kata abang.

Ni bukan cara MODEN? Sometimes we have follow the Tradisional way..kan?
Maaf lah..aku bukan tak dengar motivasi atau rancangan2 agama atau tak baca buku tentang nak ajar anak-anak ini. Aku tahu..'rotan' bukan cara. Tapi dah lama sangat dah aku peram rotan ni..ni dah abish sabar. Tapi janganlah bayang mcm aku dera budak mcm dlm tv tu. Simple je..dok berdepan..pandang mata dia orang, pegang tangan..bagi soalan. Sekali dia menjawab tah apa-apa..seliang naik kat peha. Mcm pukul hudud tu..hanya pergelangan tangan yang bergerak..aku tau sakit..tapi apa lagi cara? Aku dah penat berlembut. Dan aku perasan..Danish dah mula kurang membaca skrang..asyik mainn jek..

So..aku buat Hukuman :
1. No cartoon or what so ever yang related dgn channel 611 or 104.
2. No playing outside for 1 week.

Aku cakap dekat Dania..kalau sampai hujung minggu depan tak tahu lagi nak mengeja atau bunyikan sukukata..aku sambung denda..huh!

Now ni, both of them ada dalam bilik .. TIDUR..

Aku garang? MeMaNg!! Gerammmmmmmm...



..BerKoKoK..

Test suara..testing 1..2..3..
Adeh! daripada batuk-batuk ayam..now ni dah mcm tak kuar suara la. Testing suara..'hello..hello'. Sakit and perit tekak ni. Start batuk Khamis rasanya..tapi 'Batuk-batuk ayam je la'..yang orang kata, batuk nGaDa-NgAda..mcm kuar tak kuar, maybe sebab sakit kat tekak. Musim kan? Hari Khamis nyaris demam tapi tak demam..akekek. Alhamdulillah..aku sangat2 jarang Demam (jgn lepas taip ni..Demam pulok!). Tapi sakit tu penghapus dosa2 kecik..rugi gak kan kalau tak sakit? ho ho ho..Kalau demam esok..Isnin leh MC..Selasa memang cuti..akekekek.

Isk..merepek jek. Sentiasa berdoa supaya aku dan keluarga di kurniakan kesihatan yang sempurna..Amin..

Air Asam jawa PANAS..terbaik wokk!
Malam tadi g Dinner kat Steak & apa tah kat Serdang. Odet Air Asam jawa panas..heheh..sungguh tak kena dgn Lamb Chop. Sekali makan kambeng..sekali minum air tu..omang aaii..terasa gila kambeng di tekak..huhuhu..

pst : terpaksa pencen jadi TaRzAn kejap..adeh!

Friday, February 11, 2011

..Masih Bermimpi..

Coach 15276

Tak dapat lupakan..masih mengharap. Patutnya ini aku punyaa..mana dia? Mana..siapa amik? huaaa...tadi nampak bag ni kat FB Yus..tapi dah kena ReMbAt..huaa.. mimpi ngeri ni. Aku mahu..pulangkan! Aku tak berangan kan Gucci..apatah lagi LV..sebab kalau aku pakai, sure orang kata IMI..aku hanya mahu yang ini..aku nak bawak dia jalan-jalan nanti...

Paling murah kawan jual adalah Rm1.1K..berangan je lah..ngeeee
Tapi kalau dapat Marc Jacob Q Hiller pun besh gak..kan? Ahaks!!






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!