Showing posts with label Merepek. Show all posts
Showing posts with label Merepek. Show all posts

Wednesday, May 04, 2011

..Membengkak dan membiru..


toing toing...Center past yang menyebabkan jari-jari ku terkepak dan langsung membengkak. uhuk..dah lama tak rasa penyeksaan sebegini. 2 benda yang menakutka ketika main netball adalah jari terkepak dan bola terkena batang hidung. huhuhu..serius leleh air mata lah kalau terkena...

Tak tau bila jari ni akan okek...cincin pun dah takleh masuk..jari-jari ni nak guna menaip coding, nak tampal menampal board QE yang semuanya kena siapkan sebelum Isnin ni..Jumaat ada frinedly game...so, what to do? ayam tak patuk..itik tak sudu!

Published with Blogger-droid v1.5.9

Tuesday, April 26, 2011

..Ramalan Kaji A.K.U..

Malas nak bercerita apa jadi hari ni, jom tengok benda2 yang aku 'terRAJIN' cari ni dan kononya berkaitan dengan AKU. Macam Ramalan Kaji Cuaca la kiranyaa..

Mula-mula kita tengok jenis DaRah + AkU. Aku O Positive.

Em..75% betul dan agak tepat.

Hari Kelahiran - 30 April 1978 jatuh pada hari AHAD.

Nak kasi bape ek? em..hampirr tepat walaupun ada yang tak betul.. uhuk!

Dah tahu tarikh, kononnya ada pulak ramalan tarikh based on warna :

Yes! Betul betul betul.. ;)

Now tengok perangai based on Bulan lahir lak. Pun dah byk kali baca..tapi mari baca lagi..APRIL ya :

Terus terang...90% betul..ye ke? ye la tu...

Last sekali..ni fakta menarik bukan ramalan..hek hek hek..
Menarik kan?? :)

Kesian ..eh salah Sekian, Terima kasih..boleh tafsir sendiri kalau betul2 kenal aku...;)

Monday, April 25, 2011

..Temujanji yg tak tak berjanji..

Now aku kat KPJ Kajang. Appointment kul 11am and aku dh tiba 20 minit awal. Bos dah bg permisi. Jam kul 11.35am...apa ni? aku masih lom masuk jumpa doktor lagi..

Baik takyah set time kalau temujanji mcm walk in jek. Aku memang kureng sket bab menunggu atau janji tapi tak reti2 nk tepati...makin stress rasanya...isk! Aku tau, ada org agak menyampah ngn aku kalau bab janji2 ni...sbb aku sure tuntut or kalau pasai masa...mmg kena tepati..KECUALI Allah tak izinkan lah..paling on time kalau janji adalah Abah aku..kemudian Abe..aku kdg2 main2 gak dan tgk gak org yg janji dgn aku tu..kalau dh tau peel mmg tak penah tepati waktu..aku pun releksss jek le. Penat la menunggu ni....grrr...

11.41am...masih menunggu..buang masa laa..
Published with Blogger-droid v1.5.9

Wednesday, March 02, 2011

..Ini Entry LaYaN DiRi..

Twit! berblogging jap sebelum sambung lagu buat 'skrip' untuk video. Video apa? Vlog? hek hek hek. Aku belum nak masuk ke alam 'Vlog' kot..Nak cite apa ek? Haaa..mcm yang ada kat link blog yg jadi ikutan aku..ni dari Redmummy.com khas utk Peminat Siti Nurhaliza. Aku follow Redmummy ni sejak berita kuar Hot.FM..'Redmummy Jutawan Blogger' Hehhehe. To Redmummy..pinjam satu gambar ya nak tepek sini. Klasss RM interview Siti..and adakah aku nak pergi Minggu Setiausaha Nostalgia Siti Nurhaliza - 5 April 2011? Huhuhu..'selok' gak ni..nanti fikir and roger 'kakak angkat' Siti a.k.a Kak Lon..ngeh ngeh ngeh. Tapi cuba tgk rege tiket pada pic tu? hahaahahamek kau..paling murah RM340++..keh keh keh.


Korang nak tgk Vlog Siti ngn Redmummy? g la jenguk : Redmummy.com
Kredit to Redmummy.com

Okek..sebenarnya, aku PeNat ni. Padan muka aku..dah lama tak bersenam and tadi lunch time aku pergi Gym sensorang. Aku perlu exercise untuk kesejahteraan aku 'nanti'. Lucky tak ramai kat Gym. Macam biasa, tujuan aku just nak naikkan stamina ..bukan nak kasi badan ketul2 or nak kurus..so aku layan je treadmill. Streching and berlari. Aje gila lah..20 minit, 7km/j ..aku dapat 1.8km jek..lepas tu? Mengah..keh keh keh. Siap rasa melayang bagai sampai kena pegang dinding untuk cooling down. Terus blah balik rumah mandi manda and makan apa yang ada. Tak leh jadi ni..mcm 'slow' je..dah tua kot. Lagipun kan kan kan..tekanan darah aku masih rendah..sebab tu la aku jadi LeMbaBsSss mcm ni..semua pun memenatkan.

Selesa dan di hidangkan lagu dari Sinar.fm..tergelak aku sorang2..layann.. :)
Ohoiii..ni berat latest aku..yay! Lompat katak jom..naik naik..dari 43kg..gumbira..!!
Aku cuba KOT lagi untuk teruskan GYM ni sampai lah tiba masanya. Kena pergi..kena kena kena..sebab aku tak rasa puas lagi Heart bit pun tak memenuhi tahap piawaian. Sok? InsyaAllah KALAU rajin..huhuhu.

Tuesday, March 01, 2011

..18sx - Gegetan 'asmara' (?)..

Hahaha..jgn marah, entry pagi ni 'nakal' sket. Ye ke? Ke biasa aje? Dapat email dr teman yg jauh di perantauan. Menarik email ni untuk di kongsi bersama..jom baca.


"Daily Mail melaporkan seorang wanita separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung sebagai akibat gigitan asmara yang dilakukan oleh kekasihnya. Wanita yang tidak dinyatakan namanya, dimasukkan ke hospital di Auckland selepas tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Kes itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan.

Para doktor mengesyaki wanita itu diserang sakit jantung walau pada mulanya gagal mengesan puncanya. Mereka kemudiannya memeriksa kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemukan punca serangan sakit jantung berkenaan.

Gigitan asmara itu menyebabkan kerosakan pada pembuluh darah itu dan pembentukan darah beku. Darah beku itu kemudian mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami strok."

Kes mcm ni kalau jadi kat Mek Salleh, memang la tak berapa malu nak p jumpa doktor..kalau jd kat kita..dan di declare di geget oleh KEKASIH dan agak2 masuk Harian Metro ka..Kosmo ka..agak2 apa jadi? huhuhu..

Saturday, February 12, 2011

..BerKoKoK..

Test suara..testing 1..2..3..
Adeh! daripada batuk-batuk ayam..now ni dah mcm tak kuar suara la. Testing suara..'hello..hello'. Sakit and perit tekak ni. Start batuk Khamis rasanya..tapi 'Batuk-batuk ayam je la'..yang orang kata, batuk nGaDa-NgAda..mcm kuar tak kuar, maybe sebab sakit kat tekak. Musim kan? Hari Khamis nyaris demam tapi tak demam..akekek. Alhamdulillah..aku sangat2 jarang Demam (jgn lepas taip ni..Demam pulok!). Tapi sakit tu penghapus dosa2 kecik..rugi gak kan kalau tak sakit? ho ho ho..Kalau demam esok..Isnin leh MC..Selasa memang cuti..akekekek.

Isk..merepek jek. Sentiasa berdoa supaya aku dan keluarga di kurniakan kesihatan yang sempurna..Amin..

Air Asam jawa PANAS..terbaik wokk!
Malam tadi g Dinner kat Steak & apa tah kat Serdang. Odet Air Asam jawa panas..heheh..sungguh tak kena dgn Lamb Chop. Sekali makan kambeng..sekali minum air tu..omang aaii..terasa gila kambeng di tekak..huhuhu..

pst : terpaksa pencen jadi TaRzAn kejap..adeh!

Tuesday, February 08, 2011

..L.U.P.U.S..

Aishhh! Asal susah nak bernafas lak ari ni. Dah mai dah 'penyakit' ni. Dari tadi..tah bape kali aku dok menguap..bukan ngantuk pun. Tak cukup OKSIGEN kah? Em..aku mmg 'Low Blood'..dah mula la ni..balik tido kang..both boss takde ni..hak hak hak..

Emm, actually, aku dok FIKIR ni..nak guna ke tak..nak ke tak purse COACH ni..benda ni Abe belikan untuk aku sebenarnya. Tapi aku nak full leather..so aku peramkan je la purse tu. Nak jual memang ada orang nak, tapi masalah, tak berbaloi. Abe beli kat US masa tu rege dia RM300+...kat Butik COACH Malaysia, purse ini adalah RM600++ Okek..Aku nak tolak RM250..tapi kan..rasa macam tak besh lak. Sebab dah pegang lama benda ni. Tak penah guna pun..so..guna ke tak ek? Purse Fossil aku yang lama..tempat coins dia dah takleh zip..masalah gak tu. 2 tahun aku pakai purse Fossil ni. Beli direct dari US gak. RM120 jek.kat Malaysia RM200+..hehehe..aku mmg bijak berbelanja..kan? ;b

Purse Fossil masih OK..so, guna atau LUPUS ek? takleh simpan coins jek..
Sebab nak cuba LUPUSkan si Fossil ni, aku pun mula la menyelongkar purse. Hak hak hak..ada apa dlm itu purse yang sudah LUPUS tarikh? Ngeeee...ada voucher Jusco yang dah expired tapi tak guna-guna. Ho ho ho..mati pada 31hb January 2011..adeh! Adalah sgt rugi..apa nak buat, takde rezeki..kan? (sekarang ni fikir positive jek..tenang jiwa, senang dada..hahha.)

Merah yang tatak ONG..semua tak leh guna..Yang Carefour tu..hujung bulan ni LUPUS..

Dalam byk2 benda..benda ni tak leh di LUPUSkan.aku snap masa kat umah mak ari tu... ;)

Mak dan abah masa muda.. ngam tak?
Orang kata, muka aku ngan mak muka 'fotostat'..ye ke??
Kenangan abadi..tak akan terLUPUS dek zaman..tapi zaman2 aku, gambar dah tak 'cuci'..so nanti Danish tak leh nak buat kerja macam aku ni..hahha..

Monday, February 07, 2011

..Saja-saja..suka-suka..

Syiok layan sinetron Surga UntukMu time lunch..
Dulu...dulu la ni..aku rasa sangat sedih bila terpaksa balik LUNCH tgh ari kat rumah..biasa rasa seronok lunch dengan kawan-kawan. Lama kelamaan, jadi seronok layan diri sorang-sorang kat rumah waktu lunch. Dengan keadaan rumah yang tak panas, makan pree - tak kira la makan roti cicah nescafe ke atau kalau ada rezeki and rajin, aku masak je nasi makan lauk simpan semalam. Perut sendiri..ada aku kesah? Hee..Kat rumah, mcm-mcm boleh buat. Leh makan dgn tenang..leh layan tv sambil layan FB..leh solat terus..TENANG lah rasa. Tu la kan..kalau fikir POSITIVE..semua pun jadi OKEK..

Nescafe dan Mingguan Wanita dah sebati dgn hidup aku..
Lately, aku sering teringat kat Nescafe Body Partner Kacip Fatimah + Kolagen ni. Bukan sebab khasiat, sebab aku tak pun apa khasiatnya..tapi sedap sangat. Rasa di mcm PERFECT utk pencinta Nescafe tegar mcm aku. Tak tahu la kalau minum lebih dari 1 cawan sehari, jadi apa...tak jadi apa-apa kot kan? Cuba lah..g cari kat Mall..aku bukan pengedar..heeee...

Menyala lagi...haiyaaa...
Emm..minyak keta dah blink blink lagi. Aku rasa baru je aku isi. Ni keta abe..keta aku, abe bawak. Tadi call Mr.Abe..dia kata..leh tahan lagi dalam 80KM..hahaha..maka, aku tunggu balik je isi ini minyak. Aku isi hari tu pun lom claim lagi..hak hak hak. Semoga dapat amik anak2 petang ni..hahaha..

Okek..saja-saja nak update blog...meeting unit esok di tunda ke KHAMIS..yay!! Sempat lagi nak siap kan apa-apa yang patut..GO!!

Tuesday, January 18, 2011

..Conteng..

Realiti
Fantasi
Hahaha..ni bukan takde kerja. Ni takde mood nak wat kerja so layan diri jap. Aku suka sangat ngn blog Abg Jonni. Awat? Sebab...aku suka lukisan and abg jonni pandai melukis. Aku boleh melukis? Tah la..tapi dulu sokmo gak masuk pertandingan lukisan dan penah gak melukis poster artis2 yang aku minat. Tu duluuuuuuuu..berzaman2 dan aku lama tak melukis kecuali lukisan abstrak yg melambangkan hati aku ..hek hek hek.

So tadi..saja2 gatai tangan..amik kertas A4, amik pensel gajah ni and dok dpn cermin..lukis diri sendiri..(sampai member OCS pun aku tak sedar..berangan jap). Lepas siap..aku rasa..'fantasi' lagi chomey dr aku yg dlm 'realiti'. Heee..Aku kagum dgn org yang boleh melukis tanpa meniru..aku mmg tak boleh melukis hasil imiginasi sendiri..kalau melakar ikut objek dpn mata..boleh laaa walaupun tak sama..

Kalau 'blogwalking'..aku akan membaca blog org tu kalau dia betul2 boleh menulis dan aku akan kagumi blog orang 'berseni' yg lain dr orang lain..dan aku suka layan gambar gak.

Abg Jonni..kalau baca post ni..'lukis diri saya 1..boleh?' ngeeeeeeeee..

Friday, January 14, 2011

..S.a.R.a.N.g.K.u..

Hati kata OK..semua pun OK kan? Sempit pun jd LUAS..
Aku pindah ke 'sarang' ni pada 18hb Oktober 2010. Em..dah hampir 3 bulan aku kat sini. How? OK jek..selesa. Dgn opismate yang tak byk cakap dan jauh dari orang dan aircond yg sentiasa Cool serta tingkap tembus ke luar..Alhamdulillah, aku selesa dan happy di sini wpun sebelum ini aku bermewah-mewah di 'rumah Agam' yang besar.. :) Dalam 'sarang' ni lah..semua benda mak nenak ni aku letak dan susun elok2..jom layan :

Key-chain collection
Gedebush jatuh ke bumi kerana frame dia patah..
Haiwan peliharaan di letak kan di rak surat In/Out, Jimat ruang..
Sentuh la kalau berani...ni dok bertenggek atas pation cubicle.
Dalam almari file ..sbb kerja tak byk file..jadilah tempat hiasa brg..
Di sudut meja yang comey ini..kenangan abadi..
Selagi ada ruang..atas almari kaca file..
Alhamdulillah, aku happy dalam sarang ni wpun dulu aku yang bermati-matian tak mau pindah. Tul la kata orang kan..'Belum cuba belum tahu'...'Lain padang..lain belalang'.. ;) So..berfikir lah secara positif selalu..

Thursday, January 13, 2011

..Nantuk..

Nantuk ..nantuk ..nantuk. Tambah lak dengan hujan. Makin membeku la dok opis ni. 1 task telah di settlekan pagi dengan ucapan '32 orang je AB?' ayokkk..semoga kami semua di murahkan rejeki. Dengar2 mcm dah ada yg kelemasan kerana 'kekeringan'..heee..ada ke org lemas dlm kering? Em..Gaji bulan lepas masuk 11hb dan bulan ni di jangka masuk 26hb dan cerita bonus? langsung la..so..ada la yg sangap kot?

Nak layan nantuk ni, aku search kat Google - 'IQ games'. Jumpa 1 site..aku klik..dan keluar lah page ni :

The page you are trying to browse to is categorized as "Games"

Ini maknanyaa...anda di SEKAT lah ni dari melayari web di waktu kerja. Bukan ni je, kalau belayar lak ke Facebook, Youtube dan hampir ke semua 'album gambar' kat intenet..akan kuar gak la page macam ni. Ada gak forum-forum yang di SEKAT. So..untuk tidak menyakitkan hati..buat lah kerja kalau time kerja. Nak browse or belayar benda 'lagho' time opis hour..lupakan lah saja. Ada lg 8 minit nak pukul 5..maka semua benda yg di SEKAT..akan di bebas kan....BELAYAR.......

Takde idea.. la la la...






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!