Showing posts with label Jenjalan. Show all posts
Showing posts with label Jenjalan. Show all posts

Saturday, April 02, 2011

..Itu cara mereka (?) ..


Ingin ulangi kegembiraan ini..bila mungkin?

Susah betul nak menipu diri ni, berpura-pura gembira tapi dalam dada..Allah saja tahu betapa serabutnya aku rasa. Boleh nak meroyan kat blog ni, tapi aku tak suka tafsiran yang org pk nanti, tah apa-apa. Tapi kadang-kadang aku fikir, biarlah nampak hati yang tak gembira daripada berpura-pura Happy entah apa-apa..kan?

Jom cite pasai lain. Korang nak tahu tak? Masa aku di Europe apa yang aku perasan kan (bukan compared..tapi bercerita.okek?) :

1) Dia orang ni, kalau nak buang or 'seh' hingus, dia pakai belasah jek 'sreeeetttt' depan orang. Macam benda tu biasa la. Geli or loya tak dengar bunyi 'sreeetttt' tu nak-nak kalau tengah makan? Pheeww..mula-mula dalam flight..masa tu aku tgh makan nasi lemak..sabar je lah. Bila jejak kaki ke bumi mereka..oh! rupanya sama je kat mana-mana..standard rupanya untuk mereka buat benda ni..

2)  Bas dan keretapi jadi pengakutan utama dia orang kan? Ye lah, sebab senang sangat nak naik benda ni kat sana. Namun sesak mcm mana pun..mereka pasti ikut undang-undang. Bagi orang keluar dulu and yang nak naik, naik dari tepi kiri dan kanan. Jarang nak kena push kecuali 1 kes, kena push2 sebab kena seluk saku. Hampeh! Dalam train and bas, ada beberapa seat yang boleh recyline yakni hanya boleh gunakan time tak sesak. Memang dia orang tak guna pun seat ni kalau tgh sesak. Kalau ada orang tua naik..memang dia orang akan bagi tempat duduk. Dan mereka akan terus bangun one stop sebelum next stop. So nak turun takde lah terhegeh-hegeh. Kagum tak?

3) Graci, Mercy, Thank you - Words ni tak pernah lekang dari mulut dia orang. Buat lah apapun, tanya lah aapa pun walaupun dia orang tak kenal..benda ni memang tak penah tak terkeluar dari mulut dia orang. Kalau masuk kedai tak beli apa2pun..word ni sure ada. Pengemis pun ucap benda ni..dan kalau orang Islam..bertembung dengan aku..compem dia orang bagi Salam..

4) 1 benda yang buat aku rasa 'ek elek' ialah bila dia orang ni or maybe for certain kaunter or people lah..tapi rasanya memang budaya dia orang kot..kalau dia orang tgh buat 1 kerja or tgh layan customer or orang lain..jangan la cuba-cuba nak 'excuse me' and mencelah nak tny apa-apa..hahaahah..compem naik 1 jari telunjuk dia and say 'Nor'. Maksudnya..sabar ya..sila tunggu giliran or bagi dia buat habis kerja dulu. Nampak agak kasar kan? or tak multiskilling..TAPI bila sampai time kita, dia orang akan say 'Sorry, I have customer just now'..kita yang bengkek ni sure rasa lega bila orang minta maaf kan? Benda ni aku dah kena since dari Amsterdam dulu. Maybe ini cara dia orang kan?

5) Makan fast food ..MC D let say, lepas makan..dia orang akan angkat semua sisa-sisa and buang sendiri dalam tong sampah. Sebab tu dia orang ni tak guna banyak tenaga kerja. Kalau kedai makan biasa, paling ramai pekerja adalah 2 orang. Tenaga kerja mahal mungkin..kan?

6) Tersangat susah nak bargain kalau beli barang walaupun dekat kedai-kedai biasa. Kalau nak bargain gak, carilah kedai-kedai yang mamat bangla jaga or nak lebih lucky, cari lah yang leh cakap Melayu. Bangla kan? Round the world..kadang2 dia orang kenal kita Malaysian..dia orang akan cakap melayu. And nampak mcm kedai-kedai kat europe tak beraapa nak 'welcome' kredit kad. Abe cakap..US paling senang terima Kredit kad.

7) Ini dari pandangn mata kasar aku. Majoriti famili yang aku tgk bawak anak-anak kecil, parents dia orang nampak dah berusia. Maybe dlm 40 tahun ke atas. Anak kecik2 lagi. Ikut sembang2 dengan sorang mamat Italy dalam train, katanya ..mereka pilih untuk berkahwin dlm usia 35 tahun ke atas. Dia nampak terkejut bila Abe cakap kita orang dah kawin more than 10 years (ye lah tu bang..tahun ni baru 10 OKEK?) . Maybe faktor usia gak buat mak bapak ni agak tenang. Susah nak tengok dia orang marah anak2 tgh orang dan budak dia org nampak mcm sangat behave. Kalau tgk couple lain..yang jalan berdua pulak...adalah suami isteri yang tua..dlm 55 tahun ke atas. Honeymoon kot kan? Ngeee...

Apa lagi ek? Nanti aku fikir. Aku berjalan nak tgk tempat dan budaya orang ..itu jek.. ;)


Friday, March 25, 2011

..Kisah di sebalik Potret..

Jom tgk gambar sambil bercerita. Nak cite journey, tunggu Mr.Abe je lah yang update blog travel tu. Sebelum tu, ada sedikit pembetulan dengan kefahaman sesetengah orang. Emm..memang trip ni kita org pergi selepas Mr.Abe bekerja seminggu di Amsterdam tapi trip ke Paris-Italy adalah tanggungan sendiri, takde kena mengena dgn duit companya ya. Kecuali flight Mr.Abe saja coz 'tiba2' dia di panggil kerja..Kalau tak, kita org memang dah booked Air Asia to Orly Paris. Tiket Air Asia tu dah di bawa ke date lain..

Sebelum plan nak travel, boleh rujuk cuaca di CikGoogle ya..
Gunalah backpack kalau nak senang berjalan..memang agak berat, tapi senang tanpa perlu fikir tangga and berebut2 nak naik lift atau eskelator. Bag roda membataskan pergerakan dan bising..gedek gedek gedek..
Untuk penjimatan hotel dan tiket flight, pilih lah bed train..bertolak jam 10, tido dalam train, sok pagi dah sampai..
Berani tengok tak berani masuk coz rasa tak berani nak kuarkan duit kalau dah tersuka. Murah kat europe but still mahal utk orang seperti saya nak pakai handbag paling murah RM2K. ;)
Snap dari kejauhan.Rupanya kat Rome, berlambak-lambak orang jual LV,Gucci imitation. Sama macam Malaysia..jual kat pasar malam jek. Huhuhu..
Patung-patung bogel mcm ni bersepah-sepah kat Rome. Seni? Mereka akan bogel kan patung lelaki tetapi tak de satu pun patung perempuan yang aku tengok di bogelkan dan tiada 1 pun 'kemaluan' perempuan di paparkan dalam apa jua bentuk. Kenapa ya?
Sebelum ke sana, aku sentiasa risau dgn jaket dan hodie yang aku bawak. Nampak over or poyo kah? Bila sampai sana..hamekk...terutama di Italy..dressing mereka mmg 'class'. Rugi tak pakai over2..hahahha
Cara paling mudah. Beli tiket online and print kat sini and hampir kesemua mesin tiket di sana boleh guna kredit kad. Mesin tiket adalah lagi banyak dari kaunter tiket.
Ini adalah makanan utk 1 perut. Eu6.50. So kalau travel, order je la sepinggan dah cukup untuk dua org ASIA macam kita.
Lepak di Mc D masa tunggu train semata-mata nak dapatkan 'heat'. Order kopi untuk panas kan badan..tapi yg ada hanyalah Espresso kecik and pahit.
Ini sudu makan di kedai Pak Arab. Dah mcm senduk nasi kat umah jek..jenuh nak nganga..
Suka sangat tengok pokok di musim ni..tak berdaun tapi berseni..
Kat Paris memang ramai awek cun macam ni. Syok tgk awek ni..pakai bertutup lengkap..ayu jek. Walkman hello kitty mainten kat telinga. Tapi kat Italy..memang susah nak tgk perempuan bertudung. Takde kah?
Makcik tu adalah 'peminta sedekah'. Dia berdiri kat situ and nyanyi..sedap suara dia. Lepas nyanyi..dia pusing dalam train kalau2 sapa nak bagi dia duit. Budak2 muda pun ramai buat mcm ni..tapi dia org buat tarian hip hop la.
1st time tgk Magika dalam flight..ho ho ho..sukanyaaaa..suka sangat2. Nak cari DVD lah utk Danish ngn Dania tgk..Sapa ada..pinjam..

Thursday, March 24, 2011

..Air Asia X..

Saja nak berkongsi pengalaman. Sebelum fly ke Orly - Paris baru-baru ni, dalam fikiran aku :
'Macam mana ek Air Asia X?'
'Sempit mcm Air Asia g Bali ari tu ke?'
'Selesa tak..ke semput?'

Bukan apa..pengalaman dengan MAS yang berjaya menambat hati dan sekaligun meletakkan Penerbangan KLM jauhhhhh dari minda buat aku tertanya-tanya, macam mana lah rupa Air Asia X? Dah la 13 jam..KALAU lah horror macam flight g Bali dulu..mau mati semput aku.

Air Asia X D72012, LCCT - Paris (ORY), Sun 13Mar 2011, 1.05 pagi
Alhamdulillah..lepas panggilan untuk boarding..dari jauh dah nampak Air Asia X yang tersergam besar wpun tak sebesar Boing 777 tapi tengok dari luar..dah cukup lega. Dalam flight, tersergam warna merah putih. Nice! Kerusi adalah leather..mungkin ini yang buat tak berapa OK sebab leather adalah menyerap haba, so kalau sejuk..maka sejuk lah seat itu, kalau panas..maka panas lah ia. Lagipun leather buat movement kita terasa tak besh compare fabric. Pandang ke kiri aku..ada 3 row di barisan tengah dan aku pun dlm barisan 3 ni sebelah kanan. Untuk badan yang sebesar aku, kelebaran kerusi adalah OK..boleh la nak mengesot ke..nak mengelongsor ke. Ruang kaki pun sangat2 OK untuk aku mahupun orang Europe. Kalau yang g Bali tu..aku recyline kusi, terasa kaki org belakang..kadang2 siap tertolak naik balik kerusi tu.

Kaki ku selesa..kaki anda?
Row tengah and leather seat utk tatapan .
Tak suka dok tepi tingkap, nak 'terkucil' payah nak kuar..ngeee..
Pramugari Air Asia X pada aku adalah better dari segi penampilan walaupun hanya berskrit pendek. Hahaha..maksud aku, make up dia orang idak lah setebal MAS dan rambut pun takde di set tah apa-apa. Pramugari flight ni lagi friendly compare local Air Asia, sembang antara dia org pun cakap melayu pasar jek..kalau Air Asia local..cakap omputih sesaja. But still tak leh layan service MAS la..pramugari or flight MAS tak pernah sunyi. Compare Air Asia and KLM..pramugari MAS tak penah duduk diam walaupun orang lain nyenyak di buai mimpi. Mereka sentiasa pastikan semua orang selasa. Air Asia lak nampak dia orang masa 2 jam lepas berlepas dan 2 jam sebelum mendarat.


Comfort Kit Air Asia X - RM30 ke Rm20? x hengat lak sebab tak beli..
Masa booking tiket, korang di beri beberapa pilihan - nak makan ke tak. Pada aku, better lah order coz dpt diskaun 20%. Cuma masa nak landing, Air Asia hidang Nasi beriyani..agak terkejut lah perut coz baru bangun tido. Aku dah bayangkan benda ringan2 je ala-ala sarapan..hek hek hek. Tapi tak sehebat MAS la..makan je kerjanya sampai nak tidur pun payah. Aahaha..lagi 1, Air Asia tak bagi selimut and takde 'hiburan'..kalau nak, semuanya sila 'bayar'. Orang kata, flight sejuk sangat dan kita akan tergoda utk beli 'Comfort kit' yang berharga RM20. Memang flight sejuk sangat2..tapi dalam 2 jam pertama je..lepas suasana adalah biasa saja. So, fikirlah nak beli ke tak benda tu. Kalau beli pun tak rugi..cuma nak usung masa travel, kena fikir lah byk2 kali.

Kesimpulannya, kalau first time travel jauh dan Air Asia X adalah penerbangan pertama, mungkin akan rasa selesa tapi kalau dah biasa naik flight lain-lain terutama yang dah biasa naik Bussiness Class..akan rasa lah SAKITNYA perjalanan. Akekek..ala..nak selesa, beli je tiker Air Asia X Premium. Tak sampai RM2K pun sorang..miaahahaha.. Apapun, aku tak serik lah nak naik Air Asia X untuk jalan jauh lagi..

Ku ingin terbang... :)


Wednesday, March 16, 2011

..Ini bukan mimpi,,


Tak sempat nak berceloteh. Alhamdulillah...Rome adalah tempat percutian yang menjadi impian sejak sekolah..dan dari dulu, nak sangat jejak kaki ke Colleseum, Rome, Italy. Impian jadi realiti, bukan lagi mimpi. Thanks Mr.Abe and syukur kepada semua rejeki dari Nya..nnt sambung cite..now penat banget! Chiow! Nite..

Monday, March 14, 2011

..Come stai Malaysia?..

Buongiorno Roma..em, now aku ada kat Rome dlm bilik hotel Notti A Roma berbungkus kesejukan. Roma is raining. Bak kata org sini ' march is crazy'.. tapi dh tempah tiket baru tau March Rome cuaca tak tentu...apa nk buat. Suhu dari 10 - 13 celcius...tak la sejuk sgt...tp sbb hujan..mmg la tak menahan.

Perjalanan aku bersama Air asia X amik masa 13 jam 45 minit. Masa letak bag, minah check in tu minta tiket balik..kalau tak, aku takleh berlepas. Sebab balik nnt naik Mas, tiket kat abe. Panik kejap. Alhandulillah, ada dlm gmail abe..settle la.. Ok la Air asia X punya flight. Aku prebook meal. Flight aku 1am. Lepas sejam berlepas, dia org hidang Nasi lemak rendang ayam. Not bad lah sbb perut pun dh munyik..lepas tu kerja aku...tido..bangun je lah. 2 jam nak sampai, dia org hidang Nasi beriyani...masa tu time Perancis ialah 520 am. Terkejut beruk perut ni nk mkn beriyani lps bangun tdo.Maka, sket je la mkn. Dalam 2 jam ni la kena turbelence dlm 1/2 jam...bergegar flight...cuak ohoiii..tapi alhamdulillah...landed dgn selamat.

Mr Abe jemput kag Orly airport Paris and terus ke Ibis hotel tmpt dia lepak. Dia dh masakkan nasi dan sambal ikan bilis yeos. Mandi, makan and g Balik Orly Airport Paris utk naik EasyJet ke Rome. Ni flight ala-ala Airasia dulu2. kena baris and rebut seat. 2 jam perjalanan...masa nak landing, hujan lebat..bergoyang2 flight...dh macam naik roller coster...gilak! Bila landing jek...semua org tepuk tgn utk pilot..pheww...Italian ni lagi bergaya dr org France..laki dia org encem oii..hahaha. Dlm flight kita org dok sblh sorang mamat Italy, aku ckp kat abd 'silap la abg dok kat sblh mamat lg encem...za nk pandang dia je lah'...hahaha..Since ujan, abis la deuter oren kesayangan ku kekotoran..lupa nk pakai kan rain coat dia. Dr airport, naik bus ke Metro.Abe dh belikan past Metro (pengangkutan) utk 3 hari. Pastu redah cari hotel dlm hujan. Semput gak la..sejuk and bag berat...sib baik cari tak lama. Check in dlm kul 5.30pm. Abe masakkan nasi and kurma ayam yeos..lps makan...aku tertdo. Patutnya dh start jln2..huhuhu..sorry.Dah xleh handle..dgn 4 lapis baju, jeans ngn stokin ni la aku tertdo. Jaga2 dah kul 2 am...ayarkk! opss..aku 'cuti' ya...so tdo terbabas2 pun tak jd masalah. Abe steady je..dia dh biasa da..

Now 6.37 am..dh kena siap2 utk jenjalan....chow!
Published with Blogger-droid v1.5.9

Sunday, March 13, 2011

..Jenjalan Paris - Italy Azril & Liza..

Masa aku menaip ni, jam adalah 12:49 PM, hari Isnin bersamaan 28hb Febuary 2011. Nanti bila entry dah boleh di baca, aku mungkin sudah dalam penerbangan menuju ke Paris. Flight aku Air Asia X D72012, LCCT - Paris (ORY), Sun 13Mar 2011, 1.05 pagi. Benda ni dah plan dari bulan Disember 2010. Asalnya terbang berdua dengan Mr.Abe, sekali dlm minggu lepas, dia di minta ke Amsterdam untuk bertugas. Weng aku kejap kena travel sorang2 lagi. 12 jam lak tu. Dulu ke Amsterdam pun sorang..bosannya Allah jek tahu. Balik nanti sama-sama. Jumpa kat Paris nanti. Lemau tau sebenarnya ni..huhuhu..

ni route percutian aku nanti..InsyaAllah.

Tak lama pun jalan-jalan ni. 7 hari amik kesempatan anak-anak cuti sekolah. Tinggal dengan mak. Masa aku menaip ni, dalam kepala ligat berfikir, mcm mana nak hantar anak-anak balik kampung sebab abah tak dapat datang amik. Sibuk urusan pecah tanah utk pembinaan surau ArRahim kat Jelapang. Mungkin aku akan, naik ETS Jumaat malam 11hb Mac and balik sini 12hb Mac pagi-pagi and malam terus ke LCCT. Rasa macam penat je walaupun belum jadi lagi. Lagipun aku asyik rasa tak sedap badan jek ni. Kenapa ek?

InsyaAllah, kalau semua selamat..tunggu aku balik untuk cerita Trip ni..actually, aku dah pernah ke Paris. Aku rindu Holland sebenarnya. So Peacefull. And Rome is my dream vacation since sekolah. Ya Allah, kalau semua selamat..Alhamdulillah atas rezeki yang kau limpahkan. Amin.

Doakan aku selamat sampai dan selamat balik. Amin...

Visit blog aku dan abe untuk trip kali ni at :

Bumi itu bulat..Kagumilah ia!



Updated :
Masa aku taip ni sekali lagi , date adalah 5/3/2011. Alhamdulillah..urusan di permudahkanNya. Adik ipar aku akan amik dan hantar Danish and Dania balik kampung. Balik dari Paris, Mr.Abe dah tukar flight aku dari Air Asia X ke MAS. Sebab dia kena balik naik MAS. Tiket balik Air Asia kita orang di bawa ke date lain..haa? tahun bila lagi la nak p Paris..huhuhu. Tapi dah ada tiket balik tu..kena la nnt cari jugak tiket pergi lain kain..tak kan nak burn lak kan?


Yang Kelabu bertolak 7/3/2011 ..yg oren bertolak 13/3/2011 - Meet at Paris.. ;)

Wednesday, February 02, 2011

..Genting 2011..

Klik pic ni kalu nak tgk pic lain..
Last week yakni Sabtu dah Ahad..aku dan famili jalan-jalan cari sejuk ke Genting Highland, Pahang. Macam dah jadi agenda lak p ke Genting ni. Since Danish kecik sampai la sekarang..setahun sekali compem p Genting. Cuma last year jek tak p sebab tak de masa. Genting masih mcm dulu..takde apa yg berubah kat Indoor games. Outdoor? Tak pernah jejak pun sebab tak berbaloi kot. Kali ni tido kat 1st World Hotel. Macam biasa, hotel utk tido jek..kecik je biliknya. Kali ni p hujan tak henti2..suhu adalah 13 darjah..kalau dok dlm building OKEK..kalau keluar..KO. OK la.jom layan pic..klik la pic kat atas nunn.. ;)


Monday, January 24, 2011

..Royal Belum Rainforest..


Arghh!! Gigih ni memaksa diri utk bercerita tentang XPDC Royal Belum Rainforest pada 20 - 23hb Januari yang lepas. Kepala masih ting tong dan beroleng-oleng. Siapa yg suka blogging..compem faham kan perasaan kalau takde mood nak berblogging? Perah..kerah..sure tak tertaip..OKek..Okek..amik mood..pejam mata..bayangkan peristiwa sambil menaip? Wah..boleh kah? Hahahaha.. Opss..lagi 1 yang buat tak berapa nak ada mood ni sebab..takde gambar sangat sebab tak bawak kamera. Nak bwk SLR, kena bayar permit and limit untuk beberapa orang jek..nak bawak compact kamera kepunyaan Dania..babahnya tinggal la benda itu di opisnya..

Klik sini untuk Album BELUM

20hb Januari 2011.
Tepat jam 10 malam, aku dah terpacak di lokasi yang di janjikan dan Aik!! Takde orang pun..bas pun tarak..dah kena tinggal ke ni? Abe lak jawab..biasa la kan, janji melayu. Yeah! Kena sebijik. So tunggu punya tunggu..sket sket ahli datang dan bas pun sampai jam 10.30 mlm. Sumbat bag dlm bonet bas..agih2 t-shirt and posing-posing..11.35 pm - BERLEPAS. Perjalanan yang asyik-asyik berhenti ni mengambil masa selama 6 setengah jam lah jugak untuk sampai ke destinasi. Berhentian di R&R Rawang selama 30 minit untuk minum-minum...jalan lagi..berhenti pulak di R&R Tapah untuk 'membuang' apa2 yang patut dan siapa2 nak berasap, time ni la jugak tapi tak lama la..dalam 15minit. Jalan lagi..dengan kesejukan yang amat sangat, aku dah berbungkus dlm sleeping bag. Sampai R&R Kuala Kangsar..berhenti lagi. Adeh! Penin kepala. Ye la, baru nak lena..stop. Kat sini 30 minum dia org p ngeteh lak. Aku yang dok bas dengan geng perempuan lain..naik beku dah. Masa ni masing-masing di beri ubat anti - malaria. Opss..masa ni dah masuk 21hb la kan? Sebab dah pagi. Sampai di Masjid Gerik adalah pada jam 5.00 am. Solat subuh berjemaah..hamekk..1 surah 1 rakaat dan siap kena sujud sejadah lagi. Heee...

21hb Januari 2011
Selesai solat subuh, terus mencari sarapan. Dapat la makan nasi lemak sambal ayam + sambal ikan bilis. Sedap siot nasi lemak kat situ. Lemak gilosss. Syiok2. Lepas perut kenyang..terus ke jeti. Pukul berapa ek masa tu? Aiseyy..lupa pulak nak tengok jam. Rasanya pukul 9. Aku, Iena, Natte, Lin, Eyda and Iskandar naik 1 boat. Neno neno (sila buat mcm bunyi ambulans) takde mood nak taip..aci tak buat dlm point jek?
- Masuk dalam pondok (bayangkan seperti rumah panjang)
- Letak barang-barang
isk, tak best lak..haaaa..terus ke aktiviti la senang kan?

Ini lah BA - hukum pakainya adalah WAJIB

Water Confidence (WC).
Anda di minta berkumpul di jeti and semua orang adalah wajib memakai BA. BA tu apa kawan2? Ya..BA itu adalah Bantuan Apungan a.k.a  Life jaket. Kenapa kena buat WC? Kerana...anda semua hidup di kelilingi air yang dalamnya adalah 50 Meter. Semua orang DI WAJIB kan terjun ke dalam tasik. Ho ho ho..aku memang tak penah confidence dengan air..tapi? tak kan tak mau buat lak. Cekal kan hati..berdiri tepi pelantar..pusing kan badan ke belakang, depa kan tangan dannnnnn gedebushhh!! Yay!! hahaha..takut sebenarnya, tapi buat2 tak takut..lepas semua dah terjun..buat bulatan dalam air dan amik gambar. Besh pulak rasanya. Oh ya..selain BA, wajib juga memakai stokin. Kenapa? Sebab kaki ada reflection yang menarik alam misteri di bawah sana. Tapi kan..korang pernah dgr cite dogeng yang tak betul yang orang selalu canang? Ikan Toman sebesar van, keta dan lori serta memakan orang adalah tipu saja. Takde sejarah lagi, ikan Toman telan orang di situ..ngeh nggeh ngeh..

Rentas Tasik Dengan Tali
Adehh..ni lagi 1 benda yang buat aku cuak. Aku adalah tidak pandai berenang. Maka aktiviti dlm air adalah sangat horror. Pulau ke pulau sejauh 50M (kot). Berpaut pada tali dan terus ke seberang. Still lucky coz ada BA, so kena la gagahkan diri terkuak-kuak untuk sampai ke seberang. Macam biasa lah, cik Kenet la yang membantu sebab dia memang hantu air.

Jungle Tracking
Uhuk! Dari air, terus ke darat. Sekali pandang..memang betul2 seram. Hutan dara katanya. Aku yang penakut dengan pacat mula la tak keruan. Sepanjang perjalanan, mata aku asyik ke bawah je sebab cari pacat supaya tak naik atas kaki. Sorry ya kawan-kawan, saya memang penakut dengan pacat. Geli seh! 1st time tgk pacat mula memanjat kawan, aku dah mengelabah. Depan aku, kawan control jalan sambil memberitahu aku di mana pacat berada. Hahaha..terima kasih Lin. Hampir sejam merentas hutan dan sebab ketakutan, takde apa pun aku belajar pasai hutan dalam tu. Bila stop jek, aku mengelejat sebab takut pacat.Sampai di pondok semula, aku minta tolong kawan tgk kan kaki . Terkena juga lah. 2 ekor terselit di stokin dan 1 sedang sibuk mengisap darah. Ho ho ho..meleleh air mata aku minta tolong kawan2 dan dia orang lak, siap takut2 kan..


Twit! Panjang ni..tak besh kan baca blog panjang2..so jom ringkaskan tanpa ikut date. Heee.. selain jungle tracking, kita orang masuk lagi hutan pada hari kedua untuk melihat Raflesia. Nasib tak baik..bunga itu sudah layu. Dah la kena panjat bukit..sedih rasanya. Sekali lagi masuk hutan adalah untuk meninjau habitat liar. Bernasib baik tak bertemu dgn haiwan2..mereka hanya meninggalkan tapak saja. Antara tapak yang di jumpai, tapak Kijang, Selandang dan juga Ba alif Ba Ya.

Okek..aku dah tak tahan mengantuk ni..nanti la sambung..eh jap..ada 1 cite besh nak share.

Ini lah pondok itu..ho ho ho.. :b
Malam pertama, 4 drpd 7 orang geng perempuan denger bunyi 'org' berjalan di dalam pondok selepas lampu di padamkan. Lebih kurang jam 3 pagi. Aku yang dah di buai mimpi memang tak dengar apa. Sekali nak jadi cerita..malam kedua, aku dan kak Ina pula yang kena. Bayang kan..dlm kegelapan, kedengaran derapan kaki yang hanya sejengkal dari tapak kaki sendiri, berjalan dan tiba-tiba bau wangi singgah di hidung. Hooo..compem laaa tak leh lena. Aku tak henti baca Ayat Kursi dan berpeluh 1 badan. Huhuhu..seram seh!
Memang lawa gila air terjun ni...

Sambung sket lagi..aktiviti yang kita org buat kat sana adalah kayak. 1st time berkayak ni..seronok juga. Ada yang memancing tapi tak dapat2 ikan. Emm..makan mlm kedua..ada BBQ ikan Seberau..terjun di air terjun yang sejuk dan dalam adalah jugak sangat syiok..

Habis daaaa...kesimpulannya..Boleh la tahan sebab tak semua org ada peluang nak ke Royal Belum Rainforest kerana perlukan permit dan MAHAL..hak hak hak..






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!