Showing posts with label Apakah. Show all posts
Showing posts with label Apakah. Show all posts

Tuesday, March 01, 2011

..Ini entry layan B.L.U.E.S..


Tengah-tengah perah otak fikir mcm-mcm dan perah otak nak buat video online application, tiba-tiba hati jadi 'S.A.Y.U'. Aihhh..terBLUES la pulak..dengan lagu Sumayyah berkumandang kat headphone, lagi la tangkap Blues. Apa kes lak ni. Tanggal semua cincin, rasa rimas and tiba-tiba jadi 'Cantik' pulak dok kat sebelah coklat-coklat keemasan ni. Terus Snap. Lambang 'kekayaan?' ..hahahhaa. Coklat Hershey's tu adalah perasa SUSU..terkebil2 aku nak habis..hohoho. Ku telan jebat wpun nak terkeluar balik..adeh! Aku ni dah la tak leh bau and makan susu..pheew..ni opismate kasik.

Tak tahu la kenapa tiba-tiba WeNg ni. Aku RISAU..risau..risau..risau Apa yang aku Risau? Byk sangattttt.. bercampur aduk. Pasal kerja..pasal diri sendiri and mcm-mcm pasal lah. Bengong Jap! Bila aku risau..mula la pernafasan aku jadi tah apa-apa. S.E.M.P.U.T! Teringat gak masa kat Parkson Ipoh dgn Mr.Abe baru-baru ni, kena naik tangga dari parking lot..aku jadi sangat2 MeNgAh..yeah, ni pun buat aku risau. Blood pressure aku masih di bawah paras..huhuhu.

Bila teringat ni 'Ibu..hari jadi Dania nanti..sambut dekat mana?' alaa..kesiannya. 14hb Mac biasa nya cuti sekolah dan aku takde lagi dengan dia kali ni. Emm..ni pun buat aku SaYu..huhuuhu.
Ahh..malas la nak taip lebih-lebih..lagi 'BLUES' kang...tah apa yang aku 'blues' and risau pun aku tak tahu..byk sgt berfikir kot...adehhh!!!

Chow..sambung kerja...Go!



Thursday, February 17, 2011

..Hari Ini Lagi..

Sorang tunggu masa nak 'meletup' dan sorang lagi panjang usia hari ni..
  • Hari ni Birthday Fawa Sakura..Happy Birthday semoga cepat dapat baby.
  • Hari ni, pagi tadi Nuui dah banje makan Mc D. Terima kasih byk2..semoga murah rezeki.
  • Hari ni, Big Boss ajak p Big Apple nak celebrate Birthday Fawa.sorry tak dapat join..
  • Hari ini, aku 1/2 day petang. Melawan 'kokok'..
  • Hari ni, lunch dgn Mr.Abe coz dia baru balik meeting kat PD and terus ke Klang sambung kerja.
  • Hari ini, aku ke sekolah Danish hantar Baju Taekwando dia..TeRluPa.
  • Hari ini, setakat ini..cita-cita aku adalah 'MaHu TiDo'... 
Nuui and me..ni la 'tokei' Mc D hari ni..Ucapan : Semoga Cepat Kawin..ngeee..
Tata...ZZzZzZZzz...

Tuesday, February 01, 2011

..Masak lah..

Dari semalam aku dok On Off page posting ni...Taip taip taip..pastu tekan 'Backspace'..taip2 lagi..tekan lagi 'backspace'. Ada banyak benda dlm kepala..tapi kena tapis pulak supaya tak terluah kat sini. So..amik keputusan..Sign Out and layan Britain's Next Top Model.

Makan secara berkelah mcm ni adalah seronok..

Semalam mr.abe adalah tiada di rumah dan hari ni juga kerana ada meeting di Paka, Terengganu. Menjadikan kebiasan, dinner adalah di luar tapi sebab abe takde, aku memang la sangat malas nak bawak budak2 makan luar. Mau tercekik je kang..ye lah, 1 mak nak jaga 2 budak. Bukan lah nakal sgt pun, tapi aku ni kan..sebab dari kecik mak abah dah ajar..time makan kena tertib sampai bunyi org mengecap makanan pun boleh jd isu. Huhuhu. Jadi bila anak2 tak reti diam..'mengkelan' gak lah nak makan. So aku tanya anak2..nak makan apa? Ibu nak tapau..laju je si abang menjawab 'Ibu masak lah'. Emm..kesian lak dgr permintaan. Dia kata lagi 'Sardin pun takpe, Danish nak ibu masak' ..adeh. OK la..ibu angkat bendera putih..ibu masak. Maka memasak lah aku dan Danish tak henti2 memuji..makan pun bertambah-tambah. Betul ke 'air tangan ibu' membentuk sahsiah anak? Realiti atau fantasi?


Tempoyak ikan patin kegemaran Mr.Abe dan aku jugak..

Aku dan anak-anak lagi suka ikan daripada daging dan ayamm..


Masa aku berXPDC di Belum Rainforest baru-baru ni, kata seorang kakak yang dah punya 5 orang anak dan semuanya dah besar-besar.

"Akak nak share dgn korang yg muda-muda ni..masaklah untuk anak-anak. Air tangan kita ni akan bentuk perangai budak-budak tu. Kalau makan kat kedai..kalau tukang masak tu pengotor, rambut gerbang..itu lah anak-anak kita nanti. Kalau nak anak-anak kita jadi macam kita...masaklah sendiri."

Ni lak dari kakak yang jauhhh tapi dekat di email and FB.

"Masak Zai, jangan tak masaaaaakkk... Anak2 tu nak rasa air tangan ibu. Makan kedai takde berkatnya. Penyakit pun banyak. Belum datang lagi masa muda ni beb. Banyak pahala masak untuk suami & anak2. Duit pun jimat. Boleh simpan2 untuk masa depan. Masa ada beringat... (Kan dah kono)"

Aku leh diam jek dengar and baca. Tengok diri sendiri. Em..dulu mak dlm usia aku ni, memang tak rajin gak nak memasak..mak kerja and sangat aktif bersukan. Aku dan adik2 maktok yang jaga dan air tangan maktok lah yg masuk dlm perut kita orang. Mungkin sebab tu kita orang lagi rapat dengan maktok? Tapi perangai kita orang...mcm siapa ek?

Kalau balik asrama, kawan2 yang dari kampung sibuk bawak bekal masakan mak dia orang..aku? Tapau Ayam Mas dari kedai. Hek hek hek. Tapi kawan2 suka lak dengan ayam Mas tu sebab dia org tak senang nak dapatkan benda tu. So ada pro and cons kan?

Bila meningkat dewasa, mak dah makin rajin memasak dan bila-bila time jauh macam ni..memang teringat masakan mak saja lah. Aku selalu gurau dengan mak..'dulu mak tak rajin masak masa umur za skrang..so nanti umur za dah mcm mak..baru lah za rajin masak' ..hahahha...
Apapun, InsyaAllah, manusia berubah. Aku tak kan sampai bila-bila nak mcm ni kan? Kepada yang dah berumah tangga tapi belum punya cahaya mata yg nak puji masakan mak .. puji atau at least, berterima kasih lah kepada isteri yang sudi memasak. Aku sebenarnya ada sejarah kenapa aku malas memasak..tapi biarlah jadi sejarah..hee....

Realiti atau fantasi 'Air Tangan Ibu/Isteri', sila lah Google .. ;)

Wednesday, January 19, 2011

..IKIM.fm..



Assalamualaikum.. pagi-pagi dah menulis ni.Bukan apa..nak tulis something yg aku dengar di Motivasi Pagi IKIM.fm pagi tadi. Tajuk? Tak sure..and aku pun sejak dah tak berapa nak muda ni..boleh masuk dlm kepala, tapi susah nak terjemahkan semula. Emm..something like :

'Pahatkan keburukan di atas pasir, supaya apabila angin lalu..semua keburukan akan berlalu pergi. Pahatkan kebaikan di atas batu, supaya kebaikan itu akan terus kekal selamanya. Membiarkan keburukan pergi dan mengingati kebaikan adalah kunci kepada ketenangan jiwa.'

DJ pagi yang bila bercakap..mcm sentiasa tersenyum..
Alhamdulillah..aku mula beralih ke IKIM.fm sejak bulan Oktober 2010. Setiap pagi, seawal jam 7.30 pagi, kita akan di sajikan dengan motivasi yang cukup cukup menenangkan diri sendiri. Positif. Itu yang aku perolehi. Kadang-kadang time hantar anak 7.30 am tu, dengan kereta yg bertali arus dan anak2 yang tak tahu apa perangainya pada waktu pagi..siaran ni betul2 buat aku tenang. Alhamdulillah.

DJ Bahasa Arab..Melayu? Aiseyy..ckp sebijik Mek Arab daa..
Malam-malam, kalau keluar makan, aku sekeluarga suka layan 'Belajar Bahasa Arab'. Haha..masing2 nak tunjuk skill which is mr.abe alwiz the best la. Danish yang baru merangkak belajar bahasa Al-Qurang ni memang suka bertanya dan aku akan jadi bahan perli sebab aku amik Arab Komunikasi sampai tingkatan 5 ..tapi? Hampeh..apa pun tak tau..hahahha. Abe lak..belajar arab dari darjah 1 sampai form 3 dan sambung semula semasa di IUPUI..emm..logik lah dia paling terra kan?

Kepada yang drive pagi tu..aku sarankan..tune la ke 91.5 at least utk dengar Motivasi Pagi..insyaAllah, kalau masa nak p kerja tu hati tgh membengkak..insyaAllah..akan surut..tenang..dengar lah.. :)

Aku ada azam..bukan azam 2011..tapi ni azam diri sendiri.

'Tet tet tet' OK..azam dah simpan dalam hati..hak hak hak..

Cuma aku berharap..kalau aku berkawan dengan siapa saja..tak de siapa yang akan ungkit cite lama..aku tahu..semua org buat silap termasuk aku. So, kenang kebaikan..lupakan keburukan. InsyaAllah..Amin!

Wednesday, January 12, 2011

..Lihat..


Kata M.Nasir

Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih

Kata cendikiawan Islam (mungkin juga dari Ayat Al- Quran)

Lihat lah dengan mata lebah bukan dengan mata lalat..


Melihat dari mata lalat, maka secantik manapun yang Allah aturkan kehidupan kita, kita masih akan mencari cacat-celanya. Masih lagi mencari busuk dan buruknya.


Melihat dari mata lebah. Biar ujian datang melanda, biar pelbagai cubaan dan rintangan harus dihadapi dalam hidup, tetapi yang dilihat adalah keindahan dan kecantikkan aturan kehidupan yang telah Allah jadikan.
(petikan dari : Forum Minda Rakyat)

Fikirkan..renungkan..

dan kata aku

Lihat lah dunia dari mata 'Internet'..macam-macam ada... ;).

Tuesday, January 11, 2011

..Maryam..

Maryam..cantik..
Canada's Next Top Model cycle 3. Dah lama abis pun, tahun 2009..tapi sebab Astro baru nak tayang, aku suka je nak layan dan siri ni telah membuatkan aku langgar time tido..hehehe..dah dekat kul 12 ni. Em..Just nak cite pasai Maryam. Dalam ramai-ramai..pada aku, dia paling lawa. Di lahirkan di Iran dan kemudian berhijrah ke Canada. Muslim kah? Entah..cari lah kat Google. Dia terkeluar pada saat2 akhir, lepas photoshoot 'Cover Girl'. Nampak macam tak di gemari oleh peserta lain dan dia pun jenis pendiam dan agak sopan. Perwatakan yang sangat tenang dan macam tak amik port hal orang lain. Mata dia.pergghh!!

Petikan kata-kata dari Jay

'Sering mengalami kerumitan dalam hidup atau tidak mempunyai keyakinan diri..yang mana patut di singkirkan?'

Amerika's next top model aku rasa paling byk 'drama' compare dgn Canada and Australia.. ;)


..Happy Birtday Siti Nurhaliza..

Ngee..poyo tak wish birthday CT kat blog sendiri? Hek hek hek. Dah 32 tahun umur CT kan? Dah sebaya aku dah. Cakap pasai CT, aku mengaku la..aku memang peminat dia. Tapi tag aku still 'Peminat Setia, Bukan Fanatik'. Pernah bersua muka..penah hadir ke hampir ke semua konsert besar dia and penah jadi pengikut web SitiZone. Kenapa CT? Em..of course la sebab suara dan icon yang berkembang dari insan yang tak punya apa-apa .. skrang dah ada segala2nya..di doakan semoga segara di kurniakan zuriat supaya hidup sempurna. Tak di nafikan..semoga hari..dia semakin comel wpun tanpa SimplySiti..heee...

Jap nak korek khazanah aku yang ada kaitan dengan Siti Nurhaliza.
Pic Terakhir aku dengan CT tahun 2009 rasanya..
ni 1st pic denga CT..2001 kot..masa tu pic sendiri di 'rahsiakan' ..hahaaaha

Yeah! Ni 'antara' wall paper dekstop yang aku design masa tu. Last sekali aku stop buat benda2 ni tahun 2006. Rasanya web wallpaper ni wujud lagi dan aku guna nama 'Mawar Emas'. Cuba lawat ni kalau ada lagi la : http://mawaremas.bravehost.com
3 wallpaper ni menjadi kegemaran aku sendiri. Hahaha..design sendiri, suka sendiri. Ye la..just gunakan Ulead Photo Shop 2.0..ingat senang ka nak buat..terkial-kial gak la.. ngeeee...
Last sekali.. Happy Birthday Siti Nurhaliza - 11/1/2011. May Allah Bless You ...

Sunday, January 09, 2011

..Belayar..

Sistem Pelayaran Alam Maya.. ;)

Sakit juga mata bila asyik mengadap pc ni kan? Rutin yang sukar di lepaskan. Dah la bekerja mengadap pc setiap hari, pulang kerja, lepas bereskan semua kerja rumah..9.30pm, aku belayar lagi di alam maya. Hobi ke belayar ni? Tak jugak kot. Buat apa belayar lama-lama di alam maya? Emm..aku sebenarnya blogger tegar. Aku mula menulis di muka alam maya ni sejak 6 tahun lepas. Menggunakan blog sebagai tempat meluah rasa (sayang blog tu TERPAKSA di kuburkan tanpa nisan) .. aku dapat ramai dan tak kurang juga lawan.

Add me at Facebook : Lyzaa Abd Rahim

Apa yang aku cari di alam maya ? Dah jadi kegilaan hampir semua umat manusia di dunia ni..setiap hari, Facebook menjadi kegemaraan utama..kan? Tapi aku dah mula hadkan aktiviti di FB. Aku tgh cuba la ni..tak tahu la kalau dah addict..nak tinggalkan, tak menjadi pulak. FB buat manusia telus untuk berkata-kata dan catitkan setiap yg berlaku di status yang ada. Aku pun sama..setiap detik suka duka aku catitkan di sana..sampai kadang2..kalau saja suka-suka pun jadi tanda tanya org keliling kita..huhuu..so, aku putuskan..slow la dulu..mmg kadang-kadang nak berkongsi cerita tapi susah nak tafsir hati manusia..takut gak terus jd bahan mengata..ngee. Dan kadang kala, terus terang..agak sakit dada membaca status tuju-tuju yang kadang-kadang, aku lak yang terasa..haahahhaaha...Apa lagi ya? Ada yang berkawan di alam nyata, tapi tak mahu berkawan di alam maya..kenapa? Entah lah...


Ni CikGoogle yang 'besh'..

Apa lagi yang aku cari sambil 'belayar?' Biasa la..cikgOOgle menjadi pilihan utama. Tanyalah apa saja..pasti ada jawapanya. Mencari maklumat, gambar and apa-apa saja la..Google yang paling aku suka. Walapun kadang-kadang Google sebenarnya tak beri maklumat setepat mana..tapi OK lah dari Yahoo yang sekali papar..mcm-mcm maklumat yang tak perlu pun ada..kan?


Thanks blogger for FREE space.. ;)

Aku blogger dan semestinya aku juga suka layan blogger lain. Paling suka dan tak miss nak belayar setiap hari blog /web Saharil.com dan juga blog penulis Lily Haslina. Blog lain yang sering di layari, blog si Nuui yang lamannya di kunci oleh tontonan sesetengah orang saja. Kenapakah? Hee..Banyak lagi senarai blog yang aku Favorites kan pada IE..malas lah nak taip kat sini.

'Belayar' untuk hasilkan pendapatan? Yeah..ni la 'pelayaran' yang menyakitkkan poket..hehehe. Aku paling suka belayar untuk membeli belah di alam maya. Percayalah, shopping online sebenarnya adalah sangat2 murah berganda-ganda kalau pandai pilih kedai dan ada kawan yang menjual. Aku ada lebih daripada 10 blog jualan online barang2 branded mcm COACH. Beli tudung dan kain online pun adalah sangat berbaloi. Cubalah sekali..pasti terus nak membeli..Berbaloi..

Dan last sekali..aku TERPAKSA belayar untuk 'kedai' aku sendiri. Cut The Prize. Em..terus-terang, agak penat jugak menjual di alam maya ni. Macam-macam ragam manusia yang terpaksa tempuh. Ada yang betul-betul serius...ada yang sekadar suka-suka bertanya dan tak kurang juga peniaga yang marah-marah kalau rasa kita amik pelanggan mereka. Huhuh..rezeki masing-masing kan? Tapi aku tak aktif sangat..sekadar menjual suka-suka isi poket utk simpanan hari muka.

Apa lagi eh aktiviti menarik 'belayar' ni..emmm....

Friday, January 07, 2011

..Next Top Model..

Semua orang pun lawa..

Baru selesai tonton 'Canada Next Top Model' (CNTM). Pheww...aku di antara wanita yang mengagumi kecantikan seorang perempuan. Bila layan siri2 mcm ni..memang tak berkelip la mata. Sebelum Canada..menjadi kebiasaan untuk aku layan America Next Top Model (ANTM). Sangat2 kagum dengan Tyra Banks...icon kulit gelap yang pada aku..sangat2 'walllaaaa'. Penah juga layan 'Australia Next Top Model' tapi tak leh nak mengikut terus sebab emm..nampak mcm biasa2 aje modelnya.. heeee...

Tyra is 'gojes'
Melihat kesemua icon fesyen dalam ANTM menilai manusia yang hadir casting..aku jadi terkesima. Setiap tubuh yang masuk..semuaa di kagumi. Tak kira kurus kering, gempal, biasa2, hitam, putih atau buruk sekali d mata aku, tetap cantik di mata panel ANTM. Aku tak tahu macam mana mereka menilai namun melihat mereka berckp tentang 'cantik'..mereka tahu apa yang mereka mahu dan siapa yang layak untuk bergelar juara. Tapi pelikkan ..kenapa kita sering nampak kejelekkan orang lain ya?

Apa tu 'CANTIK?'..betul ke Hitam tu tak lawa? benarkah PUTIH itu suci? Kurus tu tak best? Heee..masing2 ada pendapat sendiri. Kalau tgk diri aku sendiri..dari kecik, aku dah terbiasa rasa terasing.Sampai sekarang...aku tak pernah yakin dengan diri sendiri.Berkulit sawi matang..adalah satu keterbatasan dlm berfesyen..Ya lah, bukan artis pun nak over bergaya..cuma cukup lah kalau 'bergaya' tiada mulut yang  mengata atau mata yg menjeling dengan rasa loya..sedihkan ? hehehehe...
Couple yg pernah di pandang 'senget' kerana kami adalah spt 'yin and yang' .. ;b
Apapun..berkahwin dan mempunyai anak2 yang sempurna..cukup buat aku rasa 'jelita'..kerana aku dah punya segala2nya..Alhamdulillah..






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!