Wednesday, June 26, 2013

.. I Love U lah ..

Apa ni? Apa ni? Hiks...memang I love u lah..I love sports...makanya semua benda mak nenek related to sports...I LIKE D' Very Like.. Sukan untuk sihat..Sihat untuk bersukan..tiada lain melainkan sukan dan sihat. Bersaing dalam sukan juga adalah sihat..tapi bersaing sapa kuat bersukan .. sapa power.. itu tidak sihat. Maka...jom sama2..kita bersukan supaya kita sihat.


Hari ini...lagi sekali..aku rembat kasut sukan. Tapi bukan running shoes..dah lama tak running secara serius pun lepas join netty balik..Aku beli Nike Training Shoes - FlyWire. Tak tahu review pun tapi sebab agak murah d Hotz Sports warehouse sale. Boleh pakai untuk netty indoor or atas simen. Kali ni..Purple! Dah tak pink okek.

Dari hari tu kan aku nak sangat bag sukan yang boleh sumbat kasut and few barang. So mendapatlah bag Puma ni. Black and white...nice! Ala..ada lah sikit pink. Boleh lah nak bagi cute sket.

Dan barang2 ini di taja oleh duit aku sendiri. Termasuk lah socks, jersey Adidas anak2 and also bekas air Adidas.

Happy! Papai.. ♥
posted from Bloggeroid

.. My Hari Raya ..

Hari raya kena bergambarkan biasanya? Hahaha...ni baju raya untuk Raya puasa ganti aku. Black and white .. hitam putih lambang kehidupan.


Selamat Hari Raya!


Nak gak posing guna mask kan? 1st time pakai ... saja je koya!

Ok..papai! ♥
posted from Bloggeroid

Tuesday, June 25, 2013

.. Manusia dan Alam ..

Hai dunia..

Masih belum dalam mood telus dan mulus untuk menaip blog. Belum mahu berkongsi cerita dengan dunia. Malam ni menaip hanya mengisi ruang yang ada..itu saja.


Yap.. ini yang berlaku dalam hidup aku now ni..dan semakin tak pusing dengan hal orang bila aku belajar sesuatu di FB selepas PRU13 dulu. Aku percaya..apapun jadi dalam hidup ini..semua ada sebab dan hikmah. Setakat kena 'kencing' and blocked kat FB atas sebab entah apa2 and saja nak cari pasal..tak jadi nanah dalam hidup aku. Sama jugak dengan media sosial yang lain..friend, unfriend, follow, remove, unfollow...itu semua hak masing2.. kan?


Comelkan dua ketul ni? Switched at birth..antara cerita kegemaran. Comelnya alahai si Bay ni kan...si rambut hitam tu. Suka layan cite2 yang comel2 mcm ni..

Tiba2 lapar lak tengok iklan maggi cukup rasa ni. Alhamdulillah..berjaya habiskan puasa gantian .. esok raya! Hiks..

Bumi Malaysia di landa jerebu..alhamdulillah Allah turunkan hujan petang tadi..semoga bumi sihat kembali..amin.

Ok la..malas nak menaip..papai! ♥
posted from Bloggeroid

Wednesday, June 19, 2013

.. Update jek ..

Hello.. masih dalam kondisi KO namun bertabah dan alhamdulillah di permudahkanNya untuk berpuasa hampir 5 hari berturut-turut. Malas sebenarnya nak update blog ni and kalau boleh, nak stop bermedia sosial. Kalau boleh la kan..boleh ke? Apa2 lah..malas nak fikir. Dalam keadaan KO - On/Off ni, aku masih gigih bekerja...tak larat sangat..amik 1/2day petang. Lagipun ada byk benda nak kena buat sejak dua menjak ada sampai 3 intake ni..penat der. Malas lah nak cite pasai kerja..boring!


Pejam celik..I am 35 years old plus2 dah kan? Selaras dengan usia..dah banyak benda aku dah boleh malas nak fikir dan tak mahu fikir. Fikir diri sendiri jek..


Aku, Dania and beBear.. tengok muka.. sangat lah tak fresh sebab kondisi badan macam ni. Sib baik anak dah besar2.. pandai2 lah bawak diri bila ibu asyik baring atas katil.


Comelkan walaupun tak banyak Pink? Ni kerja masa baring2 tadi. Ceria and cute lak tengok warna2 alam walaupun dalam aplikasi kartun. Now ni mana tah pergi Wifi kat quarters ni...so aktiviti donlod tak leh la nak layan sangat.


Tadi g klinik. Bukan nak check aku..tapi Mr.Abe dan Danish lak tak berapa sedap badan. Aku saja tak jumpa doktor sebab takut kena marah...dah la demam..tak makan ubat, puasa lak tu. So biarlah hero2 aku je yang jumpa doktor. Alhamdulillah..mereka tak demam pun...badan tak selesa jek. Sabarlah ya..jangan banyak merungut. Ibu kuat..kena lah kuat gak. Sakit ni tanda Allah ingat kita... and penghapus dosa2 kecik. Kan?


46kg! Turun 2.5kg.. yay! Hahahahadoi! Memang dah lama tak exercise sebab tak daya rasanya kali ni. Mode nak makan nasi pun dah kelaut...maka ini lah hasilnya. Tapi aku cuba gak amik nasi masa Berbuka. Kalau tak...mau jadi 43kg macam dulu.. huhuhu..tak nak lah.. takpe..I am fighter. Kuat Liza kuat.


Comel kan? Thanks a lot to Nuui yang bagi aku benda ni. Hadiah birthday berbalut katanya. Hehehe. Thanks and semoga Allah murahkan rezeki and sentiasa di bawah rahmatNya.


Ini apa? Ini agar2..tapi kata Mr.S..ini lengkong. Zai..nak lengkong! Hahaha. Rezeki yang juga datang tiba2 ni..aku share ngn dia..nak rasa katanya. Agar2 ni adik ipar buat and di hantar oleh adik aku.


Hari bapa Ahad lepas.. since aku tak sihat..bapa ni buat la juga kerja rumah. Malam aku banje babah DH makan. Dia tak demand sangat..Thanks for being such a great babah to our kids. Sejak dia naik gred ni.. makin teruk aku tengok penat dia. Emm.

Ok la.. papai!♥
posted from Bloggeroid

Friday, June 14, 2013

.. I am KO ..


Tak mampu bertahan..seminggu cuba melawan...akhirnya demam jugak. Emm.. dada berdebar jek..mata pedih, hidung berair..tekak dah mula sakit. Tapi kena baik sebelum Isnin..team mate cuti..kalau event jadi.. sapa nak jaga kan?


Dalam melawan demam..gagah kan juga turun jog and netball. Ni on 12 June 2013.


Masa ni demam and sakit badan dh makin terasa. Tapi mcm biasa..aku jenis melawan dan berusaha. Aku rasa yang buat makin worst sebab aku jog and pastu non stop main netball. Ingat nak bagi baik and boleh lupakan benda2 yang sesak kan kepala...tapi makin teruk jadinya. Malam aku flat..


Oh My Gucci! Alhamdulillah..rezeki aku utk sebuah bag idaman. Boss belikan masa dia g Italy. Gucci Mayfair. Eh! Gaji aku memang tak mampu la nak beli...macam biasa..it was from Mr.Abe. Thanks a lot. Semoga Allah terus murahkan rezeki.


Hari ini..badan makin tak best. Dari pagi berusaha keras untuk pastikan kerja jalan. Last minit request memang membebankan. Dapat team mate yg penyabar dan positif buat aku pun positif tapi takde lah penyabar. Masalah tak selesai..terus bertapa kat opis sampai 8.30 mlm. Akhirnya selesai dengan cara lain...drama okek! Dah la opis sejuk...hadoi.

Now badan adalah.. dush!

Papai! Kuat kuat kuat...pls.. ♥
posted from Bloggeroid






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!