Friday, May 31, 2013

.. End of May ..

Hello! Dah nak abis May kan? SubhanaAllah.. cepat tul masa berlalu..nanti Julai dah bulan Ramadhan..


Mak abah ada umah. So ajak adik2 makan sama malam ni. Just makan2 kat Redwok. Aku tak makan banyak pun.. bukan diet..memang style aku, kalau exercise, kurang dan makan..Aku dah HAPPY dengan badan now..


Apa ni? Biasalah kan..kemho koya! Berat dah stabil...badan sihat wpun agak 'semput'...emmm..kenapa aku semput? emm..takpe...hidup harus di teruskan.Nanti2 OK lah..dan cuba HAPPYkan diri. Netball pun dah turun..dah happy ngn kawan2. Aku dah 'tua' kot nak gaduh2..or masam2 muka. Sesiapa je boleh kawan ngn aku dan aku pun suka nak berkawan dengan orang. Just aku jenis tak banyak cakap kalau setakat jumpa 2-3 kali. Sama ngn FB..kalau rasa nak kawan..kita kawan..kalau rasa nak unfriend aku..aku takde kuasa nak tahan-tahan. YM pun sama..gtalk pun sama..OCs pun sama..wassap pun sama....aku ON je semua.. Just wanna be Happy. Tapi terus terang..aku memang sedih untuk hilang orang2 yang aku sayang..  



Tadi turun jog. Seriusly badan aku sakit sangat sbb semalam lepas jog 3km...terus sambung ngan netty. Pastu hujan...aku lari balik sebab tak bawak kereta. Sampai umah lupa nak warming down. Sakit gila badan lepas tu termasuk tapak kaki sengal sebab pakai training shoes. So aku push diri turun lari. Memang niat..nak cari ubat untuk sengal badan.

Alhamdulillah..senang pulak jog petang. Selain cuaca cun...boleh pulak aku lari 5km dalam pace ni. Tiba-tiba semangat datang. Tapi ada gak terjln dalam 50m...pastu keep on jogging. Jumpa ramai kawan2.. seronok! Style aku lari tak betul lagi eh? Entah la...lari je... tak tahu proper training or teknikal. Just kadang2 ada sembang2 ngn team mate opis. Aku suka kalau orang nak share knowledge. Love it! Apapun..aku lari just utk sihat.. tu jek.


Ehem.. alhamdulillah and congrats to my Mr.Abe atas kurniaan REZEKI terbaru. Semoga Allah terus murahkan rezeki abang walaupun mungkin lepas ni buat abang makin bz..tak pe la..dah biasa. Nanti kasi la UPAH eh..ngee..Tak boleh ke Za dah tak kerja? Emm...

Papai! ♥
posted from Bloggeroid

Wednesday, May 29, 2013

.. PINK is CUTE ! ..

Air mineral Alla Fonte.. Pink! Comel.

Antara harta benda aku yang in PiNk.Love ! 

Jog in PiNk Attire.. HaPpY! 

Tapi lari dengan training Nike shoes adalah buat tapak tumit kaki aku sengal sampai now. Berdenyut2..sebab sayang nak guna running shoes main netball..tak sanggup dengar tapak kasut bergesel dengan simen.. jahanam! 

Gegirl in PiNk! ... manJa!




Tuesday, May 28, 2013

.. Beautiful Tuesday ..

Hi guys.. how was your day? Alhamdulillah..hari Selasa berlalu dengan tenang dan out of stress.

Cantik kan matahari pagi ni? Since dah tak hantar anak g skool sebab cuti..dapat snap SUNRISE dari COIT ni puh dah happy. Asal aku taksub sangat dengan Sunrise dan Sunset? Entah..tapi aku suka tengok langit dan laut.. sampai my team siap ckp, aku skylover. Macam mana dia perasan pun tak tau. Maybe dengan gambar-gambar yang aku share kat FB. 


Matahari petang. Hari ni umat Islam boleh tentukan kiblat sebab matahari betul-betul atas Kaabah pada jam 5:16 pm. Ni aku terlewat snap lak. 5:20 pm. Terik tapi tak panas. So decide..ok, boleh jog hari ni. Lagipun sejak kerja kat COIT ni..boleh balik on time. Alhamdulillah. Makan minun pun di tanggung. 



Hari ni turun jog agak awal due to cuaca yang cun. Kul 6 dah turun. Memang target 3KM je untuk warming up nak training netball. 3KM non stop. Hahahah..bukan senang aku nk buat non stop wei..tengah2 lari, abis lak bateri earphone..apaa daa..Aku rasa, aku dah selesa dengan Pure Connect tapi dengan syarat..jangan lari atas jalan..lari atas kaki lima. 



Eh..netball? Yap..aku dah decide..aku akan turun as a sparring partner. Lupakan semua benda2 negative. Sports is about your health and sports is healthy life. Turun support kawan2..semoga dia orang menang nanti. Cuma delima tengah nak cari pemain veteran..nak sampai 5 orang. Jenuh gak nak cari. Kalau marathon..boleh la declare aku as veteran sebab dah umur 35. Hehehe. Tapi tadi sebab aku g jog dulu..so aku pakai running shoes. Masa main mula la..asyik tengok tapak je..bunyi geseran pun dah lain...pastu sakit sikit kat bahagian arch. Dah la main C tadi..ngeh ngeh..kita bagi GS yang ganti aku training..aku ? campak je kat mana2.. InsyaAllah boleh. Yang penting..FIT. 


Cantik gila body mek ni kan? Huhuhuhu. Skinny? entah..ni antara badan idaman aku. Ramai gak tanya mcm mana aku menten badan mcm ni. Aku pun tak tahu nak jawab macam mana. Bukan kedekut ilmu..tapi aku memang tak tahu. Tapi now aku dah rasa badan makin berat. BERAT tau..bukan GEMUK. Kita kan boleh rasa keselesaan badan sendiri. Bila terasa peha dah macam drumstick..dan bila duduk boleh cubit2 perut..pada aku, itu dah tak selesa. So pilih la..sama ada nak diet makan (oh no!) atau nak exercise. Aku pilih exercise.
Ni pic pagi tadi masa parking kat COIT. Eh..'Abang' saya lah..hehhe. RB1 tu lecturer punya kot. RB3 tu Mr.Abe punya. Apa beza? Satu RB1 Absolute..modela lama tapi power sebab Absolute dan satu lagi RB3 model baru tapi tak berapa nak power. Hiks. Dari segi design, RB3 dah modern..Aku suka RB3 dan Mr.Abe sebenarnya suka RB1 Absolute...TAPI mahail la weiii dari RB3..

Aku tengah terfikir.. emm.. kenapa kalau kita ada kawan tapi kawan kita diam membisu..kita biarkan je? Kawan tu tak penting ke? Atau tak kisah pun dengan kawan tu.? eh.ni cite apa? heheh..ada lah.ye lah, kadang2 orang ada cite masalah and tanya pendapat..so aku pun kena lah fikirkan gak.. nama pun kawan kan? Aku rasa..MUNGKIN kawan tu tak anggap kawan yang penting dalam hidup dia..so, nak blah..sila blah. AMAN rasanya..hahhaaha.. Ada betul ka?

OK la..papai..take care world.. !



Monday, May 27, 2013

.. Bila RINDU datang bertamu ..


Keh keh..propa tak tajuk post? Rindu apa ni? Adalaa..adalaa.. kikikkiki. Ahaks..koya! Aku rindu :

1. Nak Snokeling
2. Nak main netball
3. Nak hiking



semoga aku terus kuat dan bertabah..rasanya..makin lama..hati yang di kata keras ni sememangnya makin mengeras selepas macam2 yang aku lalui. Bukan keras apa..just MALAS dah nak fikir. Just let Allah uruskan.. kadang2 bosan gak..MAKA doa je pada Dia utk urusan jodoh, rezeki dan ajal. 

Baru kul 10pm..dah tak tau nak buat apa..kus kus kus.. 

Papai! ♥ 








Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!