Sunday, February 03, 2013

.. Anda yang mana? ..

Hiks! Jangan marah. Ini bukan gambar lucah. Ini gambar utk wanita2 untuk kenali diri sendiri. Dapat benda ni dari FB zakikhan. Sapa zaki khan? G google. He wrote a lot about sports and health. For those yang suka marathon..boleh refer a few tips from him.



Ok..dah tgk cermin which one is you? Aku tau aku yang mana? Average, athletic or petite. Sbb my 'back' is normal and not so small..got no spare tyre but got little2 six pack (hahhaa..tak tipu ok) ..so aku dengan suka hati aku declare..aku punya adalah athletic. Nak muntah? Muntah la..hahhaha. Nak aku buktikan? Takyah la kot kan...hahahha gelak besar sblm tido.

Papai! ♥♥ ..hahahha..sambung gelak.
posted from Bloggeroid

.. Kecintaan ..

12 noon. Hari kedua berkerja di hujung minggu. Sepatutnya aku tak kerja hari ni, tapi team member ada hal penting yang harus di selesai, aku ganti tempat dia hari ni. Team finance dah call, lunch dah tersedia. Jap lagi melangkah lah ke finance. Dalam dok boring2 ni, sempat lah melukis atau lebih afdal di panggil menconteng. Melukis - MATA. Salah satu objek yang aku suka untuk lukis sebab 'Mata itu Hati'. Dari mata..kebenaran terlihat.

Ada yang aku lukis ikut imiginasi sendiri..ada yang aku ikut hasil carian google 'How to draw eyes'

Aku tak pandai melukis. Tapi ianya satu 'Kecintaan yang sukar di lupakan'. Anak2 aku boleh melukis terutama Dania. 

Kecintaan yang aku sangat rindu nak buat now ni adalah 'MENDAKI GUNUNG'.Last sekali Gunung Dabong kot. Sepatutnya ke Gunung Kinabalu on Chinese New Year ni, tapi sebab takde member, terbantut lak. Tadi berborak dengan kawan kaki hiking semasa sarapan pagi di Finance. Saja borak2 cerita lama dan cerita terkini, dia nak ke MULU on raya china ni. Alahai..bestnya. Dia join team lain. Perlu ke aku expose diri dengan join team luar untuk mendaki? 

Kecintaan yang juga menjadi rindu dlm diam adalah bermain NETBALL. Ya Allah..rasanya dah 5 bulan tak pegang bola netball. WHY? emmm...entah. Aku pun tak tahu. Biarkan masa yang menentukan..

Belum di rasmikan lagi.
Kecintaan untuk berpeluh adalah suatu benda yang lama juga aku tak buat. Yap..senaman untuk sihat dan fit. Teringat kata teman hiking tadi..kena betul niat sebelum bersukan. Senaman untuk fit atau untuk cantik? hehehhe. Sudah tentu lah untuk 'fit' dan lawa itu bonus.Aku pun tak tahu nak main game apa lagi lepas melupakan netball sejenak. Game lain semua kena ada kawan kan? Maka, running adalah option seterusnya. Dan ohoiiiiiii..lama tak run. Kasut baru tu pun tak rasmi2kan lagi. Semalam call mak, mak cakap, badan mak dah sakit2. Aku cakap..atlet mana leh sakit..kan muda lg tu. Terus mak cakap..'kamu tu pun..sudah2 la. Stop la sukan ni..tengok mak ni..dah tua2 baru rasa'. Ngeh ngeh ngeh..tak aci la..mak resign sukan on 45 years old tu pun sebab lutut mak injured..Za baru 35 tahun. Ada at least 10 tahun lagi untuk setaraf dengan mak..ehehehe. Tapi betul lah..mak dah rasa kan..so pilihan di tangan aku. InsyaAllah, aku sukan yang ringan2 jek. Eh..aku dah 35? ayorkkk..

ok lah..perut dah munyik2..jom p makan. Papai all..

.. SPAM ..

Ohoii!! Ni nak marah ni. Blog ada SPAM. Dah la kuar gambar entah hape2. Dari text, terus letak gambar video terus. Aku dah report pada blogspot and dah try cari dekat coding..taki jumpa mana lak spam ni selitkan diri..tak kan nak kena tukar blog lagi..Hoi!!!



dan bagi tidak membazir ruang post ni hanya semata-mata nak cite pasai SPAM..jom layan Motivational Quotes|Tumblr



Papai! Thanks..

Thursday, January 31, 2013

.. Tidur itu nikmat ..

Alhamdulillah..pagi tadi, di beri ruang untuk aku merehatkan diri. Lepas semak2 jadual..pagi tadi tak de online event. Hantar sms pada bos..amik 1/2 day pagi. Lepas hantar anak..g tapau nasi goreng .. balik umah, tukar baju..terus ZzzZzz. Makan biar ke tepi dulu. Rasa OK sket badan lepas dpt ganti tidur. Kat sana, kul 6 pagi dh terang benderang..bangun kul 6 pun dh kira lambat.



Cantikkan ciptaan Allah yang 1 ni. MATAHARI. Setiap pagi..ni la kerja aku. Nampak je sunrise yang cuns gila..aku cuba snap wpun tengah drive. Kalau lah boleh stop driving and amik pic sunrise ni setiap pagi..bahagianya rasa. Matahari, pokok dan awan..3 objek yang aku sgt suka nak snap.

Esok dah Jumaat..cepat betul masa berlalu. Semoga hari2 mendatang di berikanNya kebahagiaaan dan kesempurnaan. Amin.

Ok..papai dulu. ♥
posted from Bloggeroid

Wednesday, January 30, 2013

.. Kemho ..



I'm the one yg tak berapa pandai nak 'kemho'. Tak pandai or tak konfiden? Hahha.. surely la tak konfiden nak amik pic sendiri sambil tersengeh2 pastu post kat fb. Tapi sbb gambar ini antara moment yang berharga..aku post kat blog. Ala..blog aku kan..suka hati aku lah kan? Onemore thing, nak kemho guna note ni mcm payah sbb ianya besar..nak meraba jari ke snap button on the skrin pun x sampai..terkial2. Saja je update blog ni sbb tak tau nak cite apa buat masa ni. Pic kat atas tak guna camera360 ya...kuikuikui.

Rasanya kan..lepas balik dari Pulau ni..berat badan mcm dah naik. Ye la..kat kampung sana..'mak and long' masak sedap2. Pastu kak linda bawak makan tempat best2. Walaupun muka aku dh jadi dayang senandung and jadi bahan 'gurauan' ..masa balik..Mr.Abe tegur 'perut' dah naik. Hahahaha..nak tegur isteri hitam..memang dh hitam..so benda paling ketara selain drpd hitam..adalah badan. Aku pun malas nak fikir pasai hitam ni..biarlah..dh memang macam ni...kalau takut hitam..bukan lah pencinta outdoor xtvt kan? Nak g jog je yg malas lagi..masih mencari ruang untuk cover tidur.



Pic ni kak linda snap. SubhanaAllah..sgt cantik view kat air terjun Temburun ni. Ni masa aku tengah leka amik gambar. Gelap tu..sbb cahaya kat belakang aku..wpun dh gelap gelita ni..idak la gelap sampai tak nampak muka dalam pic ni. And lucky..2 minggu ni aku lepak luar opis..so boleh la sembunyi jap dari orang. Mana tau sejuk aircond kat kolej IT tu boleh bagi aku cerah sket...kan? Hahhahahahampeh.com. Dan juga..makan adalah di tanggung sampai next week...itu petandanya..jeng jeng jeng..selamat maju kan badan ke depan..

Papai! ♥
posted from Bloggeroid






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!