Thursday, August 30, 2012

.. Salam Kemerdekaan ke 55 Malaysian! ..

Teratak Zurah Al-Haj - Rumah ini sgt MENENANGKAN
posted from Bloggeroid

Hati melonjak-lonjak nak balik Ipoh. Nak balik umah mak..tak kira, nak balik jugak wpun baru je balik.Terasa ada ketenangan di dalam rumah itu. Esok cuti Merdeka dan bersambung terus ke Ahad, jadi haruslah keluar dari perut UNITEN ni..entah, makin lama, aku makin takde semangat dgn isi alam UNITEN. Kalau suh keluar dari quarters pun aku dah tak kisah. Terasa KOSONG di sini dan juga di opis ini. 

Dari kecik..aku rasa, aku sering kena marah dengan mak abah..tapi marah mak abah semuanya bersebab dan jarang mak abah marah sampai simpan berhari-hari. Mak abah besarkan aku dengan memberi apa saja yang aku..tapi dia orang tak penah minta balasan. Cuma mereka nak aku jadi anak yang baik dan tak lupa mereka. TAK PERNAH pulak..kalau aku tak bagi mak apa-apa, mak akan marah2 aku..dan lepas aku bagi, mak OK balik..and bila mak minta balik, aku tak bagi ..dia marah2 aku ikut suka. TAK PERNAH! Dan mak tak pernah MARAH dengan BAHASA yang entah apa2..TAK PERNAH! Sebab mak tahu, kata-kata itu DOA. Dalam setiap usai solat mak, mak akan DOA kan yang baik2 itu anak2 kerana DOA itu senjata yang paling kuat yang mak ada. Itu lah bezanya kasih seorang ibu dengan kasih orang lain2. Yes! sangat berbeza. Walaupun aku tak pandai nak ungkapkan kata-kata 'SAYANG MAK dan ABAH'..tapi jauh di sudut hati aku...mereka sentiasa ada dan perkataan 'SAYANG' bukan lagi mainan bibir aku..biar tak terungkap, biar tak terluah..biar..biar..biar..supaya bila apa yang bakal terjadi dalam hidup ni, perkataan SAYANG tu tak makan diri sendiri. 

Emm...Salam Kemerdekaan ke 55 buat semua Rakyat Malaysia. Aku bangga menjadi rakyat Malaysia dan alwiz wanna be Malaysian. :)





Wednesday, August 29, 2012

.. Liza dan Azril ..

Tahun lepas, sempena Ulang Tahun perkahwinan ke 10, aku ngn famili g outdoor shooting kat Taman Tasik Perdana. Amik pakej kat kedai. Pakai baju kawin..bawak anak2..buat ala-ala konsep dalam Taman Sambil Bersuka Ria. Gambar tu jadi simpanan peribadi sebab tak sehsuai nak buat tontonan umum. Terbang la juga riban-riban. So, next 10 years baru leh posing ala2 tu lagi..

Tahun ni..walaupun gambar-gambar kat bawah ni bukan lah official gambar Anniversary ke 11..tapi lepas snap..OK lak rasa. Amik gambar sendiri, berbaju raya dan dalam suasana kampung. Takde make up tebal2..takde baju mahal2..just a posing. Anak-anak lak tak mau posing sama...sebab Dania tak tahan panas dan Danish sibuk nak makan..berdua je la berposing syok sendiri. Pic di snap oleh adik ipar aku denga menggunakan #Canon DSLR #1100D jek. Guna kan lense khas untuk potrait snap. Gila tak wide angel..jenuh nak cari posisi. Hiks. Lokasi, Kampung Tok Sira, Serdang, Kedah.

Takleh nak letak actual size...jenuh nak upload.. ;)


'Perkahwinan bukanlah seperti sebuah potret..yang boleh di rakamkan dengan mengikut atursusun jurugambar. Namun, sebuah potret adalah seperti sebuah perkahwinan..penuh dengan warna-warni.
Jika mahu perkahwinan cantik dan seindah seperti potret yang di rakamkan..jadi lah pasangan yang lengkap melengkapi..bukan menjadi pasangan yg cuba mengubah kehidupan mengikut kehendak hati.
Senjata terbaik untuk membentuk pasangan adalah DOA..bukan KUASA
.'

May Allah Bless me and you - Mr.Azril. Be my husband dunia dan akhirat.  



.. Bila Sakit ..


posted from Bloggeroid

Tuesday, August 21, 2012

.. Syawal 2012 - Raya ke-2..

Yuhuu, apa khabar semua? Terlentang makan banyak? Aku tengah menguap kat umah mak ni. Hari ni, raya ke - 3 tak kemana-mana kot. Semalam raya kedua, pagi-pagi lagi..berkumpul dalam dapur mak untuk persediaan BBQ. Mr.Abe marinate benda nak di masak dan juga sediakan bahan2 spaghetti. Masing-masing ada task la kan..since malam nak buat BBQ, lunch mak tak masak..abang belanja kami makan di Assam House, Ipoh. Em, not bad lah ..sedap. Berapa dia kena pun tak tau..keh keh keh.

2 meja..masa ni makanan tak sampai lagi..
Selepas lunch, singgah rumah kakak mak a.k.a auntie Zarah kat Manjoi. Beraya dalam sejam, terus balik rumah and ready kan balik benda nak berBBQ. Jemput sepupu-sepupu, jiran-jiran dekat and keluarga ipar abang. Alhamdulillah, makanan semua habis. Dalam kul 11pm, majlis selesai.


Zai's Brother sibuk memanggang..
budak-budak la paling happy..ye dak?
Saya hanya berlakon untuk bergambar..hiks..
Since raya ke 3 ni tak buat apa2..atau maybe jap lagi aku nak kuar dating ngn abe..so, takde la benda nak update..Semoga semua masih dlm mood ceria di hari raya..ada banyak hari lagi nak cuti..yay! Aku lebih tenang berada bersama keluarga..malasnya nak g kerja..emm...







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!