Monday, January 30, 2012

..Ingin Ketenangan dan Gembira..


Aku tak tahu kenapa kenapa dan kenapa..tapi aku hanya mahukan sedikit ketenangan dalam jiwa..

Rindukan kedamaian..rindukan moment bergelak bersuka ria dengan semua..dgn kawan..dgn siapa saja tanpa batas kesalahan yang pernah di lakukan..

Hari ni sampai Khamis, aku akan duduk di bawah ni (lab) standby Add/Drop Session. Makan minum di tanggung..cuma aku kena ikhlas dan redha supaya aku boleh buat kerja dengan gembira.

Friday, January 27, 2012

..Kerja oh kerja..



Now ni, aku ada kat opis standby for New Student Subject Reg yang di jangka habis kul 7pm. Tadi lak electrik trip..terngendala kejap kerja dalam 1/2 jam. Now semua dah OK..so standby je lah depan PC ni. Nak layan FB malas..so layan novel ni. Bila tahun nak habis baca tah.

Sok kerja lagi 8am - 5pm..lusa pun. Semua pun standby. Kena gak datang opis.Lusa pun kerja lagi.  Dah la sakit kepala ni tak habis2 and bdn ni lemah jek..dapat cuti best gak ni. Tapi memang takleh cuti. Aku rasa..aku nak kena jog ke ..sbb dh lama tak sukan and biasanya..time aku bersukan aku mmg lupa semua benda..bila ya? Emmm..

Ok..chow!
posted from Bloggeroid

Thursday, January 26, 2012

..Phewww..

Entry pendek yg agak tak berapa nak sopan ni di tujukan khas untuk Mr. Abe dengan ucapan 'bila lagi?' ... Hiks!!


posted from Bloggeroid

..Kereta oh Kereta..

Hai! Jom lupakan kejap kisah tak sihat aku ni. Aku pun nak cuba lawan wpun kepala masih weng. Sejak dua menjak ni, sepanjang aku sibuk bercampur dengan orang sebab jaga Online..topik yang paling best aku suka nak sibuk masuk campur ialah 'Kereta Baru'. Wahhh..lepas sorang..sorang nak tukar kereta. Kat opis aku ni jek..rasanya dah 4-5 orang dah tukar, akan tukar dan tengah fikir nak tukar. SENYAP2 jek semua. Dasyat! Alhamdulillah..masing-masing murah rezeki kan? 

Cakap pasai kereta ni..aku rasa, semua orang pun mampu nak pakai kereta. Kereta Malaysia ke..Jepun ke..Europe ke..pilih-pilih yang mana suka. Kira budget bulanan dan paling penting..kira la duit nak service serta road tax and insurance. Hiks! Penin gak kepala nak-nak kereta luar negara. Service koman2 RM500 wajib dalam tangan..insurance kalau kereta baru - siaplah RM1K ++ setahun. Huh. Apapun, I am just lucky sebab so far, aku bayar duit bulanan dengan insuran saja. Lain-lain? Mr Abe uruskan. Duit bonus aku biasanya aku simpan untuk insuran la. Kalau tak..sakit jiwa raga nak bayar..

Cakap pasai kereta baru ni...aku tak fikir pun nak tukar kereta BHY tu. OK and masih sedap lagi setakat aku taip ni lah. Tak tau la kalau jap-jap lagi dia wat lawak lak. Aku just terfikir-fikir nak cantiikan dia. Tapi takde idea nak buat apa. KALAU BJL tu..memang aku selalu seru Abe suh jual..dah la aku yang bawak..dah banyak songeh la pulak. Tapi masih dalam mood berangan..hahha..fikir banyak kali gak nak tukar kereta..banyak kena guna luit lorrr..tak sanggup gua kecuali Mr Abe sanggup..gaji aku pun tak banyak.

Jom tengok kereta boleh berangan tapi tak leh nak beli oleh kemampuan aku :



Mitsubishi ASX 

Ford Fiesta - harga OKEK..tapi bonet kecik gilos..

Mini Cooper 

Mazda 3 hatcback.
Syok tak berangan? Tapi KALAU ada rezeki and KALAU nak tukar kereta pun..KALAU lah kan..it's better to convert to MPV la coz kereta sekarang pun masih elok lagi. Walapun anak tak ramai..nanti balik kampung, leh bawak mak abah jalan-jalan sama..kan? MPV lak, kalau nak berangan Estima ka..Alphard ke..memang tak terpakai lah kot.

Aku suka dua MPV ni :

Mazda 5

Peugeot 5008 - keliling ada Airbag doh! phew..
OK. Sekian sessi berangan. Tapi kalau ikut hati kan..kan ..kan..aku dapat ni pun OKEK.

Alza macam ni..cuma tukar kaler and buang itu naga.. perggh!! hak hak hak..

hahaha..walaupun cuba tak fikir sakit kepala..sakit juga kepala ni rupanya..emm..nak buek apa la dgn badan macam ni.. emmm....

..Bertemankan Air..


Kena minum byk2 supaya tak jadi demam..aku usung air mineral merata-rata.

Adeh! Mata dah start berair neh. Kepala kadang2 terasa melayang. Mata asyik nak pejam. Nak kata demam..suhu badan okek jek. Pegnen? Hiks..insyaAllah tak. Abe suh MC. Huhuhu..tak boleh la..ada online event sampai 10hb..kecuali dah tak leh bangun sangat..baru MC kot. Otai pun tak sihat..so, kami bekerja dgn kesihatan tak stabil. Jangan dia yg MC sudah. Sabtu n Ahad ni pun kena kerja. Emm..hanya berdoa semoga dpt bertahan. 9 to 10hb nnt Abe outstation lak. Kalau demam..masak lah nak kena handle budak2 sensorang. Sok kena kerja sampai kul 7pm. Huhuuhu..Ya Allah..kurniakan aku kesihatan yang baik dan permudahkan semuanya. Amin.

Sejukknyaaaaaa..huhuhuhu..

posted from Bloggeroid






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!