Saturday, October 29, 2011

..Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya..

Hik hik hik..skema tak title entry aku kali ni? Saja je kasi nampak mcm blog ada informasi sket sebab dah takde idea nak merepek meraban. Takde bahan! Mana la tau kot2 ada yang nak bawak famili g sana sebab now ni musim hujan...Muzium is the best place to visit..kan? Sedikit info :

Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya ni terletak kat Precint Diplomatik Putrajaya. P14 ke P15 eh? Tak pasti. Alah, dekat dengan Mydin, Secret Receipi or Ali Bistro. Nak masuk kena bayar RM2 untuk dewasa, kanak2 ribena adalah percuma. Dalam muzium di pamerkan haiwan2 Mamalia yang telah di awet dan informasi yang kena baca. Pada aku, tak worth la bangunan tu buat Muzium. Bawak anak2 p sana pun atas permintaan dia orang. Mungkin anak2 aku ni pelik sket..suka sangat g Muzium, g pusat sains dan library. Pusat sains ngn Petrosains KLCC tu entah bape kali ntah dia org g. Babah pun rajin melayan ke tempat2 mcm tu..maka, ibunya ikut sajalah.

di sambut oleh fossil ikan paus biru....
Kebetulan masuk sekali dengan kanak2 riang Ribena dr Tadika mana tah...
Ada PC untuk membaca info2 haiwan dan menjwb soalan...
Boleh juga membaca buku cerita yang di sediakan...
antara harimau yang setia menanti.. ;b
Katanya, next week akan di adakan pameran buaya. Tapi bukan lah di bawak buaya betul..just replika or buaya awet kot. Okek..kalau rajin, bawak la anak2 ke sinun...tak rugi apa pun...ILMU okey.. ;)

Sebelum tu ke Taman Warisan Putrajaya for Lunch. Comel tak tudung aku pakai tu..suka sangat ropol tu and visor dia soft. Beli dari kawan secara Online. ;)
Bye!

Wednesday, October 26, 2011

..Wednesday Tak Wordless..

Cuti Deepavali yang masih tidak terisi. Duduk melepak depan PC menghadap anak-anak dan TV, terasa sesak tgk umah sendiri. RIMAS lah! Rasa nak campak je semua benda yg ada dlm umah ni terutama baju-baju yang rasanya lebih banyak yang tak pakai dari pakai. Pastu baju-baju yang terpaksa di lipat ..now ni aku cuba merajinkan diri lipat baju hari-hari..tapi kenapa mcm tak abish2 jek? Macam mana nak abis..ari2 pun basuh baju..kan? Dengan clothes dryer..1 hari boleh basuh berkali-kali baju sbb senang kering. Huaaa..ni yang terasa nak ada maid ni. Masa gi umah adikk..gila best tgk umah dia tak berhabuk..lantai berkilat..TAPI sanggup ke pakai MAID? hehehe..setakat ni..Nehi Kabi Nehi...

Kalau tgk majalah home deco..terasa mcm 'cantik' dan 'kagum' sangat kan? Tapi sebenarnya..teknik mengambil gambar sudut2 tertentu yang buat ianya nampak cantik. Rumah aku ni..takde sudut yang aku rasa cantik..hahahhaa. Perabut tak pernah bertukar sejak 9 tahun lepas. Dulu, masa nak membeli perabut, apa yang ada dalam kepala mesti lah 'Selamat Untuk Anak-anak' dan 9 tahun lepas, gaya perabot moden adalah terhad dan sangat mahal. 9 tahun lepas pun Abe ngn aku baru jek bekerja...so semua ni di beli dengan penuh menjaga budget. And now..upacara nak menambah perabut tak mungkin berlaku sebab ... PERLU ke? nak kurangkan ada laa....oh I wish for new house dan tak mau dok sini lagi..nak pindah .. nak duduk umah JEK. Can a?

Sudut Gambar famili..Rak ni harga RM9 jek beli kat Carefour.. ;)
Replika Kapal yang sangat2 aku suka..mampu ada 1 jek..nak collect byk2 takde ruang nak letak.
Kenangan Holland, Rome, Pisa dan Paris..lupa nak beli Sampan Venice.
Pakai langsir tingakp saja lagi murah compare pakai langsir sliding door.
Now ni...guna wifi kat umah pun dah slow gilaaaa...apa kes tah. Kalau kemudahan dah tak sebest dulu...apa la yg best dok quarters ni kan? Ni yang rasa nak pindah ni..

HATI KU BUKAN LAGI DI SINI.. *sigh

Tuesday, October 25, 2011

..Ori atau Imi..

Title ni aku penah tulis beberapa tahun lepas untuk sebuah artikel dan terpilih untuk keluar di majalah Intrend. Masa tu aku menulis kerana terlalu tergila-gila kan Coach Patchwork Swingpack dan aku tak mampu nak miliki bag yang berharga RM400 yang di jual online itu dan RM600 kalau beli kat Butik Coach Malaysia.Rezeki Allah bagi kan..sekarang selepas memiliki beberapa buah brand COACH tu, aku sendiri dah jual brand tersebut. Now teringin GUCCI..kemampuan bukan lagi persoalan..soalnya ..KEPERLUAN atau KEMAHUAN? Yezzaa..semakin meningkat dewasa..byk benda aku dah mula slow merembat dan meroyan untuk memilkinya. Tanya Abe..bila last aku bergolek2 minta barang mcm dulu? Dah takde kan?

Namun kadang-kadang, bila nafsu menguasai..Kemahuan pasti akan jadi Keperluan kan? Cuma cara nak dapatkan tu saja agak berbeza. Now ni, aku agak teringin dengan Crocs Carlisa Mini Wedge ni. Sempat mencuba di Butik Crocs. Sangat lah best dan selesa. Harga? RM249 lorr..haiya! Terus aku letak balik. Tak mampu? A;ah..tak mampu nak keluarkan duit sebanyak tu untuk sepasang kasut getah tu..dah sama harga dengan harga kasut kulit Clarks sekurang2nya. TAPI, emmm..kalau dah suka...mula la asyik teringat jek. Hajat di hati nak minta kat Abe..tapi sian dia lak. Kenapa kesian? Ada laa..hek hek hek..tp lps 'tu' nanti..hilang lah kesian tu kot..hak hak hak.

Ada member beri aku link kedai kat FB jual kasut ni dengan harga RM109 dan kasut tersebut di dakwa Authentic dari Kilang di China. Emm...bukan tak percaya..tapi Crocs ni susah nak kenal Ori atau Imi lebih2 lagi Imi gred A. Bukan lah POYO tak mau pakai barang FAKE..tapi..byk sangat bezanya Ori dengan Imi crocs ni. Memang RUPA sama..tapi RASA memang lain. Finishing and Quality lagi la berbeza. Aku dah berkira-kira nak order ni..TAPI takut la pulak. Fenin....so nak buat apa ni? Nak beli yg RM246 tu..idak la KOT kecuali ada org nak belikan..sila belikan ya seperti gambar di atas. Size W7..hek hek hek.

Esok cuti Deepavali...apa mau bikin?? ...ok la..GO!

Saturday, October 22, 2011

..Pukul 1 pagi..



Ayok! Kenapa aku tak tidur lagi ni? Tertekan tv2 and ada cite Enchanted la pulak. Best cite ni...dh tgk wayang dulu and malam ni layan lagi.Habis kul 2...camno ni. Takpe kan sekali sekala tido lambat. Aku mmg suka banget cite2 mcm ni...jom layanz!!!

posted from Bloggeroid

Friday, October 21, 2011

..Bila Rindu Terdetik..

Hajat di hati, nak balik ke Ipoh...rasa mcm lama sangat tak balik.Ye ke? Bukan baru balik ke? Tapi serius rasa mcm lama gila tak balik..and setiap kali call mak .. kedengaran suara mak yang tak baik2 dari batuk. Em..tapi matan nurse kan..sakit mcm tu, biasa jek pada mak. Baru lepas call tadi, dalam tak sihat tu, mak masih ceria bercerita tentang persiapan Raya Korban. Surau 'abah' nak buat Majlis Korban tahun ni..Ala, rugi nya tak dapat tunaikan korban tahun ni, sebelah rumah jek. Mak dan abah dah mula sibuk membuat persiapan..macam tu lah orang tua aku - Abah pencen Sarjan, Mak pecen StaffNurse TAPI displin and cara kerja tak pernah berubah. Cara yang aku cuba terap pada anak-anak tapi nampak mcm tak berapa nak berjaya.


2 hari lepas, aku beritahu Abe. Aku nak balik Ipoh minggu ni. Dukacita! Abe kena outstation ke Paka lagi hari ahad ni sampai Selasa. Uhuk! Terkedu kejap..sedih pun ada. Tak pe lah kan..dia kerja. Memang selama ni, dia tak pernah tak tunaikan apa saja yang aku nak. Pujuk diri sendiri..Raya Haji nanti balik lah. Isk..mcm lama sangat lah pulak nak tunggu raya haji..Sabar Ya Liza..

'Ibu, adik demam..tapi adik boleh bercakap dan main2 lagi'. Hehehe..memang Dania demam, dah 3 hari, tapi Alhamdulillah..dia tak merungut atau tunjuk dia tak sihat. Aku selalu nasihat dia.

'Adik tahan ya..kuat tau. Kita orang perempuan kuat..kena kuat. Lawan tau demam tu..kita kena kuat..Sebab tu Allah pilih orang perempuan untuk beranak..sebab kita kuat. Tak mau nangis OK.'

dan dia akan jawab 'OK Ibu'.

Danish dan Dania dah besar...mereka selalu request for adik. Penah sekali tengok Danish sedih bila Babah dia cakap ..aku tak nak bagi dia adik..dia cakap 'Memang Danish dah tak akan dapat adik ke?' ..huhuhu. Sedih gila muka dia..Emm..adussh. Terbayang-bayang lagi 9 bulan 10 hari 8 tahun lepas..TAKUTNYa..tapi kuasa Allah kan..mana tahu lepas ni..semuanya senang? InsyaAllah..ada rezeki..ada lah 'DH' ke - 3 nanti. Bila? WaAllahualam...






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!