Saturday, June 11, 2011

..From Awana Kijal with LUV..

Now, aku tgh bersantai tepi kolam kat Awana ni. Sekadar menemani anak2 mandi. Aku? Ngee..tak berapa nak berkenan ngn xtiviti air ni. Abe masih berkerja kat Paka. Macam mana leh sampai sini? Tak plan pun..Abe ada
kerja..so I follow. Kul 4 pagi tadi dah siap2 utk bertolak coz abe akan terus ke power station lps drop kita org kat sini.

Emm..kenapa Awana Kijal? Sebab...facilities utk budak2 mmg cunz la..duluuuu...8 tahun lps, masa 1st time aku kesini masa Danish masih baby..mmg teruja lah..tp bila dh mkn tahun..dah takde apa pun yg menarik. Setiap tahun memang akan kesini. Tapi biasanya, kalau Abe dtg kerja sorang..dia lepak hotel murah jek..sbb dia mmg dtg utk kerja jek. Aku kalau dtg sini..mmg lagi suka tidur jek..hahaha. Ni sebab abe kerja..sok dia layanz budak2..aku nk tdo puas2..ok tak? Hak hak hak...



Aku guna Android blogger ni..compem bersepah-sepah text ni..Tak tahu lagi nak balik bila..ikut hati, tak nak balik opiz dah..entah sampai bila aku nak mcm ni..kan? Abe ok je aku resign..tapi aku? Tak berani lagi...Eh, apo tiba2 kuar tajuk ni? Ngee..entahlah..lapo kot...hak hak hak..

Bersambung...

posted from Bloggeroid


Thursday, June 09, 2011

..Mia, Nia and Kimi..


Ambooi! sakan tul dia orang eh? Ibu pun tak tengok lagi cite ni. Ni Yaya (Mia), Nia (Dania) and Danish (Kimi) yang di bawak tengok movie oleh auntie dia orang - kakak ipar aku. Tengok kat Jusco Ipoh. Petang ni Abe bertolak dari opis ke Ipoh amik anak-anak. Aku? Em..ada kat sini la..lagipun esok dah bawak balik budak-budak ni ke sini sebab Sabtu ni, Abe kena g Paka balik. Tak penat kah dia asyik travel? Tu kena lah tanya dia. Mungkin sebab usia masih muda..OK kot ulang-alik.

Tadi tengah hari aku call budak2..Dania sibuk bercerita dia nak p tengok wayang. Rindunya dgn celoteh dia. And dia cakap 'Ibu..amik Mimi malam ni jugak..Mimi nak balik..Mimi rindu ibu'. hehehe..rindu ya. Baru je 2 hari lepas dia cakap 'Ibu..Nia (kadang2 jd Mimi,kadang2 jadi Adik..kadang2 jadi Nia) nak dok ngn maktok sampai besar.' Hahaha..kejap je berubah ya. Aku just pesan kat dia orang. Jangan nakal-nakal, jangan minta auntie macam2.

Aku? Bujang kembali malam ini...

..Fakta atau Auta..

Hoi!! hari ni, setakat ni, tah berapa kali aku MENGUAP. Apa kes? MUNGKIN sebab tak dapat Nescafe O pagi tadi sebab kat Tropic Corner dah takleh jual air selain Teh ngn Milo. Aku yang malas nak p menapak ke kedai air..odet saja Teh O. Tak best gila minum Teh O..huhuhu. Since dah sangap sangat..nak update blog la kejap. Lama pun tak update. Walaupun takde idea atau ada idea tapi kena simpan supaya tak sakit kan hati sapa-sapa..ini je yang ada. Isi hati aku melalui Contengan Ini.

Dulu (atas) dan Kini (bawah)
Haish..bukan senang nak jadi yang KINI tu. Tak berapa nak kebal lagi.

Lukis sambil menguap...

Semalam, bersembang dengan seseorang dan dia bertanya aku tentang 'sesuatu' kepada aku. Ohh! Tahu jugak rupanya apa yang jadi pada aku. Emm..so, aku simpulkan...apa yang terjadi dan jika rasa mahu rahsiakan..rahsiakan dalam hati sendiri.

Ya Allah..berikan lah aku sedikit lagi kekuatan dan ketenangan. Amin..

Monday, June 06, 2011

..Meratapi Kesakitan Jari-Jemari..

Dari 1, bermula dari jari manis tgn kiri, belum baik-baik..terkena pula jari kelinking tangan yang sama. Ohhh..terus membengkak bagai kuih apam. Abe kata - orang tak terra main mmg selalu injured. Ciss..hehehe. Ye la..memang tak terra pun..kalau terra, dah main utk International la. Menanggung kesakitan jari yang membengkak..aku urut sendiri dua jari tu dengan minyak Halia. Masih tak baik ..masih sengal cuma bengkaknya saja sudah tiada. Tapi masih dapat bertahan. Hari ni..yay! aku dapat hadiah lagi untuk 2 jari tangan yang sama. Jari telunjuk dan jari hantu aku pulak terkepak. Haisshh..yang ni betul2 tangkap leleh. Maybe sebab aku main GK ari ni, so kena lebih ganas. Kena banyak tepis bola..so bahana menepis yang tersalah tepis adalah lagi sakit.

Aku Happy sangat berada dlm team ni..

Kenapa aku tak main GA ari ni? Aku adalah sangat pancit hari ni. Bola pun tak dapat tangkap dengan kemas dan tadi...aku jatuh dengan dua2 lutut menyembah bumi dan tapak tangan memberi ciuman manis pada lantai court. Ohoiii..sakittt la. Tapi tahan lagi. Sampai la incident dua jari terkepak..terus aku berpeluh..weng dan rasa nak muntah. Huhuhu..Actually aku tak lunch tadi dan pagi hanya makan Mc D. Petang sempat alas perut denga popia goreng 3 ketul..serius tak larat and aku minta execuse tak mau main. Pengsan kalu..naya jek. Kenapa aku selalu tak lunch? Emm...entah la nak jawap apa.

Now ni, aku sedang menahan kesakitan dan kesengalan jari jemari yang rasanya..kalau ikut hati, nak meleleh je air mata ni. Isk..bertabah lah..dulu kena swing ngn kayu hoki pun releks je..tak kan yg ni pun nak cememeh kan? So..dok diam2..urut sendiri je la.. Semoga cepat baik..ada game 17hb Jun ni kat HQ TNB.

Good Luck U all..

Sunday, June 05, 2011

..OPss!! TER tak sengaja..

SE Satio Mr Abe ada problem. Touch screen dia tak function. Aku pun jadi mami jarum suh dia beli yang baru wpun dia just nak pakai Samsung Biru free tu. Ye la..pada dia, handphone adalah 1 keperluan. Tapi mcm biasa, dia bukan jenis 'boros' punya orang..nak tak nak..saja je ajak dia survey2..dalam kepala dia ada :

1) Samsung Tab Galaxy 3G + Wifi + 1 Android phone paling murah.
2) Sony Erisson Experia Arc atau Samsung Galaxie S 2 dan lupakan tablet.
3) Power Netbook + 1 Android phone paling murah.

Kenapa perlu sangat netbook or tablet? Memang keperluan untuk bawah travel 'jauh'... so tak yah angkut notebook skrang. Aku tak setuju beli netbook sebab kat umah ni jek dah ada dua notebook dan 1 kat opis. Cuma berat je lah..dan aku pun tak berapa nak prefer table PC..sebab? entah la..kecuali dapat free..mmg aku rembat jek. Kalau trend skrang dgn Ipad 2..aku lg suka Samsung Tab Galaxy. Tak besar sgt nak bawa travel kan? Kalau beli sekali dgn keyboard pun..Samsung Tab masih bergaya. Tapi aku tak nafikan la..Ipad 2 mmg cun la...tp belum meroyan lagi nak beli.

Lawa seh blog aku dlm Ipad 2 ni kan? hehehehe..

Selepas berjam2 survey dekat Mines dan berdasarkan pengalaman..kami prefer to buy Original set. Dah tak mau pakai AP. Kenapa?

1) AP dan Original set enpon dah tak jauh beza harga.
2) AP set ni..cino dia byk kelentong. Nak2 yang mulut manis.
3) AP set..once korang dah bagi duit kat kedai..jgn harap janji2 manis tu di tunaikan. Ni memang byk kali aku dah terkena terutama dah claim warranty. Gila payah nak mampus. Macam-macam alasan.
4) AP set korang kena balik kat kedai tu jek utk sebarang problem.

Dan secara tak sengaja..last-last masuk Sony Ericsson Authorised Dealer dan dia ckp, touch screen tu dia org boleh repairkan dan tak sampai pun RM200. Haishh..apa lagi..Mr. Abe mmg suka la..Jimat duit dia. Lagipun Satio ni mmg power on camera..itu keperluan dia nak amik gambar dlm workshop. Aku yg dah gila kan SE Experia Arc lak yang meroyan. Huhuhu..Bincang2 dgn Abe..dia nak pakai Xperia 10 aku..dan aku yang beli enpon baru..muahahahah. TAPI..opss..abe bayar 20% dan kira X10 aku dia amik. Hahah.so aku bayar balance je..SUKA Banget deh!

Full HD and skrin dia mmg crystal clear..nk surfing mmg sgt besh..

Kenapa Sony Experia Arc? Sila baca sendiri di : Sony Experia Arc

and now..kepala aku yang weng bila fikir2 balik..'Apasal aku beli enpon baru ni? ho ho ho'..gigil gak lah nak bayar...huhuhuhu...






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!