Friday, September 13, 2013

.. Tak terlintas pun ..

Hai Blog!

Apa yang tak terlintas? Apa yang korang faham dengan perkataan tersebut? Pada aku..ianya membawa maksud 'tak terfikir langsung wpun dalam hati apatah lagi dalam otak.' OK..Itu pembelajaran bahasa utk malam ni.. ahaks!


Haa..kasi pix mata jek. Sebab takde pic lain nak share. Sebenarnya..aku tengah layan laloq penat ni...Hari yang agak memenatkan dari semalam..sebabnya, aku tak jangka pun team mate aku akan cuti paternity bulan ni...tiba2 kot and now tgh musim event student yg banyak benda dia yang memang terra dr aku..nak2 dari segi behind the sistem. Tapi alhamdulillah...sehsuai dengan 'award' yang dia dpt baru2 ni..dia tak tinggalkan aku sorang2. Kami keep in touch via wassap..keep remind aku...keep ajar aku dan sentiasa On je kalau aku perlukan dia. Cuma..biasalah aku, gelabah lebih. Hari ni banyak lak user call tanya mcm2 and last2 minit...sistem wat hal pulak. Dan aku jugak lucky sebab bos aku - puan, pun alwiz ada nak tolong. Dulu huru hara gak aku ngn bos aku ni..hahhaa. Ye lah kan..'Ada-baik, Beri-baik, Dapat-baik'. Faham?

Hidup kena lah saling harga menghargai kan? Kalu orang tak cari masalah dengan kita, baik dengan kita..letak kita baik2 dalam hidup dia...why not kita balas baik gak? Bukan nak kena wat apapun..at least, tanya khabar ke...duduk borak2 ke...kasi hadiah ke..kan seronok? Ke tak telintas pun nak buat semua tu?


Ini durian crepe..tiba2 letak pix ni lak. Sedap crepe yang ni...tapi aku makan 1 jek..sebab niat nak beli utk kawan.

Hari ini hari KPI..em, tak nak komen banyak lah. Naik .05 jek dari yang lepas. Masih dalam ranking yang sama. Malas nak fight sebab aku rasa...cukup lah kewujudan aku di rasai oleh Puan..dan semua kerja aku siap..dan ada output. Dan rasanya..2 tahun kebelakangan ni..dah tak makan gaji buta..tak byk melalat. Hiks.

Ok la..merapu je ni.. papai!
posted from Bloggeroid

Monday, September 09, 2013

.. Men's Health and Shape Night Run 2013 ..

Hello blog!

Dah lama aku tak tulis pasai Run ..last sekali event Run yang aku join was Malaysian Women Marathon bulan 4 kot. Ye ke? Tah..tak ingat..hiks. Masa tu aku lari 9KM ++. Masa tu time aku 1 jam 10 minit. Untuk jog saja-saja, paling jauh aku buat adalah 10kM dengan masa 1 jam 11 minit. Makanya, aku memberanikan diri register lari Men's Health and Shape Night Run 2013 and amik 12km. Masa register sedap je lah kan..sekali nak event, dengan lepas rayanya, mula la mood aku ke laut. Sempat 3 kali training je..semua short distance..makanya, aku pasrah. Alah..tak larat, kita jalan..kan? Aku tak tahu and tak terjangkau rasanya dek fikiran tengok runner yang lari gila babas laju for jarak jauh. Tabik spring la. Sangat kagum..kadang2 terfikir nak saja2 p tengok how they start, run and finish..




Ni official time aku. 1st time aku pakai Bip ada timer..haahaha. Mengikut kemampuan diri, aku target 1 jam 30 min untuk kali pertama ni. Kalau pace 7-8, aku rasa boleh je dapat dalam time ni. Dan berjaya! walaupun terlajak 4 minit..hiks. Dapat nombor 375 out of 1165..not bad! hahahaha..medal pun 500 jek. Alhamdulillah dapat la sebijik nak bawak balik. Ahaks! 




Semalam lepas run, aku dah tak tahu nak buat apa. Maklumlah..jarang2 berlari. Volunteer tu bagi kertas kecik, aku amik..pastu aku tanya, nak wat apa dengan kertas ni dik? Hee..'Amik medal kak'..kata budak tu..Ooo..hahaha. Lepas amik medal, pisang, air, sijil dan cookies..aku lepas tepi khemah cooling down sorang2 dlm hujan. Gila bengap kan? Tak tahu kawan2 ada kat mana..sampai la aku wassap kawan dan rupanya dia orang ada kat pentas. Sampai pentas..dia orang cakap, amik Goodie bag tak? Lor...lupa lak. Gi amik goodie bag lak.. serius blur. 




Ni timing each 1km. Boleh tengok patern aku lari. Nampak mcm aku tak push sebab biasa aku boleh push diri 1KM = 6min dengan speed 9km++km/h. Orang kata, jarak jauh, jangan push diri dari awal, nanti tak larat...dengan pelari yang ramai gila..pack kot..nak kena cilok2 lak2..so starting jadi la mcm tu. 5km pertama Non stop. Lepas tu aku dah kelaut..nak2 bila nampak  7km to go! Haishh..apa la tulis mcm tu..gila ayat down..hhahahaa. so makanya, aku dah start jalan2..suka suki..amik pic..berhenti kat kaunter air..amik air..minum2..pastu lari2 ..pastu jalan..sampai la nampak 3KM to go..lariiiiiii...pastu..alah..malas la..jln balik..hahhaa..gila kan? Yeah..aku memang kalah bab mental fighting ni wpun fizikal tak letih sangat.. Sebab lari bukan passion kot and kena bertanding dengan diri sendiri je kan. KALAU lah..ni KALAU lah kan. Aku boleh fight mental aku..mungkin boleh up lagi masa. kan?


Ni kawan2 lari malam tu. Ada yang go for 5KM..ada yang 12KM. Has tu aku kenal dr blog kawan2 Krazirunner..so aku main tegur jek. Sempat la posing sama. Lepas makan, g lepak mamak. Alhamdulillah, buat pertama kalinya, aku tak sakit badan dan sihat walafiat lepas run. Syukur...itu je sebenarnya target aku...tak mau sakit. Hisk..

Lari dalam HUJAN!! Basahhhhhhhhhhhh... kus kus kus..

OK la..papai!



posted
from Bloggeroid

Tuesday, September 03, 2013

.. Pujuk diri sendiri ..

Dari kelmarin..aku sedaya upaya memujuk diri sendiri - Jangan Kecil Hati! Entah..malas nak cite...cuma semakin aku memujuk diri sendiri, semakin sebak lak dada. Teringat kata2 Prof Dr Muhaya .. apapun yang jadi, baik atau buruk..cuba audit diri sendiri dulu.. and tanya, kenapa benda itu terjadi? 3 benda utama yang sering di tekankan oleh beliau - 'Ada, baik' , 'beri - baik' akan 'dapat - baik'. So aku terus memujuk diri sendiri.


Menjadi kebiasaan, apa yang ada dalam hati yang ingin aku luahkan..terhasil la hasil2 seni mcm gambar Instagram aku ni. Snap gambar, melukis atau menaip apa yang tersirat dalam hati itu cara aku luahkan rasa..cuma apa tafsiran orang..aku tak dapat lah nak kawal. Hiks..


Aku follower instagram yang mcm ni..aku suka follow IG yang snap pic nature dan ada quote yang menarik serta menjadi motivasi macam dalam pic ni. Em..nice quote.


Petang tadi hujan..so training netty takde. Sebenarnya aku sangat2 penat kerja lately. Byk benda remeh temeh yang aku kena buat..ye lah kan..aku je grad rendah untuk buat kerja2 mcm ni. Setakat ni..aku cuba tak menolak and buat semuanya sebaik mungkin wpun takde sapa tahu..apa yang aku buat ari2 kot opis. Niat pada yang Satu..semoga rezeki yang terbaik juga utk aku dariNya?

Semalam buat training fitness selama sejam utk netball. Ada coach baru tau..student la..Aku suka je wat fitness..baru la terasa berpeluh dan jantung bekerja.

Tadi..bila dah hujan sampai kul 6..mula2 aku syok gak sbb aku penat sgt kerjs..macam malas nak turun training..tapi bila 6.05 hujan dah stop..aku dah mula goyah. Isk..hujung minggu ni nak lari 12km..OK ke aku ni? Mau ke laut nanti. Bukan sebab timing ke apa..tapi tak mahu injured. So aku paksa diri turun..6.38pm baru aku start jog. Target 3km je..tp mcm tak cukup lak. Nak buat 5km, dah nak masuk maghrib...makanya dapat la 4km lebih sket. 1Km = 6min utk 2KM pertama..baru lah rasa jantung bekerja..horrey!

Tapi sebenarnya..aku dah takde semangat nak lari2 ni.. emm...

Ok la..papai! ♥


posted from Bloggeroid

Sunday, September 01, 2013

.. Sebelum pejam mata ..

Assalamualaikum..

Em..dah September kan? Ya Allah..cepatnya masa berlalu. Now aku tengah lepak2 jap sebelum masuk beradu. Baru sampai dari kampung tadi and terus iron baju famili untuk esok. Badan tak penat sangat tapi perut agak berangin.



Tengok pix ni..ada macam makcik2 anak 5 or ada macam wanita preggy 5 bulan tak? Heee..aku memang sangat pemalas nak berbaju kurung..so bila ada kenduri kendara, memang naik runsing kepala fikir baju. Since ni dah nak abis raya, jadi aki decide pakai je peplum ngn palazzo yang aku beli semata2 nak kenduri umah mentua ni semalam. Orang lain comel molek je berbaju kurung..aku tetap aku. Pakai apa aje yang aku suka selagi tak jolok mata.

Kenduri kali ni kira aku pecah rekod diri sendiri juga lah. Since biras2 aku balik lambat..maka berkerja la aku menolong MIL apa2 yang patut. Just lucky, adik ipar aku bawa 'kawan' dia. Rajin gila budak tu dan penuh dengan skill sebagai orang dapur. Aku bukan jenis banyak cakap terutama dengan orang tua or orang yang aku tak kenal..so aku decide amik kerja2 kupas2 bawang and kentang..potong2 bawang dan kentang dengan bakal biras aku ni. Senang wat kerja dengan orang muda..tak byk cakap. Kalau ngn acik2...tot tet tot tet..dan aku lak hanya..ooOoo...aaaa.. aaah.. - hahaa. Maaf lah..aku tak reti dan kadang2 tak minat pun nak dengar cerita2 yang takde kaitan dengan hidup aku. Hiks..


Haa..comel2 kan semua menantu En Johari ni..hahaaha. Semua sama size okek. Cuma..aku je lah yang tak berapa nak cerah. Alhamdulillah..kami serasi bersama. Kira ni adik2 perempuan aku lah ni.. Istimewanya mereka ialah..mereka pandai sembang ngn MIL...aku jek yang ke laut. Sebab aku memang tak pandai dengan orang tua. Kadang2 ngn mak sendiri pun aku membisu.

Ok la..saja je nak menaip. Papai! ♥
posted from Bloggeroid






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!