Monday, August 26, 2013

.. Apa Khabar? ..

Apa khabar? skema tak soalan? dan paling penting...out of nothing, tiba2 tanya khabar. Tanya khabar macam ni, sapa2 pun boleh tanya kan? Mungkin sekadar nak make conversation agaknya.Makanya, jawab je lah..'Baik' - sambil tunduk kepala. Sebenarnya, em..entah la, aku pun tak tahu aku sihat ke tak. Tidur masih belum 100% OKEK, selera makan pun masih 50-50 ..cuba ada sedikit kekuatan je nak lawan 'lemau' untuk ke pejabat. Kat opis, duduk diam2, membisu, tak kacau orang, buat kerja, cukup masa, kita balik..yay! Happy kan (?)

Matahari dan aku ibarat irama dan lagu. Ewah...hahaha koya tak ayat? Kadang2, aku saja-saja je ajak Mr.Abe g lepak Bagan Lalang sebab nak tengok sunset. Sib baik la dia rajin melayan. Tapi takde la ajak selalu..mcm la kat tempat lain takde sunset.Hiks. Banyak benda dalam kepala aku sebenarnya ni. Hari ni kat opis pun aku just scroll in scroll out mouse jek. Dengan perut sebu..mata nantuk, memang tak jalan lah kerja. Lunch time aku balik tidur..yezza! Lunch tolak tepi. Bangun tidur, makan puding Mangga. Boleh la alas perut. Takde selera nak makan sebab mata nantuk tak abish2.
Aku tengah berkira-kira nak letgo 2 event running ni. Men's Health and BSN Nite run. MALAS! Dah takde semangat nak buat benda2 ni semua. Dah la aku gatal2 pi reg 12km and 21km..makanya..aku adalah MENYESAL! Tak tahu la kalau 2-3 arini ada semangat balik..tapi rasanya memang dah malas. Tadi g buat pemeriksaan kesihatan, berat aku 46.5KG..hadoiii! turunnnnnnnnn lagi. Walaupun aku selesa je dengan berat ni, tapi macam tak best la berat turun mcm ni..kang ada lak yang tuduh aku makan hati ..hahaha. Aku happy jek...just sebab puasa, travelling dgn less makan dan angkat bag berat2, maka turun lah keberatan ini.


Mak ngn abah duduk rumah aku sejak aku fly ke Europe baru2 ni. Kira 2 minggu la jugak. Abah tolong hantar anak-anak g skool on Monday and Tuesday masa aku masih kat Europe. Semalam Anniversary 39th mereka. Saja bawak mak abah makan2 kat Bagan Lalang and malam adik pulak belikan kek untuk raikan anniversary mereka. Semoga berkekalan till jannah dalam keadaan aman damai dan penuh kasih sayang. Amin.


Hari Sabtu, kami sefamili bawak mak abah g tengok rumah. Alhamdulillah..after a few proses lagi, insyaAllah semuanya akan selesai. Selepas bertapis-tapis and berfikir-fikir, 'decision' aku di terima oleh mak abah. Masih berusaha ke arah 'itu' dan semoga Allah permudahkan semua. Walaupun rumah ini akan siap hujung tahun ni, tapi ada benda2 lain yang terpaksa aku lalui dan selesaikan dulu sebelum aku betul2 akan teruskan dengan keputusan aku dan semoga ini keputusan terbaik untuk aku, suami dan anak-anak. Amin. Aku pun harap doa yang baik2 dari semua. InshaAllah, doa yang baik2 juga dari aku untuk famili dan rakan-rakan yang aku sayang walaupun aku menjauh atau di jauhi. Serahkan semua urusan pada DIA. Amin.

Kepada rakan-rakan yang minta aku buat open house Raya, mohon maaf..aku tak sedia lagi nak buka rumah buat masa ni. InshaAllah, nanti2, ada ruang dan masa dan tak mahu timbulkan apa2 syak wasangka takut ada jemputan tak berjemput sebab aku duduk quarters, byk hati nak kena jaga..ada rezeki, aku jemput ramai2.

Rasa tersisih adalah satu perasan yang membunuh hubungan dengan manusia sejagat kan? Aku serik!

Papai! 


posted from Bloggeroid

Friday, August 23, 2013

.. Paling WORST lah! ..

Hello! Blup blup blup! Malam tadi adalah malam ke 3 aku masih tak boleh tidur. Ya Allah. Macam-macam aku try buat termasuk la melukis benda Allah ni kat Note 2. Kebiasaannya jam 3.30 am baru aku betul2 terlena iaitu bersamaan dengan pukul 9:30pm waktu Amsterdam. Hari ini paling teruk, aku takleh bangun sampai terpaksa minta tolong Mr.Abe hantar anak2 g skool. Lucky arini dia ada meeting kat HQ. Sekali bangun2, perut pulak memulas2..loya pulak sebab dah masuk angin. Selain jet lag time tidur, time makan aku pun lari and susah nak makan heavy meal.Terpaksa SMS Mr.Ozzie cakap aku lambat. Rupanya dia pun lambat sebab semalam balik kerja jam 2 pagi.Dah la arini ada event. Aku dah siap mandi..perut makin memulas, tekak makin loya..dah berpeluh-peluh..nak drive pun tak larat tapi segan nak bagii tahu partner sebab aku dah lama sangat cuti. Nak tak nak, aku gagahkan jua g kerja.

Jet Lag!


8:40 am aku sampai lab..and jeng jeng jeng! Alamak...Bos aku dah ada. Aik..sejak bila lak Puan datang lab time event? Team mate lain pun dah ada..rupanya problem semalam tak settle lagi. Aku pun buat dek je la..settle2kan kerja and setting. Sekali makanan tak di sediakan pulak. Huyaa..mcm nak keluar balik air mata.Perut dah menyucuk-nyucuk. Semua orang tengah bz, tak kan nak selamba g sarapan. Kul 9.45 perut aku dah menyucuk2..hadoi! Ajak Faizam sarapan...tapi takleh nak makan sangat pulak. Nak muntah ..haiyoo! Tapi aku kan fighter...makan la juga pelan2..and now ni masih terblup2 perut menahan loya and angin. 


Buat-buat Bz cover malu masuk lambat. 

Ni my 2nd Clarks. Rembat masa kat London. 34Pound and lepas claim tax, adalah dlm RM160 kasut ni. Kalau kat Malaysia more than RM300++ rasanya. Tapi tak boleh lah nak beli banyak2 sebab bawak backpack jek. AKu pun dah rembat sepasang boots Timberland. Benda yang aku nak sangat tapi tak dapat adalah windbreaker The North Face. Mahai la jugak..ngeh ngeh ngeh.



Lunch time dah dekat..nak balik nak balik..nak tidur..

Papai!
posted from Bloggeroid

Thursday, August 22, 2013

.. Welcome back to my dear opis! ..

Assalamualaikum...

Eh eh..lamanya tak menaip guna PC. Hari ni, selepas berhari-hari cuti Honeymoon..eh! honeymoon ke? hahahaha..kira boleh la as honeymoon..cuti berdua je kan? Okek..hari ini, time ini, aku sudah berada di opis. Kerja tertangguh adalah sangat banyak sampai tak tahu nak mula yg mana. Ikut hati, nak je dok umah diam2..tapi sebab cuti dah tak banyak..ku gagahkan jua ke mari. Tadi masa ON browser Googe Chorome ni, tiba2 keluar background editing for babylon search...so, utk saja2 buang masa, aku pun layan..and tadaaaa!!!


pilih background sempena baru balik dari Holland. 
Aku masih Jetlag ni! Nak tido..nak tido tapi kena kerja. Macam nak start enjin kereta and balik jek ni. Sabar..sabar...and lawan lah wahai mata. Dah dua hari aku tido time ni and malam aku tak leh lena. Kul 12 tengah malam masih sibuk melayan wassep dengan kawan2.
Ok la..tak tau nak cite apa...papai!

Friday, August 16, 2013

.. Cuci poket at Bicester Village ..

Assalamualaikum..

Hari ini, aku dan Mr.Abe melakukan aktiviti cuci mata dan cuci poket selama 7 jam kat Bicester Village. Apa tu? Ia adalah outlet menjual branded items. Kenapa sampai 7 jam? Sebab tak plan nk g tempat lain. Sebenarnys dekat je dgn Oxford University dan juga lokasi pengambaran Harry Potter..tapi macam malas nak rushing2. Mula2 ingat 7 jam tu lama la kan..rupanya..mmg 7 jam la kami pusing2 tapi tak boring.

Perjalanan ke sana dgn train. Biasalah, train paling senang kat Europe ni. And paling best..wifi free pun ada dlm train. Kat town pun ada free wifi tak macam Australia. Makanya,kerja aku update info je la...just wanna share keseronokan dan keindahan alam ni.. mana tau, nanti2 rezeki orang lain lak kan? Aku saja tak update pasai London city sebab...sesaknya kepala dlm town ...so sesaknya nak menaip tak tau nk cite apa..


Mula2...masuk Prada. Kena berbaris, tapi tak panjang. Saja masuk tengok harga. Ok la harga nya tapi bukan keperluan aku bag ni. Sempat la posing sebelum kena tegur. Aku tahu memang takleh amik pix dlm butik luxiours branded item ni...tapi saja gatai nak snap gak. Ahaks...

Kat Bicester village ni ramai tourist Arab dan China. Ya Allah..tengok arab2 ni shopping..mcm benda2 kat situ harga 2-3 ringgit jek..semua dia org angkut..phew! Yang tourist China lak macam takde adab..tp dia org ni kat mana2 pun memang macam ni..kerja dia org, rebut, tolak and wat dek dgn orang lain. Kalau ada Q, kdg2 dia orang selamba je potong.


Ni aktiviti aku kat sini. Posing2..kuar masuk kedai...try2..beli jek tak banyak. Hahaha. Aku rembat Timberland, bag Kipling - dua benda ni murah jugak lah banding KL. Aku nak sangat jaket or windbreaker The North Face..tapi takde choice kat outlet. Rasanya kat London ada less 40% and boleh beli. Sok nak ajak Mr.Abe g balik butik tu.

Tadi masuk Gucci...hohoho..nyaris nak hangkut 1 bijik bag...tapi fikir2..Gucci Mayfair aku pun baru sangat lagi ...so niat di batalkan. Jangan mimpi malam ni dah la kan..ngeh2. 

Banyak2 outlet.. Clarks paling ramai orang. Tak tahu la murah ke tak...tapi boleh dapat sepasang kasut bawah rm200. Murah la kot kan? Orang kata..Clarks ni Bata UK..dan Clarks bagi bag plastik jek instead of paper bag. 

Ok la..nantuk sudah..papai! ♥






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!