Tuesday, July 16, 2013

.. Bila terputusnya SILATURRAHIM ..

Terzahir dari sebuah HATI..dan kadang2, gerak hati memang jarang tersilap.. 



Assalamualaikum.. Bulan puasa ni, kita kurangkan lah tulis merepek meraban mahupun meroyan kat blog..kan? Aku pun cuba elak menaip semua benda2 yang ada dlm hati.Just lucky 'Sesungguh aku berpuasa' membuatkan aku boleh slow down daripada menaip sesuka hati. 

Kenapa dengan Silaturahhim? Tiba2 lak kuar tajuk ni..Em, takde apa..tadi aku google, 'antara sebab doa tidak di makbulkan'...so terjumpa la benda ni. Besarkan penangan putuskan silaturrahim ni? Kalau pun berpuasa...putuskan silaturrahim..puasa pun jadi sia-sia. Nauzubillah... 

TAPI ..kadang2, mungkin ada sebab atau alasan kenapa silaturrahim tu di putuskan..betul tak? Jom check diri..mungkin diri sendiri penyebab orang yang memutuskan silaturrahim buat demikian? Mungkin kawan dengan kita buat orang tu berdosa..atau mungkin buat tiada ketenangan dalam jiwa bila terus berukhwah? Entah la kan..cuma, kalau pun terjadi benda2 macam ni..better to explain why jadi benda2 macam ni. Aku rasa lebih adil..jadi dua-dua pihak boleh hidup sentosa. Takde la yang memutuskan terus gah dengan decision dan yang di putuskan tertanya-tanya..'why?'.. kan? Ini pendapat aku..and kadang2..aku sendiri ada sebab kalau tak 'berbaik sangat' dengan orang. TAPI tak sampai putuskan silaturahhim laa kot...sekadar bertegur sapa as friend..apapun, tak tahu lah bagaimana bahasa tubuh aku di intrepetasikan..I would like to ask rather than make assumption..tapi ada tak semua suka cara mcm ni.. terpulang. WaAllahulam.

So ni aku nak share a few hadis regarding SILATURRAHIM :


Hadith: 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim


Nabi sebut : " Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tigas hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawabsalamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu" ( Riwayat Abu Daud , riwayat dari abu daud ini dhoif tetapi terdapat riwayat sohih dari al-bukhari )


Riwayat bukhari : " tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari..yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam" ( al-Bukhari)

Apapun..semoga Ramadhan kita semua di berkati dan di kurniakan segala ganjaran yang di janjikan Allah. Berdoa supaya di beri kesempatan olehNya untuk bertemu malam LailatuQadar. Amin.

Papai.


Tuesday, July 09, 2013

.. Salam Ramadhan 2013 ..

Assalamualaikum..

Salam ramadhan buat semua umat islam dan maaf zahir batin. Permulaan kepada perubahan, detik untuk mengumpul segala ganjaran dan semoga ramadhan kali di berkati. Ramadhan yang sentiasa di nanti kerana fadhilat yang Allah janjikan dengan penuh kenikmatan.


Okek..ini aku dalam minggu lepas dan minggu ni.. Masih aku yang sama..cuma muka agak lesu and eyebag jelas kelihatan..kan? Dah lama tak update blog.. kot2 ada yang rindu..hahahaa..koya!


Yeah! Ni bukan lauk buka puasa sebab esok baru mula puasa. Sebenarnya nak cite..aku buat magik dari minggu lepas.. hiks! Dah seminggu aku masak dinner. Caya tak? Hak hak hak.. dah tua kot..so dh ada sedikit kesedaran dan ini sebenarnya langkah kedua selepas langkah pertama telah di realisaskan .. langkah untuk meninggalkan sebuah kehidupan yang aku dah tak betah lagi untuk hadapi..doakan ya.


Raya lagi sebulan..Alhamdulillah baju jalan2 anak2 dah siap beli. Mr Abe cakap..beli je awal..senang. Shopping kat Parkson je sebab kita org boleh redeem voucher. Shopping guna voucher. Baju 1st raya belum beli. Sepatutnya aku tempah je tahun ni..dah beli kain kat Indonesia untuk satu famili..tapi aku tak hantar g jahit.kehkehkeh..hebak?

Persiapan puasa anak2..Alhamdulillah, tahun ni masing2 berkobar-kobar tak sabar nak puasa. Dania dari aku puasa ganti aritu dia pun nak puasa gak, tapi aku tak bagi. Semoga esok kedua2nya tabah la. Amin.


Sabtu ahad baru ni g tengok rumah. Atas tu rumah kita orang kat Puchong Utama. Survey2..market price for sale is Rm400k..and sewa is Rm1000 .. tapi adik aku duduk just bayar Rm300. Kita orang plan nak cari rumah baru..and nak jual rumah Puchong..atau naik kan sewa. Adik willing nak bayar sewa lebih sbb dia tak nak pindah. Em..kena fikir semula. Rumah bawah tu Green View Villa at Shah Alam. Semi D. Kalau kat Bangi dah 1.2 juta. Since rumah ni sempadan Shah Alam and Klang and dalam kawasa kampung melayu..harga dia 'nice' serta besar sangat.


Okla.. sempena Ramadhan ni..jom buat checklist. Setiap satu kebaikan..ganjaran nya berganda ganda ganda ganda..subhanaallah. Aku berdoa supaya kebaikan datang dlm diri dan aku nak berubah dan boleh berubah.. doakaan aku ya.

Jangan lupa sahur..tak rugi pun bangun sahur. Hujung2 waktu lagi bagus. Dapat segelas air dan sebijik kurma pun dah ada nikmat dan ganjaran dariNya. Orang Yahudi pun puasa, tapi mereka takde sahur..so, ini lah yang membezakan puasa kita dan mereka.

Papai! ♥
posted from Bloggeroid

Wednesday, July 03, 2013

.. Mencari Jalan ..



Dah terlalu lama aku berkira-kira tentang sesuatu yang aku mahu lakukan..tapi aku takut untuk laksanakan. Meninggalkan sesuatu yang telah lama bersama amatlah merumitkan. Menyayangi sesuatu pun kadang2 perlu juga ianya di lepaskan pergi.

Syukur..dalam kesamaran, aku nampak jalan. Cuma perlukan sedikit kekuatan untuk membuat keputusan. Masa berlalu, hati berubah dan kasih tak pernah bertambah... apa lagi yang perlu? Sujudlah padaNya semoga di kelurkan dari jalan buntu.

Papai! ♥
posted from Bloggeroid

.. Suratan atau Kebetulan ..


Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

( korus 1)
Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

( korus 2 )
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!