Thursday, June 06, 2013

.. berlari mengejar MENTARI ..


Tiada apa yang mengembirakan selain daripada bertemu mentari. Subhanaallah. Selepas 4km berlari.. terhidang suasana alam dari Illahi macam ni..memang lupa semua benda2 yang membelit hati. Sayang biar lahir dari hati .. namun jika sayang sudah tiada lagi..janganlah ada benci. Sayang jika hadir dalam diri ini..ianya akan kekal abadi.. Sayang biarlah seperti mentari..jangan pernah pergi selagi tidak di panggil Illahi.



Petang ni layan hill run. Em.. not bad la badan now ni...dah boleh lari tanpa henti. Larian bukit memang memenatkan...tapi ada sedikit fun. Isk..takde apa lah nak cerita..just jogging suka2 nak berpeluh.

Papai! ♥
posted from Bloggeroid

.. Di sebalik ..



Macam lama tak update blog. Lama ke?

Di sebalik tirai kamar..mencari damai. Lokasi yang nyaman dan tenang.

Jari tak mahu menari.
Minda tak mahu berpuisi.
Hati tak mampu lagi menyanyi.

Berkelana jauh mencari ketenangan diri.
Semoga di beri kekuatan oleh Maha Suci.

Papai! ♥
posted from Bloggeroid

Sunday, June 02, 2013

.. Lemau nye weh! ..

Hello.. hello! Menguap memang tak berhenti-henti..itu tandanya tak cukup oksigen.. and bila tak cukup oksigen.. maka hadirlah 'semput'. Aku rasa..dah hampir 2 minggu aku tak dapat tidur lena. Walaupun siang aku dah tight termasuk berlari dan main netty.. aku tetap tak boleh lena.


Hasil layan diri sebab nak cuba fokus dan tak fikir bukan2. Macam tergantung lak ayat2 ni..emm .. belasah je laa. Saja2 je mencoret rasa..apa lagi nak buat time2 macam ni kan? FB pun dah boring..layan blog je la..menari2 kan jari..



Ini dinner malam ni. Dah 2-3 malam tak lalu nak makan nasi. Em..petanda tak baik untuk badan dan mental kalau aku dah susah nak telan nasi. Jangan sampai demam dah la nanti. Entahla .. tak betah rasanya. Mungkin tahap bosan dah max kot.. kuat kuat kuat kuat fizikal..tapi mental dan jiwa OUT. 


Papai! ♥
posted from Bloggeroid

.. My 10km ..

Nantuknya! Panas betul cuaca now ni kot.. Hari ni tak kemana-mana selain kuar lunch and singgah Billion.

Semalam kawan wassap tanya nak run tak pagi ni? Aku memang dah set nak ajak Mr.Abe run kat UNiTEN je..tapi dah ada kawan ni.. terus set ke Putrajaya. 6.30 am dah tunggu bawah library seperti yang di janjikan.


Liza, gambar dan coretan memang lah tak dapat di pisahkan. Sempat snap few gambar sebelum and tengah run. Cantikkan sunrise?


Yay! Alhamdulillah..for the 1st time..aku berjaya melarikan diri sejauh ni..jauh ke? Pada runners..memang dah biasa kot. Aku memang tak pernah jejak 10km dan kali ni aku dapat lari secara konsisten..ada terstop about 1 min after 6.5km. Sebab aku target 5km non stop. Before this..paling jauh aku leh wat non stop is for 3.5km jek. Hiks. So tadi macam happy gila lak. Mental okek so aku keep running with same speed. Sebab dah target 10km..aku pusing roudabout last sekali macam orang gila. Aku rasa sebab dlm weekday aku dah run 3 + 3 + 5km kot aku boleh menten 10km arini. Baju gelebeh ini bukan baju pinjam..hee. Baju dapat masa main netball ngn HQ. Segan nak pakai running shirt kat Putrajaya. Kang segan lak nak lari kalau lari sorang2.. 


Dan..ini lah running partner aku hari ini. Masyu and Mr.Abe. Tapi Mr.Abe buat 3km..ok la untuk kesihatan kan? Dapat seminggu 3 kali pun okek. Aku lari dengan Masyu sebab aku nak follow pace dia. Aku tahu dia antara runner yang boleh menten lari non stop for more than 10km with pace bwh 7.5km/h. Since dia lama tak lari.. aku lari depan skett jek dari dia. Pastu kita orang g umah adik ipar aku. MIL wat nasi dagang. Aje gila lepas run nak makan nasi dagang. So jamah la sket. Rezeki.


Berat latest aku. Sama je. Menten walaupun aku dah lari 3 + 3 + 5 + 10km minggu ni. Hiks..ingat turun lah kan? Tapi ok jek. Bukan target nak kurus pun..just nak sihat and fit and buang 'lemau' yang sering berkunjung datang..

Okla.. tak tahu nak buat apa ni.. tido boleh?

Papai! ♥
posted from Bloggeroid

Saturday, June 01, 2013

.. Jumpa Siti Nurhaliza ..

Gi Aeon Balakong nak bawak parents makan pizza.. tertengok Instagram..CTDK ada kat sana. Oh..kalau ada rezeki boleh jumpa and amik pic. Lagipun tahu, nak amik gambar ngn CT kena beli barang. Aku pakai je lipstick and eyeliner Simplisiti (SS) ..tapi banyak lagi..Kebetulan mak nak beli compact powder SS.. tapi nak amik pic kena beli perfume. Oh okek. So tak apalah. Tiba-tiba nampak kawan - kak lon tengah dok depan CT amik gambar. Dia suh baris.. guna resit dia..dan memang rezeki..sessi photography dah abis sebenarnya..tapi k.lon tolong..dapat lah amik pic ni.

Terkaku lak aku. Hahha..macam hampeh. Aku bawak Dania..tanya Dania 'kenal tak auntie ni?' ...selamba badak dia geleng. Hahahahhadoi.. aku lak naik segan. Dania kenal sebenarnya..tapi dia malu. And to fizzo..maaf dik...den tak sedar pun ada dia kat sebelah..huhuhu. Since tak beli barang..memang amik gambar je. Pastu suh CT sign belakang henpon di mana..dah hilang pun signnya..hee.. buku CT tu kak lon bagi. Thanks a lot kak lon. Memang rezeki azza..kan?


Masa last..kita orang salam cium pipi 3 kali..sempat bisik kat CT..'Comelnya CT'..CT cakap..'Isk..takde lah'. Memang comel. Makeup dia tak tebal..cuma bedak dia memang nampak lah tebal. Baju color block..suar ngn tudung merah, baju oren dan jaket tycos..huaa..artis kan? Muka CT bulat..beza gila ngn muka aku..hahhaa.. 

Pastu shopping kat Aeon.. and pastu beli Crocs untuk diri sendiri dan Dania. Kasut lagi? Marah sudah Mr.Abe..ngee. Ala..bayar sendiri maa.. kuikuikui..



Kasut Dania tu 50% off for 2nd item. Aku suka Crocs sebab selesa and design pun makin lama makin okek..kan? Boleh pakai belasah2 dan tahan lama...Dania memang dah biasa dengan Crocs dari kecik..so bila aku beli kan kasut Angry bird..lepas dah pakai..dia cakap, tak selesa la tapak dia ibu. Kesian pulak. Tapi kali ni aku belikan jek yang design senang sarung ni dan selesa pakai kat mana-mana..

Em..mood aku ke laut ni..lemau nyaaaaaaa rasa..

Papai! ♥
posted from Bloggeroid






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!