Sunday, May 05, 2013

.. Happy PRU13 Malaysia ..

Alhamdulillah...for the 1st time, aku jalankan tanggungjawab. Last 5 years..memang aku saja tak register..tak nak amok tahu pun..and 10 tahun lps..umur 25 tahun ke bawah tak boleh register lepas kes Anwar kena tangkap tu..masa tu budak U semua Pro Anwar.. so, aku agak bersyukurlah sbb aku tak register masa tu..


Berlepas dari Ipoh jam 11 pagi tadi. Mr.Abe tunaikan tanggungjawab dulu kat Manjoi. Kul 2 sampai Puchong. Syukur..tak perlu berbaris pun..terus masuk saluran 5.. check nama, calit jari and pangkah. Undi sapa? Rahsia.. ahaks..


Okek..ni jari after 2 hours and after cubaan mencuci. Tak hilang pong. Tak kisah la kan..tak kan next nak suh buat tatoo baru nak percaya. Yakin je la pada kuasa DIA. Jalankan tanggungjawab. Done.

Pasai pengundi hantu..hahahha..mcm2 hal. Aku rasa semua pun main wayang. Kata byk flight landing .. asal yg baru kena tangkap x sampai 10 orang? Pastu..kesian jugak yg muka ala2 orang luar tu kan? And ..mcm mana IC Malaysian Chindian tu terpublish kat fB. Senang2 ko je kan Publish IC org..


Okek..abish cite PRU13. Now is shopping time at Midvalley Mega Mall. Dapat voucher lagi..jadi...ayuh!

Papai! ♥
posted from Bloggeroid

Thursday, May 02, 2013

.. Snow White and Belle ..

Cak! Selamat datang Jumaat..yay!

Aik..tak abish cite Disney lagi? Tak kira lah kan...daripada buka je fb...tak abis2 ngn politik..LOYA! Rasa nyesal lak register tahun ni..tak senang nak wat decision bg aku lah. Aku takde masalah dengan PAS kalau parti ni tak bergabung ngn DAP ... and aku ada masalah besar gak bila PAS gabung ngn PKR. Aku tak pernah perdulik pun siapa DSAI tu..sbb selagi kita bernama 'manusia'.. takde apa yang mustahil. Skandal? Liwat? Benda ni macam dah terbiasa dengar masa dok asrama dulu..so..siapa pun DSAI..hanya Allah yang tahu. And apa saja DSNTR buat..pun Allah yang tahu. Siapa yang aku undi nanti pun...hanya DIA yg tahu wpun aku tahu..SPR pun tahu..ada ni siri kot .. lantak!
Cakap macam orang buta politik and tak panjang akal kan? Hahaha..biarkan..sebab aku malas nak ulas..takde keroje!


Gambar ini..KHAS utk tunjuk my HAPPY FACES dpt sembang ngn PRINCESS BELLE and SNOW WHITE. hahahha..padahal bukan princess betul pun. What ever.. aku memang suka. Cantikknya and lembut sangat dia org ni bertutur. Nak jadi cerita...tengah2 baris nak amik pic..tiba2 hujan turun sangatt lebat. Tapi sebab turn dah nak sampai..ku gagahkan jua. Dania dah bising..and Danish lak membebel..bukan betul pun ibu ni.. hahaa..ibu tak kira. Sebab kat Disney Paris..takde PRINCESS.

Lama gak kita orang sembang. Sampai ke telinga aku sengeh dan tiba2 aku pun jadi lemah lembut masa bercakap. Oh magik ni. Hahaha. Ye la kan..kalau orang berbudi..kita kena lah berbahasa...betul? Kan bahasa jiwa bangsa.. hiks. Aku bg tau mereka 'today is my birthday..can u pls write something for me?' .. maka makin panjang la sembang kita orang. Lagipun dah tak ramai Q belakang aku. Ada 2 orang je lagi kot.


Sebelum aku..Dania amik gambar dulu. Mula2 Dania dh taknak sebab dia dah basah kuyup..tp bila princess panggil gak dia..dia pun g lah.


Dan yang ni..Princess panggil Mr.Abe masuk sekali bergambar. Tengok la photog aku. Basah kuyup nak layankan isteri dia yang nak gak amik pic wpun hujan lebat gila. Heee... ye lah kan..birthday galz..sila layan mcm puteri la juga...kuikuikui..

Em..ok. Hari ni dah 2 May. Maknaya dah 2 hari Allah panjangkan usia aku. Alhamdulillah. Tahun ni..aku tukar style..biasa EMAK yang wish aku...kali ni..aku yang wish emak on my birthday. Aku hantar sms je la sebab jauh.. terima kasih emak sebab lahirkan Za ke dunia ni.. but I wrote in english la... dlm BM ..skema bebeno bunyi nya..ye dok?


Ini aku di awal pagi 30 April 2013. No filter eh..hahha. Susah gak dah ada teknologi ni..semua gambar akan di ckp edit. Takde apa yang berubah dan tak byk yang berubah aku rasa..hanya angka yang berubah. Alhamdulillah..masih sihat dan gembira. Lain2 urusan..kita serah padaNya. Emm.actually..aku sedih gak sbb ada jugak kwn2 lama yang rapat, penah rapat and sgt rapat seperti biarkan jek birthday aku ni berlalu mcm tu jek. Faham tak maksud aku? Em..tak pe lah..saja nk luah sedikit rasa.. :)


Haa..yang ini..100% edited via #Perfect365 masa dlm kereta sebelum ke Hong Kong.

Ok la..kang lagi byk melalut. Ngee..

Papai! ♥
posted from Bloggeroid

.. Still in CUTI mood ..

Hellow.. selamat tengah hari!
Masih duduk2 di atas katil..i love katil! Pagi dah bangun and siap kan anak2 g sekolah. Kesian gak tengok dia orang..tapi takleh nak ponteng lama2 kan. Aku memang dah apply cuti and Mr.Abe amik half day pagi. Now dia lama g kerja..and aku? Masih atas katil. Makan lom..mandi lom..semua pun belum lah.. ngee.. semalam sampai umah jam 2.30 pagi. Flight delay sket and sepanjang dalam flight..kena pakai seat belt sebab cuaca kat atas 'sana' adalah hujan dan petir.

Dania hampir demam sbb berhujan masa kat Disney. Aku cakap..kalau tak kuat..tak boleh balik rumah sbb kat airport kena tahan nnt sbb now HK kan tgh di landa SARs. Dania is strong like ibu..so dia pun bertabah. Pagi ni dia yang bangun dulu kejutkan semua orang.

Now agak kepenatan..bukan penat sebab holiday..tapi sebabbb..mak aiiii besar gila airport HK...sakit kaki. Memang ada shuttle..tp masuk terminal departure..kena jln and jalan..hadoiii. Pastu sampai Malaysia lak..gila jauh nak jalan balai ketibaan. Sakit kaki der!


Okek..special dedicated to my beloved husband...Terima kasih atas semuanyaa..especially 'terima Za' seadanyaa walaupun dah macam2 kita tempuh dan TQ coz bersabar dengan isteri yang 'SANGAT RAJIN' ni. Hiks.. TAPI...hidup ni kalau di beri usia lagi..ianya masih panjang kan? Tak tahu apa akan jadi di masa-masa akan datang..

Ini cerita minyak wangi. CD perfume is one of my perebet collection and Dior Addict PINK adalah kesukaan yang paling suka. Berapa byk suka laa..nak jadi cerita.. last year..CD pink aku kehabisan..and Mr.Abe nak ke Dubai masa tu..aku pun kirim la (dengan air liur) kat dia..TAPI bila dia balik..memamg dia belikan...TAPI (berapa byk tapi daa) .. dia tak beli warna Pink. Aku bila tengok takde je warna PInK..amik and simpan je (jahat kan?) .. ala2 majuk aaa...hahahhaa..

Semalam kat Airport HK..jumpa la CD Pink..Nak! Cakap kat dia. Amik lah..kata dia. Lagipun dia nk abishkan HKdollar sebenarnya. Rezeki kan..Happy la kot kan..selepas frust tengok harga Gucci idaman.

Paling best masa nk beli ..aku cakap..'ni la pink yang za nak..abg g beli purple ni'.. nak tau dia jwb apa 'mana la nak tau..engineer mmg nampak pink and purple ni sama jek'. Ces..hahaha..ok jwpn di terima.


Tapi nak jadi kelakar kat hati aku..tadi aku amik balik CD yang dia beli kat Dubai..hahaha..ini dia..bukannya Purple apatah lagi pink..rupanya.. Dark Blue. Sangat lah lari tajuk...alasan engineer tak leh pakai ya! Ke tak kenal warna? Hahaa..


So..now, ada 2 dah CD addict ni..Dark Blue ni bau dia kuat sangat and ada bau ala2 bedak baby..and PINK is still the BEST.

Lagi satu collection yang aku suka is ZEN.

Ok la..nak mandi. Hari ni dah janji nak amik anak2 awal...

EH..aku ada 'Keek'.. kalau rajin..sila follow..

Papai! ♥
posted from Bloggeroid

Wednesday, May 01, 2013

.. Hong Kong last day ..

Hello.. penat nyer..tapi seronok.

Now dah ada kat airport HK nak berlepas balik jam 9.05 mlm nanti. Orang kata kat airport ni pun best shopping. Em..nanti kita tengok..

Add caption
Pagi ni Mr.Abe dah booking breakfast with Disney Character kat hotel. Dapat lah bergambar. Tak perlu berebut coz haiwan2 ni akan gi table by table. Makan pagi hanya lah buah2an, salad, telur suku masak and plain porridge. Ada kentang rebus..ok utk karbo.



Hari ni 2nd round masuk Disney. Memang amik 2 days trip. Tadi bergambar dengan character ni. Boleh tahan nakal Woody ni usik Danish. Hari ni kita orang more tengok teater drpd main game. Happynya dapat tengok Mickey Story Musical Theater sebab ada character2 yang aku suka terutama Princess...I love Disney Princess. Lawanyaa..




maafkan kesalahan 'grammar' di pix ini..ngee...
Eh..ini Bibi..teddy bear Dania. Nampak happy kan? Hahhaa..Bibi dah ikut kami fly ke Paris, Swiss, Aussy and now in HK. Hahahha..

Semalam tak dapat tengok parade sebab hujan lebat sangat..alhamdulillah, hari ni ada rezeki. Lebih kurang je dengan Disney Paris punya. Paling suka sure lah coach Princess. Mereka memang lawa dan lembut.


Add caption
Ok..dah nak balik...thanks a lot to Mr.Abe for everything.


Ni kat airport HK. Okla..ada prayer room..ada Popeye halal. Now ni..tgh check in..doakan semoga kami selamat sampai.


This the way we travel..setakat 10 - 13kg..hangkut jek.. senang nak naik transport awam and ez going..takde terhegeh2..

Ok la..sorry gambar terbalik bongkang kalau ada..malas nak betulkan..

Tadi dah tgk Gucci and Prada..hahhaa..gila mahai..lain tahun..makanya..rembat perfume je utk abishkan cash..

Papai! ♥
posted from Bloggeroid






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!