Wednesday, February 06, 2013
Tuesday, February 05, 2013
.. Kehilangan ..
Bertemankan awan mendung di sebalik jendela, matahari tak pernah menjelma, suasana muram durja. Terasa seperti satu kehilangan yang menusuk jiwa. Pedih tak terungkap, sakit tak terucap. Kehilangan itu memeritkan, menyakitkan dan membebankan. Tak tergambar oleh perasaan. Airmata tak tertumpah dan senyum terus terukir di bibir. Emm..sedihnya.
Hahhaha..ok tak intro? Apa yang hilang? Matahari ni haa...dah 2 ari aku tak dapat jumpa sunrise masa hantar anak2 pergi sekolah dan now ni kul 12.34 pm, cuaca sangat la mengusik jiwa. Kalau dapat tarik selimut ni..memang syok habis. Duduk dalam lab yang serba luas ni tanpa teman yang MC kerana sakit mata, adalah sangat boring.
Berbicara tentang kehilangan ni kan..sebenarnya, aku rasa mcm dah hilang arah tuju dalam hidup. Sampai bila aku nak macam ni? Orang lain berkejar-kejar sambung study, aku masih di takuk ini. Tak minat.Aku tak minat dah nak belajar. Tahniah kepada semua rakan2 yang ada semangat yang sangat wajar untuk belajar. Semoga Allah permudahkan urusan kalian.
Aku ni ada satu benda yang buat aku kadang2 semput. Apa dia? KEHILANGAN. Ini adalah antara sebab2 aku takut nak naik flight ..sebab kalau jadi apa2, anak2 akan kehilangan. Aku juga takut KEHILANGAN orang2 yang aku sayang. Bukan sayang saja..yang sangat2 aku sayang. Tapi hidup ini kan Allah yang aturkan dan dia yang punya. Untuk capai tahap redha untuk sesuatu kehilangan, aku tak tahu sejauh mana kuatnya aku.
OK la...cuaca mendung ni mengudang sedih lah kan? Semoga matahari segera terbit wpun sekejap. Dah 2 hari matahari menghilang..
Papai!
Monday, February 04, 2013
.. Jogging bersama Runtastic Apps ..
Assalamualaikum..

Ok la..terpanjang lak cerita.
Papai!!
Duduk melepak kejap sambil update blog. TV terpasang cite Merlin di Channel DIVA.Merlin lama kot..tadi berkobar nak taip blog..sekali datang angin apatah..POTONG mode betul lah. Tapi angin tu kat tempat lain..ok jek. Emmm...
Memang dari opis tadi, dah niat nak lari petang ni. Alhamdulillah, cuaca tersangatlah cunz. Berat badan dah naik lepas balik dari Indonesia dan dah lama tak berpeluh. So, aku paksa diri juga untuk turun. Dalam kepala dah target..just a slow jog, nak rushing and target lari dalam setengah jam and more than 3km. Dengan kasut baru dan juga running shirt from Brooks...terasa sesuatu. Okek..aku mengaku, Ravenna 3 from Brooks ni memang best. Baju itu juga.
![]() |
| Ada peningkatan on Pace. ;) |
![]() |
| 5KM EZ run.. |
![]() |
| Runtastic apps ni agak menarik. Tapi tak faham mende..kah kah kah.. |
Ni kali ke dua aku run guna Runtastic Apps ni. Agak menarik dengan voice beri info every KM kita run. Tapi sebab ni Beta, sampai 2KM je la dia bagi tahu..rasa mana nak upgrade tapi kena bayar. Selain dari tu, apps ni ada color tunjuk cara kita lari - Merah, Kuning dan hijau. Atau ada sapa2 tahu apps yang boleh bersuara dan buat macam apps ni tapi for free?
Nampak tak gambar rabbit and snail kat apss tu? Hahaha..masa yang rabbit tu..kawasan tu ada hanjeng. Adoiyayyy..sib baik la depan aku ada mamat mana tah, so dia awal2 dah kutip kayu nak takutkan anjing. Aku follow laju belakang dia..takut seh tinggal sorang. Kat mana tu? Biasa la..antara COIT dan Stadium. Aku ingat nak ke route Murni, so jauh sket..sekali ada 3 ekor hanjeng sudah menunggu and mamat tu dah belok ke stadium..maka, aku pun tukar route. Masuk stadium. Dapat 2 bulat besar full run dan 2 bulat kecil slow jog. Kira run kali ni aku boleh mainten non stop more than 3KM. Emm..sebab kasut kah? Keluar dari stadium..turun bukit sebelah Ilmu..memang tebababoo la laju. Sekali depan Ilmu..budak-budak tahfiz tgh nak g masjid. Halamak..malu la pulak. Baju running aku agak pendek and seluar agak tight..so, aku stop lari..and lenggang mak limah. Segan lak..huhuhu. Lepas tu..baru sambung lari balik..slow jog sampai quarters. Lupa nk stop apps kat enpon..jadi lah 39.43 minit utk 5.30 KM ni..emm..rasa mcm larian petang ni memang best sgt. Tak berapa penat..
![]() |
| Running attire. |
Ni 1st time aku lagi dengan kasut and long sleeve Brooks ni. Baju itu memang sangat best. Tak ketat sebab dia bukan compressor shirt. Cuma pendek sket la. Tapi aku sangat selesa. Kasut itu juga sangat best. Berbaloi beli wpun harga nya boleh tahan sebelum less. Lepas less..rasanya, harga kasut tu Okek. Since kaki aku sebelah kiri adalah Neutral Arch dan kanan low arch..sebelah kanan tu terasa sket bumi. But sangat OK. Suar tu, antara suar peberet aku. Suar cap ayam dapat masa main netball utk HQ. Sedap wei..sangat grib di peha. RM29 jek. Aku pernah nampak suar ni kat Warta..nanti leh g cari lagi. Cuma kalau orang pandang..tak berapa sedap lah kot sebab ianya agak tight di bahagian peha tapi tak kecik kat bahagian bawah. Just ngam with me. Jam Suunto tu memang running gear..tapi takde GPS la..ada HR belt je..tapi mana letak entah. Just nanti..aku nak cuba lari dengan headphone bukan earphone. Sebab sakit tinga tersepit ngn tudung. Kena cari proper headphone for sport lah kan? Hahaha..beriya kan? Padahal lari sebulan 2-3 kali je...hahahaha...takpe. Janji semangat ada. Aku nak belajar berenang...sampai now tak pandai2. Sadis!
![]() |
| Running shirt Brooks punya info. |
![]() |
| Air kegemaran. Lepas run, minum air ni, buang angin. Sebotol ni tahan 2 bulan sebab minum bila perlu saja. |

19 Jan aritu, alhamdulillah, di murahkan rezeki utk memilik Odyssey. Sampai sekarang, aku masih tak punya kesempatan nak drive kereta ni. Macam tak konfiden lak sebab panjang sangat. Mr.Abe suh gak aku bawak, aku yang tak nak. Kawan-kawan yang tahu pasai kereta ni pun dok tanya2 bila nak bawak. Emm..belum ada nafsu nak bawak. Pernah bawak sekali je. Sebab Optra5 dulu, aku yang banyak jahanam kan...hilang fokus sebab serabut..semua benda aku langgar. Hahahaha. Lagipun Mr.Abe cakap, fuel kereta ni lebih kurang Lancer aku..so kalau dia bawak p Klang hari2 pun..tak ralat apa2 kan? Cuma milage ODC ni akan tinggi lah kan. Tengah bina keyakinan nak drive keto ni.Dah la semua bahasa Jepun kat dalam dia..kena study dulu.
Niat utama beli kereta ni walaupun anak tak ramai...tujuannnya, nak bawak famili jalan2. Takde lah berhimpit dengan anak2 yang semakin membesar. InsyaAllah, 1st trip nanti ke Tioman bawak mak abah dan terus ke Kuala Terengganu. Mak nak sangat tengok masjid kristal. Semoga di permudahkan Nya. Mr.Abe bercadanga nak buat full settlement utk Lancer aku. So lepas tu bayar 1 kereta ni jek dan aku boleh melabur duit kereta yang tak payah bayar dah every month.
Ok la..terpanjang lak cerita.
Papai!!
Subscribe to:
Posts (Atom)









