Friday, January 04, 2013

.. Android Apps - Pixlr Express ..

Hujan oh hujan mengapa engkau turun? Alhamdulillah..hujan tu kan rahmat. Dari semalam dan semalam dan semalam..ketika cuaca baik..hati memujuk2 supaya aku turun keluarkan peluh..go for Jog Liza..Go! Tapi nampaknya ... akal tak berjaya pujuk hati..malas betul lah! Hiks.. apa tah nak jd..ni la hasilnya bila 'akal dan hati tak bersatu'.

Emm..sebenarnya saja nk share new apps yg saudara aku kenalkan. Apps ni boleh donlod kat Play Store for free. Android maa...semua pun free..and mostly enpon android sama je kecuali Note2 yang ada 2 kelebihan yg buat ianya jadi idaman iaitu S Pen dan S Voice. Lain2 tu ...sama je mcm Android phone lama aku. Eh .. nama apps yang aku nak kenal kan ni adalah .. Pixlr Express. Sapa suka buat pic editing secara laju..apps ni antara yg aku suka.











Yeah! Pic2 di atas adalah hasil dari apps ni. Syok guna sampai nak abis bateri enpon aku. Ahaks!

Ok la .. dah maghrib..

Papai! ♥♥
posted from Bloggeroid

Thursday, January 03, 2013

.. Tak terfikir pulak ..

What do you think? Setuju? Hiks
Okek..balik time. Papai!!

.. Purple in D' House ..

Yay! kembali bekerja di hadapan PC yang sudah sihat. Alhamdulillah and..roomate pun takde, cuti sampai esok..Isnin baru masuk..so, mari pasang lagu kuat2. Hiks..

Hari ni second day anak2 ke sekolah. Macam biasa, anak2 bangun cepat, ibu yang terkial-kial..makanya 7.35 pagi baru keluar rumah tapi berjaya gak sampai skool before 8am. Semalam balik skool, babah cuba membuat undang2 baru, 'Takleh tengok tv'. Alahai....biar je lah. Lagipun lepas ni, aku amik, kul 6 pm baru sampai rumah..so just let them play and watching tv. Semua kena settle by 7pm. Lepas tu baru rules start mcm tahun2 sebelumnya - NO TV and 9.30 - Go To Sleep. Alah..budak2 lagi kot..sekat mereka..maknanya, sekat tumbesaran. Lagipun Dania ni, kena ajar cara lain sket compare abang. Kalau terus sekat..entah la apa nak jadi kat dia. Tanya skool best..dengan selamba je dia jawab "OK jek". hahhaaa...memang la Dania.

Semalam Mr.Abe suh aku cari van untuk hantar dan amik anak2 skool. Emm..aku cakap - takyah lah. Aku OK je hantar dan amik dia orang. Tak susah pun terutama time balik. Cuma masa pergi tu..kalau aku awal..takde la nak kena redah jem..biasa kalau lambat pun..aku punya hal. Anak2 memang dah awal..ahaks! Aku tengah cuba nak hantar anak2 cepat supaya mereka boleh join kelas hafazan jam 7.10 am kat surau..TAPI nampaknya, aku sendiri yang gagal nak awal..Come On Liza!

Ok, hari ni dah start kerja. Kena lah bekerja. Cita2 aku nak berhenti kerja terbantut sebab ada few plan yang kita orang dah buat yang buatkan aku takleh resign dulu. Sure ke nak resign? Entah lah..hati aku dah tak betah kat ITMS ni.. apapun..insyaAllah, selagi kena kerja..aku akan kerja..hehehe..

Dan pagi ni..kita mulakan kerja dengan selesaikan doket dan email yang tertangguh sebab cuti lama.. :)

Papai!!

Wednesday, January 02, 2013

.. Back To School 2013 ..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..hari ni berjaya menyekolahkan putera dan puteri tanpa masalah. Macam biasa, both of them tak de masalah nak bangun pagi.Sebab hari ni hari pertama persekolah, sememangnya jalan masuk ke Seri ABIM Sg Ramal akan jammed. Tapi alhamdulillah gak, Mr. Abe amik cuti untuk anak-anak hari ni..makanya, tak yah lah aku drive. Alhamdulillah jugak..yuran persekolah both of them telah di selesaikan untuk setahun. Cuma ada few books yang takde lagi..kena lah minta tolong Danish beli sendiri. Buku Dania dah settle semua. Dania di masukkan ke dalam kelas 1 Ali dan Danish lak..macam aku cerita tahun lepas, cikgu cakap dia dalam kelas 4 Abu Bakar..memang nama dia ada kat dinding kelas..TAPI tadi katanya, cikgu suruh dia masuh kelas 4 Hamzah balik. Apapun..alhamdulillah..dia OK. Katanya Danish 'Takpe lah ...Danish belajar kat mana-mana kelas..sama jek'. Hehehe..aritu dia yang sedih sangat. Bagus lah kalau dah boleh fikir .. Aku pun selalu pesan kat anak-anak..Belajar kerana Allah..bukan belajar just nak dapat No 1..kalau niat mcm tu..lepas dpt nombor..hilang semua pelajaran dalam otak. Memang lah aku selalu tegaskan belajar biar pandai..tapi niat kena betul. Kan?
Gambar Danish Blur..laju sangat jalan dan Dania yang slow and steadi... :)
Petang tadi, masa amik anak2, agak kalut sket. Sebab Abang ke lain..adik ke lain.Hai la Dania..dia ni memang berani. Dah cakap suh tunggu abang, dia wat hal sendiri lak. Janji tunggu sebelah koperasi..dia g ke kantin.Abang sekejap je jumpa..cari adik lak terkial-kial.
Borang Wakaf ABIM.

Masa dengar taklimat kemasukkan Darjah 1 baru2 ni..ABIM sedang mengumpul dana untuk membina sekolah baru. Menurut penjelasan yang aku dengar, jika ada ibu bapa yang berminat, potongan zakat boleh di buat khas utk sekolah ABIM, so kita tahu lah ke mana duit kita pergi kan? Atau kalau ada ibu bapa yang berminat untuk buat sumbangan wakaf mcm dalam borang di atas, pun di alu2kan. Wakaf minimum adalah RM10 dan kalau nak bagi lebih, boleh amik borang ni kat Pejabat Kewangan ABIM. Cuba tengok sumbangan yang mereka perlukan..RM900K untuk bina sekolah 3 tingkat..padahal..kat kawasan sekililing, berlambak2 rumah teres yang berharga 1.2 juta. Beza kan? So, kalau sapa2 mampu..boleh la buat sumbangan..
Sport Planet Warehouse Sale at South City Plaza.

Selesai urusan Dania, aku dan Mr.Abe terus ke Serdang. Lepas gunting rambut Mr.Abe, aku minta dia temankan aku ke South City plaza untuk jenguk2 Sport Planet Warehouse Outlet Sale. Hee..sib baik pujukan menjadi..so dia pun temankan. TQ. Em, South City Plaza dah mcm hidup segan mati tak mau..banyak kedai dah tutup. Warehouse sale tu pun agak menyedikan aku. Alahai..rasa mcm murah lagi sales biasa kat luar atau murah lagi kat JPO. Ada lah suar Adidas yang dlm RM80..tapi tak leh test..makanya, sekejap je aku pusing..kasut pun masih RM250 ke atas. Baik aku g Butik or Al-Ikhsan je kalau macam ni. Ntah la..tiba2 terbayang running shoe warna Pink..heheheh. Semalam aku takleh tidur...dekat kul 4 baru nak lena. Adeh..ni la padahnya kalau otak banyak sangat berfikir dan terlebih tidur siang. Entah bila aku nak mula aktif balik pun entah. Nak jog..memang la kena paksa diri. Malasnya ya Rabbi. Emm..dah la asyik rasa semput jek..adeh. Erk..tiba2 mengantuk... Ok la..nak p sambung baca buku..TV pun dah lama tak tengok. PC apatah lagi..biasa lepak dalam bilik..baca buku - hobi terbaru kot. 

Hiks..Poyos!

Papai!! muahh...




Tuesday, January 01, 2013

.. Oh Nike ..



Cak! Hee.. ni pehal tiba2 kuar post Kasut Nike ni? Emm..biasalah aku..mmg gila sport shoes. Teringin nak beli sport shoes baru wpun dah lama tak bersport. Cubaan untuk ke Al-Ikhsan sempena sales hujung tahun tak berjaya sebab Mr.Abe tak kasik. Ala..dapat g raba2 pun okek..and kat South City Plaza ada Sports.com sales sampai 9hb Jan..mengeletis rasanya nak p..tengoklah..akan di usahakan.

Kalau nak cite pasai sport shoes..aku memang jenis particular sket. Kalau nak run, memang kena pakai kasut run. Futsal kasut futsal, gym kena kasut gym dan lain2..kena lah ikut function. Aku memang percaya setiap kasut memang ada function masing2. Aku penah lari guna kasut gym..alamatnya. tumit aku sakit seminggu sebab kasut gym adalah nipis dan tapak dia sangat basic.

Kalau ikut ranking best running shoes kat google...asics is the best dan kemudian jatuh pada Brooks. Both brand ni adalah gila mahai utk orang yang saja suka2 nak beli kasut mcm aku. So, aku belum punya kedua2 brand ini..tapi masa kat Australia aritu.. brand ni lagi murah dari Nike..cuma takde nafsu nak beli masa tu.




Nike Air Pengasus dan Nike Vomero jatuh di tempat ke tiga tapi dalam kategori masing2 iaitu Best Neutral/cushioned running shoes. Aku pakai Vomero 5..mmg lah kasut ni dlm nya penuh dengan cushion. Kat bahagian depan, tapak dan tumit. Masa lari..akan terasa kasut ni mengurut2 kaki..which is kadang2 aku rimas gak.. hehehe. Lagipun aku warna putih..mcm kasut sekolah..hahaga..ok tak guna alasan ni nak cari kasut baru? Hiks!

Eh..dah kul 11 derr..tido time...

Papai!! ♥♥


posted from Bloggeroid






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!