Monday, August 20, 2012

..Syawal 2012 - Raya Pertama..

Assalamualaikum.. Selamat Hari Raya kawan-kawan. Maaf Zahir batin. Macam mana raya tahun ni? Tahun ni giliran raya kat umah MIL. Mak ngn abah Abe dok Ipoh sebenarnya, tapi this year mereka nak balik beraya kat rumah 'lepak2' yang abah buat kat Serdang, Kedah..jadi kena lah balik sana beraya. Memang betul2 kampung lah.Kami bertolak ke Kedah pada puasa terakhir jam 5 petang. Nyaris terjebak dalam jammed .. apapun, Alhamdulillah, kejap je la jammednya. Berbuka di sana. Juadah raya MIL bangun kul 4 pagi masak..hiks. Magik lah kalau aku bangun and tolong. Hahahha. MIL mmg terra masak..so, rasanya, ketiadaan assistant pun dia OKEK..ngee..ok tak alasan?

My Lovely Famili..Love U all..
Me and you...Ni posing sempena anniversary ke 11.. ahaks.. Semoga berkekalan dalam kebahagiaan dan kekal hingga ke akhirat.
Dania and Danish.. Takde words yang boleh ungkapan how much I luv both u all.
Lepas solat raya, g ziarah pakcik makcik Mr.Abe yang memang tinggal around that area. G umah Pak Lang, Mak Long and Mak Ngah..lepas tu, dalam kul 4, bertolak balik ke Ipoh. Kali ni takde rakaman raya bersalam-salaman kat Ipoh sebab just Abang ngn Am je yang ada kat umah mak. Sham ngn aku raya kat umah mentua. Malam, ada sessi bergambar famili..pakai balik baju siang..hiks. Jom share gambar..ni candit je..yang bebetul nanti aku share.. ;)
Dengan anak2 buah2an..lagi 2 orang tak mau masuk.
Haji Abd Rahim dan Hajah Zubaidah..ayahbonda..
Zai, Zai, Zai..ahaks..ni semua D Zai's. Semua membesar bagai Johan kecuali hamba.
The Cucu's..
Jeng jeng jeng..aku memang paling suka over..ahaks..
Okek..bersambung.. Tata..

Wednesday, August 15, 2012

.. Checklist Raya..


posted from Bloggeroid

Oh cantek kartun ni..amik dari FB. Jom ingatkan diri sendiri.

Hari ni Ramadhan ke 26. Bulan Ramadhan akan berlalu pergi. Kalau kanak-kanak happy nak raya..kita yang dewasa sepatutnya rasa apa? Mungkin ada yang happy..mungkin ada yg sedih kerana bulan yang penuh keberkatan ni akan berhenti dan InsyaAllah, panjang umur, bertemu lagi di tahun hadapan.Amin.

Macam mana persiapan raya?

Baju raya : Macam tahun2 lepas, baju raya anak-anak memang dah beli seawal mungkin. Senang kan. Mall pun tak sesak lagi dan lepas tu dah tak yah fikir2 lagi pasai baju raya. Baju aku kali ni senang lak nak dapat. Maka, persiapan baju raya..selesai sudah.

Kuih Raya : Tahun ni order dengan kawan-kawan jek. Kuih kena paksa beli pun ada..hahaha. Berapa jenis eh aku order? tak ingat daa..tapi semua untuk emak di kampung. Sendiri punya? Tarak.. kuikuikui.

Duit Raya : Dah 2 tahun aku tak buat budget duit raya. Tahun ni pun tak tukar duit raya. Nanti g je kat ATM, kuar duit merah kat situ. Kena cari mesin ATM yang ada tukar RM10. Lagipun zaman skrang ni dah susah nak tengok budak2 datang rumah. So persediaan duit raya biasanya utk anak2 buah saja lah dan juga untuk mak abah.

Cuti Raya : Esok 16hb aku dah start cuti. Budak sekolah pun dah cuti, jadi cuti la seawal mungkin. Masuk kerja semula pada 28hb. Tahun ni raya kat mana? Sudah tentulah Ipoh dan raya ke 4 dah bertukar ke negeri lain. 

Rumah Raya : Eh..ni maksudnya, langsir baru..kusyen baru..cadar baru..semua lah baru. Jawapanya - TIADA. Teringat zaman kecik2 dulu..kalau nak raya je..mak suh tukar langsir baru, sarung kusyen baru..alas meja baru..penatnya nak raya. Kali ni, dah ada rumah sendiri..tak perlu la semua tu..kan?

To all..jom guna lagi beberapa hari lagi Ramadhan yang tinggal sebaik mungkin. Semoga semua mendapat rahmat dan keberkatannya. Amin

P/s : orang kata, Lailatulqadar tahun ni terjadi pada malam 23 Ramadhan..betul? WaAllahualam..



Thursday, August 09, 2012

.. 20 Ramadhan 2012 ..

SubhanaAllah..Salam 20 Ramadhan - Sang Suria dari DSS, Uniten.
posted from Bloggeroid

Hari ni dah 20 Ramadhan. Berdoa semoga terus di beri kesempatanNya untuk meneruskan ibadah puasa dan merebut segala ganjaran yang di janjikanNya..al maklumlah, mungkin bendera akan berkibar lagi tak lama lagi..huhuhu. 

Bila bercerita tentang 10 malam terakhir ni kan..and masa di sekolah dulu, setiap kali nak terawikh kat asrama, imam akan baca kan fadhilat terawikh. Aku tak penah nak dapat fadhilat malam2 terakhir ni di sebabkan keuzuran. Percaya tak? Aku hampir menitiskan air mata bila aku jadi stress tak dpt nak grab fadhilat malam ke 26: rasanya - 'Meniti titian silaturamustakim sepantas kilat'. Huhu.terus meremang bulu roma..kalau korang, scary tak? Hampir setiap tahun..aku memang takde peluang ni walaupun dulu aku pun bukan lah rajin sgt nak buat terawikh..dok asrama, maka di wajibkan. Haishh..niat pun dah tak betul.apa la..TAPI alhamdulillah, sejak beberapa tahun lepas, di sahkan, Fadhilat Terawikh tu bukan dh hadis yang sahih. Gulp! Syukur. Heee..dan sejak dewasa ni..lakukan semua kerana Allah..InsyaAllah, setiap amalan ada ganjaranya kan? Biarlah Allah yang tentukan. Amin.

Untuk renungan dan keberkatan bersama :


Carilah lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan.”
– Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2017.


Sabda Rasulullah s.a.w :

“Carilah (lailatulqadar) pada sepuluh malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir.”
– Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya


Kepada semua, sekali aku mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap..




Wednesday, August 08, 2012

..Cuti Nuzul Al-Quran..

TwiT! Sorry...nantuk sangat2 ni, so curi masuk update blog. Hari ni ada testing Pre-Registration subjek. Before start, amik mood kejap dengan update blog..takpe kan?

Cuti Nuzul Al-Quran pada 6 Ogos 2012, kami sekeluarga amik kesempatan guna voucher penginapan 2 hari   1 malam di Golden Palm Tree Resort and Spa kat kat Bagan Lalang atau lebih di kenali dengan Gold Coast, Sepang. Voucher ni dapat dah lama and bila cuba book date, semua pun penuh dan cuti Nuzul baru2 ni ada kesempatan. Dari Ipoh, balik rumah sekejap dan lepas tu terus ke destinasi. Check in sepatutnya jam 3 petang, kami sampai 3.45 petang, tapi bilik belum siap..so, aku dah tolak 1 markah untuk itu. Heee..Eh! macam mana dapat voucher ni? Mr. Abe dapat call dari Iconic Club, minta datang tengok kawasan dan mereka janjikan voucher penginapan free..tapi ada juga yang dapat voucher makan free..terpulang pada rezeki masing2 kot. Ok juga lak masa 1st preview..dia org just bawak tunjuk kawasan and tak paksa pun jadi ahli..just stay dulu, kalau suka boleh jadi ahli..kalau tak suka, takpe. Infact, dia orang tak explain pun apa-apa pasai ke ahlian tu..kita orang yang sibuk tanya.


Bilik kami bernombor 009, just few block dari lobi, jadi jalan kaki saja..kalau tak, buggy di sediakan kepada penghuni yang  biliknya jauh-jauh. Since bilik di hadapan, tak jumpa la swimming pool and club house kat tengah-tengah sinun. Selamat lah juga coz budak2 tak nampak pool..kalau tak, mau dia orang hajak terjun lepas terawikh..hiks.
Dapat bilik bawah. Bilik atas dengan bawah lain sket designnya. Masa preview, dapat tengok bilik atas, stay bilik bawah, ok la kot, tak payah panjat tangga. 
Scenery dari balkoni bilik. Agak penin sebenarnya duduk atas air ni sebab air sentiasa bergerak. So tak lepak sangat kat luar bilik..dok je diam-diam dalam bilik. 
Ni dalam Bilik and balkoni. EM..not bad la for 5 star hotel..cuma aku tak suka aircond dia bising. Dah la aku ni jenis pantang tidur ada bunyi2. Tv lak jenama TCL jek..gambar tak lawa langsung. TV contral by PC and susah gila nak On/Off. Esok pagi, TV no signal..adeh, maleh la nak gebek2..biarkan je lah TV itu.
Kat balkoni, haa..boleh intai orang sebelah secara percuma kalau nak. Kalau terlupa tutup curtain, meranalah badan terutama bilik air..open concept. Hiks..
Ni dah 2nd day, dah nak balik. Since malas nak panggil orang betulkan TV, maka anak beranak ni layan la Ipad ngn Iphone. Sebelum tu babah dah bawak anak-anak g main pasir. Ibu? dok lam bilik diam-diam. Malas laah..ngeeee...
Lobi. Over lak cahaya. Hehhee. Lobinya biasa-biasa je. Entah lah, aku tak rasa grand pun hotel ni..and Mr. Abe pun tak decide nak jadi ahli. Ada la keistimewaa jadi ahli, malas la nak taip..;b

Gembira betul dua beradik ni dapat naik van masa mula-mula sampai. 'Ibu..ni 1st time adik naik Van'..si abang pun sampuk..'A ah..Danish pun!' ..hahhaa..jakun dengan Van. Van di sediakan sebagai shuttle dari tempat parking ke hotel. Parking hotel dalam 100 Meter dr lobi..so kena lah naik Van.

Aktiviti

Em..kita orang buat apa je eh kat situ bulan2 puasa ni? Since dah nama pun puasa, maka, tiadalah aktivi bermain air walaupun Dania dok pujuk aku g pool malam2. Hee..tak rajin ibu lahaii. 3 hari sebelum ke sana, Mr. Abe dah call kedai makan seafood yang glemer kat situ..ala yang terapung tu. Tah apa eh nama nya. So aktivitinya adalah berbuka puasa lah kan? Heheheheh. Sebelum berbuka, sempat layan Go-Kart dulu. Since bawak anak-anak, kita orang amik yang 2 seaters. Aku dengan Danish and Abe dengan Dania dan kali ni..Aku lah juara..kalah ya Abang? kuikuikui..dulu kaki tak sampai..boleh la..hak hak hak..

Ini lah pengkalah kepada pemenang. Alasan Abe 'Keta tak power lah..' ..ye lah tu.. ;b
Kul 6.30 pm, kita orang g order makanan. Pilih-pilih. Abe amik semua jenis mak nenek seafood kecuali ikan. 
Lepas order makanan, g layan pantai kejap. Budak-budak ni memang suka main pasir..jadi, layann....
Makanan lambat sampai malam tu. Katanya ketua dapur EL. Dapat kurma,kuih,sayur dan sotong bakar je dulu. Aku g solat ..surau sangat OK. Dania dah muncung sebab dah lapar. Hampir dah kul 8 pm, kesian dia, so aku g lah minta nasi dulu ate least. Lepas tu makanan sampai...aku ngn Abe la kena abishkan..budak-budak bukan nak makan sangat.

Time makan ni agak stress la sket. Meja kita orang kat depan stage kat TV. Agak lapang. Berlantaikan papan, ada la 2-3 orang budak..anak sapa tah..tah henti2 dok berlari, melompat-lompat, bergolek-golek kat depan tu. Bergegar and rimasanya aku. Abe lagi lah..Ingat lepas buka dia orang dok diam..tapi tak juga. Aku tengok mak pak dia org wat dek jek. Si Danish lak dah bersuara 'Dah la tu..berhenti lah main..dah malam ni'. Budak tu dlm umur2 dia juga and lagi dua orang baya2 Dania. Aku faham lah budak2, tapi, tengok la tempat and masa gak. Gerammnyaa..Akhirnya, ada orang tu dah tak sabar..dia g kat budak tu and cakap 'Adik, boleh main kat sana tak?' ..hikss..kejap je la budak tu ikut..lepas tu? Ado...
Balik dari makan dekat dlm kul 9.30, ye lah kan..jenuh gak aku ngn Abe nak abiskan makanan..makan lah slow2. Apapun, OK and sedap la jugak makanan kat situ.Sahur dalam bilik la.. Eh..tiba2 takde idea..hahaha..abis dah cite. 2nd day tu Abe bawak anak2 main pasir..pastu balik dlm kul 10 am ..terus g Shah Alam, kedai kawan.

Sekian terima kasih..hahahaha..









Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!