Thursday, August 02, 2012
..Makan-makan Bulan Ramadhan..
Assalamualaikum..rehat kejap. Asal rasa macam penat sangat hari ni? Tengah perah kepala memikirkan new template for UAT. Patut submit petang ni. Testing dah siap, tapi dalam word yang format suka hati. Opss,iklan jap. Sembang dengan member yang nak naik Kinabalu on Merdeka ni..bestnya! Nak naik lagi..tapi takde geng lor.
Kembali kepada tajuk post..aceh! Hahaha..unsur-unsur poyo tu mesti ada..kalau tak, tak syok la berblogging..sama just dgn speelling..alah! belasah je lah, buka ada cikgu nak periksa pun. Tempat menyantaikan diri..so, blogging la sesuka hati. Haaaaaaa..lari tajuk lagi. Okek..
Hari ni dah masuk hari ke 12 berpuasa. Cepat ke lambat eh? Em, aku rasa, mcm biasa la masa berlalu..cuma kat opis ni agak lemau sebab sejuk banget bilik ni. Waktu-waktu macam ni, aku dah mula fikir..nak masak apa? Magik tak bila aku sibuk fikir pasai masakan? Alhamdulillah..setakat ni, aku terajin ke dapur kecuali Sabtu dan Ahad baru-baru ni. Sabtu di Sushi King dan Ahad di Red Wok. Kat Sushi King ok lagi la..sebab suasana berbuka sangat tenang..tapi kat Red Wok, omangaii..rasa nyesalnya makan luar. Dengan keadaan agak bingit serta aku rimas tengok orang dok mundar mandir..rasa nak makan laju2 and nak balik. Biasanya, kalau buka luar, aku berbuka dengan kurma dan air, lepas tu terus ke surau..KALAU tak nanti ..ramainya manusia. huhuhuu..
![]() |
| Sushi King. Kami anak beranak memang suka Sushi. |
Em..setakat ni, aku tak berjaya lagi nak buat Tomyam Bangkok. Ala..yang ada susu atau santan tu. Nanti nak cuba lah. Add susu or santan je kot kan? Aku dah google..byk nya rencah..renyah lah!
Ok lah..mari layan gambar..
![]() |
| Ramadhan 1st time kat umah lepas balik dari Kampung. |
![]() |
| Masa ni Tempoyak itu sangat la cair..tapi masih ada rasa. |
![]() |
| My 1st Nasi Ayam Ever. Hahahaha..tak pernah-penah buat nasi ayam..Jadi gak. |
![]() |
| Ni Semalam..Tempoyak itu sudah berseri, cuma kurang masam. |
Jom sambung kerja..ada sejam 45 minit lagi untuk balik..dush!!
ps: tiba-tiba suka lak kat slogan ni : Janji Di Tepati. ;)
Wednesday, August 01, 2012
Tuesday, July 31, 2012
Monday, July 30, 2012
..Macam Poyooo Je....

Assalamualaikum...
Salam Ramadhan ke 10. Masa betul2 berlari pantas and lebih laju drpd lari.
Sempena bulan posa ni, tak baik emo..kan? Tapi kita ni manusia biasa...walaupun syaitan dan di belenggu...namun nafsu tu tetap ada. Nafsu marah..nafsu nak beli mcm-mcm and nafsu tak puas hati kat orang. Aku pun sama sebab aku pun manusia biasa...cuma time Ramadhan ni, cuba lah mengawal diri sebaik mungkin...
Aku sebenarnya nak cakap something...for those yg baca blog ni..and rasa tak best,rasa aku poyo ke, aku tujukan qoute di atas. Aku buka post comment kpd public tanpa perlu register ..jadi, tak perlu la 'baling batu sembunyi tangan'. Kan lebih manis jika aku di tegur secara baik and nyatakan juga nama kalian..so, sama2 boleh muhasabah diri - ingat mengingati. Mungkin sama-sama boleh dpt pahala coz tolong ingat kan org yang di rasakan poyo..Hiks. ;)
Cakap pasai benda2 mcm ni, aku sendiri tgh belajar mengawal emosi aku. Berperang dengan diri sendiri adalah lebih sukar drpd berperang dengan orang lain. Lagipun, aku sendiri dah tak amik tahu hal orang..nak handle diri sendiri pun penin.
Em..sat g melalut lak. Jadi undur diri dulu...di doakan agar kita semua mendapat keberkatan di bulan RamAdhan ini. Amin.
posted from Bloggeroid
Subscribe to:
Posts (Atom)







