Thursday, May 31, 2012

..Berhenti..

Bila papan kekunci tak mampu lagi mewakili kata hati..maka hampir terhenti perjalanan blog ini. Tadi g dinner berdua dgn Mr. Abe coz anak-anak balik kampung..tiba-tiba aku terasa rindu sesuatu..

Aku : Abang...kenapa Za dah stop melukis? Kenapa Za stop mewarna dan kenapa Za stop menulis? Tu kan semua benda yang Za suka?

Mr.Abe kosong tiada jawapan. Aku pun tak harap jawapan..sekadar meluahkan perasaan. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin jika aku terus melukis dan menulis..aku akan menghasilkan sesuatu yang lahir dari hati..sesuatu yang mungkin mengungkap segala yang tersimpan di sanubari. Sama seperti blog ini..semuanya hampir terkunci..menaip sekadar mengisi ruang putih untuk menambah rencah dan warna-warni kehidupan sehari-hari... aku mahu berkarya kembali dan menjadi 'Azzalyzaa' dan mahu terus melakar sesuatu dan menjadi semula 'Mawar Emas'.. tapi..kenapa aku dah tak mampu?


Percaya tak? lepas aku tulis semua yang kat atas..tiba2 muncul 1 perasaan..LEGA. Hik hik hik..Lega apa? Tak tahu..just lega. Luah dgn kata-kata yg tidak seperti biasa..tapi kata-kata yang membawa banyak maknanya..ohh aku rindu 'Rehat...Lepak..Luah Rasa'..


Sunday, May 27, 2012

..Semalam..

Seawal jam 7.50 pagi, aku dah bergerak ke tempat kerja. Semalam hari Sabtu..kerja walaupun cuti. Agak tak seronok kerana anak-anak nak balik kampung tapi aku tak dapat hantar sama. Aku tak sihat dan Mr.Abe minta aku amik MC, tapi aku tak sampai hati lak nak minta pelepasan bertugas sebab hari tu dah banyak pelepasan aku dapat masa terlibat dengan Sukan. Kesian Team walaupun hanya standby je kat opis. 


Kenapa tak tahu..rasa sebak sangatt..sedihhhhhh nyaaaa dan tak pasal2 air mata ni berjuraian turun masa aku drive balik kerja. Lepak atas katil..and terus tertdo sampai nak masuk Isyak. Adeh...kelam kabut bangun. Lepas settle semua..lepak balik atas katil..layan whatapp dgn geng netty..10.30 pm, terus aku terlena semula. Gila tak terurus diri ..lemau gila. 

Tu cerita semalam..hari ni? Aku bz kan diri dan lucky petang ada troubleshooting sistem. Duduk dgn team, so ada benda nak borak and bincang..so lemau pun kurang. Malam ni? Mr. Abe dah nak sampai..thanks kerana sudi balik awal.. tapi aku masih mahu cuti....... :(



Thursday, May 24, 2012

..Kenapa..



A few questions atau ayat yang di tanya atau 'di perli' selepas aku habis game TNB adalah

1. Makin 'putih' nampak muka?
2. Hai Dayang Senandung.
3. Kesiannya tgk kak zai..itam!
4. Asal muka tak ceria? Tak sihat ke?
5. Terkejut tgk zai.

Adeh! Aku ni mmg la dah di lahirkan tak putih..dah training 13 hari + games 4 hari tgh matahari mengambang and plus balik dr Phuket ari tu..mmg mcm ni la keadaan aku. BERKILAT! Aku sendiri scary nak tgk muka kat cermin.

Now, lemau gila rasa..semua benda tak seronok. Ada yang tegur aku dah kurus balik. Mungkin sebab training atau mungkin sebab now aku takde selera nak makan.

Okla..malas nak taip byk2..not in mood..chow!

posted from Bloggeroid

Thursday, May 17, 2012

..Ikut Rasa...B.I.N.A.S.A..

Malas betul nak update blog..tapi kalau tak update, takde readers, maka nuffnang aku tak jalan..nanti income yang sememangnya tak banyak..makin tak banyak lah kan. OK..jom update kejap. Update ikut hati atau ikut rasa? Ikut hati ...MATI. Ikut rasa .. BINASA. Ikut suka je lah kan..hiks.

Rezeki sukan...terbaek lah!

EM, actually aku tengah cuti ni. Cuti Karnikal Sukan TNB 2012 sehingga Isnin. Tapi dah janji dengan bos, aku boleh main ..but kena ada win-win situation. Datang kerja kalau takde game. Maka, masuk lah aku bekerja hari ni. Standby for Final Reg. Kejap lagi kul 11 pagi, dah boleh balik utk ready ke acara seterusnya. Game start esok. Petang ni nak p merasa padang tempat game..but agak tak berapa nak bermaya sebab ..takde rezeki aku kali ni, jadi simpanan shooters saja. Mungkin sebab tak cukup tinggi..coach train our GK jd GS sebab dia tinggi. Coach cakap 'You shooting bagus, tapi byk footwork.' Erk..terkedu aku dgr sbb sepanjang hidup aku main or game, jarang lak aku kena PRITT sbb gerak kaki..emm..takpe lah, Pasrah? emm..tak kisah lah kan..janji aku dapat byk ilmu dalam 13 hari training dan dapat habuan seperti baju bajan di atas..hiks. Berbaloi? Dan masa kat atas padang lah aku lupa semua benda2 yang sakitkan kepala..rasa ringan badan, ringan kepala otak..

Last week, tiba2 hati aku tergerak nak belajar sebab aku dah bosan duduk opis. Aku survey IPTS. Eh..boleh sambung Master JIKA ada 10 tahun pengalaman bekerja dan berumur 35 tahun dan ke atas. dan ada diploma.Hah! peluang ni. Next year aku akan jadi 35 tahun. Aku dah hint Mr. Abe..ok tak kalau sambung tapi taknak kerja. Dia cakap, ok jek. Pelajaran tu untuk diri sendiri. Hiks.. Entah lah..aku seriusly dah malas nak masuk opis..dah takde apa yang seronok atau aku sebenarnya dah terlalu lama kat sini. Sayang aku pada opis pun dah kurang..

Ishh..nantuk pulak. Okek..dah 11 am. Dah boleh bergerak pulang. Papai!



Saturday, May 12, 2012

..B.L.A.N.K..



bila hati dan minda tak bersatu,
bila jiwa dan jari tak lagi sekufu,
..blank..


Aishh..makin hari makin payah nak update blog. Terasa jari jemari kaku bila hati membeku untuk mencoretkan apa saja yang berlaku..






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!