Saturday, March 10, 2012

..JPO famili tour..

Hallu..dlm kereta menuju pontian, sepupu kawin. Tadi singgah JPO ngn famili. Semua adik beradik ngn ipar duai ada. So happening. Jom cite sambil tgk pic.


Ni mak ngn abah.


Abang dan kak zira dan juga anak adik. Ameera.


Ni adik bwh aku sham dan isterinya. Linda.


Adik bongsu aku.tak mau tgk kamera lak..katanya 'asal tak cakap nak p JPO..org tak bwk duit ni'. Hahhhaa


Anak2 buah aku dan anak2.


Celebrating birthday danish at Baskin Robin. Aunti ziranya belanja.


Tempat paling mengeletis aku nal masuk. NIKE outlet. Gila besh!


Running shoes for mak, abah and me. Belanja mak abah sempena bonus 1.0. Mak ngn abah mmg jog everyday. Gantikan kasut rm30 mereka.


My Vomero +5. Terkejut tgk harga. Retail RM519. Since vomero +6 dah kuar..harga kasut ni Rm139 jek. Hua hua..rembat je la. Ada singaporean tu ckp dia pakai kasut ni and sanhay best. Aku beli sbb Reebok aku dah nazak.


Birthday boy happy gila dpt jersi ori MU..


Ni benda yg tak dapat beli..Abe dh tak kasi..uhuk. Takpe...cuba lg lain hari.

Now dh ada kat Homestay kat Pontian. Mandi..pasti go to umah pegantin.

Tata!

posted from Bloggeroid

Thursday, March 08, 2012

..Selamat Hari Wanita..

Hari ni hari WANITA SEDUNIA..to all women out there..HAPPY WOMEN'S DAY ya. Apa sebenarnya Hari Wanita ni? Jom tanya cikGoogle.


International Women's Day (IWD), originally called International Working Women’s Day, is marked on March 8 every year. The first national Women's Day was observed on 28 February 1909 in the United States following a declaration by the Socialist Party of America.

Kerasnya hati mungkin kerana tiada tempat untuk di lembutkan..

Nak cakap pasai hati wanita aku..boleh? Tah la..sejak menginjak usia ni, terasa seperti hati wanita ni dah tak seperti wanita lagi. Semakin keras dan semakin tak kisah dengan definasi 'lembutnya hati seorang wanita'.
Apa yang hati seorang wanita mahu? Di sayangi, di belai dan di manja. 3 basic things kan? Sekarang aku macam dah tak kisah dah kalau 3 benda ni dah tak di perdulikan lagi. Aku membesar dalam famili yang semuanya lelaki..kecuali aku dan mak saja perempuan..namun masih di manjakan oleh abah. Berkahwin dengan seorang lelaki yang aku cintai yang juga adik-beradiknya semuanya lelaki. Aku kadang-kadang 'stuck' dengan diri aku sendiri. Ingin meluah rasa, bercerita dengan orang yang paling dekat dengan aku, tapi cara kami tak sama..pun kadang-kadang buat hati aku kecewa. Aku tak punya ramai teman rapat untuk berkongsi suka duka..atau aku mungkin tak mahu ada teman istimewa untuk bercerita kerana tak mahu cetus apa2 sengketa jika suatu hari nnt Allah takdirkan, kami bermasam muka. Dengan mak, aku masih simpan banyak rahsia..biarlah kan, tak baik susahkan orang tua. Aku just mahu mak dan abah gembira.

Apa yang aku buat dengan hati wanita aku ni? Keraskan selagi boleh..tabah hadapi apa jua rintangan..menangis sendiri jika tak mampu di seka lagi dan kalau betul2 dah sesak...duduk berteleku di tikar sejadah...berdoa dan terus berdoa wpun aku malu denganNya. Berdoa tapi aku sendiri tak pandai nak kawal hati...

Last not least...aku bersyukur dengan semua yang aku ada sekarang...Alhamdulillah...

Wednesday, March 07, 2012

..Apa guna Handphone (?)..



Benda dalam ni dah terkenal seluruh dunia..selaras dgn kemajuan dunia, benda ni semakin lama semakin senang nak di bawa..dan tidak di nafikan, ada org lebih suka mengadap benda ni drpd mengadap awek,balak,suami mahupun isteri masing-masing.

Jika dulu..benda ni hanya di gunakan untuk berkomunikasi secara audio dan text ringkas...tapi skrang benda ni dah boleh buat macam2. Sebab tu manusia lg suka nak mengadap benda ni. Betul? Ada org tak boleh hidup tanpa benda ni terutama yg berpangkat bos2. Kerja tu penting..tgh driving, opis call..wajib angkat, nnt bisnes tak jalan..takde alasan tak dgr or takde alasan tak perasan benda ni berbunyi.

Namun, adat dunia..di sebalik kebaikan pasti ada keburukan jika ada benda tertentu saja penting. Benda canggih ni kadang2 tak boleh nak sampaikan pesanan sepantas kilat jika tak mahu sampaikan.

Cth :
Waktu balik kerja adalah jam 5:15ptg..jika terasa ingin pulang lambat tapi tak ingin beritahu keluarga..benda yg penuh fungsi ni pun takde gunanya. Dah nak balik baru nak inform..tu pun entah pukul berapa. Pelikkan?

Dan kalau ada pulak yang jenis nak bercerita ada orang terdekat dan berkobar2 mendail tp dpt jawpan sakit hati..benda ni patut campak dlm kolam bagi ikan makan jek.

And nasib baik ada benda ni gak..so aku guna benda untuk taip cerita dia sendiri! Smartphone maaa..huh!!!!

Sunday, March 04, 2012

..Larian Fun Buah Pinggang..

Assalamualaikum. Happy Sunday. Em, nak update pasal World Kidney Fun Run 2012 kat Dataran Merdeka, KL. Pehal lak tiba2 join lari2 ni? Hikss..saja2 nak sesuka ikut kawan2. Aktivit keluarkan peluh mcm ni, aku boleh layan. Masuk pun yang Fun Run saja for 5KM. Pagi-pagi sesudah subuh berlepaslah ke Dataran Merdeka. Atas pengalaman lepas, aku pastikan, perut aku tak sakit and amik sedikit sarapan. 5.30 am Abe dah kejut..malasnya! 5.45 am baru aku bangun..hiks. Mengigil mandi pagi2 buta wpun pakai heater. Mencik lah!

Happy faces...seronok berhoohaa...

Larian bermula dalam jam 7.45 pagi tadi, lepas ramai-ramai mcm anak ayam. Memang la takleh laju..silap2 accident. So starting memang slow. Ada yang tak lari pun. Aku macam biasa, ikut kemampuan diri..tak push pun. Punya penat lari dalam 10minit, usher tu beritahu..lagi 4KM..hoi! terus aku down. Macam nak gila dh lari, baru 1KM ke..terus aku stop. Jalan2..ha ha ha.Strategi aku. Naik bukit wajib lari..kalau tak lari, memang naik bukit byk amik masa, turun bukit..pecuut laahh sbb rugi la tak guna kesempatan senang mcm ni kan? and kalau dah tak larat sangat..aku akan berjalan pada jalan landai...so still boleh jalan laju2. Aku dah aim, kalau dah sampai Tugu..maknanya dah dekat..so masa tu lah aku guna kudrat nak push diri. Masa lari ni, aku On Off dengan Masyura..hoii, stamina dia gila..lari non-stop cuma dia tak memecut. Dekat2 nak sampai, aku lari lebih sket and sampai around 8.13am and lepas tu di ikuti oleh Masyu. Aku memang lari suka-suka..tak tau kiri kanan ada sapa and tak tau lak orang sebelah ada percubaan nak saing ke tak ngan aku. Memang tak fikir.

Ini lah habuan selepas berhempas pulas 5KM. Pun aku tak kisah dapat apa. Sijil tu dah renyuk and medal tu, hikss..gantung je dlm bilik anak2. Zaman kumpul pingat dan piala dah berlalu. Sekarang sukan more to kesihatan dan seronok-seronok. Masa tak rasmi aku untuk Run ni : 5KM 33 minit.
Me and Masyu. Masa ni tengah tunggu kawan-kawan lain sampai..so posing dulu.  
Masa aktiviti lepas-lepas..kalau dah penat mcm ni, sure dah give up. Macam naik Kinabalu..lepas tu,rindu nak buat lagi. Tapi aku tak rasa lari ni passion aku..cuma, YES, badan terasa ringan..best sangat..tu kelebihan dan keseronokan buat aktiviti macam ni. Alhamdulillah, setakat petang ni, fizikal aku OK lagi..tak penat sangat. TAPI, kasut aku aku dah nazak..huaaaa...Masih ada lagi kah larian aku lepas ni? ;)

EH, nak tengok la pic kita orang? Klick sini : Kidney Fun Run 2012

Thursday, March 01, 2012

..Apa dah jadi..

Nak taip laju2. Tiba2 jadi malas nak update blog. Nape eh? Emm...nak cite apa ni? Jom cite berdasarkan gambar.

measure KM using Android Apps.

Hari ni aku lari lagi. Mencari 5KM. Nak cari best time dan nak tengok badan leh g jauh mana lari tanpa stop. Ni kali ke 4 ke 5 tah aku lari 5KM selepas stadium dan putrajaya. Stadium dan Putrajaya jalan agak landai and masa mula2 dulu..aku dapat 45minit for 5KM kat stadium and kat Putrajaya 40 minit. Hari ni, dengan laluan mcm-mcm ada..landai, daki bukit, naik tangga and turun bukit, aku dapat 5KM = 35minit. Hahaha..ada peningkatan. Tu pun aku ada gak lenggang mak limah. Seriusly, aku tak leh push badan lari direct after 3KM. Memang 3KM je aku leh lari direct..lps tu, jadi mak limah la dlm 2-3 minit. Hiks..Kenapa nak sangat kejar masa ni? emm..saja je. Sebagai motivasi diri..kalau setakat nak lari2 biasa..cukup la pusing stadium 2-3 round kasi peluh. Tapi aku rasa, aku memang tak boleh jog hari2. Seminggu sekali OK. Lagipun jog ni kasut kena betul..track kena betul..step pun kena betul..kalau tak, makan diri. Lutut nak pakai lama OKEK. Ngeee...
Sukat kalori guna Android Apps
Punyalah rasa badan dah naik...tapi bila ukur guna Apps android..rupanya aku kena tambah lg kalori. Hiks. Betul la tu..berat ideal aku adalah 51kg sebenarnya. Tapi tak sanggup kot nak cecah 50KG..nanti apapun tak boleh. Ada je yg tegur badan aku dah naik..em, mmg betul pun. Seluar pun dah ketat. Sebab tu terpaksa gak workout.

Asics is the best running shoes?
Kasut reebok aku dah ternganga balik lepas gam ari tu. Ni semua gara-gara main futsall dalam hujan la ni. Aku dah hantar gam dan semlm nganga balik. Biasanya aku g beli baru jek..tapi sebab dah makin tua ni, dah pandai pujuk diiri jangan membazir. Google 'Best Running Shoes'..terjumpa web ni : Best Running Shoes. Asics, Brooks and Nike tersenarai 3 terbaik..tapi ada jenis lah..sila la klick web itu. Aku tak tau lak Brooks tu antara jenama terbaik..before this more to Reebok and NIKE. Mungkin sebab brand ni hidangkan pilihan fesyen yang menarik KOT. Em..perlu ke kasut baru? ada sapa2 nak banje? ngee..and sebab nak gam kasut..gam gajah dah makan jari aku..melekat tak mau tanggal. Dah la bau gam tu memedihkan mata. Meleleh airmata..pedih! Camno nak ilangkan gam kat jari ni..help!

Aku sebenarnya tengah susah hati ni..document yang aku kena buat tak boleh nak buat sebab aku tak dapat bahan2 yang patut aku dapat. Sedey okek. Dateline dah dekat...emm..

OK la..nak tdo..papai!






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!