Tuesday, February 07, 2012

..Selasa Pun Menjelma..

It's 12.23 am. Welcome Tuesday and Happy Holiday to all. What a amazing holiday for me..No activities. Seriusly - Lemau satu badan. My monday was fullfill with my sleeping treatment. Hahahaaha and that's why I am still online. Not sleepy at all.

Nothing to write..nothing to share and nothing to talk about...Nite!

kata-kata hikmah sebelum cubaan melelapkan mata..

Sunday, February 05, 2012

..Cuti Yang Tak Kemana..


Salam Maulidur Rasul kenkawan. Buat apa hari ni? Aku now ni tgh berbaring-baring kat umah adik kat Putrajaya. Mak Abah ngn adik beradik aku lepak sini. Tuan rumah a.ka. adik bwh aku balik Teluk Intan. Dia bagi mak abah and famili abang aku lepak umah dia ni. Umah aku tak cukup bilik sebab bilik no 3 tu dah jadi bilik baju. Lepak sini selesa sket. Aku datang pagi..balik malam.

Hari ini aku mulakan hidup dengan kuar berjogging selepas solat subuh. Dah lama tak exercise secara kerap petang2 coz now sokmo hujan. Tadi aku cuba lari sejauh 5km kat stadium. Huhuhu..putus nyawa. 40 minit juga nak abiskan 12.5 round 400meter nak cukupkan 5km. 3 round pertama aku lari non stop..setiap round 3 minit..adeh! Paling cepat aku leh buat 1 round 2 minit. Tu bukan jogging la tu..sebab dah lama tak paksa diri berlari..semput gak lah. Tapi memang best sbb terasa ringan badan. Mungkin sedikit silap coz aku pakai Nike indoor yang aku baru beli kat JPO aritu. Sampai skrang terasa sakit tapak kaki. Pagi tadi agak menceriakan hati. :)


Dalam kul 10.30 am, abe ajak kuar nak test drive exora turbo. Taksub betul dia dgn kereta tu.Ye lah kan, RM78k for MPV 1.6 Turbo. As a driver..dia cakap enjin and kereta tu boleh pecut. Tapi as passenger duduk belakang..terasa gak tak sedap masa langgar lubang and sound proof proton adalah gagal. Aku bukan nak kondem proton..tapi memang hakikat lah kan. Dah pulak dah lama bwk keta jepun..memang terasa lain. Lepas tu konon2 nak test Alza..takde test drive lak. Alza sport full spec pun dah Rm70k. Fuh...baik hangkut exora. Kan? Pastu test Ford Fiesta sport. Hah! Tak yah cakap la..dok dlm tu memang tak dgr bising luar lah. Handling ford pun superb. Cuma bonet je tak berapa nak besar. Cina tu tunjuk fista sedan..7 airbag ok. Fuh. Rm81.5k. Harga murah dari fiesta hatchback. Tapi..semua test drive ni saja2 jek..nak habiskan cuti..hahahhaa..

Ok..papai!.
posted from Bloggeroid

Friday, February 03, 2012

..Chumel dengan Camera360..

Hiks. Nak share something dengan you all. Nak chomel dan gebu tanpa alat kosmetik yang mahai? Meh nak ajar..kejap jek. Dengan hujung jari..anda akan chomel dan gebu bersih sekelip mata. Keh keh keh. Tak caya? Jom tengok aku ni.. ahaks!

Noda-noda di wajah dah tak nampak lagi..Ngam kan? Hahahaa..
Haa..lps ni leh perasan camwhore sorang2 byk2 kali..uuishh..mcm dlm mimpi menjelma bidadari..kah kah kah..
Menjadi putih bersih sesuci salju...bersinar lagi.. nampak macam 24 tahun tak? Ngeh ngeh ngeh.

Amacam? percaya tak? Ahaks. Ok ok..jangan tertipu ya. Kalau lah betul kulit aku segebu gambar-gambar di atas..aku buat kenduri 5 hari 5 malam. Benda ni sebenarnya aku capture guna Android Apps - Camera360.Banyak lagi function lain. Sapa pakai Android, cuba la install. Free Okek. Tadi masa roomate aku lom balik solat, ni la kerja aku. Amik pic sorang2..jangan gelak okek. Ni aku just nak test function kamera jek.


dan realitinya..ini lah aku yang sebenarnya. Penuh noda2 di muka. Gambar ni leh compare dengan gambar atas sekali. Beza kan? Hiks. So kalau lps ni tengok iklan tv model gebu-gebu tu..mcm ni la teknologi yang di gunakan. Semua kerja teknologi..kalau tak, tak kan lah Loreal Perancis kena saman sebab tipu pengguna. Kata mereka 'cukuplah pengguna di sogokkan dengan penipuan yang melampau sehingga menjanjikan kulit selicin bayi'.  Kalau tgk awek-awek comel kan FB tu..tgk lah mereka secara LIVE dulu. Mungkin ada yg lawa macam Fatin Liyana dan Hanis Zalikha..tapi mungkin ramai yang lawa di gambar saja. :)

..Salam Jumaat and Happy Maulidur Rasul..



Salam Jumaat semua. Gambar ni suasana Pendaftaran Pelajar International di UNITEN. Ni dalam Galeri..yang kat luar berderet lagi beratur. Macam biasa, kena standby. Ramai jugak budak International ni and most of them dari Timur Tengah. Tapi asal takde yang hensem eh? Hahahah..Sebenarnya tak sempat nak tengok pun muka dia orang..Now baru boleh lepak sket..so update blog kejap..takpe kan?. Aku pun tak pandai sangat lagi kalau ada masalah..terpaksa rujuk Otai and 2nd Otai via OCS (MS Office Communicator) yang sorang kat DSS and sorang kat COIT. Alhamdulillah..team ni OK and aku suka kerja dgn dia orang. Ni depan la kan..belakang2 kalau ada cite belakang..abaikan je lah. Janji kerja jalan dan aku pun belajar pelan-pelan. Kalau nak ikut hati..memang tak jadi apa lah aku ni..hiks!!

Eh..terngendala sebentar..ada prob jap..hiks..tungguuu!!

Gelabah gak jaga sorang2 ni kalau 2-3 masalah dlm 1 masa..penin. Aku mmg ada masalah nak handle stress..hahhaa. Pastu pening. Pastu semput and maybe sebab aku jenis..'you have a problem to settle..you have to settle it on time'. Kalau dgn otai..dia cool jek. Tu la beza nya laki dan perempuan. Memang aku kena belajar cara nak bertenang..Aku lak..kalau ada job yang aku tak suka..mmg aku tak suka..tp bila kena buat..tanggungjawab tu ada..dah la aku ni jenis detail .. hahaha.sendiri la ni kena berubah..

Berdoa semoga aku boleh jadi mcm ni..Amin.
From : saharil.com

OK..sempena Maulidur Rasul ni.Selawat Serta Salam Buat Nabi Junjungan Kita - Nabi Muhammad S.A.W. Semoga kita mendapat shafaat Baginda di akhirat nanti. AMin..Cuti ni gi mana? Selamat bercuti juga buat semua..

"Bila kita meletakkan sesuatu di tempat yang tinggi dalam hidup kita..tapi sebenarnya kita pula hanya sesuatu yang tak beri apa-apa makna, tentu ianya amat menyakitkan.Tiada ubat yang boleh menjadi penawar selain daripada Redha kepadaNya".


ps: S.E.M.P.U.T

Thursday, February 02, 2012

..Hati Ini Bukan BESI..

Lama aku terfikir-fikir untuk menaip entry ini. Banyak benda yang aku kena tenung sebelum meneruskan jari jemari terus menari mengikut gerak hati. HATI aku kata orang 'Ianya Sekeras Besi'. Namun, saat ini, aku dah tak mampu nak tanggung lagi apa yang tersirat di dalam hati batu ini. Orang kata..aku nampak lembut di luar..tapi hati aku keras. Ye ke? Entah..cuma apa yang aku tahu..aku ada pendirian dan aku tahu apa yang aku mahu dan apa yang aku mahu..itu yang aku mahu. Cuma semakin menginjak dewasa..apa yang aku mahu..apa yang aku tahu..apa yang aku rasa..aku lebih suka simpan dalam dada. Memang terasa hampir meletup dada jika ada benda yang tak mampu tanggung sendiri tapi aku nekad, aku tak mahu kongsi dengan siapa2. 'Ya..tak mahu kongsi dengan siapa2 walaupun orang yang paling rapat dengan aku.' Memang ada yang sanggup kongsi dan tolong aku apa saja..walaupun tak ramai..tapi aku Tak Mahu lagi bercerita berkongsi apa-apa dengan sesiapa . Hati manusia sukar di duga wpun dia adalah orang paling hampir dengan kita.

..Hati Ini Bukan Besi..namun ianya seteguh permata..
Benar orang kata, kalau ada pun cerita ..mengadu lah pada DIA. Sekarang aku lebih suka DIAM dan jalani kehidupan seperti biasa. Adakala ceria..adakala, jika keseorangan seperti ini, air mata aku tumpah juga mengalir di pipi. Mungkin aku takde masalah dengan sesiapa..mungkin aku ada masalah dengan diri aku sendiri. Walaupun hati aku sekeras batu..tapi ianya tak sekuat besi. Sekarang, apa yang aku lakukan..lebih kepada tanggungjawab tanpa menyatakan apa sebenarnya dalam hati ini. Biarlah..suka aku, sayang aku, cinta aku, duka aku, suka aku..aku simpan sendiri. Lagipun, aku memang tak de BFF ..dan kawan-kawan biasa pun aku tak punya seramai mana. Aku pun tak mahu jadi 'kawan jika perlu' dan tak mahu ada kawan 'jika perlu' saja.

Usah di cari jika muak memerhati,
Jika kehadiran tak di rasa,
biarkan ia berlalu jangan di seka.
Bulat tekad tak mahu terluka,
berdiam rasa membelai jiwa tanpa sengketa.
Usah hadir tika gembira,
Berlalu pergi tika berduka.
Bukan boneka hanya untuk bersuka ria,
Hargai dan sayangi tiap masa dan ketika.
Pujuk hati pergilah air mata,
Menanti tak perlu jika menekan jiwa.


 






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!