Wednesday, January 04, 2012

..Ke laut..

Emmm..swing swing ..my mood suddenly swing! Tiba-tiba terasa sangat bosan..tiba-tiba terasa mahu kan sesuatu. Apa? Gucci? Terfikir jugak..tapi kenapa? Mahal doh! Now terasa mcm nak g Mall..nak jalan sensorang..hamek barang yang aku suka. Yeah! Dah lama tak buat perangai shopping sensorang ni. Tapi tak tahu nak beli apa..terasa nak tengok wayang gak. Nak tgk MI..nak tgk Tom Cruise ensem. Tapi tak pernah lah lagi aku buat gila tengok wayang sensorang. Gilak!




Kerja ada..pagi tadi OK je buat kerja..ni kenapa tiba-tiba mood ke laut ni. Tadi balik umah time lunch.pun tak tahu nak makan apa. Bosan seh takde kawan nak makan. Balik..baring2, terlena kejap..tiba2 ada sms masuk..aisehh..spoil! Terus tak leh lena. Bangun..solat and amik air kotak..sedutt sambil jalan ke kereta. Lapar tapi takde mood. Why laaaaa!!

Pasang radio kuat-kuat since roomate cuti. OK lah..kena settle kan permission ni..jangan ikut hati..binasa nanti! Go!

..Samsung Galaxy Tabs..

Ehe..saja nak tepek kat blog. Masih menaruh harapan tapi takde keperluan.



Harga (SoyaCincau.com) :

Official RRP pricing for Samsung’s Galaxy Tab range
Galaxy Tab 10.1v: Not available in Malaysia
Galaxy Tab 10.1 3G: RM1,899
Galaxy Tab 10.1 WiFi: RM1,499
Galaxy Tab 8.9 3G: RM1,699
Galaxy Tab 8.9 WiFi: RM1,299
Galaxy Tab 7.7: TBA
Galaxy Tab 7.0 Plus (3G+WiFi): RM1,699

Monday, January 02, 2012

..Free Shout Box..

Sebelum tidur..nak share ni dengan all bloggers.Shout Mix dah kena bayar? Takpe..just try ni okek. Aku dah guna kat blog ni. Ez interface and ez to setting. Ok..selamat mencuba free shout box ya.. :)

http://free-shoutbox.net/

Iklan ini adalah percuma untuk kebaikan and keseronokkan bersama.. Selamat malam semua..berdoa, semoga sihat sentiasa menjelang tahun 2012 ni. Amin..

Sunday, January 01, 2012

..Apa buat dengan 0.5?..

Holla..dah setengah hari 2012 menjelang, cepat betul masa hilang. Esok masih lagi bercuti..tetiba rasa, lamanya dok rumah. Nak kerja malas, nak dok umah lemau..mahu tak mahu, hidup harus di teruskan. Kalau ada pilihan..sudah pasti yang seronok-seronok saja jadi pujaan..kan? Apapun, bersyukur dengan hidup yang semakin hari..semakin teratur berada di atas landasan.

Lepas lunch nasi gulai tempoyak ikan patin, tekak teringin donut lak..ayokk..habis la macam ni..
Apa tu 0.5? Hek hek hek. Itu lah bonus syarikat tahun ni. 0.5 bersamaan setengah bulan gaji. Teruk kan? Isk, tak baik merungut, nnt orang kata, tak tahu bersyukur. Dosa tau! Alhamdulillah..dengan 0.5 ni, nak simpan pun tak banyak mana..nak bayar insuran keto pun ngam2 saja. Since insurans kereta lambat lagi dlm bulan 3, aku gunakan 0.5 belanja anak-anak dan suami saja. Biasa memang aku simpan duit bonus untuk insurans kereta dan masuk ASB..kali ni, guna je lah. Bulan 3 nanti..guna je duit lain selagi rezeki ada. InsyaAllah. Dengan jumlah yang tak berapa, aku belikan anak-anak jam tangan dan buku yang mereka suka dan belikan Mr.Abe kasut kerja baru. Jenuh jugak paksa dia..tak mau lak dia, yang elok masih elok - katanya. Hehehe..aku tau dia nak aku menyimpan sbb dia dah byk keluar untuk semua keperluan. Dalam nak tak nak..belilah juga, makan jam gak dia memilih..kalah kan perempuan lah!

Pameran actroid kat Pusat Sains Negara.
Semalam, ke Pusat Sains Negara. Ada orang tanya..kenapa suka sangat ke sana? Entah..anak2 aku, kalau tanya nak kemana, tempat2 macam ni lah pilihan mereka.Aku ikut jek. Tak rugi g sana. Walaupun dah berkali-kali pergi, anak-anak sentiasa gembira. Selain belajar..ada gak mainan untuk keseronokkan. Sekarang kat luar dah ada kolam mandi dan taman permainan. Now ada pameran Actroid sampai bulan 3. Actroid adalah 1st Human Robot ciptaan manusia.

Sebenarnya, aku tengah susah hati dengan berat badan sendiri ni. Dah 48kg. Seluar dah terasa ketat and padat..perut dah terasa berlipat-lipat. Adeh!!! Dah la dah lama tak berpeluh..huhuhu..scary sungguh. Januari - Febuari penuh dengan Online Event di mana makan minum 4 kali sekali di tanggung..huaaaa..habis lah! Petang-petang sokmo hujan pulaaa...abis lah Liza..gemuk balik lah macam zaman dulu kala..Ayook!! Nehi kabi nehi...kena usaha something ni. Ho Ho Ho..

Ada idea??

..Selamat Datang 2012..



Jika :
Kebiasaan Bukan Satu Kemestiaan;

Tak bermakna:
Pertanyaan Itu Pertikaian,

Juga tak bermaksud:
Persoalan Itu Tuduhan.

Jika mahu:
Orang positif;
Kita juga harus positif.

Jika tak mahu:
Hati di sakiti;
Tak perlu sakiti orang lain.

maka :
Jadilah insan yang rasional;
Hormati orang jika mahu diri di hormati.

dan

Tinggalkan lah semua perkara yang kamu rasa:
menyemakkan, menyampah dan meluat;
jika itu jalan terbaik..

atau
perbaiki semua itu jika rasa;
Ukhwah dan silaturahhim perlu di jaga..

..Selamat Tinggal 2011..







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!