Tuesday, November 08, 2011

..Mencari Diri..

Assalamualaikum and Salam 12 Zulhijjah. Masih ada yang mengerjakan korban Aidiladha hari ni kan? Termasuk lah UNITEN. Maka semua hero-hero kat opis ni berkampung kat Masjid untuk Ibadah Korban. Kat sini saja, 6 ekor lembu di korbankan. Alhamdulillah..semakin raya rakyat Malaysia berkemampuan, semakin berkuranglah mereka yang kurang berupaya nanti..InsyaAllah.

Hari ini since kenkawan semua bercuti, maka aku g lah bersarapan dengan kawan lain. Duduk sensorang ni sambil layan CD CT - All Your Love dengan kuat - takde orang kan? hehehe. So far, aku OK je leh layan album English ni. Alah, tak yah nak complaint lelebih la kan..masing2 ada cara sendiri. Betul? Itu style CT nyanyi and dia memang Melayu pun..so what kalau dia nyanyi mcm melayu cakap omputih dan melodi lagu dia macam lagu Melayu. Dah memang Melayu pun. TAPI..satu lagu ni jadi hangat sikit sbb cara CT sebut buat dia jadi bahan lawak lak. 'I Cry Out' dah jadi bunyi 'Crayonnn' kata sorang kawan aku. Hahhaa..sabar je lah.

My Abah and my kids during Raya Korban.

OK done. At least CT tahu apa yang dia nak dan dia ada arah tuju dalam hidup dia. Kita? Em..sejak dua menjak ni, sejak aku 'di paksa' buat apa yang aku tak suka nak buat kat opis ni..hati aku selalu mengaru2 kegatalan fikir arah tuju aku. Apa benda yang kita nak buat, semua kena dari HATI kan? Aku dah tak boleh nak pujuk hati aku lagi..kadang2 aku rasa ..Buat Sajalah..dah itu yang aku kena buat. Susah nak cari keikhlasan dalam hati sendiri. Sedih!

Renung kembali siapa aku berpuluh-puluh tahun dulu :

Kat sekolah, aku antara budak yang paling aktif dalam bidang seni dan sukan. Ya. Sebab itu yang aku suka dan aku mahu. Dari darjah 3, aku dah mula mengarah lakonan pentas sekolah, aku dah wakil sekolah dalam perbahasan, bersyarah, menulis karangan, bernasyid dan berteater.Aku dah menang macam2 pertandingan menulis dan bersyarah mahupun bercerita. Aku buat semua tu sebab bakat yang aku ada. Aku boleh menulis dan melukis sehinggalah Abah meminta aku meneruskan pengajian dalam bidang komputer DAN di situ lah titik hidup aku berubah..namun aku bersyukur - hidup aku sempurna.

Ramai kawan2 dah mula sambung belajar. Aku? Setakat ni, hati aku masih belum terbuka. KALAU pun aku sambung belajar..IT bukan lagi pilihan utama aku. Tak Mahu! Aku takde cita-cita nak jawat jawatan besar-besar. Aku cuma mahu buat apa yang aku mahu - 'kerja tanpa batas dan masa.'
Blog ini lahir dengan tak sepenuh jiwa aku sebenarnya. Kalau sesiapa yang pernah ikuti blog aku dulu..cara penulisan aku dah tak sama - jauh berbeza. Aku dah tak mampu berbunga bahasa di sini kerana semunya punya batasan. Tiada bait2 indah lagi..tiada lagi kata2 puitis..terasa tandus, gersang dan kontang. Tiada lagi keikhlasan dalam penulisan..sempadan tercipta demi menjaga hati manusia2 di luar sana. Sempit!

Hampir setiap hari ini, kata-kata ini pasti terluah 'Abang, Za nak berhenti kerja'.

Emm..apa lagi yang perlu aku coretkan di sini? Aku sendiri tak tahu dan tak mengerti...wahai HATI, redha lah dengan ketentuan Illahi.

Sunday, November 06, 2011

..Salam Aidil Adha..



Selamat Hari Raya Korban 2011 dari kami sekeluarga.
Hidup perlukan perngorbanan, pengorbanan perlukan ketabahan..dan setiap kesabaran, insyaAllah ada kemanisan..
Maaf Zahir Batin ..

posted from Bloggeroid

Wednesday, November 02, 2011

..Doa buat aku dan teman..

Aku ingin menulis sesuatu bersandarkan pengalaman dan pengajaran. Tapi bila fikir2..aku manusia yg pernah buat silap dan malu rasanya untuk berbahasa-bahasi memberi nasihat. Betul! Aku terlalu kecil untuk meluahkan wpun sebaris ayat pedoman untuk rakan-rakan yang sudi memilih aku berkongsi susah senang kehidupan. Diri sendiri pun tak betul lagi...tak mampu rasanya nak menolong mencari jalan keluar kepada sesiapa saja yang sedang di duga Illahi.

hidup umpama titian - teguh atau rapuh hanya Allah maha mengetahui apapun hikmah yang tersembunyi
Kepada yang sedang menempuh dugaan..doa aku, semoga kita semua kuat menghadapi hari hadapan. Nasib kita tak sama, ada yang suka dan ada yang duka. Mungkin masih ada yang belum terduga atau mungkin ada dugaannya bertimpa-timpa. Aku sendiri tak sekuat seperti yang di lihat dengan mata..apa yang ada dalam dada, Allah Maha Esa saja maha mengetahui apa jua yang tersemat mahupun tersirat.

Kalian, kalau kita rasa masalah kita berat..lihat di luar sana..ada lagi yg duduk merempat. Kalau rasa dugaan kita buat kita berselirat...ada lagi yang hidup dalam masalah yang sarat barat. Kalau kita rasa kita hebat..sesungguhnya..hanya Allah yang Maha Kuat.

Tak mampu nak berkata-kata lagi..apa yang di kongsi bersama aku ketika ini, aku jadikan pendoman buat diri sendiri dan semoga Allah tunjukan kita jalan dan hidup kita di rahmatiNya setiap masa setiap saat. Amin..

..Wordless Wednesday..

Sunday, October 30, 2011

..Canopy Walkaway FRIM - Kepong..

Hai all! Macam hari Ahad kali ni? Aku baru je balik dari Canopy Walkaway FRIM. Dah selesai membersihkan diri...so lepak2 jek update blog. Hari ni, jam 8 pagi, aku dan famili bertolak ke Kepong untuk cuba Canopy Walkaway tu lah. Apa tu? Em...berjalan di hutan canopy FRIM sambil menikmati keseronokan melintasi titi gantung ..tak sure berapa meter..maybe dalam 200M dalam bentuk L shape. Jom layan gambar sambil bercerita:

Pastikan anda membeli tiket untuk Walkaway Canopy di D6  - Kedai Cenderahati. Tanpa tiket ni, boleh la nak tracking and hiking hutan TAPI tak boleh nak menaiki titi gantung. Kedai Cenderahati ke BASE Canopy Walk adalah 45 minit berjalan kaki, maka, kalau dah naik atas tanpa tiket.tak merasa lah nak naik Titi Gantung tu. Operasi Canopy Walk ni bermula jam 9.30 pagi. Tapi boleh start hiking dr jam 8. Jangan lupa minta Map ya.

Tiket Dewasa Malaysian RM5.00, tak Malaysian is RM10
Tiket Pelajar RM3.00 dan Kekanak adalah RM1 jek.
And RM6 per kereta kena bayar kat pintu masuk FRIM.

Mengikut MAP, ada 2 jalan masuk ke Base dan Mr. Abe nak follow yg dari Picnic Area. Em..akak jual tiket tu dah tunjuk arah kat aku, ikut Masjid...dlm map nampak dari Picnic Area lagi dekat. Aku ni, dah fobia dah lepas tersasar masa naik Bukit Saga ari tu..NAK sangat ikut dekat...yg dekat makin jauh. Lepas tanya orang..memang tak di galakkan ikut picnic  area tu. So kita org patah balik ke Masjid. 

Rules of hiking : Follow the route! Otherwise...fikir lah sendiri..huhuhu..

Ni permula sebenar route ke Base Canopy Walk. Parking kereta dekat-dekat situ and mulakan perjalanan anda dari sini. Ada tandas di permulaan track. 

Ni track 30 minit pertama. Sangat lah tidak mencabar. Sekadar jalan berfoya-foya. Kat sini ramai la bikers mundar mandir. Kalau tak lenggang kankung, tak sampai 30 minit pun. Since bawak Dania for the 1st time, dia sangat slow sambil membebel nak stop..nak rehat..nak minum..takde jln lain ke..aishhh.. And ni 1st time la aku trackking sambil lenggang mak limah. Susah gila nak berpeluh. 

Perjalan sebenar bermula. Upacara hiking dalam 200 - 300 Meter dari sini. Tak jauh kan?  Track dia pun lawa jek. Tak susah  and tak memenatkan sangat. Ada budak sekecil2 alam naik sini. Hiking sambil meminpin Dania, memang dah mcm jalan kat Mall jek. Cuma yang penat naik dengan anak-anak compare dengan kawan2 ialah...setiap benda yang dia orang nampak..semua dia org nak tanya. Mencabar kepala otak aku nak menjawab gak sebenarnya. Last2 aku cakap 'Cuba jgn byk cakap..sebab tu penat'..hahaha..Bagus tak alasan? kuikuikui/
Masa ni tak ramai lagi. So posing dulu..

Akhirnya sampai la ke Base Canopy Walkaway. Kat sini lah tiket di perlukan. Kalau takde tiket, amik route kiri, sila turun balik. Base ni di buat di atas pokok. Aku terlupa nak dongok ke atas utk snap hutan canopy. alah..melepas.

Journey bermula. Jeng jeng jeng. Siapa yang gayat, memang takut la kot. Dania dah tak mahu paling sebab dia nak laju ke depan. Takut la tu. Mr. Abe tu sebenarnya adalah dlm kategori gayat..tapi maybe dia nak tunjuk macho kat aku. Hak hak hak. Tips tak nak gayat : Jalan je ke depan ..jln jgn terlalu perlahan atau jangan berhenti kerana kalau slow atau jln slow2, terasa titi tu beroleng2. tu yg rasa scary.  Tapi kalau jenis tak gayat...lepak tengah2 tu sambil termenung pun okek jek..

Scenary dari tengah2 titi gantung. Cuaca cunz hari ni so view pun sangat cantik. Tapi sebab guna kamera enpon saja, ni je lah yang nampak. Paling jelas kelihatan adalah menara Pucuk Rebung. Menara TM lah tu.. :)

Ni tengah2 di antara 2 titi gantung. Atas pokok ni lah hut ni di bina. Cahaya alam menyimbahi bumi. Kalau pakai DSLR , compem lagi cunz gambar ni. 
Jangan Pandang Bawah. Hek hek..menurut Info, ketinggian adaalah 30 M dari aras tanah. Ye ke? Tak pasti lak. Maybe ya sbb pokok hutan canopy mmg tinggi2 kan?

Aku dari kejauhan. Cantik pemandangan dari tengah2 titi tu. 
Turun Time. Masa turun Dania dah tak mahu di pinpim..tapi agak slow. So aku suh Mr.Abe kokong dia jek. Tapi tak lama pun sebab dia nak jalan sendiri. Ni kira perjalanan aku yang pertama di dalam hutan secara lenggang kankung and tak berpeluh sangat sebab nak kena control Dania.So kira naik turunn mengambil masa selama 2 jam. 
Di FRIM ada air terjun untuk berkelah. Aku saja je tak bawak baju spare sbb now ni musim hujan. Tak berani nak anak2 main dengan air. Risau gak kepala air jatuh. Tapi sebab menagih2 nak juga main air, layan kan lah kejap. 
Balik singgah belakang Istana Makan ikar/sotong bakar. Kedai yang sedap tu tak buka. Layankan je lah yang buka ni. Sambal dia tak berapa nak umpphh..
Okek..abis dah cite. Pergi lah cuba...syiok juga! Adioas! 






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!