Tuesday, September 06, 2011

..The Zurah's..

Hello2..wat pe tu? Tidur lagi? Aku tengah tunggu subuh ni and bangun sahur for puasa ganti. Awal start puasa? Hee..alhamdulillah dan syukur gak, puasa ganti aku tahun ni tak sebanyak tahun-tahun dulu..but still 'banyak' lah. Aku ada niat nak puasa ganti dlm bulan Syawal ni. Puasa 6? Tak tahu lah dpt ke tak sekali pahala puasa 6 tu sebab dah mcm-mcm pendapat tentang Puasa Ganti dan Puasa 6 tak akan dpt dalam 1 niat. Takpe..puasa LillahiTaala.

Pagi ni saja nak tepek gambar mak abah aku di Hari Raya. Nak tau dari mana datangnya nama ZURA dlm nama aku tu? Tentu lah dari ZUbaidah dan Abd RAhim. Itu lah sebenarnya. Dan sebagai Puteri Tunggal dalam keluarga..aku rasanya lebih banyak berkongsi cerita dengan mereka dan juga adik2 yang lain sebab mereka segan dengan abang mereka.

Hj Abd Rahim dan Hajah Zubaidah

Me and emak

Me and Abah

Semoga Mak Abah di kurnikan kesihatan yang sempurna dan gembira selalu.
Tahun ni aku berjaya membuat emak nampak seperti Berhari Raya. Sebab berjaya 'paksa' mak pakai jubah yang aku belikan tu. Kalau tak, mak akan biasa2 saja sebab mak dan aku punya peel yang sama..tak suka berbaju kurung nak2 yang glemss bagai. Ngee...

Okek, dah masuk waktu subuh...tata!! Selamat Hari Raya... :)

Monday, September 05, 2011

..Penyangak PARIS..

Jam dah kul 11. Aku duduk mengadap PC ni..nak buat apa..nak buat apa. Kerja ada..tapi mode lom ada. Tadi p sarap kat Mc D dgn Nuui  (Nuui tgh merajuk ngn aku now..dia kata, dia tak nak kawan aku..sob sob sob..so aku dah takde kawan kat opis ni.. huuu..).
Bawak BJL Abe yang...emm..PANAS la. Keta ni macam nak kena let go jek..byk sangat perangai..Grrr..

Meh sini aku nak cite pengalaman yang aku rasa, tak leh lupa kot and infact, aku masih boleh bayangkan lagi muka Si Penyeluk Saku yang menyeluk Eu100 kita orang kat Rome ari tu. Masa bercuti ke Europe bulan 3 tahun ni, orang selalu ingat kan - Kat Paris hati-hati, banyak penyagak. Ni beberapa jenis penyangak kat Paris.


geng Gyspy Paris berpakain mcm ni..

1) Geng-geng Gipsi
- memakai skrit labuh, berselendang ikat di bawah dagu, membawa sehelai kertas A4 bertulis something like 'dia org terperangkap kat Paris and takde duit nak balik. Sedara mara dia orang masuk sepital'. Mula-mula dia orang akan tegur mcm ni 'Can U speak English?'. So baik korang buat bodoh je..cakap je lah 'Tak pandai' hahahaha.. Kalau korang peramah, korang akan di pau. How? tak tau sebab aku tak jawab YES. Sebab orang dah warning kan..

2) Geng-geng Black
- Islam rasanya coz dia orang akan tegur dia korang dengan Salam. Ni based on cerita Abe sebab masa kena tahan dengan mamat2 Black ni, memang nampak Abe cuak gila. Masa tu korang kena tunjuk brutal okek. Tapi kalau kena dgn dia orang..brutal mcm mana pun..tak lepas rasanya, ye lah kan..BLACK ma..besar wei dari kita. Biasanya geng ni akan offer Ikatan Cinta. Konon-konon nak tengok serasi ke tak kita ngn couple..atau how strong our loved. Dia orang akan ikat jari korang berdua dengan benang..tak tau la mana rupanya, nanti masa nak lepaskan ikatan tu, dia orang akan minta bayaran. Jeng Jeng jeng.agak2 bape lah korang nak kena pau kan? Masa dia orang tahan kami ari tu, Abe siap peluk backpack dia and menunjuk skill ganas dia sebab dia orang jenis nak menarik..aku? Ikut rapat Abe la..takut!

3) Geng Amik Gambar
- actually, tak tau la nak gelar penyagak ke apa dia orang ni. Maybe 'kerja' kot. Dia orang pakai costume orang sana. Mula-mula dia orang akan approch kita amik gambar for free..mcm-mcm la posing la..and jgn memain, dia orang ni setakat nak great kita 'Selamat Pagi' or 'Terima kasih' memang sesedap lidah jek. Nak-nak senang gila nak kenal Malaysian kalau dah bertudung mcm aku. Pastu, bila korang sudikan diri nak posing..siapkan la at least Eu10 which is equal to RM40+ utk hulur kat dia orang. Tak hulur? Jangan harap korang leh lepas kecuali korang boleh lari pecut at least mcm Watson Nyambek.

4) Geng Tukar duit/check duit
- Ni based cite sorang kawan yang juga terkena kat Paris. Dia orang kehabisan Euro. Turun dari Bas, ada orang sapa offer pertukaran duit..macam money changes la. Mungkin dah nak terkena kan..mana dah nak fikir logik ke tak, wang yang di tukar pada mulanya, memang wang, bila check balik ..duit di tengah-tengah adalah kertas kosong. Huaa..apa perasaan kalau kena mcm ni. And ada yang menyamar jadi polis to check your wallet (tah apa relevan polis check wallett tah) and lps tu, Euro korang akan berkurangan.




5) Penyeluk Saku - HAH! yang ni memang pengalaman sendiri. Dalam kita orang dok berjaga-jaga kat Paris..terkena gak kat Rome. Sebab selak sangat dengan Colleseum, rasanya ni terkena masa kali ke 3 kita orang nak p situ lagi.

Ini Kisah Aku dan Abe :
How terkena? Tapi ni kat ROME.
Dalam subway, berebut-rebut nak train. Sebenarnya, adalah pelik kalau tiba-tiba korang rasa, masa nak naik train tu, korang di tolak-tolak atau di asak-asak dr belakang kerana dia orang ni sebenarnya sangat behave masa nak naik train. Yeah, kalau dah rasa kena push and push..baik la korang check poket and bag. Sebab kerja push2 ni adalah kerja penyeluk saku. Masa aku dan abe di tolak2 ke dalam train..kami di ikut rapat oleh seorang budak perempuan Gipsy. Bau dia busuk OK. Rambut dia tak terurus. Dia pakai baju sejuk warna Purple and rambut dia ada kutu. Dia berdiri betul2 depan aku and cuba berinteraksi dgn aku. Tiba-tiba handbang aku dah terbuka. Berderau darah aku. Passport..passport..tu jek yang aku takut hilang. Takut tak leh pulang..huaa..Alhamdulillah, semua barang ada. Tapi..aku sangat pasti, aku dah zip handbag aku. Dan masa yang sama, dia dok push2 Abe. Bila kerja dia selesai..dia bercakap dengan aku bahasa yang aku tak faham..sambil tunjuk2 tangan dia takde apa-apa. Motif? Next station, train stop je, dia terus lari kuar. Masa tu baru Abe perasan, poket dia dah kena seluk..1 wallet kecik berisi kad kredit and Eu100 hilang. Ya Allah, berderau darah aku. Nak nangis pun ada. RM400 okek?? Tapi kalau korang kejar pun budak ni, korang tak kan dapat balik barang korang sebab aku rasa, ada orang lain dlm train yg dah standby utk take turn jaga barang yg di curi tu. Dia orang tak buat kerja sorang..Sedih gila masa tu. Cash dah la tak banyak and lucky, duit di simpan di merata-rata tempat di merata2 badan kami. Memang itu tips utk travel ya. Sampai now, muka budak tu..memang dlm kepala aku..JAHAT!!

Lepas ni, kalau ada rezeki kat sana lagi..mungkin terlalu banyak benda kena di 'siap'kan. Body wallet maybe kena beli. Jaket berzip. Tangan pastikan free, jgn pegang byk barang, sebab tu pakai bagpack adalah paling selamat. Kalau bawak anak-anak, mungkin anda mangsa seterusnya kerana terlalu banyak benda nak handle.
Me miss Amsterdam.. ;)
Mr Abe dah update travel blog kita orang kat : Bumi Itu Bulat..Kagumilah Ia.. Since dia yang paling banyak travel, cite pasai dia je lah banyak kot. Rajin kalu..visit and baca lah.. :)



Renungan :
Saya adalah amat-amat bangga menjadi Anak Malaysia. ;)


Sunday, September 04, 2011

..Melepak sambil menaip di mlm raya ke 5..

Hallu..esok 5hb September bersamaan Raya ke 5 dan juga turut membawa maksud - Sila lah bekerja. Lemau kan bila dah syok cuti lelama, sekali kena kerja. Mau tak mau..kena la juga bawak kaki ni pergi kerja. Esok lak kena mengadap Puan for KPI rating..belasah..aku dah tak kesah. Bagi la apa pun..alhamdulillah saja lah. Dan ..Hari ni dah ada kat umah. Bertolak seawal pagi untuk elak jam. Alhamdulillah jalan clear tadi. 2 jam lebih sket dah sampai and terus ke Jusco Equine.

Aku bukan nak pasai raya..tapi saja-saja nak update blog. Masa aku tengok balik gambar raya kat Penang..ni ada kepala otak aku. Jom layan (tak suka jgn baca ya..;b)



Bendera berkibar megah di rumah abah :)
Nak cite pasai baju raya ni. Ni nak p beraya ke Penang. Baju sulam ni aku beli kat Surabaya. Size S. Tapi, tengok la rupa aku dalam baju ini, mcm pakai baju pinjam kan? Aku nak pakai t-shirt je, ye lah, dah raya ke 5. Masa aku beli, memang dah terasa besar..tapi mbak2 sana bilang ..pakai longgar2 kan lagi lawa mbak. Sebab baju tu murah compare sini, aku pun rembat ..bukan 1 tapi 3 helai. Dan ini lah hasilnyaa.. macam orang tak cukup zat je. Hak hak hak.

Kereta putih itu bukan kereta aku...
Pakai shawl ala-ala CT. Memain, siap tengok Youtube nak pakai shawl ala-ala CT ni. Tapi rasanya tak berapa nak jadi. Dan rasanya, time2 mcm ni je lah kot aku nak pakai tudung menyusahkan diri mcm ni. Kalau nak p kerja ka..idak la teman. Tudung mcm ni kena ada peniti which is dah lama gila aku buang benda Allah tu..pastu kena pakai tudung inner tutup leher..double tudung la ni namanya. ahaks. Memang bebudak sekrang ni rajin lah. Kalau nak senang, sila cari kat youtube - Messy Shawl. Gila senang, takyah brooch or peniti okek..tp kena ada shawl panjangg...sila la cuba. ;)

Suruh Danish snap..malu2 dia..hahaha..kesian..
Memula, sila jangan gelak okek. Hahaha. Ni sesaja je aku menry spec ala-ala besar gini. Apa kata orang - 'Teringin'. Tapi bila aku pakai je, Danish dah geleng kepala. Bila aku tunjuk pic ni kat Abe..pun dia geleng kepala...aku tunjuk kat adik aku..dia cakap 'Mcm orang tua x jadi jek'..hahaha. Bengong.

Me and Abe..tengok budak belakang tu..sibuk jaa...

Me & anak2 and anak saudara kat QB Mall Penang

Abish dah cite...ESOK KERJA...yehhaaaaaa.... (uweeeeeeeeekk..x suka doh!!!)


Friday, September 02, 2011

..Dah nak masuk Raya ke 5..

Selamat hari raya ke 5! Eh, leh wish selamat hari raya lagi ke ? Boleh laaa...yang penting dari hati. Setakat raya ke 4 ni, aku sihat alhamdulillah. Tadi lepas maghrib sampai Ipoh dari Taiping. Masa lepak-lepak tadi,ada call from Penang lak..ada berita 'kurang senang'. So esok bertolak ramai-ramai ke Penang lak. Auntie aku sakit kat kat sana..InsyaAllah, pagi2 esok ke Penang.

Cik Lulu kita di Taken orang kat Tepeng Hari ni.. ;)
Takde apa nak cite..just, dah makin dekat nak kerja ni, mula hati ni mcm-mcm hal lak. Em..susah betul la nak pujuk diri sendiri..apa kata orang- 'Mcm curah air di daun keladi'. Suka-suka hati je kan. Aku pun dah malas nak fikir..janji masing-masing bahagia dgn hidup masing2 atau pura2 gembira..ikut suka lah. Manusia ni, ada satu tahap..kalau dah penat berusaha ..mungkin tarik diri or beralah je lah KOT. Hee..merepek sudah.

az.za - 10 yrs..
Balik kampung raya ni..soalan cepu emas adalah : Bila nak ngandung lagi ni? ahakss..Biarlah Rahsia. Dan bila balik kampung terasa kesempitan kereta untuk bergerak beramai-ramai...pun terfikir juga kereta 7 seaters. Aku sangat suka pada Estima (*berangan)..tapi regenya nearly RM200K..aje gila. Takpe2..selagi anak 2 jek ni, pakai lah dulu apa yang ada. k Go!

..Selepas syawal ke 2..

Menaip di bwh sinaran lampu sesamar- samar alam seperti senjakala menjelma, menggunakan jari jemari menekan-nekan papan virtual ipad 1, oh...tidak berapa selesa...tapi OK la kot berblogging guna ipad ni. Opsss..not mine..hadek punya Ipad..kakak borrow saja. Saja nak testing blogging.

Cite pasai raya lagi lah kan. Raya ke dua ( aishh. dh bape kali backspace ni..leceh gak!) adalah tiada cerita. Since ada yg plan nk ke utara dan abe kena ke selatan on raya ke 3, makanya, duduk rumah adalah yg terbaik. Adil dan saksama dan juga tak penatkan driver. Mak buat laksa as my wish (senang tul idup ngn mak ni kan?) .. and journey seterusnya adalah on raya ke 3.

*Aiseyy, takleh upload pic la guna ini ipad...upload button disabled..yenadeyy..terus reject.

Raya ke 3, seawal pagi kita orang bertolak ke Senawang...opssss salah2, singgah Uniten dulu. Haishh..aku tak tau apa2 ni, mula la nk berangin, apa la salahnya bg tau aku kan plannya. Sib baik lah rumah tu dh 'elok' sket. Hidang maggi je lah by chef Azril. Dalam kul 1 lebih terus ke Senawang - pi petik bunga utk adik abe. Sempoi gila majlis..macam g raya jek. Kagum aku sbb dlm zaman bebudak muda ni berlumba nk tunjuk majlis siapa paling grand and membazir..majlis pertunang semalam paling mengikut syariat...kot. Perjumpaan hanya di antara dua keluarga, selesaikan yang wajib dan wang hantaran minta seikhlas berapa nak bagi..dan Tasha manis hanya berbaju kurung dan bertudung bawal..sangat respect.

Habis majlis...famili abe terus ke PD - bercuti. Aku dan famili, balik Uniten dulu berehat dan kemudian amik amik wedding yg dh siap kat KL. Pastu balik semula ke Ipoh.


Ni upload guna Enpon..apa la Ipad takleh upload pic..

Hari ni Raya ke 4...tadi p Raya umah uncle kat Manjoi and now dlm keto ke Bagan Serai n pastu ke Tepeng nak majlis si dara manis..Bertunang. Siapa ya? :)


posted from Bloggeroid






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!