Tuesday, August 09, 2011

..Portable Wifi Hotspot..

Demi Allah..aku sangat2 stress dari tadi. Balik tidur, cuba tenangkan diri (sepatutnya mengaji..tapi dah takleh handle sedih ni)..and balik semula ke opis, cuba buat kerja-kerja terakhir sebelum alih tugas dan argghhh! tak boleh blah. Aku tak dapat terima - 'manipulasi terancang'. Tolak ke tepi semua task. Amik kertas and buat kerja sendiri.

Tahu tak apa tu Portable Wi-fi hotspot (PWH)? Benda ni aku rasa di kesemua smartphone Android 2.3 ke atas dan maybe juga ada pada smartphone handphone2 lain. PWH ini di gunakkan untuk connect handphone ke device lain such as Ipad, Lappy and apa2 gadjet yang ada Wi Fi Connection lah. Tujuan? Tak yah beli broadband banyak2..Maksudnya..kalau handphone kita telah di subscribe dengan data connection..ala - yang kita dok surfing2 guna enpon tu. Make sure bukan connect guna yang mahal tu eh..tu aku tak jamin. Subscribe yang mana2 phone provider offer lah. Macam aku..pakai Celcom : RM38 sebulan - 500mb. Cukup la sekadar nak surfing and kadang2 update blog. So, once dah subscribe kat handphone, korang boleh jadikan handphone ni as wi-fi modem - itu lah dia namanya Portable Wi-fi Hotspot. Maka, tak perlu lah beli banyak2 broadband yang seketul itu.

Jom tengak how to setting (klik picture untuk view yang lebih menyenangkan mata) :

abaikan kertas sebelah kanan tu..tu 'racun' hidup aku now ni..
So, kalau korang nak beli gadjet mcm Ipad 3G + Wifi tu mahal, tapi korang dah ada smartphone dengan function WPH ni..connect je la to handphone tu dengan hanya membeli Ipad and Samsung Tab Wi-Fi sahaja. Kalau ada lappy with wifi connection ..boleh terus connect and belayar.

Atau..boleh juga guna khidmat USB Tethering..same concept.
pst : Huaa..cuba gembirakan diri dengan merepek-merepek mcm ni..TAPI.. i need a shoulder to cry .. :(

Renungan :
Siapalah SMARTPHONE tanpa DATA CONNECTION - Apapun tak boleh..



..Terbunuh seketika namun hidup semula (?)..

It's hurts..really-really hurts. Just like 'Jatuhnya talak 1 dan rujuk semula'. Yeah..ini yang aku rasa. And 'that was' a 2nd killing words from her. Just lucky..I am fasting. Trying to senyumm and senyum and terus senyum on whatever she said to me. I saw her anger...but..biarkan lah..


Haish..TIPU lah kalau cakap aku tak sedih..and now..air mata ni mengalir lagi..astarafirullah hal azim..


Renungan :
Siapa berpuasa bukan kerana Allah maka dia tak dapat apa-apa.



..Keburukan Itu Punyai Kebaikan..

Assalamualaikum..say 'cheessee......senyummm' :)

9 Ramadhan menjelma..alhamdulillah, masih bersama mencari rahmat dan berkatnya Ramadhan.Hari ini - jom hayati renungan ini Warna Pagi Ikim.fm.

Bersyukurlah kepada orang yang menyakitimu kerana dialah orang yang menabahkan hatimu,
Bersyukurlah kepada orang yang tak mengendahkanmu kerana dialah orang yang memupuk berdikarimu,
Bersyukurlah kepada orang yang menjatuhkanmu kerana dialah orang yang memperhebatkan abilitimu,
Bersyukurlah kepada orang yang menyeksamu kerana dialah orang yang menguji kesabaranmu...

Ikim.fm - 91.5hz . Suka sangat dengar si Siti Rohani Surani tu bercakap..seperti sentiasa tersenyum dan bahagia :)  

Saidina Ali Karamallahu Wajhah berkata:
"Orang yang hebat adalah orang yang dapat membezakan baik & buruk.Tetapi orang yang lebih hebat adalah orang yang dapat mencari kebaikan dalam keburukan"




Monday, August 08, 2011

..Sahur Itu Berkat..

Alhamdulillah, masuk 8 Ramadhan dan aku masih lagi di beri kesempatan menunaikan rukun Islam yang ke 3 dan berdoa supaya 'bulan mengambang' aku lambat sket kali ni..tak ikut cycle pun tak apa lah untuk bulan ini. Boleh? Huhuhu. Puasa dan sahur ada subset kan? Aishh..ni la subjeks Maths yang aku tak penah lulus 'Subset'..miahaha. Cakap pasai SAHUR, teringat zaman sekolah terutama masa kat asrama dan semasa bujang sebelum jadi isteri orang..mmg la bujang tu belum jadi isteri orang..apa da! Kalau kat asrama, adalah tersangat liat dan culas nak bangun sahur..nak buka mata jamah sebiji kurma dan telan seteguk air pun sangat lah pemalas. Pernah sekali dua, bangun nak bersahur..sekali tengok barisan? Hua hua hua..tidur lagi best..so patah balik masuk dorm and kroh kroh kroh. Eh tipu la..aku tido mana ada munyik..ngee. Bila dah kawin..dah jadi tabiat atau kemestian untuk sang Lelaki - sahur tu kena. Ye lah kan..orang laki ni, kalau lapar..memang kalah la ledakan gunung berapi. Pastu sahur mereka mesti nak nasi..maka, nak tak nak ..aku pun bangun sahur sama and now, bila anak-anak dah mula puasa..memang dah takde alasan lah nak elak diri dari sahur walaupun tidur itu lebih nikmat dari segala-galanya. Pagi ni, Abe yang sediakan sahur sebab malam tadi sampai dari kampung dah kul 11 pm lebih. Mata dan weng..aku minta tolong dia sediakan sahur untuk kali. 4.30 am, alarm munyik..dia bangun - masak untuk kami sekeluarga. Masak apa? Tomyam dan telur dadar. Ngeee..Terima kasih banyak..eh salah..Terima kasih daun keladi eh.. lain kali, boleh la buat lagi..hak hak hak.





Pagi tadi Danish tanya aku apa maksud :

“Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”

Soalan budak2 zaman sekarang memang mencabarkan? Dia tanya, apa maksud Ahli kitab..so aku pun jawab lah ikut apa yang aku tahu. So tadi aku terpaksa google balik..kang salah ajar anak kang..sesat jalan lak mereka.

Okek..kepada sesiapa yang malas banget nak bersahur tu..jom kita baca ni :

BERSAHUR adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fikah akan berkata: “Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja.” Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat.



عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَال َقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً

Dari Anas RA, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah).

Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud :

السُّحُورِ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ فَصْلَ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ
“Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.” Hadis riwayat an-Nasaie.Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Bersahurlah, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air.

sambung baca kat : Tayibah.com

Semoga, kita sama-sama dapat berkat Sahur Ramadhan ini. Tak rugi tau sahur..perut kenyang, hati senang..pahala pun isnyaAllah datang melayang-layang. Amin.

Renungan :
“Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).



Sunday, August 07, 2011

.. Ramadhan ke 7 yang juga indah..



Menaip dr dalam kereta..menuju pulang ke rumah selepas 2 hari di beri kesempatan olehNya untuk berbuka dgn famili kat umah mak abah. Siang tadi, lepas ke rumah mentua melawat baby adik ipar...terus ke Jusco Ipoh. Belikan barang2 baby. Aku ke kaunter produk skin care aku beli pencuci muka yg dah abish. Borak2 dgn SA tu pasai kulit ni, dia pun tanya...pakai betul2 tak? Cuci muka tak? Toner pakai mcm mana..hahhaa. Aku pun sengeh je la sbb aku mmg takde displin bab2 jaga muka nii..terus SA tu cakap..'haiyaa...beli apa produk pun,kalau tak bla bla..sama saja'. Hahaha..terkena lagi. Ok la ok la..aku rajin lah lps ni..keh keh keh..


Hari ni berbuka dengan lauk macam2 ada. Emak masak ikut selera tekak anak2 dan menantu. Aku minta hati ayam masak hitam ngn pajeri terung...sgt lah sedap. Tapi dah jadi peel aku..mmg tak leh or tak reti makan byk2 jenis lauk..so, yang lain..aku tak sentuh la. Paling best, dapat air tebu...yummeh lak.

3 hari cuti ni, terasa lapang jek dada..seronok duduk rumah dengan famili. Aku hint mak nak resign ( tak tau bila..tp mmg aku sgt2 berkobar..doakan aku boleh capai impian ni eh korang)...dan mak nampak positif kali ni dari biasa..

Okek..pening la menaip dalam keto..semoga selamat sampai..buhbye...

posted from Bloggeroid







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!