Sunday, August 07, 2011

.. Ramadhan ke 7 yang juga indah..



Menaip dr dalam kereta..menuju pulang ke rumah selepas 2 hari di beri kesempatan olehNya untuk berbuka dgn famili kat umah mak abah. Siang tadi, lepas ke rumah mentua melawat baby adik ipar...terus ke Jusco Ipoh. Belikan barang2 baby. Aku ke kaunter produk skin care aku beli pencuci muka yg dah abish. Borak2 dgn SA tu pasai kulit ni, dia pun tanya...pakai betul2 tak? Cuci muka tak? Toner pakai mcm mana..hahhaa. Aku pun sengeh je la sbb aku mmg takde displin bab2 jaga muka nii..terus SA tu cakap..'haiyaa...beli apa produk pun,kalau tak bla bla..sama saja'. Hahaha..terkena lagi. Ok la ok la..aku rajin lah lps ni..keh keh keh..


Hari ni berbuka dengan lauk macam2 ada. Emak masak ikut selera tekak anak2 dan menantu. Aku minta hati ayam masak hitam ngn pajeri terung...sgt lah sedap. Tapi dah jadi peel aku..mmg tak leh or tak reti makan byk2 jenis lauk..so, yang lain..aku tak sentuh la. Paling best, dapat air tebu...yummeh lak.

3 hari cuti ni, terasa lapang jek dada..seronok duduk rumah dengan famili. Aku hint mak nak resign ( tak tau bila..tp mmg aku sgt2 berkobar..doakan aku boleh capai impian ni eh korang)...dan mak nampak positif kali ni dari biasa..

Okek..pening la menaip dalam keto..semoga selamat sampai..buhbye...

posted from Bloggeroid

Saturday, August 06, 2011

..6 Ramadhan pun berlalu pergi..




Syukur..sempurna sudah Ramadhan ke 6 dan paling sempurna, dpt bersama keluarga di rumah ayahbonda. Pulang ke Ipoh dah hampir dinihari kerana ada urusan lain tengah hari tadi. Hari ni semua ada kecuali keluarga Sham..sok kita jumpa ya. Sebelum balik, calling-calling mak...'za nak makan gulai ikan masin lah'...heee..mcm biasa, alhamdulillah..impian terlaksana..syukur. Ok, gendang gendut tali kecapi, kenyang perut..jom mengadap Illahi pula..

posted from Bloggeroid

Friday, August 05, 2011

..Cantik Oh Cantik..

Hallu..menaip dari atas katil dengan lappy di atas perut dan kepala atas bantal. Aishh..ni gaya orang pemalas.kan? Memang tengah bermalas-malas pun..terpaksa CUTI TERKEJUT hari ni jaga si Danish Hakimi dan sekaligus si Nia Mimi. Apa kes? Em..semalam dia jatuh kat sekolah, sebelah muka sudah carca merba dengan lebam dan hari ini, lepas dah siap-siap nak g sekolah - 'Kepala Danish sakit.' Kesian lak. Semalam pun dia tak amik 1 paper ujian sebab kena dok bilik sakit..maka aku yang tengah malas nak g kerja (kenapa hati aku langsung takde kat opis ya..setiap langkah ke sana, hati aku betul2 lemah) pun setuju je nak jaga dia. Dah tak hantar si abang..maka si adiknya pun aku malas nak hantar..suka tul si Mimi tu tak yah g sekolah..apa la nak jadi ngan mek ni (marah betul kalau aku panggil dia Mek.hahaha).

Mata saja dah cantik..subhanaAllah..

Berbalik pada tajuk entry..cite pasai SKII yang aku baca dekat blog Hanis Zalikha.

'Abang..nak cuba la SKII..banje?'
'Tak yah laa..dah licin dah kulit tu'

Ha Ha Ha..sunggu propaganda ya cik Abe. Dulu masa aku tanya, ada perubahan tak pakai produk ABC tu..dia cakap..'Sama je'.. bila minta banje SKII..terus licin ya..blueekkk..Tapi semalam, ajak dia p kaunter SKII tu kat Alamanda..dia follow je..'Abang bayar?'...'Yaaa'..aishhh..rugi tolak weii..namun..sayang seribu kali sayang..trial pack tu dah takde..abish sudah. So malas la aku nak beli .. lagipun saja je nak mengatal cuba..dah takde tu..bagus la jugak..lain kali je.

Hari ni dpt PM dari Kak Lon ajak jumpa CT (Siti Nurhaliza lah!) kat Giant Saujana Kajang. Mengelejat gak aku nak p..ye lah, nak jumpa CT sendiri..nak suh dia consult apa yang elok untuk aku (korang boleh jumpa dia ya..beli barang SimplyCT, baris, sila la duduk sebelah dia..nak sembang2 ka..amik gambar ka). Sekali ada dua lak anak buah2an ni nak kena jaga. Dia orang tak nak jalan-jalan..Penat puasa. Em..melepas la juga. Takpe..lagipun, aku tak caya sangat CT lawa sbb SS dia..sbb dia dah memang lawa dari mula aku kenal..eh salah..minat dia. Memang pernah face to face ..kulit dia mmg lawa walaupun takde makeup.

Tadi aku baca blog Fatin Liyana..dah mcm pucuk di cita ulam mendatang je kan? Semua pun cite pasai Cantik..but opsss..maksud aku cantik kan entry ialah KULIT ya..bukan nak cantik sbb dah memang sedar tak berapa nak cantik macam JLo..tapi cantik di mata suami dan anak2..hahaha..apakah? Kenapa aku tiba-tiba sangat Obses dengan cantik ni? Ala..aku risau la tengok kulit muka ni lately..nak-nak lepas main netball ari tu..sangat TERUK la..ari tu g amik gambar studio pun, aku dah rasa tak cantik wpun dah makeup..sebab kulit dah sangat teruk..kering, kontang dan gersang..baru awal 30 an ni..aishh..

Eh, pasai blog Fatin Liyana tadi (p le tgk sendiri dia cite pasai apa), ada link ke blog Dya Romantika...pun cakap pasai CANTIK..dlm blog Dya tu jugak..ada cite pasai Heliza Helmi..pun masih cerita pasai cantik. Yeahh..mereka semua ni memang cantik..kulit mereka cantik..TAPI mereka semua masih muda belia..takleh la nak compare dengan aku. Dulu umur aku macam dia orang..kulit aku cantik jugakk..now ni, aku nak tengok yang cantik kulitnya..tapi umur ala-ala aku. Siapa? sila promote diri kat aku..hahaha. And anda mesti la juga sorang yang aktif outdoor aktiviti..kalau yang jenis manja-manja dok opis or rumah je..kulit and semestinya cantik sebab tak terdedah pada sang suria..  dan kalau boleh, yang sawo matang macam aku..sebab orang gelap macam aku. mmg senang dapat pigmentasi..benci jeragat!!! huh...

Ke sebabnya Hati aku dah secantik dulu? Kecantikkan luaran tu kan dari dalam? Tapi memang pun..HATI aku dah tak seronok sangat nak kerja..itu antara masalah utama hidup aku sekarang.. Ya Allah, mohon petunjuk..

Atau sebenarnya...aku ni pemalas..ingat la si Ivonne SA produk yang aku pakai tu cakap 'Liza..kalau beli semua produk mahai2 pun, kalau malas cuci muka..memang la kulit tak akan jadi apa-apa'. Terus bagi aku makeup remover khas untuk orang malas macam aku..yang jenis senang nak guna..TAPI..aku tak guna pun..hahhaa..memang la pemalas..padan muka saja lah~~

Renungan :

Thursday, August 04, 2011

..Warkah Cinta Buat Dia - episode 2..


Selamat Hari Raya! Hahah..kan dah kata, selagi tak cukup 3 sekurang-kurangnya..bukan Azril Dahari lah namanya. Datang lagi warkah cinta agung buat kali ke dua. Kalau tempoh hari, polis snap montot keto..kali ni, jelas dan nyata dagu si driver. Tengok KM, memang lah bukan aku pembawanyaa. Tahu la pak mentua bekas polis pencen..rajin ya menabung kat PDRM?

Renungan :
Lidah orang yang berakal terletak di belakang hatinya.Hati orang yang bodoh terletak di belakang lidahnya.



..10 tahun pun MenJelma..


Tahun ni design conteng2 pakai tangan jek.. :)

Takde kata-kata jiwang..
10 tahun kisah kita terlalu banyak untuk di kenang..

Just..

Semoga Allah limpahkan rahmat buat Za dan Abang ..
Abang dan anak-anak - semua Za sayang..

-Happy 10th Anniversary-

Azril & Liza









Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!