Wednesday, August 03, 2011

..What Is MakeUp..

Aishh..lembab betul masa berlalu bulan puasa ni. Ye lah, biasanya masa di habiskan dengan melepak dgn kenkawan sambil menikmati sarapan pagi. Tapi masuk bulan Ramadhan, g kerja pun awal..kul 7.45 am dah terduduk atas kerusi ni layan FB, baca paper online and belek-belek blog. Menurut kajian - Otak kita sebenarnya lebih cerdas di bulan puasa kerana semua 'pekerja-pekerja' dalam perut berhenti bekerja..so semua di transit ke otak. Fakta atau Auta? Fakta..tapi dah tak ingat sumber..just dengar gitu-gitu je dari Ikim.fm - Pilihan Utama Anda. Hee..ni je la radio yang aku layan sejak hampir 2 tahun lepas...dapat lah juga bersih hati yang kadang kala kucar kacir ni. PUN masih tak bersih-bersih kan? CUKUP ke dengan hanya mendengar radio? - Tiada Siapa Yang Dapat Mengubah Diri Kita KECUALI Diri Kita Sendiri.

Bukan nak lawa macam Erra Fazira, apatah lagi nak secomel Siti Nurhaliza, sekadar berharap, kulit kembali anjal dan bersih at least seperti gambar ini. Ini gambar 2006 .. emm ..keh keh keh..serius susah hati dengan kulit muka sendiri..
Sambil wat kerja yang semakin sesak nafas untuk capai target..semakin mengantuk lak mata ni. Layan blog la kejap. Belayar ke blog bloggers comel lagi jelita malah berjaya ..huhuhu..'kagum-kagum'. Sangat kagum lah. Mula-mula, wajib lawat blog Redmummy, juga layari blog Hanis Zalikha, lepas tu blog Emak Hanis, lepas tu aku layan blog Fatin Liyana and paling latest, blogger cun yang dekat di hati aku - Intan a.k.a Usu (Usu,pakai apa eh?) Demi Allah..suka gila tengok dia orang.. CANTIK sangat. Apa yang cantik? Off course la WAJAH dan kecantikkan yang cantik pada aku adalah 'Kulit Mereka Sangat Cantik'. Hanis dan Mom dia tgh promote SK II..huhuhu...serius ke dia orang cantik sebab produk tu? Hanis dan her Mom memang la dah lawa dari dulu aku tengok...so sapa-sapa, orang biasa-biasa macam aku ni, yang dah pernah try SK II..sila lah buktikan sesuatu kepada diri ini.. heee..

Apa ni? Jauh benar tajuk Entry dengan isi..dah melalut-lalut. Kalau baca blog Mr The Other Khairul..dia benci blogger buat entry macam ni..takpe, aku bukan siapa-siapa, type entry sendiri..baca pun sendiri-sendiri..keh keh keh. So, bila Hanis cakap, keluar tanpa makeup..apa sebenarnya itu Makeup? Jom google..

Kakak Wiki cakap :

make·up
noun /ˈmākˌəp/ 
  • Cosmetics such as lipstick or powder applied to the face, used to enhance or alter the appearance

    Sapa cakap dia tak lawa..agak rabun lah rasanya. Gila lawa kulit dia..tapi dia masih muda..cuba tengok her Mom..lagi lah..aishh..gila teruja..
    kredit : Hanis Zalikha Blog

    Oooo..maknanya, walaupun hari-hari kalau kita kuar rumah and tepek sedikit bedak dan secalit gincu, itu dah kira Makeup. Maknanya - 'Hari-hari Liza pergi kerja pakai makeup kecuali keluar makan malam, Liza tak pakai makeup'.

    Pantang tul mak aku kalau keluar rumah tak tepek bedak walaupun secalit..dengan ucapan 'Liza ..muka kamu tu dah la berkilat..cuba la pakai sikit bedak tu'. Keh keh keh..Tapi betul lah apa yang mak aku cakap tu..di lahirkan begini, berkilat sana-sini...nak-nak umur dah meningkat ni, memang terasa sangat kulit makin kering dan tak berapa nak berseri. Main lak netball aritu bawah terik matahari..hasilnya, produk yang aku pakai sekarang ni pun dah tak membantu. Ikut hati..nak jek minta Nasha Aziz sponsor aku buat something kat muka ni supaya boleh sentiasa cantik macam dia..tapi tak pe la..mungkin boleh ikut petua Kak Nita Sawak - 'Amik wuduk setiap hari'. Ngeee...


    Renungan :



    ..Guna IE itu TERENCAT (?)..

    Kajian dapati pengguna Internet Explorer miliki IQ yang rendah
    NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Satu kajian baharu mendapati para pengguna perisian Internet Explorer (IE) adalah bodoh kerana mereka memiliki purata tahap kecerdasan intelektual (IQ) cuma 80, lapor sebuah akhbar semalam.

    Internet Explorer (IE) yang mula digunakan pada awal 1990-an merupakan sistem operasi komputer popular ciptaan firma Microsoft yang diterajui bilionair, Bill Gates.

    Kajian tersebut dilakukan oleh firma perunding Kanada, AptiQuant yang menguji 101,326 orang berusia 16 tahun dan ke atas dari pelbagai negara termasuk AS, Kanada, Britain, Australia serta New Zealand.

    Mereka diminta mengambil ujian IQ manakala sistem operasi dan lokasi komputer mereka direkodkan menerusi alamat protokol Internet (IP).

    Kajian mendapati mereka yang menggunakan IE rata-ratanya hanya memiliki IQ cuma sekadar 80.



    Menurut skala IQ, kepintaran manusia normal ialah 100 manakala angka 80 dan ke bawah menunjukkan seseorang itu mengalami terencat akal.

    Kajian sama mendapati pengguna sistem operasi Firefox atau Google Chrome memiliki IQ melepasi tahap normal iaitu sekitar 110.

    Pengguna sistem operasi Opera atau Camino dikategorikan sebagai paling bijak dengan tahap IQ sekitar 120.

    Kajian tersebut merumuskan bahawa IE masih popular dalam kalangan jutaan pengguna kerana ia mudah dan seseorang itu tidak memerlukan IQ yang tinggi untuk menggunankannya.

    - Agensi

    Ini dari Aku :
    100% entry di cedok dari Kosmo Online. Hahaha..suka-suka hati je ya kata pengguna IE rendah IQ (terasa ke?) .. dah kalau semua application masa kerja ni hanya IE yang support..macam mana? EH, aku guna Opera ya..tapi itu kat enpon..kalau kat PC opis..IE la jugakk..PC rumah guna Google Chrome..so..di mana kah tahap IQ aku? Ngonngg lah!!!

    TAPI aku tak suka sangat Mozilla..banyak sangat UPDATE da..almost everyday..tak larat kot asyik nak kena restart explorer? Grrrr........


    Renungan :
    What U give is what U get back
    -motivasi pagi IKIM.fm-

    Tuesday, August 02, 2011

    ..Warkah Cinta Buat Dia..


    Buat kekasih ku - Azril Dahari. Ku layangkan warkah ini, khas untuk mu kerana ku tahu, ketika kejadian, mobil ku di pandu oleh mu. Ku rasa, ini bukan kali pertama warkah ini di layangkan kepada ku..rasanya, lebih dari 10 angka..Tak tahu juga, entah berapa Ringgit Malaysia yang dikau telah tabungkan di PDRM..Cuma kali ini, warkah ini agak berseri kerana di sertakan sekali gambar kereta ku yang di pandu mu. Maka, dengan ini, sila lah..mcm biasa..selesaikan ia sebelum daku di kejar pihak berkuasa.

    Selamat puasa wahai kekanda, saman ini, kalau belikan adinda sepasang persalinan sutera - berbaloi jugak rasanya. ;b

    Monday, August 01, 2011

    ..1st journey Dania Hamimi..

    Alhamdulillah, selesai Ramadhan pertama, kan? Hari ni aku bercuti coz Taska Dania tutup sambut puasa. Bersyukur juga kerana ini masa yang aku tunggu-tunggu..nak tengok 1st day Dania Hamimi belajar puasa. Mula dengan sahur - mereka aku kejutkan jam 5.15 pagi selepas semuanya terhidang. Alhamdulillah, dengan sekali salam, Danish dan Dania bangun tanpa perlu aku jadi tarzan. Saja kejut lewat untuk amik berkat sahur. Pagi tadi sahur hanyalah lauk sardin dan telur dada - cukup lah kan alas perut? Lepas sahur, jangan harap lah budak-budak ni nak tidur. Hari ini, babah hantar Danish pergi sekolah..

    Aku..duduk rumah layan kerenah Nia Mimi..

    'Kenapa kita kena puasa ibu?' - Nia
    'Kata nak masuk syurga? Kalau puasa, dapat pahala nak kumpul masuk syurga, kan?..dan puasa, nak ajar kita, supaya belajar dan rasa orang yang takde makanan' - Ibu
    'Mimi nak susu lah ibu...' - Masa ni dah kul 7.30 am.
    'Nanti nak berbuka, ibu buatkan ya..jangan mandi lambat, nanti markuh. Dan kalau tak tahan lapar, tidur je lah' - Ibu
    'Tapi, kalau puasa, kan tak boleh tidur lama-lama..kan ibu kan?' - Ibu
    'Takpe...nia baru belajar.' - Ibu.

    Pagi tu, beberapa kali dia pujuk aku nak buka puasa - dahaga. Aku terus pujuk and akhirnya dia layan diri main mainan kat depan ni sambil tengok tv. Aku lak yang tertidur. Hehehee..Bila terjaga, aku tengok dia masih segar..aku tanya 'Nia minum ke? elok je ibu tengok ni?' ...'Tak leh..mimi puasa lah'.

    2.30 pm , aku keluar amik Danish kat sekolah. Bulan puasa, dia habis sekolah awal. Esok and sampai ujung Ramadhan, aku akan transitkan dia ke sekolah Dania. Minta dia jalan kaki je ke Taska. Tak jauh pun..harap Allah permudahkan semuanya. Amin..

    Jam 3 pm - Dania masih segar and sibuk nak main beskal.
    Pukul 4 pm - Ibu, Dania nak air..dahaga. Ibu suruh tidur jek..
    Pukul 4.30 pm - Dania dah hilang upaya. Nak tidur bilik ibu..ada aircond..terus lena.
    6.30 pm - Bangun dan terus mandi. Ibu, Dania dah tak tahan ni..kenapa lambat sangat. Sogok dengan Iphone, terus dia senyap..
    7.28 pm - Kenapa lambat sangat ni ibu? kata kejap..dari tadi kejap..kenapa kejap ni lama? Dania dah tak tahan ni..nak minum.
    7.32 pm - Alhamdulillah..Dania berjaya puasa sehari..

    Sengaja aku catitkan semua ni di blog ini. Biar nanti, dia boleh baca sendiri. Esok nampak gaya, Dania masih semangat nak puasa..tapi ada syarat lak..Nak Angry Bird besar bila cukup 30 hari. Hehehehe. InsyaAllah..janji habiskan puasa. Aku agak teruja sebab rasanya lagi senang ajar Dania puasa dari abang dia. Dulu Danish sampai tergolek-golek nangis nak buka puasa. Nak tahu apa dia orang request untuk buka puasa tadi? Nak makan nasi dengan sardin..Ya Allah, senang kerja ibu..

    Malam ni, malam kedua terawikh bersama famili. Masih belum ke masjid. Dari tahun lepas, aku lebih selesa berimankan Abe dan jemaah bersama keluarga. Sama je kan pahalanya?


    Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keredhaan-Mu Dan Jauhkanlah Aku
    Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca
    Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dad Semua
    Pengasih!!

    ..Puasa Itu Banyak Rahmatnya...

    Bermula Ramadhan Pertama ..

    Alhamdulillah..Terawikh pertama telah terlaksana dan sahur hari pertama selesai bersama keluarga. Abe, aku, Danish dan alhamdulillah juga, si kecil Dania Hamimi. Semoga semuanya dapat laksanakan puasa dengan mudah..Ya Allah, berkati Ramadhan kami. Amin..

    Jom tengok balik apa itu PUASA ;

    Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :
    ” Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa.”
    Manakala Rasulullah SAW telah bersabda :
    “Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…”

    Pengertian Puasa
    Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
    Syarat Wajib Puasa
    • Berakal
    • Akhir Baligh (Cukup umur)
    • Kuat atau mampu mengerjakan puasa
    Syarat Sah Puasa
    • Islam
    • Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
    • Suci daripada haid dan nifas
    • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.
    Rukun Puasa
    • Berniat – Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
    • Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.
    Perkara Yang Membatalkan Puasa
    • Makan dan minum dengan sengaja
    • Muntah dengan sengaja
    • Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
    • Keluar darah haid atau nifas
    • Gila
    • Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.
    Orang Yang Diizinkan Berbuka Atau Tidak Berpuasa
    • Orang yang sakit
    • Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
    • Orang tua yang sudah lemah
    • Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.
    Sumber : ibnismail.wordpress.com






    Authentic Item for sale.
    Visit my shop at :
    http://cuttheprize.blogspot.com

    Enjoy ya!