Tuesday, July 12, 2011

..Bila PUTUS ASA menjelma..

Tuesday Graphics

Happy Tuesday all! Start your day with this glitters picture and also Happy Birthday To Ateng Dear..May Allah Bless U. Amin.

Untuk diri sendiri :

KALAU adalah 1 perkataan yang tak harus di gunakan dalam kehidupan...
JIKA juga hanyalah 1 perkataan yang hanya menjanjikan impian..bukan kenyataan..

Selepas BERUSAHA untuk mendapatkan apa yang di hajati tak menjadi realiti..muhasabah diri, selak hikmah di sebalik apa yang terjadi kerana pertikaian hanya merosakkan diri. Usah di rayu pada yang bukan hak milik abadi kerana mungkin telah termaktub di azali - Ini Jalan Hidup Yang Telah di Tentukan Illahi. Jari-jemari menaip mewakili hati yang tak sekuat serikandi. Cuma berdoa, Allah permudahkan hidup ini. Amin Ya RabbullIzati..

Monday, July 11, 2011

..Ketika Mereka Tidur Lena..

Cuba mengimbau zaman kanak-kanak, pukul berapa aku tidur ya? Ya Allah, serius dah tak ingat. Rasanya paling lewat pukul 10 malam - ni zaman sekolah rendah lah. Apa yang ada dalam memori - petang kena balik main sebelum jam 7pm, mandi, makan, mengaji,buat kerja sekolah/belajar dan sempat tengok TV sekejap. Aku macam Danish, suka buat homework kat sekolah sebab balik dah boleh rehat. Sangat jarang tengok Danish buat kerja sekolah kat rumah..semuanya dia siapkan kat sekolah. Sebab dia ada target - balik sekolah nak main bola kat bawah. Aku dah memang biar kan anak-anak bergaul dengan kawan-kawan. Biar lah..masa ni lah mereka nak belajar dan tengok dunia. Cuma, pukul 7pm mesti balik, kalau tak, sila duduk luar. Alhamdulillah, mereka dengar kata dan kalau terlajak balik lewat sikit - denda tetap denda. Aku pesan, kalau ibu dah bagi main, balik jangan nak buat muka seposen and bagi banyak alasan itu ini penat bagai sebab diri sendiri yang nak pilih nak pergi main. Pukul 9 pm, biasanya anak-anak aku dah kena masuk tidur kecuali ada benda-benda terhalang la.

'Kenapa Danish ngn adik kena tidur awal ibu?'
'Supaya cukup tidur dan boleh bangun awal..budak-budak kena cukup tidur'
'Kawan-kawan Danish boleh je tidur lambat'
'Kenapa nak ikut orang? Nanti kalau dalam kelas mengantuk, tak boleh belajar, kawan-kawan Danish tu ke nak tolong belajarkan untuk Danish dan adik?'
'Ye la..ok la..baik lah'

Ni antara soalan yang sering di tanya oleh anak-anak bila time dah nak tunjuk jam 9 malam. Kadang-kadang Danish minta gak 'pelepasan' tidur lambat sikit sebab nak layan TVIQ. Tengok la mood aku lak..kadang-kadang OK..kadang2 'Jangan harap'. Ada orang tanya, mcm mana ajar anak tidur awal? Huhu..aku takde jawapan. Ni kena tanya Mr. Abe. Seingat aku, masa aku 'di paksa' ke Kem Nadi tahun bila tah..aku terpaksa tinggal anak-anak pada Abe. Di situ lah segala-galanya bermula. Lepas 4 hari 3 malam..anak-anak dah tidur awal. Camno? Tak tahu..dia just cakap, suruh je la tidur.

Tidur kat rumah mak, kami tidur satu bilik..happy betul dia orang dapat tidur sekali walaupun tak sekatil.
Penah tatap wajah anak masa mereka tidur lena tak? Cuba lah buat..sejuk je rasa. Orang kata, masa mereka tidur ni lah kita elok bagi nasihat and cakap apa yang kita nak cakap. Danish dan Dania, sebelum tidur, mesti nak salam aku dan Abe dan minta peluk cium. Aku lak..lagi suka cium dia orang masa tidur terutamanya Dania..mcm mana lah dia besar nanti kan? Kadang-kadang aku cuba gak sembang ngn dia orang dia orang tengah lena. Danish biasanya memang tidur takde reaksi tapi Dania, kadang-kadang dia bagi response - cukup sekadar dengan angguk kepala. Hahaha..perempuan kan? Tidur tak pernah lena sepenuhnya. Nanti bangun pagi dia akan tanya 'Malam tadi, ibu cium Dania kan?' See..sungguh alert wahai si anak Hawa. Aku sendiri tak tahu apa hasil daripada buat ini semua..lagipun mereka masih kecil untuk di tafsirkan baik buruk atau apa yang mereka akan jadi. Cuma berdoa..Ya Allah..Lindungi dan jadikan la mereka anak-anak yang soleh dan solehah. Takut kan fikir masa depan..aku sendiri, mak abah dah besarkan dengan baik..TAPI kenapa aku jadi mcm ni? Emm..

Ok, jom baca ni dari Pa & Ma :

9 rahsia tidur si manja
Sebelum anak anda melabuhkan tubuh di atas katil di malam hari, dia seharusnya diajar tentang beberapa panduan atau adab penting sebelum melelapkan mata.
Tidur yang sempurna bukan sahaja dapat menyegarkan tubuh ketika bangun tidur keesokan harinya, malah turut membantu dia menjadi seorang yang berakhlak mulia. Berikut adalah antara adab tidur yang perlu diamalkan bagi membantu anak kecil anda memperoleh keberkatan hidup sepanjang hayatnya.

dan sambung baca di sini : Tidur si Manja.

Renungan :
'Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.'




Friday, July 08, 2011

..Kuning Itu B.E.R.S.I.H (?)..

Duduk tongkat dagu gigit kuku kejap. Baru selesai meeting VTS dan selesaikan amanah untuk OEFMS. Sibuk kejar KPI? Abe cakap 'Mana ada orang kejar KPI, KPI tu based kerja...kerja jalan, KPI jalan lah.' OK la ..betul lah kot. Maybe motivasi kerja kita tak sama. Aku pun dah nak tak nak je dok opis ni. Korang bosan ke baca aku nak resign ni tapi ada kat sini lagi? Kalau bosan, tak payah baca lah. Kalau baik, doakan impian aku satu ni jadi realiti..boleh?

Agak ketinggalan dengan dunia luar - bukan tak baca akhbar, tapi tak minat nak baca bahagian yang sesak-sesak kepala ni. Cuma ikut sikit perkembangan dari komen kawan-kawan kat wall FB..OH! Ada demostarasi rupanya kat luar sana. Kempen apa? BERSIH? Tapi pakai warna KUNING? Kuning mana bersih wei..pakai la PUTIH..takut mcm pakai kain kapan lak ke kalau pakai PUTIH? Apa la nak jadi kan? Tak pro mana-mana lah aku ni..cuma ada sikit renungan dari IKIM.FM yang aku dengar baru2 ni
'Nikmat itu memang tak di rasai sehingga lah nikmat itu Allah tarik kembali.' Fikir-fikirkan lah.

Cilok dari FB Mr. Abe. Boots itu sungguh memberi ilham.. ngee..
Em..rindunya nak balik umah mak. Nak balik..nak balik. Baru-baru ni mak datang ngn abah tapi duduk kat umah adik kat Putrajaya. Ni semua gara-gara si Modo accident Motor. Haiyaa..sikit je maaa terus mak abah sampai..memang la anak omak. Ye ke? Isk tak baik TUDUH..aku pun anak mak gak. TUDUH tu apa eh?

Takde renungan utk kali ni sebab aku pun dah tak terenung kelemahan diri...Nak buka apa ya?? Emm..


..Baru Hari Yang ke-5 - B.E.R.C.I.N.T.A.Lah!..

Assalamualaikum...salam subuh di pagi Jumaat. Lagi 5 minit azan akan ON Air, maka bermula lah journey menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang membatalkanya sehingga matahari terbit kerana Allah taala. Amin. Haishhh..banyak hari lagi lah. BERCINTA ni nak abiskan. Setiap tahun pun macam ni, bila dah jadi mcm ni, mula lah pasang AZAM - Hokek! Tahun depan mula awal dgn Puasa 6. Tapi biasanya, AZAM tinggallah azam..punya lah pemalas. Apapun, kena berusaha sampai jaya sebelum bendera merah naik tika sampai waktunya. Syukur Alhamdulillah, cycle matahari terbit aku setakat ni adalah teratur..so, boleh kira hari..sempat ..sempat..sempat..InsyaAllah - dengan Syarat, DIRECT HOKEK! Ngee..

Set Tempoyak Ikan Patin Temerloh.
Semalam, tak macam hari-hari biasa, teringin banget nak berbuka dengan lauk pauk..tak mau dah tomyam momyam bagai. Orang kata, kalau rezeki tak kemana kan? Dalam kepala aku, dok terbayang Tempoyak Ikan Patin kat Asam Pedas Bangi @ MINES. MINES? emm..sangat lah jarang lepas kerja nak p MINES pulak semata-mata nak makan. Mr Abe tu kerjanya jauh, so nak ajak ke sinun, agak lah segan TAPI tup tup dia cakap, dia nak kena hantar enpon dia ke MINES. SubhanaAllah, rasa nak lompat katak je rasanya..terus aku cakap aku nak makan kat MINES walaupun dia cakap dia nak masak spaghetti..haa? Itu bukan NASI lah cik Abang..Ngak Mahu Dong, perut ini ngak nyaman tanpa NASI di sisi. Huhuhu..Macam biasa, dia layankan je lah aku ni...tapi Spaghetti dia masak gak coz si Danish yang puasa gak (ganti puasa dia last year sebab demam), nak makan makanan Italy tu and babahnya ON diet, tak mau makan nasi. Diet? Mihahaha..kalau tak nak jadi ROY, sila lah exercise OKEK..bukannya diet saja.  Ngeee...

Okek, cite ikan patin ni, pada aku Not Bad lah. Sesedap rasa. Cukup lemaknya, ada pedasnya, ada masamnya, cukup rasa tempoyak. Set ni namanya Set Ikan Patin Temerloh RM12.90 termasuk air. Ikut hati, memang tak cukup lah seketul ikan jek, tapi Alhamdulillah..sangat kenyang. Dalam peti ais ada je tempoyak mentah - pemberian mak kenet, tapi takde lah ikan patin nak di masak. Aku bukan tak reti nak masak tempoyak..senang sangat..tapi tu lah kan, malas terlebih. Tempoyak ni macam-macam cara orang masak ye dak? Style aku simple jek.. Tumbuk cili padi, gaul dengan tempoyak, pastu campak dalam air yang di rebus. Pastu masuk lah timun ka..apa kaa...pastu campak ikan. Tu je kan? Eh..garam jangan lupa..nanti terus hilang selera dan paling penting..Ikan kasi basuh bersih2 ya Ibu-ibu..sekali terkena hanyirnya..omak aiii. Tapi kan, tempoyak ni leh guna ikan apa lagi ek? so far..Abe suka dengan Patin jek.. Any Idea? Dan tak boleh nak blah, teringat Siti Nurhaliza masak Gulai Tempoyak AYAM..huhuhu..apakah? sedap ke? Ho ho ho..

Ada 'orang' masih mengidam benda ni rupanya..beli je lah kalau dah suka..
pastu compem mengadap benda ni jek.. emmm

Hokek..azan dah 10 minit berlalu..mari mengadap yang SATU dan lepas tu, kasi kejut semua orang. Di doakan, semua umat Islam di limpahi Rahmat Darinya..AMIN.


Renungan :
'Bila kita rasa kita tahu segala-galanya, cubalah sekurang-kurangnya menghormati pandangan orang lain. Tahu tak semestinya BETUL dan BETUL tak semestinya BIJAK. Bergurau ada tempatnya dan tempatnya biar lah jangan sampai ada yang terluka.'

Wednesday, July 06, 2011

..Lembab yang hasilkan Sembab..

9.20 am - dah tak tahan. Sakit kepala and badan antara OK dan KO, so aku amik handbag terus ke dispen. Demam tak tinggi pun..tapi tu lah kan, kata MA tu, 'awak tak sihat, awak puasa, memang lah lambat nak baik..tak cukup air dlm badan.' Ya, saya tahu encik, tapi saya kena tunaikan tanggungjawab yang satu ni, tak boleh bertangguh lagi. Dia beri aku antibiotik dan aku minta ubat selesema yang lain sebab aku tak tahu nak layan ngantuk ubat tu. Gila la kalau makan ubat tu time sahur, mau aku tidur je dlm opis. Semalam aku tak makan pun ubat tu..ngantuknya sgt horror. Serius Gila! Tapi tak nafikan la, effect ubat tu agak OK walaupun tak baik 100%. Dan tadi, balik dispen, terus aku ZzZzZZzz..ala, dah mcm sia-sia lak puasa kan? Takpe la kot..Allah fahamkan..huhuhu. At least something than nothing ye dak? Now..badan aku betul-betul lembab and muka pun dah naik sembab.Sebab aku posa, so aku dok diam-diam dalam opis je lah..tak jumpa orang, so boleh le sembunyi sket muka yang tak ceria ini. Ala..kalau tak nampak aku pun ..'nak kena cari ke?' ..takde kepentingan pun nak cari aku ni kat opis. Kan?



Sebenarnya, agak sunyi gak dok kat opis sekarang ni. Aku ada roomate..tapi kami tak byk cakap. Mungkin sebab tak rapat atau takde apa nak sembang. Tapi kadang-kadang, kalau ada kawan-kawan yang sudi nak jengah, bising gak la bilik aku tu. Baru-baru ni kawan aku yang ada kat NZ dah suh aku cop tempat dia kat situ..haaaa..kalau yang ni dok sekali ngn aku..compem hingaq. Aku OK sangat kalau dia dok sama..tapi tak tahu la kan..sebab bos dia tak bagi aku dok kawasan dia dulu sbb kononnnya utk team dia je..so tak tau la kalau yang sorang ni lepas lak ke kawasan lain. Bosan kat opis pun boleh buat aku Lembab dan sembab. Memang tak sabar lah tunggu pukul 5.15 setiap hari. Sakit kepala laaaa..ok la...stop dulu.

Renungan :
Saja letak dalam bentuk gambar. Nice kan? Ni dari : Akuislam.com


 






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!