Tuesday, July 05, 2011

..Terperangkap Dalam Mimpi..

Mimpi itu apa? Tidur..dan kemudian terasa berada di dalam dunia lain dengan situasa yang tak pasti? Di mana? Kenapa? Dengan siapa? Sejauh mana mimpi itu akan menjadi realiti atau mimpi sekadar menghiasi tidur insan yang jiwanya sentiasa berfantasi. Dalam Islam, mimpi terbahagi kepada dua iaitu Mimpi 'Benar' dan 'Batil'. Em..bukan mahu jadi petafsir mimpi apatah lagi mahu mendefinasikan apa itu mimpi, kalau rajin, tanya cikGoogle, pastu jumpa jawapanya nanti. Rajinkan? Jangan malas..Membaca tu jambatan Ilmu. :)

Mimpi yang ngeri buat kita serik untuk lena lagi..kan?
Lately, sejak aku tak berapa nak sihat ni, aku sering di singgahi mimpi-mimpi yang kadang-kadang OK, kadang-kadang Ngeri. Menjadi kebiasaan, dari kecil, aku bukan jenis ingat apa yang hadir dalam mimpi. Pelik kah? Ada kawan cakap 'Orang yang tak ingat mimpi, orang tu banyak dosa'.. mengalir air mata aku masa tu. Ye ke? Tapi masa tu aku masih di tingkatan 4 rasanya..dosa apa? Em..mengarut aje lah.Aku bukan lah jahat sangat masa tu. huhuhu..

Ustaz kata 'Kalau kamu bermimpi sebelum azan subuh dan mimpi itu tidak menyenangkan kamu dan kamu tak mahu ianya jadi kenyataan, simpanlah ianya sebagai rahsia sekurang2nya selama 3 hari kerana mimpi sebelum subuh adalah mimpi yang InsyaAllah akan menjadi realiti.' Takut kan? Apapun, hanya Allah maha mengetahui.

Mimpi yang sering hadir now ni, mimpi yang buat aku terperangkap dalam mimpi sendiri. Pernah terperangkap dalam mimpi? Mimpi macam ni, buat kita berpeluh-peluh bertarung dengan diri sendiri supaya mimpi itu terhenti. Seksanya ya Rabbi. Pelbagai ayat Allah di bacakan supaya terlepas dari belenggu mimpi seperti ini. Kalau tak mahu terperangkap, maksudnya, mimpi tu semestinya mimpi tak indah la. Namun aku masih tak ingat apa yang aku mimpi kan. Just penat bertarung..tersentak dan terjaga, badan dah basah. Nafas pasti laju dan biasanya, mimpi macam ni biasa berlaku di siang hari. Ya, now aku sangat senang tidur siang, nak-nak badan tak sihat sangat.

Kehilangan juga adalah mimpi atau realiti yang sangat aku takuti. Tapi siapa aku untuk halang daripada ianya terjadi? Em..cuma berdoa, Allah kuatkan hati ni.
Teruskan bermimpi kerana mimpi itu pendorong kejayaan diri..

Apapun mimpi indah atau ngeri yang singgah ketika tidur tak kira siang atau malam hari, aku masih mempunyai mimpi dalam kehidupan ini, mimpi yang aku wish akan jadi realiti suatu hari nanti. I wish :

1. Resign kerja (masih berharap dan sedang mencari jalan)
2. Ke tanah suci Mekah for Haji atau at least Umrah.
3. Bahagia bersama keluarga.
4. Percutian ke Swizerland kemudian ke Australia kemudian ke USA kemudian ..arggh, nak pusing dunia la.
5. Anak-anak berjaya dengan Ilmu dunia dan akhirat dan tak lupakan aku.

Isk..penuh ni kang dengan mimpi..terus jadi mimpi ngeri..heheheh. My doa now..semoga aku cepat sembuh. Amin.

Mimpi ngeri sekarang adalah tak sampai hati nak tengok muka sendiri kat cermin. Muka yang terbakar sebab main netball tengahari rembang + muka tak sihat + muka posa. Adehh..camno eh nak repair balik muka ni?

Menang or Kalah, kita orang tetap Menang Posing..

Renungan :
All our dreams can come true, if we have the courage to pursue them.
Walt Disney


Monday, July 04, 2011

..Bersin Itu Nikmat (?)..

Menanti Subuh selepas bersahur. Memulakan kewajiban yang tertunggak kerana terlupa Ramadhan bakal menjelma. Semoga di permudahkanNya walapun badan tak berapa sempurna kesihatannya.Kata orang, sakit itu penghapus dosa dan bersin itu, ada banyak hikmahnya.

Adab bersin.

Rasulullah SAW bersabda :

Apabila seseorang di antara kamu bersin, hendaklah mengucapkan:
الْحَمْدُ لِلَّهِ
(Segala puji bagi Allah)

Lantas saudara atau temannya mengucapkan:
يَرْحَمُكَ اللهُ
(Semoga Allah memberi rahmat kepadaMu)

Bila teman atau saudaranya mengucapkan demikian, bacalah:

يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ
(Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu)

Subhanallah. Sungguh indah ajaran Islam. Ianya benar-benar menggambarkan tatacara kehidupan seorang islam yang keseluruhan waktu dan situasinya penuh dengan lafaz-lafaz kesyukuran dan pengharapan seorang hamba kepada khaliqnya.

Bersin secara saintifiknya bertindak menghilangkan bahan iritasi serta kotoran dari hidung. Maka sudah sewajarnya untuk kita melafazkan syukur kepada Allah SWT sebagai tanda terimakasih kita kepada Allah yang telah menyelamatkan kita dari sesuatu yang memudaratkan.

Lafaz-lafaz doa ini pula benar-benar mengandungi hikmah yang mengikat antara sesama muslim. Bahkan ia turut menyebarkan makna cinta dan kasihsayang antara manusia. Ia merupakan nuansa yang tersendiri bagi sebuah kehidupan yang mendorong mengutamakan kebaikan serta menghalau kesengsaraan dari kehidupan bermasyarakat. Ia malah menghilangkan egoisme individu terhadap kedengkian dan kebencian dan ia turut membatalkan aqidah jahiliyah yang menganggap bersin itu sebagai sesuatu yang sial.

Semoga dapat kita sama-sama mengamalkan doa ini.

Wallahua’lam.

Baca lagi : Klinik Ummi

Semalam lepas tengok adik yang accident motor kat Puchong, terus aku ke Klinik Suraya kat situ. Dapat la ubat-ubatan yang di perlukan. Ubat selesema yang doktor bagi, MasyaAllah, super duper buat aku mengantuk. Makan ubat kul 8.30 pm, kul 9.30 pm aku dah 'wengg', gila babaii punya takleh bukak mata. Cuba bertahan sampai kul 11 pm dengan beberapa kali terlelap atas sofa, last-last surrender, terus masuk bilik and lena..ZzZZzzZ.. Hari ni tak tau la apa nak jadi sebab baru lepas telan ubat ni tadi. Ok la, sudah azan subuh..tata!

Renungan :
Yang perlu Anda tahu tentang bersin yaitu kecepatan udara saat Anda bersin mencapai 166 kilometer per jam. Lalu saat bersih Anda akan mengeluarkan sampai 100.000 butiran kecil lendir dan mikro organisme. Itu sebabnya, saat bersin sebaiknya Anda menutupi hidung dan mulut Anda karena dapat membahayakan orang lain.



Saturday, July 02, 2011

..Demam On/Off..

Sakit kupala..selesema..demam ON/OFF..ini lah yang aku rasa dari semalam. Hari ni, since dah janji nak join Open Netball SPA and team takde shooter, aku main lah jugak. Malam tadi badan dah panas, Abe pun tanya macam mana nak main? Takpe..cuba jek. Dah la panas gila tadi..kul 2.40 pm game start. Agak no luck berada dlm team A - player dari luar Selangor da. Jumpa JKR Terengganu (Juara kat Ganu) and SUK Melaka and Belia 4B Penang. Kira kita orang wakil Selangor lah ni. Hahahaa..

Bukan Team Kita Orang. :)
Tak nak salah kan tiang apatah lagi nak salah team sebab game memang cantik tadi..cuma finishing agak dukacita..aku betul2 hancur. Dalam keta ngn Abe tadi, aku cakap gak kat Abe 'Hancur la Za tadi..sian team'. Dia cakap...'Tak kan shoot 2 kali tak masuk kira hancur?' huhuh. Ye lah..perasaan bersalah tu tetap ada la..bola dah naik cantik-cantik.aku try tak masuk lak. Main dengan Terengganu cantik game dia orang, clean and clear..main dengan SUK Melaka..haiyaa..korang ni betul2 menguji kesabaran den. Cikgu mana yang ajar korang main mcm tu. Netball ni clean game OK..banyak contact..sampai aku terpaksa berlakon kena tolak keluar dr padang sebab reff langsung tak nampak aku di seksa di dalam D. Dah tak tahan..aku pun kasar gak la..tapi sempat bagi ucapan kat GD yang baru tingkatan 2 'Sorry ya dik, main kasar kan..so akak pun terpaksa kasar ya' ...Main dengan budak tingkatan 2 kau..haaahaha. Sayang tak dapat jumpa Belia 4B penang..depa dah cabut balik awal-awal..alahai, tak kan kalah dah tak mau main lagi? Emm..so kira menang tanpa bertanding la dengan team tu.

Ni last aku main rasanya utk kali ini. Kena bungkus kasut..lupakan bola. Kenapa? Aku kena ganti puasa la..banyak weeii..tak tahu la sempat ke idak. Ni la padahnya kerja bertangguh.

Sakitnya kepala ni....tak mau la demam coz nak kena puasa. Kalau demam + Puasa..mau kurus kering nanti. Ya Allah, permudahkan lah segala-galanya.. Amin.

Friday, July 01, 2011

..Aircond ini membunuhku..

Waduhh..badan ini, terasa lemahh banget. Ngapainn?? Kena lak aircond sejuk dalam opis ni..tak tahan la. Mata pun dah merah..tekak dah sakit..ni petanda tidak baik. Esok ada game. Lunch pun aku tak amik ari ni..memang balik tido jek. Tak sukanya rasa lemah mcm ni. Last week, aircond bilik ni suam2 kuku jek..sangat suka..tapi orang lain tak selesa, so datang pihak berkenaan membetulkannya..jadi lah sejuk2 kuku ni..uhuk. Sakit kepala pun ada ni... terlebih berjimba ke aku ni? Mungkin perlu rehat kan? Actually aku jarang demam..harap2 kali ni..tak kan demam lah..petang ni kuarkan peluh..harap2 ok la..


Badan dan tenaga dah tak bersatu..

Em, selain drpd Mr Abe yang dah berbunyi kata aku asyik takde jek weekend sbb netball..smlm si Danish lak dah berbunyi. Ibu ni..asyik main netball jek. Huuhu..OK la..InsyaAllah, untuk kali ni, esok lusa adalah last. Pastu kena tunaikan tanggungjawab lain yang wajib buat..apa? Ganti puasa la..keh keh keh. Padan muka aku..mcm ni la setiap tahu..asyik lupa jek. Apa nak buek..dah tuaa agaknya..Ngee..

Takde renungan untuk entry kali ni.yang ada..'Sakitnya Kepala, Lemahnya badan'.. Huhhuhuhu~~

..Dalam Kepala Ada Apa?..

Halluu..oh, tak berupdate lak blog ni semalam. Semalam masa nak update, tiba-tiba banyak lak halangan. Em, ni pun nak taip je apa ada kepala..ada apa ek? Em..ada 1 benda yang aku bercita-cita nak buat sejak 5 tahun lalu..

Impian untuk 10th Anniversary 2011
Impian aku tahun 2009 (klik sini)..Cuba tengok gambar ni. Perkara 1- 3 semua aku dah selesaikan. Semua dah jadi kenyataan, Alhamdulillah..and perkara 5 tu, dah boleh di abaikan..Em, now, tengah fikir macam mana nak realitikan perkara No. 4. Teringin sangat..tapi 4/8/2011 adalah bulan puasa dan aku rasa, benda tu makin mahal sekarang. Bukan masalah duit, masalah..duit dah ada plan lain yang lagi penting. Selain nak raya (tak fikir pun lagi pasai persiapan.nak ala kadar je tahun ni, macam last year..but still sambut raya kan? ), ada persiapan lain nak kena buat. TAPI kalau Wedding Outdoor shooting ni jadi realiti, aku nak bawak Danish ngn Dania sekali. Actually, masa aku berangan tahun 2009 dulu..aku bayangkan, aku dlm wedding dress dan ada 'perut' ke depan..kira amik gambar berlima lah..tapi, takde usaha pun ke arah itu..maka, perut ni kekal dgn six packs..hahhaa. Kenapa beriya sangat nak ada impian mcm ni? Sebab 4/8/2011 will be our 10th Anniversary. InsyaAllah...amin.

Gambar Hiasan : Rindunya pada Mimi yang debab ini..
Semalam aku lunch dengan kawan sekuliah..si Teo. Makan berdua je kat Azizah. Abe dah bagi green light pun. Dia cina..tapi macam melayu (anak nak masuk 2) So, setakat restoren Azizah, dia tak kisah lah. Just dia ckp 'Sini je ko nak suh aku belanja? Ingat nak p hotel ke..restaurant mahai2 ke' hahaha..bengong. Aku bukan jenis cekik darah punya orang. Aku dan Teo memang kamceng gila. Pernah la di gossipkan..tapi aje gila, dia tu dah la macam galah (aku bwh ketiak dia je), bukan melayu dan yang paling penting, aku dah ada pakwe lagi 'mantap' masa tu. Seronokkan ada kawan rapat yang kita boleh luahkan segala-galanya..memang dari dulu, kawan rapat aku biasanya lain jantina, sebab senang nak berHuHa..takde sapa nak terasa apa-apa. Semalam kerja aku gelak je..sampai dia ckp 'Ko ni tak berubah-ubah kan..asyik nak gelak jekk' ...keh keh keh. Aku saja la gelak kuat2 semalam tu wei..ko tak nampak orang UNITEN dlm kedai tu? Baik aku tunjuk perangai tak senonoh drpd aku control..nanti orang ingat kita dating lak. Hahahah. Yang tak tahan..dia ckp, kot yo pun, jangan la gelak macam gorilla..hahahhhaa..bongok! Tapi itu hanyalah episoh semalam..now, masing-masing dah ada hidup sendiri. Nak jumpa macam ni..tak tahu la bila lagi...

Renungan :

“Jangan pernah merendahkan dirimu, sekalipun orang-orang merendahkanmu.”


pst : rindunya nak balik Jelapang...Uhuk..






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!