Wednesday, June 15, 2011

..Cantik tak rumah emak?..





Ini gambar rumah emak kat Jelapang. Abah bagi nama rumah ni as Teratak Zurah Al-Haj. Kenapa mak tny - 'cantik tak rumah mak?'..sebabnya, mak baru tukar kaler cat. Dulu oren..sekarang kelabu..aku jwb :

'tak lawa lah..nampak mcm rumah batu bata putih yang tak siap jek dlm gambar. Hehehe..takpe, Za balik tgk yg real'.

Hahaha...tu namanya gurau2 ayam ye. Ni warna pilihan abah..jgn sapa2 berani nak ubah. Hak hak hak..and sebelah rumah abah...surau yg jadi idaman abah, dah tersergam indah. Nama surau tu Ar-Rahim...sempena nama abah. Alhamdulillah...walaupun bukanlah surau hak milik peribadi abah..aku gembira, usaha dia naik turun pejabat apa tah..surau tu, dah boleh jadi tempat mak abah beribadah 5 waktu berjemaah dengan penduduk di situ. Aku terharu.

Doa Za utk mak abah..wpun kadang2 Za lupa nak buat report duty sejak dh ada famili sendiri...Za tak penah sedetik pun terlupa mak ngn abah. Semoga mak abah terus sihat dan dil lindungi Nya. Amin..

Now ni, aku tengah fikir permintaan mak ..nak buat umrah sama-sama..emm..bila ya.. Ya Allah, permudahkan lah..

Renungan :

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :

" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK  selagi dia tidak
meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"


posted from Bloggeroid

..Terasa Nak Meroyan Sekejap..

Menaip blog sambil berdoa 'Ya Allah, jika ada cara untuk aku tidak duduk lagi di opis ini, permudahkan lah dengan cara baik dan bersih. Hati aku bukan lagi di sini..dah terlalu lama..Amin.' Merepek tak doa ni? Emmm..nampak agak merepek, tapi ini lah yang sentiasa aku wish dan semakin hari, semakin tebal keinginan aku nak keluar dari sini. Setakat ni, takde satu permintaan aku yang Abe tak tunaikan..dan kalau 'wish' kali ni dia dapat tunaikan..aku sangat2 gembira. Mungkin jalan keluar terbaik daripada rasa kekosongan jiwa dan mungkin juga jalan keluar untuk semua masalah yang ada. Sapa tahu kan? Takpe, doa aku sentiasa utk tuju ke arah itu..Amin.
Kenangan KMC 2006

Em..sayu and sedih lak rasa tiba-tiba. Tak sabar nak tunggu jam 5.15 petang setiap hari. Amik anak-anak, turun padang and balik rumah - duduk diam2. Haishh..benda2 mcm ni la buat jerawat aku naik balik ni. Isk..tak leh jadi. Kalau aku nak, aku pasti usaha sampai berjaya. Tapi kalau tak dapat juga, apa lagi daya yang ada? Pernah bersembang dgn seorang teman (saja tak letak nama, nanti dia marah sbb dia sangat glemer..hahaha). Aku suka sangat bercerita dan berkongsi pendapat dengan dia. Simple jek..dia boleh belasah aku,aku boleh belasah dia ..just open. Katanya, kalau nak resign, kena ada perancangan, Ada duit simpanan dan apa arah tuju. Emm..insyaAllah, aku nak usahakan juga ke arah ini..mungkin 5 tahun lgi? Huaa..kuatkah aku? Cakap je berdesing2 kan? Korang doakan ya ..Amin.

Renungan :
(aku cuba nak selitkan 'Renungan' pada setiap entry sebagai Ingatan kepada diri sendiri dan mungkin juga berguna pada yang sudi mengikuti blog ini.)
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara kedua saudara (kamu yang bertelingkah) itu."
(Surah Al-Hujurat: Ayat 10)

Tuesday, June 14, 2011

..Kalau ibu tak pandai - how (?)..

Dah lama jadi ibu? Alhamdulillah..sejak Danish di lahirkan, dah 8 tahun lebih aku bergelar 'IBU'. Walaupun Danish bukan lah kandungan pertama - aku keguguran 1st kehamilan namun, dia lah yang memberi aku gelaran IBU ni. Semakin hari, Danish dan Dania semakin membesar dan semakin hari, mereka membesar dengan penuh tanda tanya - Apa? Kenapa? Mengapa? Yang Mana? Di mana?

Doa Ibu - Jadi anak-anak yang berguna kepada semua..tak pandai sgt pun takpe, janji rajin cari ilmu utk bekalan kita sekeluarga.
Em..penat? Entah lah..kadang-kadang, bila terlalu banyak soalan yang masuk dalam telinga dan kadang-kadang aku sendiri tak mampu nak menjawabnya, terasa 'kosong' lah juga. Macam mana kalau aku memang tak pandai? Macam mana kalau dulu-dulu, aku belajar tak habis..dan now aku ada anak. Apa yang aku nak jawab? Atau anak-anak aku yang terlebih bertanya tak seiring dengan usia? Atau, walaupun aku ada sijil belajar tinggi-tinggi..tapi aku tak gemar nak membaca atau tak ambil tahu hal dunia atau pun akhirat.. Tentu anak-anak aku akan dapat jawapan yang sesat..kan? Atau..macam mana kalau aku hanya menjadi ibu yang cakap tak serupa bikin. Marah anak itu ini..tapi aku sendiri yang hanyut ke laut tak bertepi..huhuhu..sadis! Tapi, jangan risau kalau anak-anak buat silap..kerana kesilapan adalah pengajaran dan pengajaran adalah pengalaman yang paling berharga..tak mungkin boleh di jual beli dan tak mungkin berulang2 terjadi. Manusia kan?

Apapun, syukur..walaupun aku tak berapa nak pandai atau sebenarnya anak-anak aku lagi pandai dari aku (korang caya tak..Danish lagi terra tgk Peta dunia dari aku..nggggeee), aku ada Abe yang boleh aku 'past'kan kalau aku tak pandai nak menjawab. Kadang-kadang terasa kerdil juga bila Dania berkata 'Apa la ibu ni..semua pun tak tahu' hehehe..terpukul tak? Takpe..berlagak pandai kadang-kadang boleh buat kita nampak macam Luncai. Mahu? Saya tak mahu...

Kadang-kadang, bila tiba time nak periksa, aku selalu tanya Danish - 'Kali ni nak dapat nombor berapa pula'..periksa bulanan 2 bulan lepas, dia hanya dapat No 4. Kalau kena soal macam ni..dia akan tanya aku balik 'Ibu dulu dapat nombor beraapa?' hahahahamik. Sib baik lah Ibu dalam golongan bijak tapi tak berapa nak bistari gak masa sekolah ..'boleh la' nak jadikan sedikit motivasi untuk anak-anak. Tapi, babah la terbaik..follow babah sudah..

 <> 
Aku sebenarnya ibu yang garang..tapi anak-anak tetap kata 'Danish ngn Dania sayang ibu'.. emm..mereka segala2nya buat aku.
 Tak mahu kalah dengan anak-anak? Maka..rajinlah membaca walaupun hanya membaca melalui internet. Blog ke..tanya CikGoogle ke..janji 'membaca'. Lucky aku boleh main Chess and pernah jadi juara susun puzzle..cuba bayangkan kalau anak kita ajak 'Ibu jom main chess' atau 'Ibu, ajar Dania susun puzzle ni' ..apa nak buek? Tengokkan je ke? Hak hak hak..Ini bukan kayu pengukur..ini sekadar renungan..


Renungan buat hari ini :

“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakanya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikaNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (QS Al-Hadid ; 22-23)


Sumber: Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milik Kita | Paradigma MUKMIN

Sunday, June 12, 2011

..Berkongsi rasa..



Ahaks..makan maggi and berkongsi? Abe kerja and aku sgt malas nak menapak ke depan sana. Adalah dalam 500 meter. Nak odet makanan hotel...'murah' sgt lah..tak sampai hati nk abiskan duit Abe. Ngee..poyoss. Bagus gak..makan mcm ni, tak membazir and belajar berkongsi. Actually ni dah cup ke 2 dia org makan. Aku? 1 cup sorang la..mana leh share..ni pun perut bunyi lagi.. Hak hak hak..



Cee tgk pic ni betul2..tgk tahap sembab muka aku..hahaha. Ni namanya - terlebih tido. Kalau di beri pilihan antara pantai dan bantal..aku pilih bantal. Tido tu nikmat..tido tu penyelamat...selamatkan apa? Selamatkan diri drpd menahan lapar ..selamatkan diri dari ingat benda bukan2...selamatkan diri dari penat..tul tak?



Hokek...aku nak terus selamatkan diri ni..dengan dingin dan langsir di tutup...uishh..bestnya tdo. Petangkan beronggeng lagi kat kolam and pantai..tata!

posted from Bloggeroid

..Permainan Hidup..


Hidup ini penuh percaturan.


Hidup ini, kadang2 di atas...kadang2 di bawah..


Hidup ni kadang2 sangat rumit utk di atur..namun semua telah di rencanakan Nya..


Apapun..aku hanya mahu hidup gembira. Aku tahu dan sentiasa sedar kesalahan yang pernah berlaku dan apa yg akan terus berlaku..aku tak tahu..Penuh keikhlasan, aku ingin berkwn dgn semua insan..tapi jika ini di panggil hipokrasi..aku dah tak tahu nak buat apa lagi. Salah kah aku terus tersenyum gembira setiap hari?


Aku tak mahu nodai blog ini dgn caci maki dan kata2 benci mengikut hati. Aku tak mahu sibuk2 hal orang lagi..aku sendiri tak penah mengaku baik umpama wali atau suci umpama wali..terduduk rasanya bila semua benda di salah erti. Pengajaran buat diri ..belajarlah menjaga diri sendiri..

posted from Bloggeroid







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!