Thursday, March 10, 2011

..Sleeping Dizzy Beauty..

Take 5 jap. Sakitnya kepala. Berdenyut-denyut. Baru lepas demo video kat Puan. Macam biasa, aku tahu video ni sure jadi 'Gajah Putih' mcm yang lepas-lepas. Tapi aku buat juga la sebaik mungkin sebab aku memang suka kerja-kerja macam ni. Ngeee..

Tidur itu Indah..Bestnya Tido
Nak jadi cerita..kerana mood yg agak ke laut jek, semalam balik dari kerja..aku masak apa2 yang patut untuk anak2 sebab semua tak mau makan luar and babah lak takde. Masak campak-campak ni la yg jadi kesukaan budak2 kan..terutamanya kalau ada sup..compem jalan. Aku betul2 penat..kenapa tak tau la. Banyak sangat FIKIR kot..dapat lak email dari Mr.Abe pesan itu ini..Ayarrk..bila masa la aku nak buat semua tu.Takpe..sabar..coolengee. Kul 8.40 malam aku terlelap kejap.Lepas tidurkan anak-anak dlm kul 9 pm, aku lepak kat sofa dengan harapan nak sambung buat kerja. Siap bawak balik laptop nih. Akeke. Sekali dah tak leh handle ngantuknya, kul 9.15 aku set alarm supaya kejutkan aku 9.45 malam. and jeng jeng jeng..kul 12 am baru aku terjaga. Muahahha..apa lagi..sambung tido dalam bilik la..dengan tak iron baju Dania lagi..argghhh! Penat lah! Pagi lak..asyik Snooze Alarm sampai la kul 7 am. Baru lah bersilat seisi keluarga..akakaka. Kepala masih weng lagi..

Api kecil menjadi kawan..api besar? Baik2lah ya...
Pagi tadi masa tgh sarapan, Jul dapat panggilan ada kebakaran. Mula-mula dia sebut SQ6..hah! aku dah cuak..pastu eh salah..SQ5, tingkat 3..terus aku sebut..'Rumah Bery kot!'. Sebab dia je aku kenal kat level 3 tu. Sib baik dah abish makan..terus g tengok. Ya Allah..api dah marak..kesiannyaaa..Innalillah..

OK..aku nak sambung kerja..sok last day..ayokk!

Wednesday, March 09, 2011

..Kalau Buat Salah..

Mengundang Mengantuk Yang Menjadi-jadi,,
Minta maaf je lah, habis cite..Ouchh! Sesenang itu kah? Habis..hati mcm mana? Hahaha..ni just dialog drama petang ni. Sebenarnya just nak share benda ni jek. Pagi tadi, kul 8 pagi dah ke admin ada Taklimat Tatertib. Pheeww, dah la aku ada kerja nak demo sok..ahh..malas la nak bg banyak alasan..pergi jek. Hidup byk alasan ni bukan besh pun. Kan? Biasa alasan ni di cipta untuk elak sesuatu..Aku tak nak elak apa-apa. So aku g je lah. Kalau tak g hari ni, nanti2 kena g gak.

Kalau rajin nak baca..Klik lah!
Ini adalah 'nota; aku yg mula-mula kusyuk..lepas tu gelak-gelak dan sampai masa..dah ngantuk tahap gaban.
Takde la tak masuk apapun dalam kepala. Cuma ada part yg tak relevan la dgn kita orang. Eleh...bab2 ni suh ikut ..bab yg patut di sama kan? Diam jek..Ado je lah. Uweekkkkkkk lah!!!

Tuesday, March 08, 2011

..Alhamdulillah..

Coklat untuk Birthday Danish and Dania..
Piung piung..mata berpinar-pinar ni. Tak cukup2 mengadap pc ke aku ni? Heee..PC dan Liza dah sebati..takde 'line tenet', rasanya hidup separuh mati. Nggeee..Alhamdulillah, Mr.Abe dah jejak bumi Amsterdam jam 2.30 pm tadi. Hilang 1 kerisauan aku. Semoga di permudahkanNya segala urusan dia kat sana termasuk la aktiviti berpoya-poya dia. Jgn lepak 'Red Light District' lelama dah la ya..PARAH nanti..keh keh keh. Aku rindu bumi Holland..tak tau la bila nak jejak lagi.

Kerisauan kedua turut lenyap tengah hari tadi. Alhamdulillah..aku dapat 'kawan' nak tolong aku buat kerja. Lega sangat-sangat. Dah boleh tersenyum sket. Thanks ya..Tolong ya awak. Huhuhuhu. Puan pun okek dengan cadangan aku..Khamis demo .. next-next week tunjuk yg siap 100%...Lega.

Petang tadi, amik Danish dari sekolah, masuk kereta terus dia ckp 'Danish minta maaf ibu'. Huhuhu. Alhamdulillah. Aku tanya dia, minta maaf sebab apa. 'Danish minta maaf, suka hilangkan barang, Danish tak dengar ckp ibu..Danish buat ibu menangis'. Emm..aku ckp..bape lama nak jadi baik ni? Dia senyap jek..tak pe lah kan. Aku pun stress gila pagi tadi..petang dah ok sket..terima la seadanya apa yang ada. Budak-budak kan?

Alhamdulillah..coklat yang aku tempah untuk Birthday Danish on 10/3/2011 dan Dania on 14/3/2011, Kak lon dah hantar tadi kat opis. Terpaksa buat awal sebab 10hb Mac, ABIM cuti lak. So Danish nak bawak esok g sekolah bagi kawan2. Dania lak aku tempah 15 batang jek sebab nak bawak balik kampung jek. Birthday dia cuti sekolah.

Alhamdulillah untuk hidup yang sempurna hari ini...Thanks Allah, batuk ni dah seminggu hilang..Syukur....

..Ini Entry SeDiH..

Salah aku ke dalam mendidik anak-anak ? Ya Allah, jauhkan la anak-anak aku dari sifat degil dan nakal. :(
Assalamualaikum. Sedih pun kena bagi salam kan? Baru la sejahtera hidup dan moga sedih pun berlalu pergi. Amin. Apa yang sedih sangat pagi-pagi ni? Entah laaa..Aku ni sensitip sangat atau sebab PMS. Hampir setiap pagi, macam ni lah aku. Kenapa? Tu lah..aku tengah fikir ni kenapa. Macam biasa, rutin hidup aku bermula seawal jam 6.15 pagi bila alarm clock pertama berbunyi. Kalau malas sangat..SnooZe kan ia dan tunggu munyik balik 6.30 pagi. Ni kalau aku la. Danish dah memang bangun 6.15 pagi, solat subuh and mandi. Dia pantang sket kalau terlewat subuh. 6.45 tu dah kira tak sah dah bagi dia. Siap nangis kalau aku lambat kejut. Tu salah satu kebaikan dia lah di awal pagi. Alhamdulillah. Dania lak, 6.40 pagi baru masuk bilik air. Mek ni senang nak urus. Dari A-Z dia complete buat sendiri tanpa nak kena melalak. Yang SEDIH sangat ni, fikir pasai Danish. Step by step aku kena suruh. Ya Allah, sakitnya dada. Sampai aku dah nak keluar rumah 7.20 pagi, ada je benda yang tak kena pada dia. Songkok mana? Rambut Kenapa tak sikat? Tali pinggang? Stokin kenapa tak pakai-pakai2 lagi? Dah makan belum? huaaaa...sangap aku. Sakit dada. Hari ni, songkok ilang, tali pinggang tak tau kemana. Waaaaaaaaaaaaaaa...gua stress banget neh! Pagi ni, on the hantar dia orang.. aku off radio, aku lepaskan stress. Aku tanya dia..apa masalah dia ? Banyak sangat 'Terlupa', 'Tak Ingat', 'Tak Tahu'. Alasannn!!! Tak suka ALASAN yang sengaja di cipta!!!! Huaa..Ibu stress la Danish!

Kenangan di Amsterdam 2010.
Masa ni, Mr.Abe masih dalam flight ke Amsterdam. Kerja la apa lagi. Aku? Aku ada depan pc ni haa memikirkan kerja yg aku kena siapkan Jumaat ni. Sedih gak ni. Aku dah janji pada user..tapi aku tak mampu rasanya nak buat mcm apa yang aku janjikan. Huhu..Padan muka aku. Sampai dalam tido pun aku bawak sekali 'kerja'. Bangun-bangun terus fikir..'macam mana ni'. Huhuuhu..camno nak ilangkan sedih ni? :(

Monday, March 07, 2011

..Mari Berjoget..

Hahaahhaa..aku nak gelak kejap ni. Tapi idak la gelak tahap ni kat opis ni. Kira mcm senyum LEBAR la di saat ini. Ya Allah,  pagi tadi aku dah nak 'KoJoL' fikir benda ni. Tiba-tiba lak video tu kuar watermark. Ye la kan, trial version. Dulu penah jadi mcm ni gak..Bulan 3/2009. Lagi la, bila kerja dah siap 80%..tiba-tiba kuar watermark kat software tu..MeRoYaN kejap aku masa tu. Tapi hari ni, NOW aku tak mahu GeLaBaH tak tentu pasai lagi. Bertenang..sabar..cool. Fikir cara lain. Cari software lain. Yang buat aku StReSS banget ialah kerana Bos nak tengok benda tu Jumaat ni. 9hb dah la kena hadir Taklimat Tatatertib pulak. Penat berfikir sambil mengomel pada Cik Ateng - sekadar nak lepaskan sesak dada sbb dia tahu pasai video..sharing is caring kan? Hehehe..tepat kul 1pm, terus aku Blah balik umah. TIDO...tak leh fikir..pening..semput. Sebelum balik..aku sempat email pada Ismail D Great..tolong aku buat sesuatu utk settlekan masalah ni.

Cuba nari macam ni ikut tempo lagu Stacy - Jahat. syiok seh!
Masuk opis kul 2pm, dia dah balas email. Yay! Happy..Masalah aku selesai..Terima Kasih. Muahhh lah!! Macam mana dia selesai kan? Biarlah Rahsia..huhuhu. Now aku boleh mula kerja dengan tenang. Aku suka lagu kat blog aku ni..sambil dengar sambil gerak-gerak badan (nari sendiri lah). Saja layan blog jap. Kalau aku layan pagi tadi..alamatnya keluar la entry Meroyan. Ku tahan dari menaip pagi tadi..now dah boleh senyum.. LeGa and Alhamdulillah. Ismail dan Big Mac as upah? No hal lah! Now focus on capturing...

Aku sekarang lebih banyak 'Positive' dan 'Sabar'. Fikir dulu sebelum buang... kecuali Blood Dah Goes Up Stairs..kalau terlepas gak tu..I am so sorry.. :)







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!