Sunday, March 06, 2011

..Terlajak..

Apa yang terlajak? Terlajak bangun tido? Tu perkara bisa utk aku over the weekend. Tapi ari ni bukan nak cite pasai terlajak tido..tapi tiba-tiba dalam kepala terfikir pasai ;

'Terlajak Perahu Boleh di undur, terlajak KATA, buruk PADAHNYA.'

Kenapa ya ada PeRiBaHaSa macam ni? Apa yang org yang cipta Peribahasa ni fikirkan masa dia mula-mula cipta ayat ni. Tah siapa punya peribahasa pun aku tak tahu.

Terlajak perahu..kalau tak pandai dayung..hanyutlah jua.. ;)
Biasanya, dalam keadaan mana 'terlajak kata' ni sering terjadi? Em..kalau dah sampai bunyi nya..'Terlajak Kata, buruk padahnya', sure dalam keadaan marah kan? Ye la..tak kan la kalau cakap 'Cantiknya kau hari ni' dan perkataan ni buat org tu perasan or syok sendiri..'Buruk' ke padahnya ni? Akkekeek..

Aku sendiri pula, sering 'Terlajak Kata' kalau aku dalam keadaan marah or sangat-sangat geram. Bercakap di luar batas fikiran..janji apa yang terbuku dapat di lepaskan. TAPI aku sangat-sangat jarang or maybe takde pun 'terlajak' kata-kata dengan orang-orang yg takde dlm 'hati' aku. Maksudnya..tak rapat la. Rapat pada aku adalah yang betul2 rapat. Kenal aku luar dan dalam. Sebab aku pun tak amik port sangat hal orang selagi tak kacau hidup aku.

Terlajak kata..kalau Ikhlas Meminta Maaf, InsyaAllah hilang Padahnya...
Kenapa ek orang 'terlajak' kata sampai bawak padah? Marah sgt2? or memang sengaja 'di lajakkan'. Mungkin sengaja nak sakit kan hati orang tu..mungkin supaya org tu menjauhkan diri dari kita..ala mcm cite2 draama cinta..'Aku tak suka kau ganggu hidup aku lagi..aku tak perlukan kau..nyah kau!' tapi dlm hati, ada taman lagi..just untuk menjauhi kerana sebab2 tertentu. Hahhaa..ni cite drama la..betul2 tak tau la pulak. Mungkin juga untuk kebaikan orang lain..caakap je belasah-belasah supaya org tu benci kita supaya terjaga hati orang lain. Kan? huhuhuhu..

Entah la kan..apa2 pun, kalau dah 'terlajak' tu...apa ek jalan terbaik? Minta maaf? Emmm..

OK, di kesemapatan ini, aku nak Minta Maaf pada sesiapa pun yang ikut blog ni, kalau aku ada terlajak kata..Aku Minta Maaf Zahir Batin.

ps: tgh dok sorang2 ni kat umah. Anak2 ngn Mr.Abe p Klang lawan bola..layan Selami Jiwa - Fadhilah Kamsah..ni yg jd 'sensitip' ni..huhuhuuuuhu.


Saturday, March 05, 2011

..KeK PeRiUk..

Enrty ni KHAS untuk 'Hantu Pan-Cake Wanne Be'. Sokmo nak ke MC D untuk sarapan...mana larat wei. Hahaha. Tengok ni Cik Anne Ikma. Senang je kan?
Chef : Mr.Abe Kesayangan Den.. ;)

Beli Benda ni atau yang sewaktu denganya..
Bancuh..kacau kacau dengan air..
Butter as minyak masak..
Masak le..Api  jangan besar ye cik..nanti hangus..
Taraaaa..dah siap. Nak gebu..buat la tebal..nak leper..buat ke kuyus2..Mc D tu ada acuan..sbb tu lawa..
Sedap ke tak? Tau tau la sebab den tak suka makan benda ni..ngeee. Tanya Danish ngn Dania. Selamat Mencuba..Go Anne Go! ;b

Friday, March 04, 2011

..SwInG..


Ini la Mood Aku dlm Minggu ni. Tapi orang tak nampaklah..nampak mcm cool jek. Yang rapat, terdekat ngn yg ada di hati aku je akan rasa 'aura' swing aku ni..Sebab aku bukan jenis lepas pada sapa-sapa kecuali yang terpilih saja..Saapa? sapa? Haaa...td dah ada yang kena..

HUaa..aku pun tak tau kenapa aku SwInG ni..(tahu la sebenarnya..tp idak la nak taip kat sini..huhuhu)

..Ini Entry ..GeRaMmMmNyerr..

Apah pun tak leh nak buat..DB tak leh connet, IE tak jalan..sabar..sabar..
Aku sakit perut ni..tapi nak update blog dulu, lepas baru p 'WC'. Gerammm ni..geramm kena lepaskan dulu..nnt kalau geram ilang..ilang idea. Meroyan? Bukan2..ini geram..gerammm laaaa. Ni entah ke berapa juta kali la 'line' asyik On Off. Dah la nak berblogging susah (ahaks! ) ..hahhaa. Takde, takde. Kalau setakat nak update blog, tak kesah la line ni nak On Off..pakai enpon pun den boleh update blog lagi..ni sebab keroje le..Penin La. Camno nak capture LIVE video kalau asyik mcm ni. Pastu nak connect to DB pun payah..Ada bape hari je lagi ni..kang tak senang nak bercuti. Uhuk. Kenapa la lately aku E.m.O sgt..bulan dah nak mengambang kot..Aku dah minta tolong org network bagi la 'skett' jek perlepasan untuk settle kan kerja ni..kejap jek..sampai hujung bulan ni jek..Payah la nak wat kerja..emmm..sOrRy..MeRoYaN kejap.

Sepi seorang perindu..sabar ya..Tahun depan kita tiup lilin ya.. :)
Semalam banje Mr.Abe celebrate his 03/03/2011. 'Abang nak makan apa..Za banje'. Dia jawab Secret Receipe. Hehe..dia tak gemar sangat pun SR ni..maybe ada kek kot. Aku pun Okek saja. Pergi la SR Precint 14, Putrajaya. Mr. Abe nak New York Cheese Cake. Keju? ewwwww..aku leh tengok je la. Aku minta mamat SR tu letak lilin sebatang. Ye la, keknya pun 1 slice jek..tak yah beriya2 nak bubuh sampai 34 batang..just nak celebrate Mr.Abe. Kesian dia..dah la tgh lapar..kek sepotong pun lambat bebeno nak sampai. Nampak dah 'angin' dia dah naik sket..hehehe. Senang je, dia angin..kita jgn angin..nnt ilang la angin tu. Dulu..dia angin..ngn aku2 sekali angin..terus 'Twister' la jawabnya. Umur dah meningkat..pengalaman idup pun dah bertimpa2 ..tak kan tak reti2 nak sabar lagi kan? Aku suh la mamat tu hantar kek dulu..Ya Allah..sengal betul mamat SR ni..kek tu dah ada lilin..tapi tak menyala. Sabar lagi aku ni..aku panggil dia balik..'Dik, ni nak tolong nyalakan ke tak ni?'..sikit punya tanya ni..lemah lembut siap senyum lagi..boleh dia jawab 'Takde lighter lah kak'. Hangen  tak? Hahha..aku gelak jekk..ini adalah gelak MaRaH tapi SaBar. Ngok laa..kat dapur takde api ke? Tapi aku ckp dlm hati je la..Anak-anak dah sedih sebab babah tak dapat tiup lilin. Mr.Abe yg dah bengkek..terus je NgAp Kek itu. Danish cakap..'Alaaaaaa'. sedih gila muka. Hahaha..takpe la kan. Jadi kan ianya cite lawak untuk 03/03/2011..tak pun fikir jek. Mamat ni tak suka org tiup lilin kot..tak baik. Hahaha...layannzz..

Masa bayar..aku sound jek (sabar dah ilang sket).. 'Dik, kita org datang sini sebab nak celebrate birthday..tapi kesian..lilinnya tak menyala..takde lighter?' ..terkebil2 cashier tu minta maaf. Kalau kat SR lain..sound supervisor dia..compem dapat kek pree 1..ngeee...
Haaa okek..perut dah semakin senak..WC dah memanggi..Go!

Thursday, March 03, 2011

..Hari ini lagi sekali..

Apa ya apa ya nak taip ni..la la la. Ok..ok. Mula2 kita jawab soalan tag dari 'Mama Happy Sokmo'. Dia tanya : Twit! suka lagu Blog awak..Risau risau risau.. :D

"MaJalah apa yg paling die hard to baca every month..kalau tak dpt pening-pening.. muntah-muntah?"

Ahaks! kalau dah muntah2..pening2 tu..tu maknanya tgh PeGnen..so kena baca Majalah Pegnen lah..ahahaha. Tapi dia sendiri tak tulis dia suka Majalah apa..ini tidak adil..

Ok, jawapan : Takde lagi majalah yang boleh buat kita pening-pening or muntah-muntah kalau tak dapat. Muntah nak beli adalah.kuikuikui. Tapi kalau setakat Majalah Layan Bulan-bulan..kita suka mingguan Wanita dan MIDI (ni utk org tua Hokek) yang di pinjam dan di baca di rumah emak. Sangat berinformasi ini MiDi. Majalah Hiburan dah lama dah kita tinggalkan kecuali cover dia menyahut2 utk di beli. ;)

Pagi 3/3/2011 yang CANTEK.. :)
Pagi tadi, terkejut besar dengan 'AMARAH ALAM' dalam jam 4 pagi. SubhanaAllah. Deruman Geruh bertalu-talu dan kilat sabung menyambung. Sekali sambar..terang bilik. Dania dah lari masuk bilik aku..'Dania takut'...terus terlena kat port dia tepi katil aku. Danish? Aku terus bangun jenguk dia..Alhamdulillah..dia tidur lena. Lelaki kan? Tapi pagi-pagi tadi..selepas Alam Meluahkan Rasa Marahnya...suasana pagi sangat2 cantik. Matahari menyinar. Alhamdulillah..


15276 yang aku order kat kwn kat US dah sampai smlm. Aku jual COACH..aku beli kat COACH. Heheh. Sebenarnya bag ni ada sejarahnyaa dan buat aku kempunan..so aku odet yang lain. Lebih kurang je harga mcm yang Mr.Abe beli tapi berlaku 'MaGiS'..hahaha. Aku lebih suka leather..sangat2 puas hati. Teringin gak nak sambar Gucci..dalam MiMpi kot. Kat Paris..aku tgk..paling murah, RM2.3K..hoi hoi..mcm2 leh buat dgr RM2.3K..lain kali je lah kan..

Hari ni aku p GYM lagi..dapat la 2.3km dengan kelajuan 7.5km/j dalam masa 20 minit. Yeah! hari ni agak puas sebab berpeluh dan jantung pun berdengup dengan baik. Cuma tgk2 syok lari tadi..tiba2 tgn tertekan Emergency Stop..apa da..potong stim tul. Sok tak p la..Jumaat Lor..Next week pun maybe sampai Selasa je..lps tu kena Rehat. ;)

Ok la..sambung di lain kali..tAtA!






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!