Friday, November 20, 2015

.. UPSR 2015 ..

Result UPSR dah selamat di ketahui oleh semua orang. Macam mak2 lain, takde la aku nak habaq kat semua orang result anak kecuali orang tanya..aku jwb je la. Dan aku sebenarnya dah nekad..apapun result anak..aku tak kisah nak bagitahu orang kalau orang tanya. Takdak A pun aku akan jwb je. Ini aku punya NEKAD ..lain orang lain cara.

Tak kisah la kan..Kat FB aku letak gambar aku ngn anak tanpa result ..pun kawan2 wish TAHNIAH! Terima kasih...Betul lah kan? tak kisah la result anak kita apapun..dia dh lalui peperiksaan tu..dah lepas..dah tamat..dah DONE kata omputih. Tahniah kerana mereka dah lalui satu fasa kehidupan. Fasa alam sekolah rendah. Dan macam artikel2 dan teks2 yang menjadi viral - 'apalah sangat A tu..bukan penjamin masa depan'. Betul lah kot kan? Entah..aku pun tak tahu sejauh mana A ni menjadi oksigen dalam kehidupan pendidikan anak2 zaman skrang. KALAU tak penting utk anak2..adakah A yang dikejar oleh sekolah2 zaman skrang ni hanya utk naikkan nama sekolah?

Yang Berjaya, kita raikan. Yang kurang Berjaya, di keji jangan.
Dulu orang terkezut aku tak dapat 4A sebab aku adalah dlm golongan budak2 pandai dlm kelas pandai. Ngeh ngeh ngeh. A ah..aku memang tak dapat 4A..sebab apa? aku ngn suami aku je tahu..hahaaha..biarlah rahsia. Kalau aku tak buat 'hal', memang dah 4A dah..tapi tu lah kan...apa nak buat. Dan dgn tak capai 4A tu..alhamdulillah..aku gembira sampai ke hari ni..semakin tua..dah boleh fikir hikmah2 yang Allah beri. TAPI HIdup bersederhana lah..takde la gaji aku juta2 mcm orang2 lain yang tak dapat A yg jadi viral tu.

Sebenarnya aku nangis bagai nak rak gak sebab tak dapat 4A..kiri kanan depan belakang orang buat aku nangis wei!
"hah! liza tak dapat 4A? Tipu laah..takkan kot?".. OMG. Mau tak nangis airmata darah.Hua hua hua..
My boy. Budak ni rajin tolong ibu kemas rumah. Eh..dia rajin kemas umah, ibu tengok jek.
Kepada yang tak berani nak tanya aku sendiri dan serkap2 jarang, ni result sebenar Danish :

UPSR : 4A1B (BM Pemahaman - B)
PSRA : Jayid Jayiddan
Aku rasa sejarah idup aku mcm berulang.Nampaknya..ada juga yg terkezut Danish tak dapat 5A. Hahaha..kenapa terkezut? aku tak pernah terkezut pun sebab aku tau dia mcm mana. Ustazah dia pun tau dia. Pada bahu2 yang selalu jadi tempat aku meluah rasa tentang Danish ni..sure tahu betapa aku tersgt lah bersyukur dgn result dia terutama PSRA. Gila tak tersedak bila setiap kali perjumpaan dgn guru sejak masuk darjah 5..byk sgt cerita 'seronok' pasai Danish yang nak kena dengar. Menetes juga lah air mata ibu ni. Dapat lak result periksa setiap kali..nama dia memang tak akan jumpa lah kat atas2....terus tengok bawah sekali. Hahhaa..

Bila tgk orang lain berlumba2 hantar anak tution malam..aku jd makin kecut. Babah cakap, tak perlu.Ikut hati ibu..mmg nak gak hantar..tapi tu lah.Tuhan saja yang tahu..
Twit! Danish mmg budak pandai, bijak..cuma diaaaaaaa....argghhhh 'Macam Pahat dengan Penukul!" Nampak juga dia ralat. Hehehe..sapa suh tak study kan? Main2 lagi! Tapi takpelah, ini rezeki Danish. Ibu sikit pun tak ralat sebab ibu tahu, Danish banyak main dari belajar - termasuk dlm kelas. So, harap anak ibu jadikan semua ni pengajaran. Bijak tapi MALAS..mmg lah kelaut. Ahaks!
 
Hari ini, dah beberapa hari result keluar. Pening tunggu result tak habis2 rupanya. Masa utk fikirkan sekolah anak pula. Pening sebab Danish budak Sekolah Swasta JAIS. Bila result PSRA sekadar Jayid
Jayiddan..peluang dia ke sekolah agama JAIS (berasrama) dah terhad. Nak ke SBP or SMKA dah memang tak layak dari awal2 lagi. Untuk sekolah terbaik, hanya layak ke MRSM.Kalau zaman aku dulu, abah paling rajin naik turun pejabat pendidikan buat rayuan supaya aku dapat tempat baik2. Tapi zaman sekarang, aku lebih percaya kepada takdir dan rezeki Allah. INsyaAllah, ada tempat dia nanti wpun hanya di sekolah biasa.
 
Ini pendapat aku, selepas aku baca viral2 yang konon2 A tak jamin apa2...Takde A pun boleh hidup mewah gaji juta2. Sebenarnya, kita tahu kelebihan dan kelemahan anak kita termasuk cara kita didik
anak2. Jadi, tak perlu lah ada pertikaikan apa2 untuk setiap benda yang dah Allah tentukan dan kita pun tahu jalan cerita anak2 kita. Redha.

Tahniah pada yang berjaya dan pada yang tidak, usaha lagi. Pada anak2 yang mungkin baca viral2..OH, saya takde A pun gaji saya Juta2 sekarang..sila tanya pulak apa pulak usaha2 yang 'pakcik/makcik' tu kena tempuh dan lalui apa utk sampai ke tahap itu? Goyang kaki? Tak kan? tetap kena ada USAHA. Simple question dari aku, ada tak yang benar2 berusaha tak kisah lah dlm apa jua benda..ALLAH tak bagi dia apa2? Lambat atau cepat, janji Allah..yang berusaha, pasti ada ganjaranya.

Kita boleh berjaya dalam hidup tanpa pelajaran, tapi kita kena banyak korbankan masa keluarga.Kena usaha lebih utk pendapatan yang lebih.TAPI Hidup ni memang nak kejar harta dan wang je ke?

Kita lebih mudah berjaya dalam hidup dengan pelajaran, walaupun tak dapat gaji juta2 kerana konon makan gaji saja..tapi, kita ada masa utk keluarga. Hidup bukan hanya utk harta dan kaya.

Dan jangan lupa..HIDUP INI SEMENTARA dan HANYA LANDASAN UNTUK MENCARI PAHALA UNTUK BEKALAN DISANA. Mati itu pasti.

ATAUPUN..kalau result PEPERIKSAAN ni tak penting..............TOLONG LAH MANSUHKAN PEPERIKSAAN BESAR kat sekolah. Haaaaaaaa..kan senang? Tak yah nak compare idup dengan siapa2. MAk Pak pun tak penin kepala...........HAHHAHAHAHAAA..ntah apa2 la MALAYSIA ni! eh eh eh.. ahaks!

 
ni motto zaman sekolah : DOA, USAHA dan TAWAKAL .. :)

SEBENARNYA..aku lebih sedih dgn kisah DUNIA yang sedang porak poranda drpd kisah 'UPSR Je Pun!'

Ya Allah...dengarilah suara hati ini yang tak mampu aku ungkapkan di sini. Lindungilah kami hamba2 Mu yang lemah ini terutama di negara2 yang sedang bergolak. Allahuakhbar.



Papai!

Tuesday, September 01, 2015

.. Regalia Suites Kuala Lumpur ..

Salam Kemerdekaan ke 58 Malaysia Tercinta. Tahniah! Ketika negara berbolak balik dengan cerita-cerita yang aku sendiri tak tahu hujung pangkal dan tak tahu kebenarannya..Alhamdulillah, kita masih dapat sambut Hari Merdeka dengan aman dan damai. Habis2 pun, orang gaduh-gaduh dalam Media Sosial..biar leh deme kan?

Cuti yang agak panjang untuk kemerdekaan tahun 2015 ni, aku pun menempah la bilik untuk bercuti. Tak jauh pun sebab kalau jauh, comfirm JEM! Balik kampung pun tak sebab mak abah dah datang rumah hampir seminggu aritu. Dah lama teringinkan percutian dgn view bandar KL dgn harga yang tak mahal, aku pun booking Regalia Residence via Agoda.Com. Aku tempah aritu Studio Premier dengan harga RM342 untuk dua malam. OK la kan? Tak yah bazir minyak g jauh2. Paling penting ada dapur untuk Mr.Chep bersuka ria. Hehehee.

Tempah bilik seperti ini - Studio Premier
29hb Ogos, selepas Danish habis kelas tambahan, kita orang pun berlepas la and alhamdulillah, KL adalah lenggang. Cuma terbabas satu exit ..terus entah kemana-mana perginya. Ala, KL je pun..pusing2 sure sampai, kan? Baca review, banyak la yg cakap tak best tempat ni terutama mereka kata Not Really A Hotel. Emm...kebanyakkan bad review dari Malaysian. Ala orang kita ni..sokmo gitu. Nak tempat best tapi nak murah ...pastu ada 1-2 benda yang tak best, terus kasi -ve. Kemon laaa..berbaloi la dgn apa yang di bayar. Nama pun Residence..bukan HOTEL. Orang kata, kalau kita positive..kita akan dpt benda yang positive kan? So aku malas fikir..g jek tengok sendiri.



Dengan review yang kita orang dah baca dan cari sikit2 info, urusan check In takde la sesusah yang di gambarkan. Just memang betul orang cakap, not really a hotel sebab Kaunter Check In/Out hanya lah di lobby apartment. Not a big deal...parking je dekat luar, ramai security Nepal yang ramah tamah dan boleh cakap Melayu yang boleh di tanya. Naik ke level 4 via lif parking lot..and jumpa la receptionist. Urusan Check In pun senang jek. Bila dah check in, aku di beri parking lot dlm apartment..takde la macam setengah review cakap susah nak parking. Dari parking, lift terus ke tingkat atas ..ikut la no bilik. Since ni private apartment, ada tag yg di beri yang boleh naik ke level bilik masing2 saja. Masih tak menyusahkan pada aku.

Ruang tamu. 

 Masuk lak dalam bilik, alamak...salah ke ni? Aku booking Studio jek. Ni siap ruang tamu, dapur, dining, 2 buah bilik, mesin basuh dan meja study. Hadoiii..salah ke? Aku pun try call front desk. Erkkk..takleh call. OK, ni antara bad review...kita takleh call bawah..tapi kena turun bawah. Since malas nanti dah kemas-kemas barang dan mereka salah bagi bilik, aku pun turun la. Alaaaa..guna lif bukan kena turun tangga. Rupanya memang dia org upgrade bilik sebab bilik penuh. OK La..alhamdulillah..dapat bilik besar kan? Tak nak? Hehehehe..

Mr. Abe kata, aku so lucky. Dah dua kali bilik yang aku tempah ..semua di upgrade. Aku cakap..'Senang jek..belanja dengan ikhlas..niat nk happykan famili.' Memang sejak Mr.Abe tak kerja ni, aku dah jd agak pemurah..sebab kesian kat dia. Aku bukan lah teruks sangat. ngeh ngeh ngeh..



Ruang kesukaan Mr.Abe..apa lagi..dapur la. 

Bilik untuk anak-anak.

Master bedroom dgn tv dan bilik air.

View dari bilik
So. ok la kan biliknya? Actually aku dah request bilik facing KLCC...tapi penuh. Emm..bersyukur la dengan bilik yang diupgrade itu. Syok gak tgk jalan raya..hahahahah. Stesen Komuter pun 5 minit je dari residence.


Apa yang aku nak sangat datang sini? Yehaaaa....aku sebenarnya, nak view KLCC and KL Tower dari Infinity Pool di tingkat 37 Regalia Suites ni. Cantik sgt view aku tgk kat google. So aku pun gigih la nak rasa. Pool nya bukak dr pagi sampai kul 10pm. Cuma yang leceh..sebab apartment ni ketat sangat securitnya, nak naik ke pool, kena turun dulu ke bawah and jumpa guard, minta dia tekan lift ke level 37 (leceh ke?) ..pastu dkt pintu pool, kena register bilik and kena ada tag/kunci bilik utk bukan pintu. Bila dah habis mandi-manda, kena bersalin pakai kering utk balik ke bilik utk elak lift basah. Mula2 aku dengar as leceh...tapi bila yg datang mandi nya byk pelancong...OK hilang leceh sebab mereka ni pakai 1 piece and 2 pieces je..so tak yah rebut2 bilik air. Dia orang sarung je apa2 yg kering...dah boleh turun. Aku yang full covered ni jek kena masuk bilik air untuk tukar baju. Hak hak hak.

OK la..jom tgk gambar-gambar kat infinity pool Regalia Suites. Cuma now tgh jerebu..so view kureng la sebab awan tak membiru. 



Budak tucik yang tak suka kolam..masuk kejap je..pastu nangis. Maka duduk la dia diam2 tepi kolam. 

Babah masuk..ibu jaga baby...Ibu masuk, babah jaga baby. 

Ni masa tucik masuk kolam.. sempat la posing2. 


Gambar byk actually. Tapi malas la nak tepek gambar-gambar orang separuh bogel. Tak sehsuai..hahaha. 

Malam pun boleh swim dan aku rasa berenang malam lagi panas compare siang. Tapi aku tak rajin la kan nak swim2 tukar-tukar baju byk2 kali. So malam pertama, aku minta Danish teman aku naik atas utk posing jek.  Jom tengok gamba malam...pun aku tepek yang sopan2 je eh.



Trade Mark - Posing dr belakang. hak hak hak.. Nice sgt view. Tapi ni Note 2 jek...so gini je la hasilnya.

Capture gambar sempena nak merdeka. Cantikkan bulan itew? 


Malam kedua, ikutkan Mr.Abe nak bawak anak2 mandi malam..tapi sebab dah keletihan ke Midvalley naik komuter..so cancel. Mandi petang jek. Kami saja bawak anak-anak naik komuter ke Midvalley. Nak bagi rasa. Dalisha pun alhamdulillah tak meragam. Orang dalam train pun bagi aku duduk bila tengok aku dukung baby. Syukur. Cuma on the way balik, tiba-tiba ramai gila geng BERSIH 4.0 naik train dr stesen Bank Rakyat. Dalisha dah mula merengek..sebb berhimpit dan dia tak biasa dengan orang. Nasib baik lagi 1 stesen je kita orang nak turun. Dari pandangan aku..memang penuh train dgn KUNING dan hampir 80% adalah Chinese. EMmm...


Abadikan gambar Tucik tunggu train. Babah cakap..OK, Tucik lulus ujian naik train ke Europe. Bila? hahaha..

Alhamdullillah,,senang di bawah ke hulu ke hilir..ke atas ke bawah setakat ini.
-semua gambar tidak diedit..malas! 


Last day, naik kejap ke atas untuk posing2. Mr.Abe kata, boleh datang lagi..sebab kita orang suka. InsyaAllah.



Ibu je suka bergambar tengah2 panas, yang lain LILIN..so gambo ibu je la.

Dan di tingkat bawah...ada hutan2 dan air terjun..... 


Aku sebenarnya..mmg teringin untuk miliki private condo sendiri..Emmm.. 


OK..abis cite. Aku OK and puas hati jek dengan Regalia Suites ni. Oh ya..actually ada lagi 1 kolam kat tingkat 5. Tapi tak p pun...sebab mmg aim kolam Infinity. 

Alhamdulillah utk percutian famili ini. Papai!

Tuesday, August 25, 2015

.. I'm back ..

Ohaii..kesiannya kat blog, almost 4 month tak update. Apa dah jadi? Pejam mata jap..try recall kot-kot ada cerita yang boleh di share..Jap eh..amamamamamamaa,,OK takdek! Mungkin aku boleh bercerita tentang keletah anak ke 3..tapi aku terlupa. Mungkin kerana blogging bukan lagi salah satu cara hidup aku now. Emmm...

Cerita terkini yang aku nak share (sebenarnya tengah bosan) adalah..I'm back. Yeah! Alhamdulillah. Selepas setahun aku berpantang dengan aktiviti sukan di atas faktor kesihatan, baru-baru ni aku kembali bernetball. Fisio aku pun dah tamat..makanya, try lah! 

Tak semudah yang di sangka. Selepas tempoh mengandung,bersalin dan berpantang ..makan 2 tahun jugak lah aku tak bersukan. Sekali turun training..hamek! OK..aku ngaku. Aku dah tak fit dan pencapaian dlm shooting pun agak mengecewakan. Penat rasa berlari macam tarik guni beras? kah kah kah ..itu lah yang aku rasa di bahagian vontot dan peha. Ngeng! Nak melompat pun tak larat. So, aku pun amik paksa diri turun jogging on weekend. Emmm..mmg kelaut. 30 min, dapat 3km jek. Sepatutnya, zaman2 kegemilangan aritu..30 min utk 5KM. Nasib lah.

Dan selepas bertungkus lumus training ... hari game pun tiba. Tak banyak benda nak cerita. Aku pun main satu game jek as GS dan seri lah dgn Pasir Gudang. Lutut pun mensakit sejak 1st day training. Tak tahu lah..maybe terlebih push dan dah lama kot tak turun memeluhkan badan. 
Ni game pertama aku selepas hampir 2 tahun tak main dan MUNGKIN akan jadi game terakhir aku dengan Pelitawanis Bangi. Takde rezeki untuk menang tahun ni nampaknya. Tak pe lah..dah macam biasa..kita org akan MENANG BERGAMBAR..yay! Yang penting HAPPY! Aummmmm...





Netball is Happiness.. Go!

Tuesday, April 07, 2015

..Pertama Kali - Bumi Eropah ..


Pertama kali aku ke Benua Eropah - Holland pada tahun 2010. Alhamdulillah. Dengan harga tix cecah hampir RM5K seorang (MAS - return), Mr.Abe gagah belikan juga untuk aku. Dia dah berlepas dulu kerana ada urusan kerja di sana. Tinggal lah aku terkontang kanting di Malaysia membuat persediaan sendiri. Ketika itu tengah Spring. Kena ada jaket tebal, kena ada thermal, kena ada proper shoes. TAPI dengan keadaan tergesa-gesa tanpa planning..aku redah Alamanda untuk cari keperluan.


Marken, Holland

Masa tu kemeriahan info untuk travel taklah sehebat sekarang.Serius aku buta dan meraba-raba. Nak buat apa ni?

Jaket - Aku masuk kedai jeans..aku beli jaket motor reversible. Kain codroy dan kain kalis air. Budak kedai tu kata..Tahan sejuk kak. Aku angguk dan bayar. RM50. 
-Sekali sampai sana...menggigil aku di buatnya..aku tak de thermal. Memang la tahan sejuk jaket tu..sejuk naik motor je la kot. 

Kasut - Aku tak pernah fikir atau tak pernah tahu apa tu spring. Jadi aku gamble je pakai sport shoes ADIDAS sedia ada. Dah la kasut tu berlubang atas bawah.
- Kat sana..kaki aku cramp sebab sangat sejuk. Cuaca lembab..angin dan air masuk melalui kasut. Hahahaa..nangis.

Stokin - Sekali lagi masalah bila aku pakai stokin biasa...kaki adalah tempat pertama yang akan buat kita kesejukan. Masa tu tak sempat nak beli or fikir nak beli stokin wool. Maka..bertabah lah aku dgn stokin lembab dan basah.

Bag - Pun tiada. AKu pinjam bag deuter kawan. Sengaja pilih bagpack sebab Mr.Abe kata mudah utk bergerak, Kat sana kena byk naik train dan jalan di sana guna batu bata utk pejalan kaki. Kalau guna bag tarik tersangat la susah dan tak selesa. dan sampai kali terakhir aku travel, masih menggunakan bagpack..tp dah ada yang sendiri punya. Alhamdulillah.

Mafla dan Gloves. Ni je dua item yg sempat aku grab untuk proper attire. Tu pun beli yang murah2 jek..Begitu juga dengan seluar. 24 jam aku memakai seluar thermal (kat dalam) yg sama wpun dlm bangunan...ada 1 je pun thermal (mahai OKEK) dan aku ketika itu adalah seorang manusia yang tak tahan sejuk. 

Pertama kali ini jugalah aku naik flight sorang2 selama 18 jam...kena jwb soalan mcm2 dgn imigresen Amsterdam..cuak sgt!

Dan dalam persediaan yg seadanya inilah aku turut menjejaki Brussel dan Paris buat pertama kali...

Emmm...dah lama tak travel..Hampir 2 tahun...Rindu Banget!...


Monday, January 26, 2015

.. Dari Dalam Hati ..

Setiap hari seperti ingin menitipkan sesuatu di sini..namun tak pernah terlaksana. Kadang kala terasa ingin berkongsi...kadang kala seperti ingin menyepi. Berfikir beribu kali..adakah perkongsian akan memberi manfaat pada orang lain atau sekadar menambahkan lagi dosa. Ya..dosa untuk diri sendiri atau dari orang lain. Berkongsi di katakan riak..akan membuatkan orang lain berdosa kerana mengumpat atau fitnah. Atau diri sendiri tidak sedar sedang melakukan sesuatu yang mengundang malaikat Atiq dengan laju mencatat sesuatu di bahu kiri..kan? Hidup ni jadi mudah sekiranya tahu dan mahu menjaga senjata paling bahaya pada badan iaitu LIDAH dan kemudian HATI. Susahkan nak jaga? Emm...aku ni, kadang kala terbabas jugak.. Sekarang aku lebih senang berbicara sendiri di dalam hati...KALAU pun balasan Allah tu bukan datang cepat..TAPI reaksi daripada manusia itu sendiri buat aku sakit bak di tusuk sembilu. Tapi kalau fikir2 balik..bukan salah orang lain pun kalau kita kena kata atau kena kutuk..mungkin diri sendiri yang tak pandai jaga diri atau mulut. Kan? Kadang-kadang, tak semua orang boleh terima gelak tawa dan guraun kita..dan tak semua orang boleh terima apa yang kita kongsi sebagai ilmu...betul? Jadi..selagi boleh jaga Lidah dan Hati..jaga lah.

Tersimpan hasrat untuk menikmati sunset indah ini di bumi Darul Salam..
tapi.. emm..takpe lah, simpan dalam hati dulu. 


Pheww..panjang pulak mukadimah kewnn? Emm..takut sebenarnya. Aku takut menyakitkan hati orang lain tapi aku tak kisah hati aku di sakiti. Semoga blog ni beri aku manfaat yang baik2 lah hendaknya..Amin.



Tadi aku menjalani fisioteraphy pertama. Nampaknya rezeki aku belum sampai untuk betul-betul sembuh..malah sakit datang kembali. Sebab tu aku terpaksa jumpa doktor pakar balik dan selepas 6 bulan tak recover, aku kena jalani fisio. Takde la membebankan fisio ni..cuma kena pergi klinik seminggu sekali. Dalam banyak perkara, yang agak menyedihkan aku ialah aku tak di galakkan atau di minta berhenti dulu daripada aktif bersukan. No more running, no more hiking, no more netball - uhuk..nangis. Dari doktor biasa, doktor pakar sampai la ke therapist, semuanya tak bagi aku aktif balik. Uhuk. Ye la kan..aku bukan injured macam orang2 yang aktif sukan tu..kes aku lain. Dengan ini, aku declare..aku redha. Ikut kan..angkat baby pun dia orang tak bagi. Aishh..yang ni aku tak leh la nak elak...emmmm. Apapun..sabar ya Liza. Mungkin ada hikmahnya kan? Amin.


Sebelum akhir jari2 ni menaip..aku nak share something. Aritu aku dah share syria lelipat kan..kali ni jom kita try Syria Lelipat Silang pulak. :)


"Ujian yg diberi pada kita adalah apa yang kita telah buat sebenarnya" -
astro Oasis


OK la..papai! 



Wednesday, January 07, 2015

.. Bertukar! ..

Sekelip mata kau berubah! bertukar. Belasah je la kan? Janji berwajah baru. Lagipun PC dah takde sofrware untuk mendesign. Ni guna handphone je. Background cilok dari Google. Sebenarnya nak buat simple..tapi jadi gak fancy and bright. Huhuhu. Hentam je la..................

Welcome to 'Tongkat Dagu Gigit Kuku 2015' wajah baru. Hoyayyy!! 
Hitam itu menawan..ngeh ngeh ngeh
 

OK, Papai! 

Monday, January 05, 2015

.. 2015 pun datang ..


Cak! Selamat Tahun Baru 2015.. 
Assalamualaikummm......................... 

Dah tahun baru ni. Biasa blog ni bertukar wajah. Tahun ni lupa terus, plus angin mendesign pun tarak. Biar kan je la dulu kan? Yang lama tak semestinya kena buang semua kan? Nanti idea dah mai..baru kita bertukar! 

Apapun..alhamdulillah pada Allah untuk tahun 2014 yang semakin baik. Alahh, masalah sikit-sikit tu, tu tolak tepi je lah. kan? 2014 juga bertambah lagi seorang saham kubur untuk aku dan Mr.Abe. Alhamdulillah. 


Selamat Tahun Baru untuk semua. 
Banjir yang di tempuhi sendiri.
Dalam banyak2 kenangan 2014, momento paling hampir dan masuk lekat dalam kepala aku adalah Peristiwa Banjir yang melanda Malaysia terutamanya Pantai Timur dan beberapa kawasan di Perak. Innalillah dan takziah buat semua mangsa bencana. Semoga ada gantian yang lebih baik dari Allah nanti - InsyaAllah. Turut simpati dan setiap kali tengok berita dan FB, sure sebak dada. Berat ujian mereka..tetapi Allah Maha mengetahui kenapa dan apa yang terjadi.

Nak di jadikan cerita atau memang sudah di takdirkan, aku sendiri terikut mendapat sedikit pengalaman dengan banjir kali ni. Tak banyak..sikit jekk. Sangat sikit namun cukup terkesan. Memang jadi kebiasaan, kami sekeluarga akan pergi percuti ke Swiss Garden SPA & Resort, Sg Balok, Kuantan pada hujung tahun. Last year kami dah sedekah kan bilik pada kawan sebab aku pregnant dan tak berani nak amik risiko incase jadi apa2. Tahun ni, tawakal..dan terus pergi. Sepanjang 3 hari kat sana, hati aku tak henti2 berdoa supaya semuanya baik. Ye lah..tepi laut kot wpun Sg. Balok bukan kawasan banjir. Alhamdulillah...3 hari berjalan dengan smooth. 

Dalam perjalan balik pada 27hb Disember 2014 melalui LPT, dalam jam 12.50 tengahari, tiba-tiba petugas LPT meminta kereta membuat lencongan ke jalan dalam. Masuk Exit MARAN sebab LPT - Temerloh dah naik air. Hati dah mula berdebar. Aku SMS abang dan adik aku minta tolong carikan jalan alternatif sebab kami tak biasa dengan Maran dan tidak petunjuk arah kemana harus di tuju. Masuk je jalan biasa, YA ALLAH...kiri kanan jalan dah mula tenggelam. Air naik dengan deras dan kebanyakan rumah dah tenggelam. Air mata aku dah mengalir dan badan agak mengigil. Mulut tak henti-henti membaca doa Nabi Yunus. Takutnya alahai. Dah la ada baby ngn anak2. Apapun, alhamdulillah, Mr. Abe sangat tenang dan terus mencari jalan. Dengan bantuan kawan2 via sms sebab line tenet tak de..kita org menuju ke exit Temerloh wpun sebenarnya lagi selamat ke exit Lanchang. 

Menyaksikan sendiri air deras yang naik dan meredah beberapa kali banjir yang agak tinggi memang buat aku tak tenteram. Ramai terkandas di Stesen Petronas Temerloh (tanah tinggi) sebab tak tahu arah tuju. Akhir sekali...tawakal pada Allah..Mr.Abe meredah banjir yang agak tinggi untuk ke exit tol. Kalau tak redah memang compem terkandas sebab air memang tengah naik dengan laju. Kereta byk terkandas di tol sebab tak boleh masuk dan tak boleh keluar. Air mata aku memang laju je turun dan syukur sangat2 lepas dari banjir. Alhamdulillah. Bila line dah OK skit dalam sejam, aku check FB, kawasan yang aku lalu tadi memang dah tenggelam dan LPT Temerloh air naik sgt tinggi. Ada kawan Mr.Abe yang terperangkap di RnR Temerloh hingga jam 4 pagi, Huhuhuhu..


Love Netball mucha mucha.
Ni aktiviti berpeluh yang tak berani nak peluh untuk tahun 2015. Student buat game dan Penasihat Club Netball minta tolong aku jadi reff. Dapat la berlarian sikit2 untuk uji tulang. Hahaha dan keputusananya, aku tak fit langsung dan masih ada rasa sakit. Em..macam mana ni? Azam aku, masuk usia baby aku 6bulan nanti, aku nak try trun untuk at least buat brist walk 2km ke. InsyaAllah, Doakan la ya. Hee....


Love them all
Famili Mr.Azril. Alhamdulillah..untuk sebuah kurniaan yang sangat2 berharga. Untuk 3 orang saham kubur yang membesar dengan sempurna. Alhamdulillah untuk sebuah kebahagiaan yang tiada galang ganti. Alhamdulillah ..syukur. Semoga tahun ni dan yang akan datang, kami sentiasa di beri rahmat dan petunjuk serta di tingkat Iman. Amin. 


Dalisha Hannah dan 5 bulan. 
Seronok! Happy! Suka! Budak tecik ni dah 5 bulan. Alhamdulillah. Lulus ujian panas, sejuk, ujan dan berjalan2 dalam apa jua cuaca. Alhamdulillah tak banyak ragam macam abang dan kakak. Alhamdulillah membesar dengan debab. Alhamdulillah..biasa menurun panas ketika marah. Syukur..semoga terus membesar dengan baik dan sentiasa dalam lindungan Allah. Ada 2 orang anak perempuan ni. Banyak gak cabaran nak membesarkan. Apa yang aku mampu cakap pada kakak dia setakat ni, kalau sayang babah dan abang - jaga akhlak, jaga akidah, jaga aurat. Berdebar ni..fuh! 

Apapun ada dalam HATI ini, biar DIA saja yang tahu.
Seriusly, dah lama tak posing berdua dengan En Suami ni. Ye la..dah ada baby. Sure salah sorang kena dukung. Selepas semua dugaan dan cabaran, Alhamdulillah..hubungan ini setakat ini di pelihara Allah. Dia baik..sangat2 baik (belakang2 aku tak tahu lah ya! Biar Allah yang uruskan.) Semoga Allah lindungi dan permudahkan segala urusannya. Semoga sukses dalam studi. Semoga terus menjadi suami dan babah yang rajin, baik dan tak susahkan isteri dan anak2. Amin. 


Yay! selfie 2015.

Dan last sekali. Ini adalah aku untuk permulaan 2015 berselfie dengan tudung BookanBookita. Hahaha..tudung sepoloh hengget longgok2 jek. Takde apa nak tulis pasai diri sendiri. Just ada few benda nak try gak buat tahun ni. Apa eh? 

Resolusi 2015 : 
1. Nak fit 
2. Nak slim 
3. Nak kembali aktif 

Ok-OK, ramai yang tegur aku dah slim dan OK mcm ni. OK, terima kasih. Apa yang aku nak buat adalah : Aku nak body yang firm. Maksudnya, takde spare tayar dan aku tak cepat penat bila buat kerja. Tu jek. OK kan? 

Baru-baru ni ada kawan-kawan outdoor plan nak ke Bromo, Surabaya. Memang dah mengelejat je aku nak p. Mula-mula Mr.Abe bagi..tapi tiba-tiba dia tak yakin dengan kesihatan aku. HAishhh! Nangis takde lagu kejap. Hadoii..rindunya nak hiking. Takpe la..nanti kita mulakan dengan hiking Broga dulu ya Liza. Perlahan-lahan kayuh ya.. Hiks! 

OK la..di doakan yang terbaik untuk semua dan doa kan yang baik2 juga untuk aku ya. Amin.

Papai!


Wednesday, December 24, 2014

.. Convert Syria Hijab to Bokitta Hijab ..

Assalamualaikumm..

Melepaskan lelah sebentar lepas packing barang nak bercuti dari 25 - 31hb Disember ni. Dalam keadaan hujan dan banjir di mana-mana now ni.. aku berdoa utk kesejahteraan dan keselamatan serta lindungan dari Allah swt sepanjang percuti kami nanti. Amin.

Aku saja menaip malam ni. Nak share something about Hijab. Now ni kan trend instant shawl or shawl tanpa pin. Dalam2 byk trend, cantik gak bokitta style. Kat Malaysia ni, yg glemer adalah Bokitta Neelofa. Tapi bila aku google..rupanya bokitta ni byk jenis and brand rupanya. Cantik gak layer or lapis2 atas kepala tu kan? Teringin nak try..tapi mahal dowh! Harga rm90 ke atas. Alahai..aku ni bukan jenis pakai tudung mahai2. Paling mahal pun RM60 ..tu pun masa raya. Ngee..

Masa ku pakai tdung pagi tadi nak ke sekolah anak bayar yuran.. aku mencuba sesuatu. And tadaaa...dengan tudung syria yang memang dah kat umah and murah jek aku beli..aku pun try laaa mengconvert syria jd bokitta. Dan yay! Saya suka...

Meh aku nak ajar.

Bahan-bahan :
1. Tudung syria size L or lagi besar.
2. Sebijik keronsang
3. 2 jarum peniti.
4. Utk inner..boleh pakai inner syria or inner magik.

Cara pakai :
1. Pakai je inner ngn syria macam biasa.
2. Di bahagian atas kepala..buat layer pertama bermula dr depan.
3. Kemudian, buat layer ke dua di belakang layer 1st tadi dan seterusnya.
4. Ikut la nak buat layer byk mana dan kelebaran pun ikut suka.
5. Pin dgn keronsang di dagu susunan layer2 tu.
6. Guna peniti di kiri dan kanan tudung utk lebih kemas dan supaya tak terbuka.
7. Adjust bahu supaya lagi kemas.

Picca di bawah hasil hijab bokitta suka hati aku.

Syria Bokitta dgn inner syria.


Syria Bokitta dgn inner magik.

Aku namakan ianya sebagai : BokkiZa ..Za tu nama aku lah..hahahaa.

Selamat Mencuba.

Papai!

Monday, December 15, 2014

.. Masiswa Networking Games 2014 - UNITEN Netball team ..

Sejok..sejok..sejok. Opis sangat sejok. Nantuk..nantuk..nantuk. Opis sejok buat mata mengantok. Update blog la kejap. Tapi tak tau nak cerita apa. Emm...

Cerita bergambar je la eh? Cerita hari ini adalah mengenai Masiswa Networking Games 2014. Pada suatu hari..dalam sebuah kampus..keh keh keh.


OK la..sukan ni berlangsung pada 5-7hb Disember 2014. Sukan antara universiti swasta. Tapi aku tak sure berapa U yang join. Macam biasa, aku akan join Netball. Kalau tahun lepas aku main ketika pregnant 2 bulan...tapi tahun ni aku hanya la pemain simpanan yang menjalankan tugas manager. Kenapa tak main? Huhuu! Sebab aku baru lepas pantang 4 bulan dan aku belum pulih 100% dengan masalah tulang. Makcik urut pun tak bagi main lagi. Apapun, alhamdulillah...masih dapat join sebagai simpanan dan hadir 2 hari berturut-turut. Dalisha ...babah jaga. TQ!

Di ringkas kan cerita, UNITEN tak berjaya rampas gelaran Juara dari MMU. Tiada rezeki dan seperti biasa, team UNITEN adalah team cari orang seminggu sebelum game. Tak main IMPORT player luar OK! Main secara bersih...itu prinsip kami. Acehhwahh..gagaga. Susah gak nak cukupkan team sebab yang biasa turun training ada team lain. Apapun..ok la ni kan. Kekal naib juara. Hiks..


Team UNITEN 2014 
Kazie ngn Mar main bersama kali ni. 
Aku dan mereka..warming up!
Aku dan bips. I miss U GS .. aummm..
Juara Kumpulan A - UNITEN bersama prof Kamal. 
Mara ke semi final dengan Lime Green..cunz!
Final game UNITEN - MMU. 
Dan juara hebat sepanjang jaman adalah MMU. Hebat team akak2 ni.. 
Menang atau tak..posing tetap posing.
Naik pentas..yay! 
Dan ini lah habuanyaa....go!
Okek..abis cerita. Hahaha..papai!

Tuesday, December 02, 2014

.. Menahan NAFSU ..

Hello! 

Daripada kerja yang tiba2 masuk gedebuk gedebak sejak semalam, tiba2 terhenti seketika sebab bos suh pause. Ada benda yang tak betul yang bos kena betulkan dulu. So, aku lepak jap layan blog yang dah berkaratz ni..sian blog! 

Nak cite apa eh? emm..gambar pun tak ready nak upload dan dalam enpon pun, penuh dengan gambar baby jek. Plus, dataplan enpon dah nazak. Lantak la ko enpon..malas nak fikir. Guna je apa yang ada. 

Dah nak hujung tahun ni kan? Biasanya..hujung2 tahun ni, apa yang ada dalam kepala mak bapak? Sure lah sibuk fikir cuti anak2 kan? Fikir persiapan anak-anak nak masuk skool kan? Tahun ni dan tahun depan, aku maybe tak fikir sangat pasai nak pergi bercuti sebab Mr.Abe ada kelas. Cuti dekat-dekat jek dan cuti singkat ikut jadual kelas Mr.Abe. Mungkin keadaan kewangan yang agak 'semput' juga untuk tahun ni hingga Mr.Abe habis belajar..jadi aku anggap semua ni ada hikmah. Aku tak mahu fikir sangat pasai duit. InsyaAllah, rezeki ada..cuma kena pandai2 la nak hidup dengan keadaan sekarang. 

Aku now ni sedang menahan nafsu. Nafsu apa? 

Aku gian sangat nak main netball. Hujung minggu ada game MASISWA, Aku register je nama untuk cukupkan korum. Mungkin standby as simpanan. 
Aku gian nak mendaki gunung. Dah lama tak mendaki. 
Aku gian nak berlari atau at least mengeluarkan peluh.
Tapi kenapa aku tak leh layan nafsu ni semua ? Sebab aku belum 100% sembuh. Makcik mengurut pun tak bagi aku aktif lagi. Sabar ya Liza. InsyaAllah..bila dah masuk bulan ke 6, aku nak cuba jog perlahan-lahan. Boleh rasanya ni..ngeh ngeh ngeh.

Em, dah lama tak travel. 
Aku teringin nak rasa suasana musim gugur. Aku nak tgk daun2 Mapel berwarna merah jatuh berguguran.
Aku teringin nak tengok langit Aurora - langit lain dari lain. Berwarna warni di waktu malam.
Aku teringin nak menyelusuri padang pasir. Bukan naik unta..tapi cukup setakat dapat jejakkan kaki.
Yeah..ini antara percutian yang aku belum rasa. Kenapa tak g? Sebab Mr.Abe malas nak tulis surat kebenaran ke Oversea dan juga anak pun dah 3. Nak travel bukan lagi perkara senang dan murah. Kan? 

Apa lagi eh nafsu yang sedang di tahan?
Emmm..aku nak enbag baru. Hahahaha. Yang ni memang betul2 kena tahan. Kesian kat Mr.Abe..tengah sesak2 berhempas pulas fikirkan nak manage semula kewangan, aku lak sibuk nak beli belah..hahaha. Semoga aku dapat bertahan la dengan nafsu yang satu ni. 

Dan akhir sekali..opp koz laaaaa tahan nafsu makan. Hua hua hua...apa mau jadi? Badan naik mencanak-canak now ni. Aje gila bila berat dah lebih dari 50kg. Ohoiiiiii...tak mau la aku. Aku tak seronok bawak badan mcm ni. Baju dengan seluar semua dah bertukar size. Nehi kabi nehi. Aku memang rasa tak best langsung badan mcm ni. Aku tak kisah la orang nak puji aku nampak elok mcm ni. Memang aku akui, lepas abis pantang, ramai tegur aku berisi, makin berseri, nampak lagi makin muda dan sampai pak mentua aku cakap aku makin comel ....aku tak dulik semua itu. Mak pun tanya, aku cucuk botok ke kat pipi? Ajeee.............. aku tak mau. 
Jadinya now, aku sedang perlahan-lahan menahan nafsu makan. Semoga aku bertabah. Huhuhuu..

OK la..dah takde benda nak taip. Nak cari gambar yg sehsuai jap nak tepek sini.. Ngeee...

Dalisha dan aku.. 

OK papai! 

Friday, October 31, 2014

.. Smooth and Silky ..

Assalamualaikum.. 

"Cak! Assalamualaikum...Senyum...senyum! Kalau senyum pagi2, Allah bagi rezeki..senyum tu sedekah tau!" - Hee..ini lah tagline aku setiap pagi pada baby sejak ada Dalisha Hannah. Dia pula akan tersenyum sampai senget-senget pipi sambil menjelingkan mata yang sepet. What a beautiful day kan pagi2 dapat tengok anak senyum? sampai rasa tak mau hantar dia g kerja. 

Alhamdulillah. Dalisha Hannah dah 90 hari ni. 
Alhamdulillah...belum ada lagi jeritan bayi menangis di pagi hari setakat ni. 
Alhamdulillah..selepas macam2 dugaan aku hadapi semasa mengandung dan selepas bersalin, Allah permudahkan urusan aku menjaga bayi kecil ini. 
Alhamdulillah di kurniakan tahap kesabaran selari dengan peningkatan usia. 
Alhamdulillah di kurniakan suami yang sebaik ini membantu dan sentiasa ada untuk aku dalam apa jua keadaan dan menjadi imam dalam solat aku dan anak2.
Alhamdulillah di kurniakan anak2 yang tak culas membantu aku di rumah. 
Alhamdulillah untuk segala-galanyaa. Untuk hari2 semalam dan hari ini dan juga hari mendatang walaupun aku tak pasti, apa akan terjadi pada aku nanti. Jika terjadi sesuatu yang tak di ingini..alhamdulillah, kerana aku pernah di kurniakan bahagia selepas dugaan yang hampir merosakkan hati dan iman ini. 

Alhamdulillah.....semoga Allah terus memberi kami sekeluarga hidayah, rahmat dan kasih sayangnya serta di tingkatkan keimanan. Semoga aku boleh jadi isteri dan ibu yang baik dan juga anak yang sabar dengan kerenah ibu bapa yang semakin meningkat usia. Amin.

Dalisha Hannah 
Dalisha bermaksud 'Gembira dan mengembirakan'. Hannah bermaksud 'Baik hati'. Nama yang di beri oleh Mr.Abe. Nama modern kontemporari supaya senang nak di bawa ke mana-mana. Melayu senang sebut, orang arab senang sebut dan nanti kalau ada rezeki ke negara mat saleh..mat saleh pun senang sebut. Hehehe. Itu lah skop setiap kali nak bagi nama pada anak-anak. Nama yang boleh bawak diri. 


Spectra M1 Breast Pump
Em, hari ni Dalisha dah 90 hari bersamaan 3 bulan. Aku sebenarnya masih gigih untuk cuba hasilkan susu untuk dia. Terbaru, aku beli breast pump Spectra M1 di Exhibition Moms and Baby Expo Midvalley 3 minggu lepas. Beli sendiri..bayar sendiri supaya ada motivasi. Sebenarnya aku dah ada Medela Mini Electric Breast Pump yang kakak ipar bagi. Dia dah tak pakai. Tapi Medela tu tersangat lah bising seperti sedang memesin rumput. Hehehhee. Jadi aku survey Breast Pump (BP) kat youtube. so that aku boleh dengar bunyi dan tengok terus cara benda ni mengepam.Aku mencari yang di bawah RM500, kecil, boleh guna elektrik dan bateri serta paling penting, tak bising. Hasil carian, aku decide untuk beli Spectra M1 ni.

Kelebihan spectra M1 ni adalah, body dia adalah rechargeable. Maknanya, tak yah la power bank bagai. Charge for 2 hours, bateri dalam body akan penuh dan boleh guna tanpa elektrik selama at least 6 kali pump (20 minit utk 1 sessi) dan takde la sebising Medela aku.

Spectra M1 ni aku beli dengan harga RM499 percuma la mak nenek yang ada dalam pic di atas serta di beri extra pump and bottle. Jadilah Spectra M1 double pumping, Kalau tak, single pump jek. Untuk dapatkan kaedah freestyle, yakni tak yah pegang botol masa pump, sila lah beli bra yang hold bottle. RM50 je pun. 


Milk Booster - The Milk Story
Kesungguhan dan keazaman aku nak bagi susu badan kat Dalisha, aku beli la pulak Milk booster ni. Hahahaha. Gila berkobar kan? Banyak sebenarnya milk booster kat pasaran dan The Milk Story Chocolate Drink (TMSCD) aku beli sebab ini jek yang aku jumpa masa kat expo. Tak ingat sekotak berapa ringgit, tapi beli 4 kotak RM100. Sehari kena minum 3 kali. 1 kotak ada 30 paket. Maknanya tahan 10 hari je la sekotak...mau botak nak kena beli selalu. Gagaga.

OK..persediaan dan semangat semua dah ada ni kan? So aku mula dengan buat power pumping. Apa tu power pumping? Sila rujuk gambar di bawah. Ahaks!
Sila la rajin duhai Ibu
Power Pumping (PP) ni kena buat atau sesuai buat pada waktu tengah malam atau waktu subuh kerana itu adalah masa susu sedang mengeluarkan diri dengan banyak.Kena buat seminggu direct. Aku pilih buat tengah malam. Mula jam 11 mlm. 2 hari aku buat ..berjaya buat walaupun susu masih keluar tak byk tapi ada la penambahan dari malam pertama ke malam ke dua. Malam ke tiga..masih berkobar. Aku buat..sekali masuk je setegah jam..aku tertido. Hahahaha..aku teruskan juga..tapi 5 minit jek..aku give up. Mata dah takleh bukak. Malam ke empat, aku buat 20 minit jek dan terus tido. Hahahahahadoii...gagal! Tersangat lah mengantuk. Malam ke 5? Terus KO dan tak buat2 dah sampai now. Ayoooo..apa ni ibu? Ngeee....plus, TMSCD tu pun aku dah stop sebab pagi2 aku belasah nescafe. Aku dah giveup ni. Tapi apa nak buat dengan pump yg dah beli tu..so, aku kena mula semula.

Apapun, alhamdulillah, compare Danish dan Dania, nampaknya rezeki Dalisha lebih. Aku masih susukan dia wpun tak banyak. Balik kerja, lepas maghrib, sebelum tidur dan jam 5 pagi. Alhamdulillah, dia tido lena tanpa susu formula wpun aku tau susu aku tak banyak. Menyusu jam 10 mlm sebelum tidur, jam 4.30 atau 5 pagi baru dia bangun semula untuk susu badan. Ada orang kata, baby aku tidur lena tak kacau sebab susu formula. Tapi nampaknya, susu badan aku pun buat dia lena. Syukurrrr... Seronok tau susukan baby direct ni...

Triple DH.. luv u all..muahh!
Triple DH sangat bermakna dalam hidup aku. Setiap sorang lahir dengan cerita dan kenangan sendiri. Semoga anak-anak syurga ni membesar dengan sihat, ceria dan menjadi anak soleh dan solehah. Amin

3 bidadari Mr.Azril 
Aku semakin menebam di bahagian2 tertentu. Selera makan semakin bertalu-talu. Sakit di bahagian PB masih terasa terutama ketika nak bangun dari duduk dan tidur. Jika dulu, aku adalah ratu tidur..tapi sekarang, kalau boleh elak untuk berbaring, aku akan elak. Sebab agak sengal dan sakit ketika bangun. Jadi tidur aku hanya lah pada waktu tidur iaitu waktu malam. Itu pun tidur dalam keadaan statik. Allah amik sikit nikmat tidur aku, alhamdulillah. Sekurang-kurangnya, dengan tidur yang sebegitu, aku dapat alert jika sekecil ni nak susu sebab dia tak menangis. Just keluarkan bunyi hok hek hok hek sambil isap tangan. 

Amalkan ini..insyaAllah. Allah sentiasa ada untuk kita.
Aku nak berkongsi sedikit pengalaman atau amalan yang aku cuba buat selepas hidup aku di timpa masalah. Masalah apa? Biarkan lah semua tu berlalu. Cuma untuk bangkit selepas jatuh, adalah bukan mudah terutama aku masih berada di tempat yang sama. Alhamdulillah..walaupun hidup aku tak sempurna dan masih di uji ... tahap redha dan kesabaran itu ada. Tak macam dulu..mudah melenting, terasa di aniaya dan sedih 24 jam. Selain daripada suami yang menerima dan memahami (sekarang aku reliase kenapa perlu ada suami yang ada ilmu ),.aku cuba berubah sendiri. 

Cari ilmu. Mungkin kita rasa kita dah tahu semua dan adakah kita amalakan apa yang kita tahu? Tak kan? Cubalah at least seminggu tu, dengar2kan lah ilmu2 agama. Kat youtube sekarang macam-macam ilmu mudah dapat. Malaikat melindungi hamba Allah yang sedang atau ketika memcari ilmu. Sambil buat kerja, boleh dengar ceramah agama. Boleh dengar zikir2, boleh dengar ayat2 Quran. Antara tokoh yang tolong aku adalah Ustaz Kazim, Ustaz Ebit Lew dan Prof Muhaya. Ya..mereka tolong aku bila aku follow mereka di FB dan Youtube. Dengar dan baca tulisan mereka.

Berdoa. Ya..berdoa dan terus berdoa. Tapi..nak meminta dari Allah, tengok diri kita. Adakah kita buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah marah? Jangan kata Allah sengaja menguji untuk buat kita terbeban sedangkan kita sendiri tak ikut suruhan Allah. Kita tak ikut suruhan Allah pun Allah masih sayang kita..kan? Bagi kita at least nyawa untuk bernafas ...

Fikir apa tujuan hidup kita. Hidup aku dah nak masuk 40 tahun..apa aje yang aku dah buat dan apa je bekalan yang aku ada untuk kubur dan akhirat? Kalau sempat jejak umur 40 dengan amalan, alhamdulillah. Kalau tak sempat? Mati tu pasti..dah takde jalan patah balik. HUaa...tiba2 meremang bulu roma..cukup ke pahala nk bawak jumpa Allah nanti. Terbayang-bayang semua amalan aku akan di display dekat padang masyar nanti..dan semua orang tengok. Huhuuhu.

Emm...aku bukan baik sangat pun..tapi aku sedang berusaha untuk jadi baik. Aku tak tahu, apa dugaan aku seterusnya nanti. Mampukah aku tanggung? Adakah kebahagiaan aku ni akan kekal lama? Pun aku tak tahu...Adakah tahap redha aku mampu untuk meneruskan dugaan mendatang? Pun aku tak tahu. Cuma..teruskan lah berdoa. Kalau pun takde bahu untuk berkongsi rasa, TAPI masih ada lantai untuk sujud pada DIA untuk berdoa.

Kembali kepada fitrah..datang dari Allah tanpa apa-apa, kembali nanti jua pun tiada apa2.

OK la..sekadar perkongsian bukan nak jadi ustazah. Sekadar menarikan jari menceritakan apa diri sendiri telah alami..

Papai! Senyum selalu sebab ada orang masuk syurga hanya kerana dia rajin senyum .. senyum tu sedekah..sedekah itu pahala! :)







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!